Wednesday, 1 February 2017

Pengalaman untuk Mendapatkan Kuih Keria Antarabangsa yang menjadi Viral!

Salam to all readers,


Minggu lepas aku turun Melaka bagi menghadiri kenduri kawen saudara belah nenek aku. Lama juga tak jumpa dorang, tahu-tahu je nak kawen. Bukan 1 je pengantin, sekali 2 pasangan pengantin kau. Alhamdulillah, dah sampai jodoh. Buat pertama kali jugalah, aku menghadiri majlis kawen pada hari Jumaat. Memang biasa ke orang Johor buat kenduri kawen pada hari Jumaat ataupun aku je tak tahu apa-apa. 

Memandangkan, kenduri kahwinnya pada hari Jumaat di Muar, Johor aku sekeluarga dah gerak pada hari Khamis. Kira satu malam kami bermalam di Hotel area Melaka. Dalam pukul 11 lebih jugalah baru bertolak ke Melaka. Sampai Melaka around pukul 1.00 tengahari macam tu, kami singgah di kedai makan asam pedas. Disebabkan masakannya tak berapa mengancam takdelah aku update ya. 

Dah alang-alang ke Melaka ini, kami pun sempatlah singgah ke gerai Kuih Keria Antarabangsa yang menjadi viral orang ramai. Rugilah dah datang ke Melaka tak singgah pula kan? Sana sini orang perkatakan kuih keria di sini betul-betul sedap. Masa baru-baru viral haritu, boleh tahan orang beratur panjang sampai 1km semata-mata kuih keria antarabangsa ini punya pasal. Kalau orang kaki makan, bolehlah datang ke mari.

Inilah dia gerai Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil, jalan ke depan sikit ada juga kuih keria antarabangsa cuma apatah nama tuan empunya kedai. Haruslah kita makan yang orang duk viralkan sana sini. Sedap sangatkah penangan kuih kerianya. Ada kata kuih keria ini jadi glamour, bila ada orang bawa ke KL buat jual, ramai yang memberi feedback postif kata sedap. 


Ingatkan dah surut isu viral kuih keria antarabangsa ini takdelah kena beratur. Bila lalu nampak lengang sahaja di luar gerainya. Punya semangatlah nak membeli kuih keria antarabangsa ini. Sekali amek kau, kena beratur dalam gerai, berbaris punyalah panjang. Gerai tu gelap, tu pasal tu tak berapa nampak sangat ada orang ke tidak bila lalu. Inilah keadaan orang menunggu kuih keria antarabangsa, waktu ini juga kuih keria tak siap lagi. See?? Tak siap lagi dah beratur panjang, memang kawkaw penangan kuih keria antarabangsa ini.

Punya lama beratur round ketiga barulah aku berjaya membeli kuih keria antarabangsa ini. Aku beli yang cerah sikit tu, yang gelap tu tak beli jadi tak tahu apa bezanya. Sama je kot rasanya! Alhamdulillah, tak sia-sia beratur panjang rasa keenakan kuih keria antarabangsa ini boleh tahanlah sedapnya juga. Adunan acuan tepung dan seratnya terasa, disalut dengan gula melaka. Sebelum ini mak aku ada cuba buat juga, lebih kurang sama jugalah rasanya. Tak jauh beza, jadi lepas ini tak payahlah meroyan sangat tak dapat makan kuih keria antarabangsa. Makan panas-panas lagi sedap dari dibiarkan lama tak dimakan. 

Bagi orang-orang bekerjaya dan tiada masa untuk membuatnya, memang eloklah pergi makan kuih keria ini kalau singgah ke Melaka. Time aku pergi ini boleh tahan ramai orang beratur, tapi ada orang cakap hari lain lagi panjang kena beratur. Kalau ramai sangat, baru ada had pembelian kuih keria. Nasib baiklah, time aku pergi takde limit nak beli berapa banyak. 

Sebiji kuih keria antarabangsa ini RM0.60, aku beli dalam 20 ketul jadi total RM12.00. Selain kuih keria, rupanya ada juga makanan lain yang dijual di sini seperti keropok lekor, Laksa Penang, Bakso, Landas Kasturi, Ubi ketor dan macam-macam lagi. Tapi yang paling laris Kuih Keria Antarabangsa inilah. Dengar cerita ramai orang jauh turun ke Melaka semata-mata nak beli kuih keria antarabangsa ini. Perghh... betul-betul kawww penangan kuih ini kan. Seronok tengok orang kita berjaya!

p/s: Antara lagu-lagu yang disukai oleh kaum lelaki KLIK SINI.

Thanks you for reading!

7 comments:

  1. smpai ada limit ?? mmg perlu tu kalo da pnjg sgt barisan nak mbeli =D tgk keria dia pun empuk2 gitu.. alhamdulillah smoga rezeki bpnjgan bg si penjual .. insyallah =)

    ReplyDelete
  2. Wah best lah da dpat merasa kuih keria viral. Cr ritu beli ala2 gini jgk tp bkn yg melaka ni lah.huhu

    ReplyDelete
  3. Sedap ke kuih tu? Teringin sangat nak makan, tapi kat tempat saya takda kena jual :(

    ReplyDelete
  4. ramai betul orang, tapi kuih keria tu gemok2. kakak sayalah yg suka sangat makan kuih ni :D

    ReplyDelete
  5. saya yang duduk Melaka tak pernah beli lagi...hahaha...tengok ramai ja orang...malas pula nak beratur :)

    ReplyDelete
  6. Ingatkan nasi lemak antarabangsa je yang ada .. kuih keria antarabangsa pun ada juga

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com