Gubahan Hantaran Perkahwinan Paling Simple dan Jimat! - Azwar Syuhada

Friday 21 April 2017

Gubahan Hantaran Perkahwinan Paling Simple dan Jimat!

Salam to all readers,

Now, boleh dikatakan ramai orang berpusu-pusu kahwin diusia yang muda, seperti zaman mak ayah kita. Dah sampai jodoh mereka, nak buat macam mana kan? Aku tertanya-tanya juga, diusia muda apa mereka buat sampai boleh buat majlis yang begitu grand. Tambah-tambah, aku memang minat tengok siri mahligai impian, siri majlis perkahwinan gilang gemilang, berangan-angan satu hari nanti aku pun dapat buat majlis perkahwinan macam dorang. Padahal, yang masuk dalam rancangan tu semua orang berada. hahaha...

Awal bulan 4 haritu, abang aku selamat dikahwinkan. 31/3 adalah majlis akad nikah, manakala keesokan harinya 1/4 adalah majlis perkahwinannya. Dah besar abang aku ya, dah beristeri, rasa macam baru semalam dia cakap dengan mak aku nak pergi sekolah. Ni tipu je! Umur dia 26 dah sekarang, dah merupakan satu-satunya abang aku. Jadi, buat pertama kalinya, kami sekeluarga mengatur majlis perkahwinan. Majlis dilaksanakan serentak di rumah belah perempuan, so we just prepare yang penting, lain-lain benda dorang uruskan. Sebelum, aku tunjuk benda apa yang aku siapkan untuk majlis perkahwinan abang aku, jom ketahui apa itu mas kahwin, dan apa pula hantaran?

Mas kahwin adalah benda paling wajib diberi pada pihak perempuan. Mahar atau lebih sinonim lagi dikenali sebagai mas kahwin merupakan pemberian wajib kepada isteri. Seandainya si suami masih lagi berhutang mas kahwin, maka si isteri berhak menolak untuk bersama. Bila mas kahwin dah diberi kepada si isteri, maka wang tersebut adalah hak mutlak kepada isteri tersebut, si suami tidak berhak untuk menggunakannya.

Manakala, hantaran pula merupakan satu bentuk hadiah wang tunai yang diberi kepada pihak perempuan untuk dibelanjakan untuk menyempurnakan majlis perkahwinan mereka beserta hadiah lain seperi handbag, telekung, Al-quran, buah-buahan, barang make-up dan macam-macam lagi. Yang penting kena ada sudah semestinya wang hantaran. Benda lain tu takdelah penting sangat, tapi sudah menjadi trend sekarang balas membalas dulang, seandainnyapihak lelaki menghantar dulang sebanyak 3,5, dan 7, maka pihak perempuan akan melebihkan daripada jumlah dulang yang dihantar oleh pihak lelaki dan semestinya no. genap. Sekiranya, pihak perempuan ini melangkah bendul, justeru pihak lelaki harus mendoublekan dulang tersebut.

Kalau masih ada nenek-nenek, dorang pantang kalau budak-budak yang membawa dulang hantaran tersebut. Kalau boleh, barang-barang tersebut harus diikat betul-betul, seandainya terjatuh itu dikira penanda yang tidak bagus buat pasangan tersebut akan datang. Mungkin sekarang ramai yang tidak kisah dengan pesanan orang tua, ada yang kata tahyol, apa-apa pun terpulang pada masing-masing. Begitu juga, untuk memilih hari dan bulan yang sesuai untuk bernikah. 

Antara benda yang aku kena buat untuk menyempurnakan majlis abang, adalah seperti doorgift, button badge dan juga hantaran. Dulang hantaran hanya 5 dulang sahaja, 2 benda aku adjust, 3 lagi dulang tokcik aku buat. Semua barang hiasan aku beli dekat GM Klang, murah dan jimat, harga pun affordable. 

google
 Dulang hantaran pertama ini, dibuat oleh nenek saudara aku a.k.a tokcik aku. Pulun jugalah, aku tanya dah siap ke hantarannya, dia kata kau tengoklah nanti. Konon nak buat surprise la tu, nasib baik cantik! Dia buat moneybouquet. Lawa jugalah hasil tangan dia, mak aku kata dia memang pro la bab-bab ini. Aku just tambah manik-manik je dekat bunga tu untuk nampakkan seri. Berseri ke? Bekas cincin tu dalam RM15 dekat GM Klang. Banyak jenis, ni paling murah dan cantik!


google
 Gubahan hantaran ini aku buat, aku punya design takdelah gah mana, biasa-biasa je mampu buat. Hanya letak bunga keliling dulang, thenterus letak beg dan jam tangan, kemudian buat reben pada handbag dan jam tangan. Siap! 

 Ini pula bunga stokin, hasil kreativiti tokcik aku. Puas aku pikir macam mana dia nak bunga stokin, pakai stokin yang kita selalu pakai tu ke? Kan tebal, macam mana dia buat kan? Sebab bila aku tanya, dia suka sangat nanti kau tengoklah, jenis orang yang tak suka berkongsi dan penuh kejutan yang tak dapat dijangka.

Yang ini aku buat, mula-mulalekat bunga dekat dulang hantaran, kemudian baru adjust bakul tu, hanya ikat tali pada bahagian pemegang, bubuh manik, dan rama-rama. Siap letak barang! Aku punya mudah je nak buat. Barang nak hias pun murah beli dekat GM Klang.

google

Bunga telur borong dekat GM Klang juga, bunga telur dekat sana mahal dan tak banyak yang cantik pada pandangan aku. Yang ini jugalah, yang sedap mata memandang. Sekotak ada 50 batang, dah cecah RM80 lebih, kau rasa? Nak jimat kena daftar jadi ahli, register ahli free je, dapatlah kurang RM70 lebih macam tu. Dah siap, inilah hasilnya, nampak banyak kan bila dah dikembang-kembangkan bunga telurnya.

 Doorgift ini pula, tempah terus dekat Noorazalinadoorgift, korang boleh search dekat facebook, dan instagram. Aku order doorgift dewasa dan kanak-kanak, satu paket RM1 sahaja.

Itu sahaja yang aku boleh kongsi pada harini, akan datang aku share gambar majlis perkahwinan abang aku.Hope, dapat membantu korang yang tengah mencari idea nak buat hantaran!

Thanks you for reading!

4 comments:

  1. cantik dan simple! tak perlu yg mahal pun boleh jadi jugak kan.

    ReplyDelete
  2. cantiknye gubahan bunga duet tu...dah lama xtgk org gubah bunga duet, biasa pakai check je sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. sekarang ni nak yang simple dan murah je. pun lawaaa dah. huuu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!