Wednesday, 5 July 2017

Percubaan Pertama Masak Laksa, Nasib Baik Menjadi!

Salam to all readers,




Boleh dibilang dengan jari, berapa kerap sangatlah aku menjengah ke dapur. Kalau duduk rumah sewa, paling-paling aku akan masak sardin tak pun sambal ikan bilis garing. Paling latest cubaan masak nasi lemak dekat rumah sewa, nasi baik menjadi. Yang bestnya, lepas kekenyangan terus bantai tidur. Memang tak produktif langsunglah. Dekat rumah sewa, aku jarang nak makan mahupun masak. Memandangkan aku pun kerap balik ke rumah mak. 

Entah kenapa, sekarang ini baru teringin nak cuba-cuba memasak. Aku taklah pro macam mak aku, semua benda dia boleh masak dan orang sukakan makanannya, sampaikan hari-hari minta untuk dimasakkan. Yang membuatkan aku berminat nak memasak bila kerap kali menengok ig someone ini, rajin sungguh dia memasak, dan deko rumah dia cantik-cantik kongsikan di laman sosial. Kadang-kadang, benda macam inilah yang naikkan semangat kita apa orang kata ada hati juga nak buatkan. Bukannya tengok membabi buta, yang baik jadikan ikutan yang tak berapa baik jadikan teladan gitu.

Buat masa ini, aku masak apa benda yang aku rasa nak makan terlebih dahulu. Tambah-tambah sekarang tengah cuti, daripada membesarkan bontot, ada faedahnya aku rajin-rajinkan diri masuk dapur belajar masak. Kali ini, aku cuba masak LAKSA! Aku baru tahu laksa ini, ada macam-macam jenis, ada Laksa Penang, ada Laksa Johorlah, Laksa Sarawak, yang penting kalau dah ada rupa macam laksa tu Laksa jugalah aku panggil!

Bila aku dah semangat nak memasak ini, rajin pula mak aku bawa pergi Pasar Banting, cari bahan-bahan nak buat Laksa ini. Semangatlah dia, anak dia yang selalu dok dileterkan dulu-dulu dah berjinak-jinak ke dapur. Okaylah tu, semua bahan-bahan mak aku yang tolong carikan dekat pasar, kalau nak harapkan aku, daun kesum tu pun aku tak tahu rupanya macam mana. Daun kesum dengan ketum pun aku tak dapat bezakan. Jom ikuti, cara-cara membuat Laksa yang simple dan sedap!

Antara bahan-bahan yang diperlukan;
Laksa
10 ekor ikan (tak kisah ikan apa kembung, sardin, parang, ataupun tenggiri) - rebus & ambil isi
1 biji bawang besar
15 bawang merah
1 calit belacan
1 setengah cili mesin/ kisar
17 asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun kesum
Garan

Bahan-bahan untuk hiasan;
Telur - rebus belah dua
Salad - hiris
Timun - hiris
Tomato - potong kecik2
Daun Pudina - kalau suka
Bawang Besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Cili padi - kalau suka
Otak udang - kalau suka

*Bahan hiasan ini kalau ada yang taknak letak pun takpe, guna sahaja apa yang ada dekat dapur. Resepi ini aku dapat menerusi laman blog Azie Kitchen. Sangat-sangat membantu untuk sumber rujukan memasak!

Cara-cara memasaknya;
Mula-mula harus direbus ikannya terlebih dahulu dan air rebusan ikan tersebut perlu disimpan untuk dijadikan kuah. Kemudian, ikan tersebut perlu diblend, kalau blend isi ikan tersebut tak perlulah sampai hancur nanti nak makan baru terasa isi ikan tu. Manakala,  bahagian kepala dan juga tulang ikan perlu diblend dan ditapis airnya. Sebelum terlupa, ikan yang aku guna untuk masak laksa ini adalah ikan sardin. Murah pun murah!



Kemudian carilah periuk belanga mana yang korang berkenan untuk masak kuah laksa ini.Punya canggih periuk aku amek alih-alih pakai periuk nasi juga bila kuah terlebih-lebih. Curahkan sahaja ikan yang dah diblender sekali dengan air rebusan tadi dalam periuk. Kemudian, masukkan sekali bawang yang telah dikisar bersama belacan, cili mesin ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan. 




Jangan lupa, masukkan sekali isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang telah dicarik-carik. Masak kuah laksa ini dinasihatkan gunakan suhu api yang perlahan dan tunggu sampai ia merenih. Letaklah garam secukup rasa. Kalau tak berapa nak rasa asamnya, tambahlah asamnya, sama juga kalau tak cukup garam tambahlah garam. Semuanya pakai agak-agak sahaja. Kalau nak ikut sejibik resepi kak Azie memang tak berasaplah dapur. Gunakan sahaja bahan yang tersedia dekat dapur sudah cukup memadai.


Sambil menunggu kuah laksa ini siap, bolehlah rebus laksanya juga. Rebus laksa lagi senang lebih kurang macam spagetti cuma tak perlu bubuh minyaklah cuma bubuh garam tunggu air mendidih barulah masukkan laksa. Tak sampai 15 minit dah siap! Bila kedua-duanya dah siap, kepekatan dan rasa kuah laksa dah cukup rasa boleh hidangkan dalam mangkuk untuk dijamu selera. 

Petang-petang pekena laksa memang syok! Jangan lupa, taburkan bahan hiasan dalam laksa biar tampak lebih menarik dan menyelerakan! Hasil tangan mengidal hiris bawang, besar-besar dihirisnya. Bising mak aku!

Kalau ada timun lagi best! Lupa pula nak beli timun dekat Pasar Banting, dah balik rumah baru teringat, jawabnya kita gantilah apa-apa sayur yang ada dalam peti ais. Tak gitu?

 Inilah hasilnya bila dah siap! Walaupun pertama kali membuat, sedaplah juga rasanya. Cuma kena tambah sikit asam dalam kuah laksa sebab ada rasa tawau sikit kata mak aku. Lain okay! See? Tengok oranglah, cis berlagak tak sudah!

 Belanja lagi !

Enjoy! Kalau tak tahu nak masak apa petang-petang tu, bolehlah cuba masak laksa ini. Tak lama mana pun, campak-campak dah siap!

Tadaa! Next? Agak-agak nak masak apa pula lepas ini ya? 

Thanks you for reading!

Credit: Azie Kitchen

9 comments:

  1. Wahh kali pertama dah macam ni.. kalau berkali-kali harus lagik sedap ni..

    ReplyDelete
  2. mampu tgk je la laksa... pangtang la akak setahun, mkn ngn bihun akak boleh

    ReplyDelete
  3. maksa laksa tak susah tp remeh skit bab ikan tu

    ReplyDelete
  4. Hebatnya.. Kali pertama masak terus jadik.. mama xpenah lagi masak laksa

    ReplyDelete
  5. nyumm lama x singgah sini,..slmt hari raya thanks share recepi

    ReplyDelete
  6. Nasib baik jadi laksa.
    Kalau jadi rojak?

    ReplyDelete
  7. Its good, pertama kali cuba dah terus jadi.
    Macam sedap je tu nampak haha

    ReplyDelete
  8. waaaah tepuk tangan tepuk tangan.. ni kalau dapat kat CT mmg x jadi jadi gamaknya hehe..

    ReplyDelete
  9. Wahhh nampak pun dah sedap. Boleh lah buat lagi lepas ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com