Saturday, 27 May 2017

iBawal Tudung Bawal Trend Terkini

Salam to all readers,

| iBawal Tudung Bawal Trend Terkini | Sekarang macam-macam jenis fesyen tudung berada di pasaran sebut sahaja nak jenama apa, nak design apa semua ada. Nak tudung saji, bawal, shawl, shawl instant, shawl dua muka, shawl talam 2 muka semua ada. Datanglah pelbagai jenama sekalipun, tapi sekarang aku berkenan sungguh tudung koleksi iBawal. Ini gara-gara ramai duk pulun pakai iBawal sehingga aku sendiri terjebak. Rasanya tudung jenama iBawal sudah cukup popular sehingga ramai orang tergila-gilakannya. 

iBawal merupakan satu jenama tudung bawal dari Malaysia yang sudah bermula bertapak sejak tahun 2015 dan koleksi-koleksi mereka turut mendapat tempat di Brunei dan juga Singapore. Orang jauh pun dah berkenan, yang duduk dekat ini lagilah suka! Aku jarang pakai shawl kerana aku lebih selesa pakai tudung bawal. Bawal koleksi iBawal ini ada sedikit kelainannya dari tudung jenama lain. Ianya nampak lebih elegan yang paling penting tengah trending dan mampu dimiliki oleh semua!

google
 Antara koleksi tudung bawal iBawal

Cantik sungguh packaging iBawal ini, nampak esklusive gitu! Setiap packaging berpadanan dengan koleksi tudung iBawal. iBawal ini pun sebenarnya dah banyak koleksinya tapi yang aku nak share hanya 2 jenis sahaja iaitu iBawal Serena Parfum 2016 dan iBawal inspired by SaraAli.

google
 iBawal Serena Parfum 2016

Tahu tak, iBawal ini ada tagline tudungnya iaitu "gosok-gosok, wangi semerbak". Yang ini aku tak tipu beb, memang kesemua koleksi tudung iBawal bau harum. Design iBawal Serena Parfum 2016 ini cantik dan sesuai digayakan kemana-mana majlis. Lembut, tidak berapa licin dan senang dibentuk. Bila pakai elok je terletak cantik di kepala. Pakailah berjam-jam sekalipun, tak sengit bengit pun. Yang pasti label iBawal pasti ada beb!


Tak sampai 5 minit dan siap sarung tudung bawal koleksi iBawal. Cantik kan? Kalau tengok betul-betul jahitan tudung iBawal ini nampak kemas jahitannya. Takde benang putus-putus pun! Puas hatilah kalau beli koleksi tudung iBawal. 

Memandangkan takde baju yang sesuai untuk menggayakan iBawal inspired by SaraAli maka takdelah gambar untuk aku melaram. Insyaallah, akan datang aku share gambar melaram aku menggayakan tudung satu lagi.

Apa yang menarik tentang koleksi iBawal?

  • Pelbagai design dan koleksi yang menarik
  • Nampak confident bila menggayakannya
  • Sesuai dipakai di mana-mana majlis
  • Tak mudah kedut
  • Senang digosok dan tak perlu gosok terlalu lama
  • Senang dibentuk
  • Pelbagai gaya boleh digayakan
  • Material kain yang best, selesa dipakai
  • Bidang bawal yang awesome tak pendek tak labuh sangat
  • Harga mampu dimiliki
  • Jahitan kemas
  • Terdapat pelbagai terkini sempena raya!
google
Sebenarnya, banyak lagi koleksi lawa-lawa keluaran iBawal. Tambah-tambah nak dekat raya ini, jadi rajin-rajinlah layari website iBawal untuk melihat design terbaru. Jangan lepaskan peluang untuk grab koleksi iBawal okay! Dengar-dengar iBawal ada keluarkan koleksi terbaru "Flora & Fauna Parfum 2017". Nak tahu betul ke tidak, ayuh terjah http://www.ibawal.com/

6 comments:

  1. Cantik lah designnya.saya pemakai bawal juga tapi tak pernah cuba ibawal lag


    ReplyDelete
  2. melting dengan dia punya corak sebenarnya. lawa hehe

    ReplyDelete
  3. ada lbh tak...hihi..bw pg 4 ramadan..:)

    ReplyDelete
  4. Pewwitt. Pakai yang hijau sekali wehh hahah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com