Thursday, 21 September 2017

Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung

Salam to all readers,

| Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung | Orang kata bila bapa jadi doktor mesti anaknya nanti jadi doktor, bila mak ayah jadi pelakon mesti anak-anaknya juga akan mewarisi bakat lakonannya nanti. Tapi lain pula dengan Emma Maembong di mana bapanya seorang pelukis negara yang cukup popular. Siapa sangka dalam kesibukan Emma Maembong dalam dunia lakonan, dia juga berbakat dalam melukis dan masih meluangkan masa dalam menghasilkan lukisan demi kepuasan dirinya.


Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung

Semalam, 20 September 2017 bertempatkan di Quality Hotel, Kuala Lumpur aku berpeluang menghadiri majlis pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong. Di majlis tersebut, aku dapat melihat sendiri hasil seni yang Emma Maembong yang cukup menakjubkan. Lakaran yang cukup hidup dan mampu menarik perhatian orang ramai.


 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

google
 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

Sungguhpun sudah banyak lukisan yang dihasilkan oleh Emma Maembong, namun bukan mudah sebenarnya untuk mereka di luar sana menikmati lukisan yang dihasilkan oleh Emma. Siapa sangka, Emma dan adik beradiknya yang lain muncul dengan idea yang berbeza. 

 Antara rakan artis yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancara My Sketchbook Shawl By Emma Maembong

google

Menubuhkan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong pada awal Jun lalu. Jadi, kali ini lukisan Emma Maembong bukan sekadar dilakar atas kanvas sahaja malahan ke atas tudung/shawl sekali. Siapa tak suka kan? Kalau nak tahu, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong sudah pun mengeluarkan tiga jenis koleksi tudung iaitu Libelle, Metafora, Fatamogana yangtelah mendapat sambutan hangat sebelum ini.

Antara hasil seni Emma Maembong yang dipamerkan semalam.

google

Kini, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong telah mengeluarkan empat lagi jenis koleksi shawl terbaru iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell. Memandangkan setiap corak tudung adalah melalui lukisan eksklusif milik Emma Maembong, maka kuatiti setiap pengeluaran tudung adalah terhad. Jadi,jangan lupa grab awal-awal kalau nak My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

 Taknak ketinggalan untuk bergambar bersama antara koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong


 Turut memeriahkan lagi acara ini dengan persembahan  Adira, manakala Kamal Adli sebagai pengacara majlis. Cantik sangat koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong yang Adira gayakan ini. =)

Memilih kualiti kain terbaik dalam menghasilkan tudung-tudung yang dikeluarkan My Sketchbook Shawl by Emma Maembong juga mahu mereka diluar sana menghargai produk My Sketchbook Shawl By Emma Maembong bukan sahaja sebagai tudung sahaja tetapi juga hasil seni.

Menurut Yaya Maembong merangkap tulang belakang kepada penghasilan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong, fokus utama mereka agar koleksi-koleksi ini tidak sekadar dihargai wanita bertudung di luar sana tetapi para pencinta seni lukisan yang mahu memiliki koleksi lukisan asli hasil tangan Emma sendiri. 

Sementara kesemua koleksi tudung ini sudah pun berada di pasaran, bagi mereka yang mahu memilikinya boleh menghubungi stokis-stokis My Sketchnook Shawl By Emma Maembong yang kini berada di seluruh negara. Harga setiap koleksi tudung ini bermula dari RM55 sehingga RM99 sahaja!

Bukan semua orang bertuah memiliki jari jemari yang boleh melakarkan lukisan di atas kain kanvas dengan begitu menakjubkan sekali. Itu semua kuasa Allah yang memberi kelebihan pada diri beliau. Kita yang tengok berasa sungguh kagum dengan kebolehan yang dimilikinya. Tahniah, sekali lagi buat kak Emma Maembong atas pelancaran My Sketchbook Shawl.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk grab My Sketchbook Shawl By Emma Maembong!

Thank you for reading!

14 comments:

  1. bestnyaaa azwar dpt jmpa emmaaa.. mmg cntik smua lukisannya.

    ReplyDelete
  2. woww. serius cantik semua tudung rekaan dia tuu..

    ReplyDelete
  3. Lawa. Tak sangka cantik btol lukisan atas shawl ni kan. Tahniah Emma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dpt jumpa emma maembong.. pakej lengkap..cantik dan balat melukis.. lukisan secantik tuan badan

      Delete
  4. Lawa juga ya hasil lukisan Emma ni.

    ReplyDelete
  5. Lukisan dia memang cantik cantik. Bestnya dapat pergi pelancaran My Sketchbook Emma.

    ReplyDelete
  6. kagum dengan org yg pndai lukis....rietta xpndai lukis....

    ReplyDelete
  7. wahh best dpt jumpa emma..cantikkan dia..natural beauty

    ReplyDelete
  8. ok lukisan dia mmg superb..! Tudung yg Adira pakai tu lawa sgt..

    ReplyDelete
  9. Wah...berseni sungguh Emma Maembong ni ya.
    Di Bandar Baru Bangi ada juga butik Emma Maembong di Bangi Sentral dibelakang PKNS.
    Sudikan jenguk blog saya ya.

    ReplyDelete
  10. Not bad jugak design shawl emma maembong ni. Emi suka shawl corak2 macam ni. Btw jemput singgah blog ye..

    ReplyDelete
  11. Kalau nak beli shawl dan bawal emma maembong ni saya nampak ada sale kat moorahstore.com

    ReplyDelete
  12. terimakasih atas informasinya, dan jangan lupa kunjungi kami di http://aromaessen.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com