May 2017 - Azwar Syuhada

Wednesday 31 May 2017

Promosi Raya Bintang Fashion | Fiesta Raya 2017
9:01 am1 Comments
Salam to all readers,


| Promosi Raya Bintang Fashion, Fiesta Raya 2017 | Dua hari lagi kita akan berpuasa, kalau panjang umur kita akan menyambut Syawal di penghujung ramadhan. Bagaimana persiapan raya korang nanti? Terutama, pakaian, kuih muih, ketupat dan rendang. Kemeriahan untuk menyambut Ramadhan kian terasa apabila ketupat hiasan dah mula digantung area lampu jalan. Buka radio, kaca television pun dah berderet-deret orang mengadakan promosi menyambut ramadhan.

Biasanya, aku memang dah buat persiapan awal lagi untuk menyambut raya. Biasanya, tahun depan nak raya, awal bulan aku dah pergi tempah. Gila excited nak menyambut raya kan? Baju raya aku takdelah persis diva sangat, paling-paling 3 pasang baju sahaja. Tak mampu lagi menewaskan Che Ta sampai berpuluh-puluh pasang baju raya. 

Memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat ini, aku nak war-warkan dekat korang semua bahawa "Bintang Fashion sekarang akan mengadakan Fiesta Raya 2017!" Bintang Fashion merupakan gedung yang menawarkan pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua orang. Sempena menyambut ramadhan dan tak lama lagi Syawal pula menjelma, Bintang Fashion menganjurkan Fiesta Raya 2017 untuk anda semua!

Di mana, Bintang Fashion: Fiesta Raya 2017 akan menawarkan pelbagai jenis pakaian hari raya seperti baju melayu, baju kurung, songkok, dan macam-macam lagi buat kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara koleksi Bintang Fashion Fiesta Raya 2017 tawarkan adalah seperti;

Baju melayu buat kaum lelaki, dan baju kurung buat kaum wanita. Pelbagai jenis koleksi dan berbagai warna yang ditawarkan. Kesemua design baju yang ditawarkan oleh Bintang Fashion sempena Fiesta Raya 2017 cantik-cantik belaka. Jangan gusar tentang saiz baju, kerana Bintang Fashion Fiesta Raya 2017 menawarkan pelbagai koleksi baju raya dari saiz S sehinggalah XXL. Berkumpul semua saudara, lupakan segala sengketa yang ada dengan mengayakan koleksi Bintang Fashion Fiesta Raya 2017.

Tiba masanya kita sambut syalwal yang mulia, pulang ke pangkuan keluarga beremu sanak saudara. Bagi mereka yang suka baju sedondon satu keluarga, bolehlah dapatkan koleksi baju raya di Bintang Fashion Fiesta Raya 2017. Aku sendiri memang pernah beli koleksi pakaian di Bintang Fashion, memang cantik dan material kain dia pun best! Lembut dan selesa sahaja dipakai.

 Aidilfitri merupakan hari kemaafan, memaafkan kesalahan sesama insan. Untuk cantik bergaya bersama sahabat handai di pagi raya, bolehlah sama-sama pakat untuk dapatkan koleksi baju raya di Bintang Fashion. Macam-macam design dan warna yang ditawarkan cantik cantik belaka. 

Dulu kisah remaja, kini kisah dewasa, aku disini engkau disana, setahun sekali berjumpa. 

Anak-anak gembira dapat menggayakan koleksi Bintang Fashion, lagi hebat ibu bapa, berhabis duit tak terkira, asal nampak bergaya! 

Beside then this, you can purchase with low price with good quality cloths. You have a chance to win away all the price we are giving and with very special gift to fly with us private jet, bring you go around KLCC." which money cant buy with the experience on your life"

Bertambah menarik lagi, Fiesta Raya 2017 anjuran Bintang Fashion turut mengadakan kempen besar-besaran buat anda semua. 

1. Fiesta Raya 2017
Lebih Belanja, Lebih Ganjaran

Lebih banyak anda belanja lebih banyak peluang mendapatkan ganjaran yang menarik. Jomlah jadi pengguna yang bijak berbelanja. Misal kata, korang beli koleksi Bintang Fashion Fiesta Raya 2017 sebanyak RM300 dan ke atas, korang berpeluang mendapatkan pembesar suara bluetooth. Korang boleh tengok ganjaran menarik yang korang boleh dapatkan dengan hasil belanja korang di Bintang Fashion.


2. Hari Raya 2017
Cabutan Bertuah Mingguan

 Bukan itu sahaja, korang juga boleh join cabutan bertuah yang diadakan oleh Bintang Fashion Fiesta Raya 2017. Cabutan bertuah ini sudah bermula dari 8 Mei lagi sehingga 25 Jun 2017. Pelbagai hadiah menarik korang boleh dapatkan dengan hanya menyertai cabutan bertuah by Bintang Fashion. Yang penting jangan lupa grab koleksi Bintang Fashion.

Menarik kan hadiah untuk cabutan bertuah mingguan? Yang pasti, bookmark calendar korang supaya tidak terlepas untuk dapatkan hadiah lucky draw ni!

3. Fiesta Raya 2017
Berpeluang memenangi tiket peribadi dengan "likes" dan "share" tertinggi di facebook dan instagram. Hastag #bfpj



Buat mereka yang suka join contest selfie, jangan lepaskan peluang join contest Bintang Fashion Fiesta Raya 2017. Korang hanya perlu upload gambar menggayakan koleksi Bintang Fashion dan update di facebook/ instagram sertakan sekali hastag #bfpj Mudah kan? Semoga berjaya!

Untuk mengetahui update terkini mengenai Bintang Fashion Fiesta Raya 2017 bolehlah layari;


Bagi mereka yang berminat dan tertarik untuk mendapatkan koleksi Bintang Fashion sempena Fiesta Raya 2017, bolehlah kunjungi cawangan Bintang Fashion yang berdekatan seperti di alamat yang tertera di bawah;

LOKASI:

Aeon Big Shah Alam
Lot G-18 & 19, Section 23 Shah Alam, Lot. 10, Jalan Deviden 23/6, 40460, Shah
Alam, Selangor.

Ampang Putra
Lot. 25 & 27 GF Jln Bunga Tanjung 9C, Tmn Putra, 68000 Ampang, Selangor.

Ara Damansara
Lot. 141 ( Ground Floor ), NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, 47301
Petaling Jaya, Selangor.

Balakong Lama
Lot 39G&41 G Jln PDR5 Perniagaan Desa Ria 2, 43300, Balakong, Selangor.

Bentong
Lot. No 50 & 51, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong Pahang.

Bkt Beruntung
Lot. K7, Pasaraya Grand Union, 1 Jalan Kamunting 1, Seksyen B6,48300 Bukit Beruntung, Selangor.

Desa Pandan
Lot. No. 2-G Jln 1/76C, Desa Pandan,55100, Kuala Lumpur.

Dengkil
Lot. 29& 31, Jalan Deluxe 3, Pusat Perdagangan Deluxe 43800, Dengkil
Selangor.

Giant Kelana Jaya
Lot. G01,Giant Hypermarket no 33 Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301, Kuala
Lumpur.

Giant Puchong Kinrara
Lot. F14-F16,Giant Hypermarket Bdr Kinrara, Lot 449, Jalnn BK 5A/1,47000
Puchong ,Selangor.

Giant Muar
Lot G31&G 32,Giant Hypermarket, Lot 6530, Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor.

Giant Nilai
Lot G11-G13,Giant Superstore Nilai,PT 6367,Jln BBN 3/1, Nilai, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.

HP Mall
Lot. F3-F5,1F,HP Mall Harbour Point, PT 664 Jln Sg.Aur Seksyen 13,Bandar
Pelabuhan, 42100, Klang, Selangor.

Jalan Taiping
Lot. 1-G2,Jalan Taiping,41400 Klang, Selangor.

Meru
Lot. 39,Jalan Jelutong 1/Ku8,Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor.

Metro Kajang
Lot. T175,3F,Plaza Metro Kajang, Jln Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang Selangor.

Metro Prima Kepong
Lot. Jalan Prima 5, Pusat Niaga Metro Prima, Off Jalan Kepong, 52100, Kuala
Lumpur.

Pandan Jaya
Lot. 43, Jalan Pandan 3/3, Pandan Jaya, Cheras 55100, Kuala Lumpur.

Puchong Prima
Lot. A-01-03 & A-01-04,Blok A Jln 5/5, Puchong Prima, 47100,
Puchong, Selangor.

Rawang Baru
Lot. 107& 109, Jalan Maxwell, 48000 Rawang ,Selangor.

Selayang Baru 1
Lot. 36 &38 Jalan Besar, Selayang Baru,68100 Bt Caves, Selangor.

Semenyih 2
Lot. 11& 13 ,Tkt Bwh,Jalan Pasar Baru, 43500 Semenyih, Selangor.

Serdang
Lot. 13-17, Pasar Grand Union,Jln Perusahaan 3, 43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Seri Setia
Lot. 615,GF Jalan SS9A/1, Seri Setia, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Sri Serdang
Lot. 22-1, Jalan. 18/32, Taman Sri Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Shah Alam
Lot. 36,36A&38,38A,Jln Pinang 18/C, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

Sri Gombak
Lot. 52B,Jalan SG 1/8,Tmn Sri Gombak,68100 Bt Caves, Selangor.

Sri Kota 2
Lot. 61 & 63, Jalan Mewah 25/63 Taman Sri Muda Sek.25, 40400 Shah Alam
Selangor.

Subang 1
Lot. 20,Jalan Besar, Kg Baru Subang,Seksyen U6,40150 Shah Alam, Selangor.

Sungai Buloh
Lot. 5&7,Jalan Liter C u19/C, Sungai Buloh, Seksyen U19,40160 Shah Alam,
Selangor.

Sungai Buloh 2
Lot. 8 & 10, Jalan Public, Kg. Baru Sg. Buloh Shah Alam, 40160 Shah Alam,
Selangor.

Taman Sentosa
Lot. Shahbudin 29A Taman Sentosa 41200 Klang Selangor.

Telok Panglima Garang
Lot. 116-124,TKT 1,Pasaraya Grand Union,Jln Utama 2, Teluk Panglima Garang,
42500 Klang, Selangor.

Tesco Alor Setar
Lot. G5, Tesco ,Mergong, Lebuhraya Suktanah Bahiyah, 05350, Alor Setar,
Kedah.

Tesco Ampang
Lot. 23, Tesco Hypemarket, Jln. Pandan Prima Dataran Pandan Prima, 55100
Kuala Lumpur.

Tesco Kajang
Lot. F10, 1F,Tesco Kajang, PT37820 &11196,Saujana Impian, 43000 Kajang,
Selangor.

Tesco Meru
Lot. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah
Alam, Selangor.

Tesco Rawang
Lot. G2-G5,Tesco Rawang, Batu 1Jln Rawang, 48000 Rawang, Selangor.

Wangsa Maju
Lot. F1-35, AEON BIG, No 8, Jalan 8/27, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala
Lumpur. Kuala Lumpur.

Thanks you for reading!

Reading Time:

Tuesday 30 May 2017

Outlet Kelima Street Churros di My Town, Cheras!
11:35 am 2 Comments
Salam to all readers,


Street Churros di My TOwn, Cheras! | Baru-baru ini aku sempat bersiar-siar di My Town, Cheras. Buat pertama kalinya jejakkan kaki ke mall yang baru bukak ni. Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan puasa dan aku juga bakal menduduki final exam, rasa nak release tension dengan cara menikmati makanan yang belum pernah lagi aku makan.

Buat penggemar makanan korea korang harus baca entry kali ini. Ada sesiapa dekat sini yang biasa makan makanan korea? Makanan korea yang biasa aku makan adalah seperti Seoul Garden, Dubuyo, dan Dubu Dubu. Biasanya, restoran-restoran sebegini hanya menawarkan main dish dorang sahaja. Berbeza dengan Street Churros dimana ia menawarkan pelbagai jenis variasi churros yang nampak ranggup di luar, enak di dalam. Aku tak pernah lagi makan churros di mana-mana kedai lagi selain buatan mak aku dan juga di Street Churros di My Town ini. 


I know churros bukanlah makanan yang berasal dari Korea tapi churros masih popular dan amat digemari oleh penduduk di sana lebih-lebih lagi bila menjelang musim luruh dan sejuk. Kalau ikut negera orang putih, breakfast pun dorang sental makan churros. Kalau ikutkan kita, waktu petang, tambah-tambah cuaca panas elok sangatlah makan churros. Ranggup di luar, enak di dalam gitu!

Member aku ada cakap kalau nak rasa churros yang sedap dan ranggup pergi la try makan di Street Churros! Tu yang rasa nak pergi cuba. Kalau ada yang gemar tengok Running Man mesti perasan ada je mereka buat shooting di Street Churros, episode berapa aku tak berapa ingat pula. 

google
Street Churros merupakan rangkaian kafe churros yang terbesar di dunia, ia bermula dari Korea Selatan dan cukup popular di negara tersebut sehinggalah dibawa terbang ke Malaysia. Street Churros mahu memastikan yang pelanggannya akan mendapatkan churros yang berkualiti dan sedap walaupun dijual di jalanan.

Kalau belum berkesempatan nak ke Korea, datang sahaja ke Street Churros untuk menikmati hidangan mereka, pasti merasa seolah-olah berada di Korea! Setiap kali pelanggan datang ke kafe, staff mereka pasti mengucapkan Anyeongasayo! Konsep yang diamalkan Street Churros ini pun menarik, di mana korang perlu order-buat-goreng-siap-makan! Mudahkan, korang sendiri boleh tengok cara mereka buat churros. Menarik dan nampak fresh sekali.

Bertambah menarik dan teruja sekali bila aku dapat tahu, kesemua barangan dan bahan-bahan untuk buat churros ini diterbangkan khas dari Korea! Jadi, tak perlu ke Korea untuk merasa churros, dan tentu-tentu rasanya sama. Dari tadi cerita pasal Street Churros sahaja, mana makanan-makanan utamanya pula kan? Jom tengok, menu-menu churros yang terdapat di Street Churros, My Town.

google
Ini merupakan menu utama di Street Churros, lebih dikenali sebagai basic churros. Ianya terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu Cinnamon, Chocolate, dan Cheese. Antara ketiga-tiga perisa ini, Cinnamon churros la yang paling popular. Bagi aku ketiga-tiga perisa ini sedap, kalau nak lagi sedap korang boleh beli additional dip yang berharga RM1.90, ada 4 jenis perisa iaitu chocolate, cream cheese, butterscotch dan juga blueberry. Kalau beli street churros sahaja, RM5.90.

google
Menu seterusnya adalah Filling Churros, meleleh air liur masa tengok dorang buat filling Churros ini wei! Bila masuk mulut, ya ampun memang sedap weiii! Ianya di datangkan dalam 3 jenis perisa iaitu perisa chocolate, custard, dan cream cheese. Paling sedap yang perisa chocolate, memandangkan aku memang chocolate lover!

google
 Menu: FILLING CHURROS (Chocolate, Custard and Cream Cheese)
Price: RM7.90

google
Seterusnya, ada Stick Churros! Stick Churros ini masih baru lagi, tapi dah ramai bookmark jadikan favourite churros. Aku pun salah seorang peminat stick churros ni, lembut dan enak di dalam. Kalau tak cukup rencah rasanya, korang boleh order additional dip yang terdiri daripada 4 jenis perisa iaitu chocolate, cream cheese, butterscotch, dan juga blueberrry. Makanan begitu sahaja pun dah sedap sebenarnya, sebab dorang dah bersalut dengan perisa masing-masing. Nak campur perisa pun boleh, kesemua perisa sedap! Kalau pergi jangan lupa order stick churros, amat recommended!

google
                                      Menu: STICK CHURROS (Cinnamon, Chocolate, Cheese)
Price: RM9.90

Menu terbaru yang diperkenalkan Street Churros adalah Churro Fries. Bagi penggemar kentang goreng, ataupun peminat churros nak tukar selera sikit bolehlah pekena Churro Fries di Street Churros. Kentangnya, panjang-panjang, lembut je masuk dalam mulut. Terdiri daripada tiga jenis perisa iaitu Sour cream, Tomato, dan juga Seaweed. Haritu aku rasa perisa sour cream, memang sedap!

 Menu: CHURRO FRIES (Sour cream, Tomato, Seaweed)
Price: RM7.90

google
Dah alang-alang singgah ke Street Churros, memang tak sah kalau tak order Ah-Chu "Ice Cream Churros". Lagi-lagi time cuaca panas, memang elok bebenor order Ah-Chu, bagi menyejukkan badan. See, tengok rupa ice cream churros ini pun dan sejuk hati, rasa sayang pula nak ngappp!!

google
Belanja lagi ice cream churros dari sudut tepi. Meleleh air liur, kalau layan gambar macam ini time bulan puasa lagi terliur dibuatnya. Ice cream churros ini ada satu jenis je memula iaitu plain yang berharga RM7.90. Kalau nak ada topping macam gambar dekat atas ini korang kena tambah lagi RM1 dan boleh pilih nak perisa apa sama ada perisa mango, choco choco ataupun choco berry.

 Menu:  AH-CHU "ICE CREAM CHURROS "
Price: RM7.90 (plain only)
Topping: +RM1.00 (Mango, Choco choco, Choco Berry)

Selain churros, korang juga boleh try beberapa jenis minuman yang terdapat di Street Churros ini. Memang menjadi satu kemestian bila makan perlu ada minumannya. Ini minuman versi "Fruit Ade" yang terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu lemon, passionfruit dan juga korean citron. Satu minuman ini berharga RM7.90 sahaja!

Street Churros juga ada menyajikan hidangan kombo di mana korang boleh pilih salah satu menu churros dan dipadankan pula dengan minuman latte. Contohnya, Street Churros bersama Latte, Filling Churros bersama Latte, ataupun Stick Churros bersama Latte. Bagi aku berbaloi juga kalau korang dapatkan set kombo ini.

Menu: SHAKE (O’My Mango, O’My Coconut)
Price: RM9.90


Selain minuman "Fruit Ade", Street Churros turut menawarkan minuman versi "Shake". Sekali pandang, macam-macam ala-ala minuman cafe starbuck gitu. Shake ini terdiri daripada 2 jenis perisa iaitu O'My Manggo dan juga O' My Coconut. Kedua-dua minuman ini rasanya memang menakjubkan. Lebih-lebih lagi, perisa O'My Manggo shake, terasa kepekatan lemak mangganya dan kemanisan yang cukup sempurna.  O”My Coconut shake tiada tolak bandingnya juga, kerana perisa ini juga sedap wei! Terasa lemak kelapa, seperti minum coconut shake gitu! Kalau pergi jangan lupa order minuman "Shake" ini tau! Bila minum minuman shake ini terasa sedang bersantai di pantai korea selantan sana. Pendek kata, sekali hirup, pasti nak order lagi punya! 

NON-COFFEE
Price: RM7.90 (Hot) RM8.90 (Cold)
Flavour: Chocolate, Green Tea, Milk Tea

Yang bestnya, minuman Green Tea di Street Churros dah jadi favourite aku. Memang pada awal, aku bukanlah peminat green tea lover tapi bila rasa Green Tea di Street Churros ini terus jatuh cinta. Sedap gila wei! Recommended sangat dekat korang pergilah try!

Kafe Street Churros ini pun jenis santai-santai sahaja, bolehlah datang lepak dengan member-member makan churros. Sambil makan churros dapat juga kita mengeratkan hubungan ukhuwah gitu.

Kalau korang berminat nak try churros di Street Churros ini bolehlah singgah mana-mana cawangan yang berdekatan seperti di alamat yang tertera bawah ini;

google


STREET CHURROS ONE UTAMA MALL
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-89592110


STREET CHURROS IOI CITY MALL
Lg-66A Lower Ground Floor 
 IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, Putrajaya.
Tel: 03-76810710


STREET CHURROS SKY AVENUE
Lot No, T2-12, Level T2,
 Sky Avenue, Genting Highlands Resorts,
69000 Genting Highland,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 03-6103110

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
 BerjayaTime Square,
No. 1 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur


Tel: 03-21106210

STREET CHURROS MY TOWN, CHERAS
Lot No, B1.046 Basement 1 Floor,
 MyTOWN Shopping Centre 6, 
Jalan Cochrane, Seksyen 90, 
Taman Maluri, Cheras,
 55100 Kuala Lumpur


Tel: 03-92011099


Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: streetchurrosmy

p/s: Rajin-rajin scroll instagram Azwar nanti, ada contest buat korang semua. Dimana korang berpeluang memenangi voucher Street Churros!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 27 May 2017

iBawal Tudung Bawal Trend Terkini
3:15 pm 7 Comments
Salam to all readers,

| iBawal Tudung Bawal Trend Terkini | Sekarang macam-macam jenis fesyen tudung berada di pasaran sebut sahaja nak jenama apa, nak design apa semua ada. Nak tudung saji, bawal, shawl, shawl instant, shawl dua muka, shawl talam 2 muka semua ada. Datanglah pelbagai jenama sekalipun, tapi sekarang aku berkenan sungguh tudung koleksi iBawal. Ini gara-gara ramai duk pulun pakai iBawal sehingga aku sendiri terjebak. Rasanya tudung jenama iBawal sudah cukup popular sehingga ramai orang tergila-gilakannya. 

iBawal merupakan satu jenama tudung bawal dari Malaysia yang sudah bermula bertapak sejak tahun 2015 dan koleksi-koleksi mereka turut mendapat tempat di Brunei dan juga Singapore. Orang jauh pun dah berkenan, yang duduk dekat ini lagilah suka! Aku jarang pakai shawl kerana aku lebih selesa pakai tudung bawal. Bawal koleksi iBawal ini ada sedikit kelainannya dari tudung jenama lain. Ianya nampak lebih elegan yang paling penting tengah trending dan mampu dimiliki oleh semua!

google
 Antara koleksi tudung bawal iBawal

Cantik sungguh packaging iBawal ini, nampak esklusive gitu! Setiap packaging berpadanan dengan koleksi tudung iBawal. iBawal ini pun sebenarnya dah banyak koleksinya tapi yang aku nak share hanya 2 jenis sahaja iaitu iBawal Serena Parfum 2016 dan iBawal inspired by SaraAli.

google
 iBawal Serena Parfum 2016

Tahu tak, iBawal ini ada tagline tudungnya iaitu "gosok-gosok, wangi semerbak". Yang ini aku tak tipu beb, memang kesemua koleksi tudung iBawal bau harum. Design iBawal Serena Parfum 2016 ini cantik dan sesuai digayakan kemana-mana majlis. Lembut, tidak berapa licin dan senang dibentuk. Bila pakai elok je terletak cantik di kepala. Pakailah berjam-jam sekalipun, tak sengit bengit pun. Yang pasti label iBawal pasti ada beb!


Tak sampai 5 minit dan siap sarung tudung bawal koleksi iBawal. Cantik kan? Kalau tengok betul-betul jahitan tudung iBawal ini nampak kemas jahitannya. Takde benang putus-putus pun! Puas hatilah kalau beli koleksi tudung iBawal. 

Memandangkan takde baju yang sesuai untuk menggayakan iBawal inspired by SaraAli maka takdelah gambar untuk aku melaram. Insyaallah, akan datang aku share gambar melaram aku menggayakan tudung satu lagi.

Apa yang menarik tentang koleksi iBawal?

  • Pelbagai design dan koleksi yang menarik
  • Nampak confident bila menggayakannya
  • Sesuai dipakai di mana-mana majlis
  • Tak mudah kedut
  • Senang digosok dan tak perlu gosok terlalu lama
  • Senang dibentuk
  • Pelbagai gaya boleh digayakan
  • Material kain yang best, selesa dipakai
  • Bidang bawal yang awesome tak pendek tak labuh sangat
  • Harga mampu dimiliki
  • Jahitan kemas
  • Terdapat pelbagai terkini sempena raya!
google
Sebenarnya, banyak lagi koleksi lawa-lawa keluaran iBawal. Tambah-tambah nak dekat raya ini, jadi rajin-rajinlah layari website iBawal untuk melihat design terbaru. Jangan lepaskan peluang untuk grab koleksi iBawal okay! Dengar-dengar iBawal ada keluarkan koleksi terbaru "Flora & Fauna Parfum 2017". Nak tahu betul ke tidak, ayuh terjah http://www.ibawal.com/
Reading Time:

Sunday 21 May 2017

Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online
6:26 pm 9 Comments
Salam to all readers,


google
Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot dengan Harga yang Berpatutan

| Jom Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online | Akhir-akhir ini, cuaca negara semakin panas rasanya, menyebabkan badan lekas berpeluh dan kulit kepala rasa berminyak kan? Sungguhpun, kita berhijab mahkota (rambut) haruslah dijaga supaya sentiasa bersih. Selain penjagaan muka untuk tampak cantik, rambut juga salah satu benda penting juga harus dijaga sepuya kekal segar dan sihat. Kalau dah masuk 3 hari tak cuci, mulalah rasa tak selesa.

Tambah-tambah kita jenis aktif, sibuk dengan kerja, pergi kuliah, sampai tak sempat nak pergi saloon. Dulu waktu aku kerja saloon, rajinlah juga aku buat treatment, bila dah sambung belajar nak pergi buat treatment pun takde masa + kos nak buat treatment bukannya murah. 

Now, aku dah jumpa satu alternatif untuk kekalkan rambut segar dan sihat. Iaitu merawatnya sendiri di rumah dan korang sendiri boleh dapatkan pelbagai rangkaian produk penjagaan rambut dan kulit kepala tersebut hanya di HairDepot secara online. Sekali singgah ke websitenya, pasti nak datang lagi! Rangkaian produk HairDepot bukan hanya boleh didapati di website sahaja, malah ia turut ada beberapa cawangan di Malaysia. Bagi yang busy dengan kerja, bolehlah purchase melalui online sahaja, jimat masa dan tenaga!

Sekarang, tak payah pening-pening kepala ambil air beras bilas rambutlah, letak putih telur lumur dekat rambutlah, sedangkan semua dah dibotolkan. Semua benda dah naik taraf gitu, murah pun murah.

google
Bertambah menarik lagi, HairDepot bukan hanya menjual rangkaian produk penjagaan rambut sahaja, malah turut memperkenalkan rangkaian produk penjagaan badan, seperti sabun mandi, scrub badan, pencuci muka, hand cream dan macam-macam lagi. Baru-baru ini, aku sempat singgah cawangan HairDepot Loft di One Utama. Memang best wei, sekali singgah pasti nak datang lagi!

google
Kalau korang ada masalah rambut, dan tak pasti produk apa yang sesuai untuk dipakai, datang sahaja di HairDepot kerana dorang bukan sahaja menjual produk penjagaan rambut semata-mata, malah mereka turut bagi recommedation (produk advisor yang terlatih) produk apa yang terbaik untuk korang pakai. Best kan, wujudnya store macam ini. Kalau tak tahu nak pakai pun, produk advisor akan tunjuk step by step macam mana nak pakai. 

Masalah aku pula, aku sering mengalami masalah kelemumur. Kalau salah pilih shampoo rasa berkeping-keping kelemumur bertempek atas kepala. Tadi aku ada tanya, rangkaian produk apa yang sesuai untuk aku, justeru produk advisor terus syorkan aku untuk menggunakan rangkaian produk "GREEK OLIVE". Sabun ini kurang berbuih, tapi wangi dan ingredient dia pun bahan-bahan organik. Kalau kita ada kelemumur, kita digalakkan untuk tidak garu kepala terlalu kuat, seelok-eloknya buat slow-slow. 

google

Greek Olive bukan hanya untuk penjagaan rambut sahaja, penjagaan badan turut ada seperti di atas.

Dapatkan Pelbagai Rangkaian Produk Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala di HairDepot Secara Online


Andai kata, korang ada mengalami masalah rambut mahupun kulit kepala seperti kelemumur, keguguran rambut, bercabang, berminyak, rambut berkerinting dan lain-lain lagi, jangan segan silu untuk datang ke cawangan HairDepot yang berdekatan kerana segala benda yang berkaitan produk rambut boleh didapati di sini. Kira, HairDepot ini one stop center bagi kita semua dapatkan rangkaian penjagaan rambut lebih daripada 1,000 produk dari ratusan jenama terkenal. Yang pasti dijamin berkualiti!

Bagi mereka yang tidak sempat singgah mana-mana cawangan akibat kekangan masa, jangan risau kerana korang boleh dapatkan semua rangkaian produk HairDepot secara online iaitu di www.hairdepot.my
google
Alataan penjagaan rambut juga turut terdapat di HairDepot seperti sikat yang berbagai rupa dan size, iron, hairdryer, dan kesemua barangan disini korang boleh dapatkan dengan harga yang cukup berpatutan.

Bagi mereka yang ada anak kecik, korang tak perlu pening-pening untuk mencari produk penjagaan rambut baby, kerana HairDepot turut menyediakan (baby care). Biasalah, rambut budak lebih lembut dan kulit mereka lebih mulus lagi, jadi mak ayah haruslah mencari produk yang terbaik untuk anak mereka. Kalau tersalah pilih nanti, tidak mustahil menyebabkan kulit bermasalah di kemudian hari.

Manakala, bagi mereka yang ada masalah rambut bercabang akibat pernah lumur rambut dengan bahan kimia waktu luruskan rambut atau colour, korang boleh cuba pakai rangkaian produk Argan Oil. Rasanya, ramai dah tahu kelebihan Argan Oil ini untuk apa. Yang pasti rangkaian produk ini baunya wangi sangat-sangat!!

Yang bestnya, kalau pakai Argan Oil ini rambut rasa lebih lembut, nak sikat rambut pun rasa lebih mudah, dah tak tersekat mana-mana skala dah. Sekarang tengah promo beli 1 percuma 1 lagi Argan Oil. Berbaloi kan? Hanya berbelanja satu botol yang berharga RM89, dapat lagi satu botol Argan Oil yang sama harga secara PERCUMA.

google
Kalau nak tahu, setiap bulan HairDepot ada buat promosi, seperti gambar atas ini semua tengah sale, beli satu percuma satu. Semua botol besar-besar belaka, dapatlah pakai lama. Botol bekas putih tu namanya "HEAD SPA" lebih dikenali sebagai treatment rambut. Bila dah cuci rambut, bolehlah lurutkan treatment ini dekat bawah rambut, jangan kena kulit kepala, tunggu dalam 5 minit baru bilas. Kalau dah pakai ini, tak perlulah pakai conditioner pula. Satu ini pun sudah memadai.

Head Spa ini mampu merawat rambut rosak, sensitif dan secara tidak langsung boleh mengembalikan semula kesegaran rambut, menguatkan agar rambut, serta membuatkan rambut korang lebih lembut dan licin. Head Spa ini pun tengah ada promo price, RM50 (Buy 1 Free 1).

google
HAIRDEPOT ARGAN OIL 50ML 
Promo Price: RM89 (BUY 1 FREE 1)

Inilah antara barangan yang sempat aku borong di HairDepot Loft haritu, ada Argan oil, HAIR BTX Keratin Reconstructive Treatment, Head Spa, dan juga sample Hair milk product. Bagi mereka yang biasa mewarnakan rambut dan mengalami rambut bercabang, elok sangatlah cuba product HAIR BTX Keratin Reconstructive Treatment ini, ia membantu menguatkan akar rambut, rambut lebih licin dan bersinar. Kandungan yang terdapat dalam treatment ini adalah seperti hydrolesed keratin, hydrosyen collagen, protein ceramic, minyak Arga, minyakk bunga kamelia dan minyak biji Jojoba. HAIRDEPOT HAIR BTX 25ML sekarang tengah ada promo price, RM78 (BUY1 FREE 1).

Kalau korang nak tahu, HairDepot merupakan salah satu retail store yang menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan rambut dan kulit kepala yang terkemuka di Malaysia. Kini, HairDepot telah memunyai rangkaian sebanyak 30 cawangan yang rata-ratanya disekitar Klang Valley dan Johor. HairDepot turut pernah mendapat anugerah exclusive distributorship in Malaysia daripada Principal of LITTLE GREEN, NEW YORK STREET, PHYTORELAX LABAROTORIES, CAB’S, ERAYBA, FARCOM, with products of these brands available for sales exclusively in HAIRDEPOT

Jenama sendiri HairDepot merupakan campuran produk yang berkualiti dan telah dikaji, diuji serta dihasilkan oleh panel rakan kongsi pembuatan di Australia, Finland, Taiwan, Malaysia dan Jepun. Antara jenama mereka sendiri yang cukup popular dikalangan pelanggan adalah seperti MIDORI, GREENOLOGY, HERBALOGIST, dan THE HAIR STORY.

google
Dah puas shopping sempatlah bergambar dengan owner HairDepot Loft dan beberapa rakan blogger yang lain sebelum balik.

Muka happy bila dapat borong produk di HairDepot. Kalau nak cerita satu per satu produk memang sampai ke sudah tak habis kan. Jadi, kalau berkenan nak dapatkan produk mereka datang sahaja mana-mana cawangan HairDepot yang berdekatan. Bagi mereka yang kekangan masa untuk pergi window shopping, boleh sahaja purchase online di www.hairdepot.my                      
Voucher Code: HBE20J
(Expired on 31st July 2017)

Khas buat pembaca setia blog aku yang tertarik untuk mendapatkan barangan HairDepot bolehlah gunakan voucher code atas ini.  Exclusive offer of RM20 e-voucher for ualls! Sekali sign up dah dapat RM5 voucher plus sekali RM20 e-voucher dah ada RM25 off!! Berbaloi-baloi!

HairDepot turut berada di Shopping Mall: Mid Valley, 1Utama, Berjaya Time Square, Nu Sentral, Amcorp Mall, Pear Point 2, Jaya Shopping Centre, Quill City Mall, eCurve, IPC Mutiara Damansara, Aeon Rawang, KL SOGO, Batu Pahat Square One, Batu Pahat Mall, dan lain-lain lagi.


Street Shop: Kepong Baru, Kepong Metro Perdana, Bandar Sri Damansara, Aman Puri, Taman Bukit Maluri, TTDI, Taman Megah, SS2, PJ, Puchong Bandar Putri, Sri Petaling, Selayang Jaya, Muar Johor, Bukit Indah Johor, Taman Perling Johor, dan lain-lain lagi.



Untuk makluman lanjut mengenai HAIRDEPOT bolehlah layari;

Website: HairDepot

Thanks you for reading!
Reading Time:

Friday 19 May 2017

Pengalaman bermain di Escape, Penang! Syokk wei!
5:30 pm 4 Comments
Salam to all readers,


Aku tak tahu kenapa aku perlu mengambil masa yang lama untuk update blog sekarang ini. Padahal, banyak juga masa terluang, masa terluang dengan aktiviti tak berapa faedah seperti tidur sepanjang hari. Pantang ada masa terluang sikit, mulalah rasa nak tarik bantal. Jangan kau ikut perangai tak semengah aku ini, memandangkan dah nak dekat final exam. Doa yang baik-baik moga dapat dean list gitu...

Siapa dekat sini suka aktiviti lasak? Kalau korang minat aktiviti lasak bolehlah cuba pergi Escape, Penang. Syok weiii! Sampai sekarang rasa tak puas main, nak repeat lagi sekali boleh tak? Last, aku main aktiviti-aktiviti lasak macam ini masa pergi kem kotex kalau tak silap aku, waktu tu form 1 rasanya. Punya lama aku tak join aktiviti sihat macam ini. Sekarang banyak join larian juga, konon boleh kurus, habis lari berpingangan juga aku mencekik. Kau rasa boleh kurus ke?  `

Welcome to Escape Penang! Kami bergerak dalam pukul 8.00 pagi macam tu pekan Penang. Sungguh pun Penang, jauh juga perjalanan untuk sampai ke Escape ini, kerana ia terletak di hujung tanduk area Teluk Bahang kalau tak silap aku. Makan masa dalam 1 jam juga untuk sampai ke sini. Yang penting, kawasannya cantik sangat. Hutan-hutan masih terpelihara. Nyaman sahaja hirup udara dekat sana!

Sebenarnya, Escape ini pun ada banyak tempat, macam Escape Shah Alam. Macam biasalah, yang dekat pun aku tak pernah berkunjung, nak juga pergi yang jejauh. Nasib baiklah, kelab Marketing tahun ini rajin buat aktiviti, dapatlah aku join sekali. Bukan senang, aku nak join aktiviti-aktiviti macam ini okay. Bila tahap kemalasan menguasai diri. Aku taknaklah markah kokurikulum aku corot, atleast nampaklah effort sikit bila join aktiviti. Ya tak?

Pergi hari Jumaat pun ramai orang, rata-rata pergi under rombongan sekolah, universiti, company trip, family pun ada. Seperti biasalah, sampai-sampai kena beratur beli tiket, yang paling sibuk off courselah orang kuat yang anjurkan aktiviti ini, Presiden club marketing, dialah yang nak kena settlekan kemasukan kami semua. Sebelum masuk, akan diberi penerangan terlebih dahulu.

Memandangkan kami pergi under rombongan club dan ramai pula tu, dapatlah special layanan sikit, apabila dah masuk ke dalam Escape, kiteorang diminta berkumpul dekat kawasan lapang sikit, dekat situ ada beberapa staff Escape, Penang akan beri sedikit penerangan tentang peraturan bermain, berkenaan locker, khemah, makanan dan macam-macam lagi informasi. Memandangkan yang join dalam lingkungan 40 orang, maka kiteorang buat keputusan share duit beli khemah tersebut dengan makan tengahari sekali. Berbaloi jugalah rasanya!


Sebelum bergerak pergi bermain, kami buat aerobik sikit dengan tunjuk ajar daripada salah seorang staff Escape yang bernama Abang Ali. Kalau tak buat, nanti lepas main mulalah tergeliat semua urat sendi korang nanti.

Muka excited nak lenjan main Escape sampai lebam.`Sebelum bermain, haruslah berselfie puas-puas terlebih dahulu, memandangkan kami dinasihatkan untuk tidak membawa handphone, atau kamera, takutlah terpelanting nanti sendiri mahu tanggunglah. Memandangkan aku sayang kamera dan smartphone aku, maka kutinggalkan sahaja dalam khemah. Jangan risau, khemah tu dijamin selamat sebab dimangga. Ada je bawa phone senyap-senyap untuk ambil gambar masa bermain.

Atas tu salah satu permainannya, selalu tengok ahli Running Man main dalam kaca television. Ini kali kita main, stage pertama pun mengah, ada hati nak naik stage 3. Gayat owhh!!

Selfie lagi!


Cantik sangat persekitaran di Escape, Penang ini. Bersih pun bersih, teratur pun teratur. Staff pun baik-baik belaka.


Ini pun menyeramkan, apatah nama permainannya. Nampak dari bawah rendah je. Sekali naik, ketar juga lutut. Macam-macam permainan korang boleh main, paling best flying fox la. Kami masuk dalam pukul 11.00 pagi sehinggalah 6.00 petang. Kau rasa? Mainlah sampai lebam, ada satu permainan yang aku tak sempat naik disebabkan kena beratur panjang. Lagipun, permainan tu makan masa dalam setengah jam untuk 4 orang main.

Sekitar pukul 2, hujan dah mula turun, tapi orang yang ada berada dalam Escape still main sampai lebam. Rugilah kan, bayar mahal-mahal mainnya tak kan? Makin lebat hujan, makin rancak orang bermain. Syok sangat, jangan sangka tempat macam ini anak-anak muda je join, warga emas pun boleh okay.

Antara permainan menarik yang terdapat di Escape, Penang adalah seperti permainan flying lemur, kite flyer, tubby racer, atan's leap, gecko tower, monkey school, tots trail, a-maze, foxy burrow, discovery dig, zoom bug, balance beam, jungle swinger, go ape, aerobat, jumping jack, coco climb, 3 sixty, go bananas, serambi, dunk tank dan macam-macam lagilah ada.

Nama permainan ini adalah "Monkey Business" ada 3 stage, boleh pilih nak naik yang mana. Aku ambil stage kedua, medium. Syok juga, nasib baik selamat sampai ke garisan penamat.

Kenalkan ini Abang Ali, salah seorang staff Escape Penang yang rajin melayan kerenah kami semua. Yang pasti rajin gila bantu orang panggang ayam dan jagung. Dah puas bermain, kami sudahi  dengan makan tak ingat dunia. Yang pasti naik bas, semua bau masammm...

Sungguhpun trip ini hanya satu hari sahaja, ianya mampu mencipta 1000 satu kenangan kot. We enjoy, fun, strees pun hilang, dapat kenal kawan baru, yang penting berbaloi dengan apa kita bayar. hahah... Kalau club korang buat aktiviti macam ini, jangan lepaskan peluang pergilah weiiii. Nanti esok-esok menyesal, nangis tepi bucu katil. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ESCAPE, boleh layari;


Thanks you for reading!
Reading Time: