ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari! - Azwar Syuhada

Wednesday 18 October 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!

Salam to all readers,

Orang kata dengan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari membolehkan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Malangnya bukan semua orang sedar bahawa hanya dengan meminum air belum tentu cukup untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Aku sendiri mengalami benda yang sama, dan aku rasa rata-rata kaum wanita baik bekerjaya mahupun suri rumah sering berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  

Nasib baik aku jumpa satu losyen ini yang dirumus khas untuk memberi kelembapan sepanjang hari. Tidak lain tidak bukan sudah semestinya produk Enchanteur. Aku geram betul, cepat sangat keluaran losyen baharu jenama ENchanteur ini keluar. Lepas satu-satu, yang penting semua produk jenama Enchanteur wangi-wangi baq hang!!


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

  • Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
Tolong abaikan tangan aku yang besar k! Yang penting losyen ini wangi gila, dalam tiga-tiga jenis ini aku paling suka bau Enchanteur Romantic


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

  • Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

  • Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

7 comments:

  1. memang best sangat bau losyen ni.. paling best memang moist 24 hours :D

    ReplyDelete
  2. suka bau losyen enchanteur nie. wangi2 semua, paling suka yg warna purple tu :D

    ReplyDelete
  3. dr dulu k.el pakai enchanteur ni
    dulu sekolah share ngan mak punya..mak pun minat enchanteur
    wangi dan sedap baunya

    ReplyDelete
  4. Yg alluring wangi tak. Sy x dpt alluring tp charming

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!