Saturday, 2 December 2017

Beauty Review: Un Pore Gettable Box dari Korea

Salam to all readers,

Setiap wanita pasti ingin tampil cantik dalam setiap sudut bukan. Kekadang bila dah cantik nak cantik lagi, bila kulit muka dah breakout mulalah meroyan tak tentu pasal. Aku pula memang jenis kulit sensitif, so tak berani ambil risiko pakai produk kecantikan sebarangan kecuali hanya satu tempat dan aku percayamenggunakannya. Tidak lain dan tidak bukan iaitu jenama Althea Korea, kerana brand produk keluaran dorang 100% asli dari Korea bukan fake. 

google
Memandangkan, harini cuti naklah juga aku kongsikan pada korang semua kotak kecantikan Althea Box yang bertemakan "Lazy Sunday" dimana dalam box ini didatangkan dengan produk-produk kecantikan yang bertemakan "UN PORE GETTABLE BOX" yang amat sesuailah sangat dengan kulit muka aku sekarang. 


Dalam pada kita sibuk kerja, stress lagi, sampai tiada masa nak pergi spa, bolehlah manjakan kulit sendiri dekat rumah. Un Pore Gettable Box Althea ini mampu merawat liang-liang pori yang terbuka luas, siapa yang nak kulit muka berlubang-lubangkan dan kalau boleh semua wanita nak kulit muka gebu. Bila liang-liang pori dekat muka terbuka luas menyebabkan kulit wajah jadi tidak sihat.

Terdapat 7 item dari pelbagai brand dalam "Un Pore Gettable Box Althea" kali ini. Antaranya;

1. Laniege Powder Fit Cushion No. 23 Sand
2. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
3. Klairs Supple Preparation Facial Toner
4. Common Labs Mild Peeling Finger Pads
5. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear
6. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
7. RICE Sheet Mask


Ketujuh-tujuh produk "Un Pore Getable Box Althea Korea" aku dah cuba dan aku dah mula jatuh cinta. Nak tahu kenapa? Jom baca apa yang menarik setiap item "Un Pore Getabble Box Althea"

1. Laniege Powder Fit Cushion No. 23 Sand

Aku salah seorang yang alah dengan compact powder, dulu-dulu ada pakai compact powder dari drugstore tapi disebabkan kulit wajah aku terlalu mahal sampai compact powder tu tak lut dengan kulit wajah aku, lepas pakai je kulit wajah  rasa berminyak berkilo plus bedak tak sekata. Masa pakai takde pula rasa bertompok-tompok. Alih-alih aku pakai bedak Baby Johnsons sahaja nak keluar rumah.

Tapi sekarang, dengan adanya "Laneige Powder Fit Cushion" masalah kulit berminyak dan tompok-tompok dekat kulit wajah tiada lagi. Setakat ini aku guna Laniege Powder Fit Cushion ini memang serasilah dengan kulit wajah aku, yang bestnya tak perlu tunggu lama hanya perlu dap2 dekat pipi dah siap. Code warna yang aku pakai adalah no. 23 Sand, sesuai sangat dengan tone warna sederhana tak berapa gelap dan tak juga berapa nak cerah.




google
Laneige Powder fit Cushion ini memang sesuai sangat pada mereka yang suka bersolek dan tampak natural dan yang pasti powder ini juga mampu menutup cela-cela dekat wajah. Kira, parut jerawat yang ada dekat muka kita dia boleh cover dengar syarat gunalah teknik solekan yang betul. Bertambah best, apabila Laneige Powder fit Cushion ini menyediakan Mesh Net Cushion yang sangat lembut, sedap je dap-dap dekat muka. Yang pasti Laneige Powder fit Cushion ini sangat mudah nak apply dan ringan sahaja dekat kulit wajah. 

 2. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Benda ini dah lama aku aim nak beli, siapa sangka dapat mencuba pula. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask ini diperbuat daripada Tanah Liat Gunung Berapi Pulau Jeju. Hebat kan? Kalau tak cantik juga, tak tahulah nak cakap apa, setakat ini aku baca jenama Innisfree salah satu jenama yang bagus, 100% dari organik. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask ini sesuai pakai 2 kali seminggu. Setakat ini aku dah pakai 1 kali sahaja.

Cara pemakaiannya cukup mudah hanya perlu cuci muka terlebih dahulu, lap dengan tuala baru apply Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask, pakai dalam 20 minit, bila rasa dah kering baru bilas dengan air bersih. Aku pula memang suka pakai mask, tambah pula dapat pakai Clay Mask dari Innisfree ini lagilah best, bila dah bilas dengan air, kulit wajah terasa lebih lembut, bersih dan licin sahaja.. Kalau nak tahu, Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask ini sangat elok kerana ia mampu membersihkan kulit dari minyak dan kekotoran. Sekaligus, membantu menghapuskan bintik-bintik hitam dekat muka.

3. Klairs Supple Preparation Facial Toner, 30ml

Ini pula, Klairs Supple Preparation Facial Toner ia merupakan toner pelembap. Klairs Supple Preparation Facial Toner sangat elok dan mampu bertindak menghapuskan lebihan minyak dekat kulit wajah dan memberikan kelembapan sepanjang masa.


Siapa yang kulit sensitif macam aku, memang elok sangatlah pakai toner pelembap Klairs ini. Bila apply dekat muka, terasa meresap di seluruh wajah. Klairs Supple Preparation Facial Toner didatangkan dalam botol kecik, size 30ml. Sesuai sangat pada mereka yang nak pergi travel.

4. Common Labs Mild Peeling Finger Pads

Mild Peeling Finger Pads ini pula bertindak untuk membersihkan kulit secara mendalam dan sekaligus menghapuskan sel-sel kulit mati di permukaan kulit wajah. Dengan memakai Mild Peeling Finger Pads ini secara konsisten, dapatlah menghasilkan kulit yang cantik semulajadi dan membantu mengecilkan liang pori pada kulit wajah.

Mild Peeling Finger Pads ini didatangkan dalam kotak sederhana kecik sahaja tapi total semua ada 7 paket okay. Bolehlah bahagikan nak pakai bila perlu. Bukan itu sahaja, Mild Peeling Finger Pads ini juga boleh digunakan untuk menanggalkan makeup.

Cara pemakaiannya pula lagi mudah, hanya masukkan 2 jari dalam sarung Mild Peeling ini dah boleh oles dekat muka. Tengoklah hasilnya apa jadi?

5. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear

Bukan cuaca je ada suhu, kulit wajah kita pun ada suhu juga rupanya. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear berfungsi untuk mengecilkan liang pori dan sekaligus mengurangkan water retention dan kulit wajah. Rire All Kill Pore Tightening hadir dalam bentuk stik dan merupakan salah satu item yang aku paling suka pakai. Sebab apa? Sebab bila apply dekat muka terasa sejuk je.


Cara pemakaiannya cukup mudah, hanya perlu sapu dipermukaan Zon T sahaja. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear ini mengandungi Glacial Milk Foam yang diperkaya dengan mineral dan hydrogen. Nak tahu best ke tak, korang kenalah cuba sendiri.

6. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit

Ini pula Innisfree Jeju VOlcanic Pore Care Sample Kit, ia hadir dengan 3 item iaitu kapas muka, Jeju Volcanic Pore Toner dan juga Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam. Cute sangat packging dia dan amat sesuai kalau nak travel luar, jimat space dalam bag.

google
Kalau nak tahu, Jeju Volcanic Pore Toner dan juga Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam ini berfungsi untuk mengawal pengeluaran minyak dan sebum pada kulit wajah dan sekaligus membantu mengecilkan liang pori yang terbuka luas di permukaan wajah. Bukan itu sahaja, kedua-dua item ini juga mampu menanggalkan sel kulit mati, dan mengembalikan kulit yang sihat. Siapa pakai Inisfree pasti tahu akan kehebatan produk ini kan?

7. RICE Sheet Mask

Ia merupakan mask yang diperbuat menggunakan beras. Tak dapat dinafikan khasiat beras untuk menghasilkan produk kecantikan. RICE sheet mask ini mampu membantu menyegarkan kulit dan melembapkan kulit wajah.

Bila rajin pakai mask, tak mustahil kita dapat menghasilkan kulit yang cantik dan terpelihara sahaja. Sekali sekala rasa relax pakai RICE sheet mask ini memang best. Tapi kena hati-hati bila tarik mask ini dalam paket sebab ia mudah terkoyak. Nikmati pemakain mask ini dalam 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. 

Harga Un Pore Gettable Box dari Korea ini hanya RM127.00 sahaja di Althea.

Bertambah best dan syok setiap kali dapat box dari Althea pasti akan dapat ramdom sample kit dari pelbagai jenis jenama lain. Itu pasal aku selesa shopping dekat Althea.

Untuk pengetahuan semua, Althea Korea merupakan satu brand dan mempunyai website online sendiri yang menjual produk kecantikan dari Korea. Terdapat pelbagai jenama dan bermacam jenis penjagaan produk kecantikan korea yang ada di sini yang pasti 100% asli. No FAKE! Rugi kalau tak membeli di Althea Korea sebab Althea Korea menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma di seluruh dunia beb! Siapa tak suka kan?


Nak cantik kena rajin, orang kata "Beauty is pain". Pada mereka yang berminat untuk mencuba dan nak dapatkan produk ini boleh terus layari website yang tertera untuk membuat pesanan;

5 comments:

  1. I have never used all the products mentioned above but I have tried Mamonde mask tu. Best gila! One of my favourites.

    ReplyDelete
  2. never tried any of it. but suke tgk variety of products from korea. one of the reasons was because of their packagings. hehe

    ReplyDelete
  3. Setuju sekali dengan anda, nak cantik kena rajin..dan sentiasa positif..

    ReplyDelete
  4. kak zaza suka pakai jeju volcano tanah liat tu..pas basuh lembut je kulit

    ReplyDelete
  5. Omg best gila ada Klairs toner! Best kan guna? I personally haven't used it myself tapi ramai orang cakap best, so I'm currently including it into my 2018 wishlist :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com