Sunday, 12 November 2017

When someone ask you, what your ambition?

Angan-angan terlalu tinggi, tapi kalau takde usaha tak guna juga kan?
.
.
.
.
.
Diam tak diam esok dah masuk minggu ke-8 aku jalani latihan industri, dan tahniah buat aku sendiri yang still tak mula buat report lagi. Bila tengah jalani latihan industri ini, baru aku mula terfikir bukan senang nak hidup lebih senang, kerja bagai nak gila untuk 30 hari untuk mendapatkan hasil yang kita nak. Jujur aku cakap, aku memang takde pengalaman langsung kerja office ini. Semua benda baru yang aku kena adapt. 

Pertama kali aku jejak office ini, aku suka! Aku manusia paling batak dan teruja bila jejak office. Mana tak batak kan, selalu tengok syarikat/ pejabat gah-gah dalam drama je, now kau jejak kaki sendiri. Gila tak teruja? Pekerja tak ramai mana pun masa aku masuk, total pekerja plus budak praktikal semua ada dalam 11 orang je masa tu. Sekarang dah 14 orang rasanya. hahaha..Aku manusia tak berapa nak alert benda-benda ini, yang aku tahu buat kerja apa yang orang suruh je dan pasti deliver apa yang dorang nak.

Bila geng aku takde dekat KL, aku rasa macam takde hiburan, dulu-dulu masa duduk rumah sewa sesama, dalam satu bilik kecik kami 4 orang duduk bergosip dalam bilik, ada je benda nak sembang, masing-masing tak menyabar nak habis belajar, tengah intern dilema nak cepat habis, bila intern sibuk cari kerja pula. Manusia memang tak rasa puas selagi ada je benda yang dia tak dapat kan? 

Masuk minggu kedua intern, salah seorang geng whatsapp aku. She ask me, Azwar what your ambition? Aku blur jap, asal tetiba dia tanya pula ni, aku balas aku takde cita-cita aku just nak jadi KAYA. Kalau aku cakap cita-cita aku nak jadi doktor, boleh ke? Dah terang lagi bersuluh aku amek kos marketing kot, takkan pula dapat duduk hospital pula kan? Pada aku, cita-cita tu dah tak relevan, apa yang ada depan mata tu grab jerlah, berlambak orang tak dapat kerja sekarang ni. Jangan cakap pada kanak-kanak yang baru nak membersar, karang terbatut tumbesarannya. 

Sungguhpun kami berempat tak duduk bersama lagi, aplikasi whatsapp menghubungkan kami. Aku lebih terbuka dengan dorang dan mak aku sendiri. Aku ni kadang lurus juga orangnya, kau kutuklah aku macam-macam dekat belakang geng aku kata aku jenis orang takde perasaan. Blur jap, but bila kau bagi aku task atau kerja aku nak buat betul-betul sampai aku rasa puas hatilah. Bila aku rasa lelah, aku call mak "Mak penat juga kerja office ni ya?", she just reply "Kau kata nak kaya, memanglah penat sikit". Aku tak pernah rasa jemu mahupun penat  dapat tuntut ilmu baru, bila aku praktikal macam-macam benda aku belajar terutama dalam kos Digital Marketing. Aku rasa penat bila kena berhadapan dengan orang-orang yang suka cakap negatif dekat telinga aku. Itu je, bila ada aura-aura negatif keliling kau mulalah kau jadi stress sendiri nak buat kerja. Mak always pesan, jangan lupa solat dan mengaji. Itu jerlah cara dapat sejukkan hati sendiri. Persetankan apa orang nak cakap apa..

p/s: Serius aku cakap, aku rindu gila nak blogging macam dulu dan nak join event sana sini sekitar KL macam dulu!


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com