Akim & Saliza naik Pelamin! - Azwar Syuhada

Friday 14 April 2017

Akim & Saliza naik Pelamin!

Salam to all readers,

Lama rasanya tak update kenduri kawen orang. Jujur aku cakap, aku memang pemalas nak attend kenduri kawen ini semua. Alhamdulillah, sejak umur dah makin meningkat ni, rajin pula aku hadiri majlis kenduri kawen. Kalau tak, mesti kena leter dengan mak aku. Asal orang buat kenduri kau tak pergi, nanti kau kawen takde siapa nak datang. Maigad!! Takut jugalah, nanti aku kawin takde siapa pula nak datang.

Kalau diikutkan ramai juga member sekolah aku yang telah mendirikan rumah tangga, yang dah beranak pinak pun ada. Aku still kendong beg sekolah pergi kuliah. Cepat betul masa berlalu, di usia aku yang dah mencecah 23 tahun ini, belum terlintas lagi di fikiran aku nak bersuami. Masih mengatur langkah macam mana nak jadi kaya. Wakaka... Nampak tak, mata duitan sungguh aku.

Awal bulan 3 haritu, member masa form 6 aku telah selamat dijabkabulkan sebagai suami isteri. Tumpang happy untuk korang berdua. Dorang bercinta memang dah lama, masa masuk form 6 lagi dorang dah bercouple, jodoh dorang kuat akhirnya sampai jua ke jinjang pelamin.

Bila member nak kawen, masa tulah baru dapat berkumpul semula. Rata-rata member zaman sekolah aku dah bekerja, berkahwin, yang belajar pun dua 3 kerat. Apa-apa pun, semua bergantung pada rezeki masing-masing. Janganlah, bila tengok kawan dah berkereta, mulalah rasa menyesal belajar. Tak payah dengki wei, habis belajar nanti kerja elok-elok belilah kereta apa kau nak kan? Yang dah kerja, jangan pula rasa rendah diri sebab tak sambung belajar. Kita semua sama je beb! Yang penting kena rajin.

Cantik sangat awak Saliza! Tahniah, buat korang berdua. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. 



Dalam pada masa menyambut hari bahagia kawan kawen. Aku pun gembira dan bahagia haritu juga disebabkan Hanum bagi suprise sempena birthday aku. Chocolate bouquet, semuanya coklat favourite aku. Syok juga, ada member-member yang dah kerja ini, asal keluar je semua dia nak belanja. Kita dengan lapang hati, terima jerlah kan? Rezeki dah depan mata tak kan nak tolak.

google
Sekali lagi tahniah buat Akim & Saliza! Akan datang, dua orang yang belakang pengantin tu pula bakal menyusul. hahaha... Semua muka bahagia!!

p/s: Apa aktiviti korang hujung minggu ini?

4 comments:

  1. akak pun sama..malas gi kenduri kahwin.lagi2 kalau kenduri sedara sebab malas kena tanya 'bila lagi?'..haha, ni contoh tak baik, jangan ikut. apapun, tahniah akim dan saliza!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum azwar.. salam perkenalan :) sama macam saya tak suka pergi kenduri huhu.. bukan malas sebab apa takmau heret anak2 sebab cuaca panas dengan org ramai risau anak2 tak selesa.

    azwar jom jalan2 kat blog saya, jangan lupa follow sekali yer hihi.. ukhuwwah fillah
    #followers 3239

    ReplyDelete
  3. Aku macam kenal tak kenal lah dia ni hahaha. Eh, ke memang tak kenal haha. Apa pun, tahniah Saliza! :D

    ReplyDelete
  4. hi, saya datang singgah sini :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!