Saturday, 11 March 2017

Senarai 4 Produk Hilangkan Parut Terbaik di Dunia

Salam to all readers,


| Senarai 4 Produk Hilangkan Parut Terbaik di Dunia | Setiap orang pasti mengimpikan kulit yang mulus tanpa sebarang cela kan? Aku pun tidak terkecuali berangan-berangan nak kulit macam Siti Nurhaliza, alih-alih bagaikan Siti Wan Kembang. Hakikatnya, kulit aku memang tidak semulus kulit Siti Nurhaliza, banyak scar juga menyebabkan confident level pun down.

Bila dah meningkat dewasa ini, penampilan diri itu sangat penting memandangkan rutin harianku kena selalu communicate dengan orang ramai. Macam-macam alternatif sekarang ini, untuk tampak cantik, kaedah tradisional ada, moden pun ada. Dulu aku rajinlah, tempek telur putih dekat muka, now masa tak mengizinkan, jadi kenalah cari alternatif lain dengan harga yang berpatutan. 

Kenapa ada orang sanggup berhabis berpuluh ribu, untuk rawatan kecantikan sedangkan terdapat 4 Produk Hilangkan Parut Terbaik di Dunia. Antaranya adalah;

1) MEDERMA

Salah satu produk yang terkenal untuk menghilangkan kesan parut pada anggota badan dan muka, sehingga aku sendiri terpengaruh mencubanya iaitu Mederma. Ia dirumus khas dengan kandungan vitamin E, dan aloe vera secara tidak langsung mampu menganjalkan permukaan kulit wajah, melicinkan kulit serta menegangkan kulit

Mederma ini memang okay, cuma dia mengambil masa yang lama untuk hilangkan parut, ada yang pakai sampai 2 tahun baru nampak kesannya. Siapa yang mempunyai kesabaran yang tinggi bolehlah cuba. Disebabkan kesabaran aku pun tak cukup kuat, aku pun stop. Mederma ini didatangkan dalam dua size iaitu 20gm dan juga 50gm. Korang boleh dapatkannya di mana-mana farmasi yang berdekatan di Malaysia ini.

2) Bio Oil

Selain itu, produk Bio Oil juga produk yang paling lejen sekali yang bertapak di Malaysia untuk menghilangkan kesan parut. Member aku ada pakai produk ini, katanya bagus untuk hilangkan parut. Ianya diformulasikan dengan Purcellin Oil yang bertindak menghilangkan parut, mengatasi regangan kulit, atasi tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan ianya amat sesuai digunapakai bagi para wanita yang telah mencecah 3 series.

Pada mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif skin, Bio Oil adalah produk yang sesuai untuk anda. Bio Oil ini didatangkan dalam dua size iaitu 60ml dan juga 125ml. Boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan di Malaysia ini.

3) Azanis Scar Serum


Azanis Scar Serum tidak asing lagi kerana ianya terbukti berkesan sehingga mendapat pasaran meluas seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, dan juga Thailand. Produk yang menjadi viral sehingga ke hari ini, bukak tv Azanis Scar Serum, bukak FB, IG semua share testimoni Azanis Scar Serum. Ramai juga orang yang dah berjaya menghilangkan parut degil setelah menggunakan Azanis Scar Serum. Kawan aku sendiri pun ada guna, ianya terbukti berkesan setelah menggunakan Azanis Scar Serum. Rasa rugi pula tak join sama itu hari.


Banyak feedback customer yang mengatakan produk Azanis Scar Serum ini lebih cepat untuk menghilangkan parut jika dibandingkan dengan produk lain. Ianya diformulasikan 100% Vitamin-E semulajadi (d-alpha tocopherol) yang dirumus dari soya yang bertindak sebagai anti radang dan mempunyai kandungan antioksida yang tinggi selain mempunyai kandungan Cocoa Butter. 

Azanis Scar Serum ini didatangkan dengan size 15ml. Rata-rata pengguna menunjukkan fedback yang positif terhadap penggunaan Azanis Scar Serum ini mampu menghilangkan kesan parut dengan cepat, tidak kiralah parut lama mahupun baru. Korang boleh dapatkan Azanis Scar Serum ini di farmasi-farmasi yang terpilih ataupun secara online.

4) White Lotus
Di samping itu, White Lotus juga merupakan salah satu produk yang berfungsi sebagai menghilangkan parut secara semulajadi. White Lotus merupakan produk keluaran negara China. Produk ini diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi sahaja, penggubalan itu dibuat daripada 100% organik minyak Teh Hijau yang berfungsi untuk menghilangkan parut pada anggota badan, muka dan serta membantu memperbaiki sistem kitaran aliran darah. Ia merupakan salah satu produk yang menggunakan herba China terpilih yang mampu mengatasi menghilangkan parut pada anggota badan

White Lotus ini didatangkan dalam size 25ml. Ianya boleh didapati dimana-mana cawangan farmasi terkemuka di negara Malaysia.

Inilah senarai 4 produk hilangkan parut terbaik di dunia. Semuanya ada kelebihan tersendiri untuk menghilangkan kesan parut pada anggota badan. Tak semua orang sesuai dengan produk yang kita pakai kan? Jadi, buatlah pilihan yang bijak untuk kegunaan diri sendiri. Yang penting jangan mudah putus asa atau harapan untuk tampil cantik. Tepuk dada tanya selera mana satu menjadi pilihan hati. 

Thanks you for reading!

3 comments:

  1. saya guna hirus scar . okay lah , murah sikit . hahahaha

    ReplyDelete
  2. Ramai kata Azanis terbaik untuk hilangkan parut

    ReplyDelete
  3. nak try la azanis serum. dulu prnh try bio oil. memang dpt hilangkan parut cuma lambat

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com