Rutin Harianku Setiap Kali Nak Balik ke Rumah Sewa - Azwar Syuhada

Wednesday 15 February 2017

Rutin Harianku Setiap Kali Nak Balik ke Rumah Sewa

Salam to all readers,

Minggu pertama sem baru bermula aku dah start memonteng, buat cuti sendiri. Dah senior katakan, mulalah nak tunjuk lagak. Dakk ehh, kebiasaannya minggu pertama adalah minggu suai kenal dan automatically banyak class cancel, jadi ada baiknya tak perlu hadir. Dinasihatkan bagi mereka yang buat pertama kali melangkah ke universiti, harus pergi minggu pertama okay! Yang senior2 sahaja boleh buat camni pada minggu pertama. hehehe.. Senior sangat?

Alhamdulillah, timetable untuk sem kali ini begitu menarik sekali kerana banyak cuti. Isnin sampai rabu ada class pagi sampai petang. Khamis sampai Ahad aku free maybe boleh buat overtime dekat kioks nanti. Hopefully, lecture kali ini orang yang baik-baik dan tidak kedekut markah, kalau tak meraung jawab paper final nanti.

Memang sudah menjadi kebiasaaan aku dimana setiap kali balik ke rumah sewa aku akan angkut segala macam tok nenek barang dapur dari rumah mak ni bawa ke rumah sewa. Tak kiralah, bawang putih, bawang merah, halia, ikan bilis, kicap, sos cili, oat, sabun, mop, boleh dikatakan overall aku akan amek dekat rumah untuk dibawa pulang ke rumah sewa wei. Sampai makcik aku perli, macam dah takde kedai runcit pula dekat KL tu ya? hahaha.. 

 Harini sempat ke Tesco, beli barang keperluan nak balik rumah sewa. Bukan takde kedai runcit or grocery outlet yang berdekatan rumah ada je. Cuma aku ini terlampau rajin nak keluar, boleh dibilang dengan jari berapa kerap aku keluar cuci mata ni hah. Yang aku tahu, pergi class balik class, barang dapur habis paling koman aku singgah UTC je. Kalau boleh beli barangan dalam lingkungan RM15 je macam tu. Nak berjimat cermat sangat!

Nasib baiklah aku duduk sini tak berapa kuat sangat makan, balik rumah je aku ternah lemak sikit. Belanja harian dulu dengan sekarang, jauh beza wei. Lemon yang dulu hanya RM0.85 sekarang dah jadi RM1.99 sebiji. Kau rasa? Okaylah, perbelanjaan aku dalam sebulan dalam RM100 ringgit jugalah paling koman. RM100 tulah duit makan, duit poket, duit beli kudap-kudap anything yang pasti aku takkan belanja lebih RM100 dalam sebulan. Kalau boleh elak-elakkan, kalau betul-betul terdesak barulah aku pergi cucuk duit dekat atm.

See? Nak minum susu Dutch Lady pun kena fikir 2 3 kali untuk membeli. Kalau dulu boleh dapatkan dalam RM5.00 je pun, sekarang nak cecah RM8.00 sekotak. Tak mustahil, akan datang sekotak RM15.00 kan? Jadi ada baiknya, aku beli barang keperluan yang agak-agak mahal tu dari rumah yang penting bukan guna duit aku. Balik KL tinggal beli barang, keperluan yang murah-murah je.

Aku ini kalau dah balik class pagi sampai petang memang balik rumah tu bantai tidur, lupa nak makan. Antara makan dengan tidur, aku lebih rela tarik bantal. hahaha...Tapi bila beberapa hari tak makan nasi, sekali kau makan berpinggan-pinggan topup sekali hari yang kau tak makan. Ini memang tak dinafikan, aku sorang sahaja ke perangai cenggini?

Azam nak kurus setiap tahun pasti tinggal kenangan, kalau hari-hari melantak nasi berpinggan-pinggan. Tambah-tambah, orang kita paling suka kenyang berbanding lapar. Biasanya, kalau jadual aku pack dari pagi sampai petang, aku akan bawa biskult oat crunch untuk alas perut, nak makan nasi memang taklah, after makan nak senyum pun malu ada nasi terselit-selit dekat braces aku. Jadi, aku akan pastikan perut aku diisi terlebih dahulu sebelum keluar. Kalau jadual aku tak berapa padat, bali kelas aku akan bungkus lauk sahaja, paling koman amek ikan kicap + sayur dah RM4.50. Nasi masak dekat rumah, kalau aku malas sangat barulah aku bungkus nasi sekali. Kadang-kadang sahajalah aku beli nasi dekat luar, bila takde class barulah merangkak-rangkak dekat dapur.

Satu lagi habit aku, setiap kali aku balik rumah aku akan pesan dekat mak aku suruh buat ikan bilis goreng, dengan karipap untuk bekalan aku ke rumah sewa. Hah? Teruk sangat tahap berjimat cermat aku ni kan? Ikan bilis goreng ini boleh bertahan dalam seminggu lebih jugalah, tak makan boleh simpan dalam peti sejuk. Now, peti sejuk rumah aku tengah break down, belah atas sahaja boleh berfungsi. Panggil orang datang betulkan,


Inilah hasil tangkapan aku nak bawa balik rumah sewa. Harini, beli 8 jenis barangan pun dah mencecah RM1++, tak mustahil 2 tiga bulan aku balik 3 barang dah cecah RM200 lebih. Orang yang berambut pun boleh gugur, ni kan orang yang botak. Macam manalah nak menabung untuk masa hadapan?



Thanks you for reading this entry!

11 comments:

  1. Baguslah awak seorang yang berjimat cermat. Saya ni pantang barang depan mata mesti nak rembat. Haha dan duit pun turut melabur.....

    ReplyDelete
  2. Biase lah life dekat rumah sewa .. hahahah kan ?

    aril singgah ye

    ReplyDelete
  3. aku pun pernah juga tinggal kat rumah sewa....banyak barang..

    ReplyDelete
  4. rietta pown biasa beli siap siap, sng nnti xyah kuar banyak kali....

    ReplyDelete
  5. Barang sekarang memang mahal-mahal, kadang-kadang nak beli buah tapi tengok harga sebijik epal pun dah nak dekat RM2. Sekarang ni mampu jeling-jeling je nak beli barang. ikan pelaling pun dah nak dekat RM20 sekilo. sedihh :(

    ReplyDelete
  6. eh sama la..akak ni lagi plak...dh kerja..tapi kalau balik every week tu..Isnin masa nak balik tu dah siap amik dah bawang, cili apa segala bawak balik ke rumah sewa..ye la kat umah mak sapa yang nak habiskan..last2 sok membusuk kan...so better akak bawak balik...psst kadang minyak peket pun akak amik...yg penting mak bagi..yang penting jimat..siap bawak bekal pi keja tau...

    ReplyDelete
  7. Saya dulu jenis tak pikir sgt nak berjimat cermat sebab dapat biasiswa kengkununnya. Masuk master, ambik hang. Nak makan nasik pun dua tiga kali pikir. Dahlaa saya ni memang jenis mudah sgt lapar. Tido/ makan menang makan lagi. Huwaaaaa~

    ReplyDelete
  8. Perghhh tabik kat azwar.. Sungguh pandai berjimat cermat... Brg skrg memang agak mahal berbanding dulu.. Bawak 300 beli barang dapur pown tak penuh troli... Sedihhh!!

    ReplyDelete
  9. Memang btol ! Mek pun fkir dua tiga kali jugak nk ambik barang kat tesco. Btol ade offer bru beli if hrga asal --' Tgk aje lahhhh.

    ReplyDelete
  10. dulu2, beli brg kat tesco je. tapi lepas harga barang makin naik, gigih juga p pasar beli kat sana ja. murah sikit

    ReplyDelete
  11. Tesco brg setengah x berape segar..lagi ade banyak tikus dlm store

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!