Wednesday, 8 February 2017

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Salam to all readers,

Rosak aktiviti aku bila balik rumah, mana taknya bangun pagi kemas rumah, layan korea, makan, dah kenyang makan pergi tidur. Lama-lama boleh gemuk jugalah duduk rumah. Aishh, nasib baik dah nak masuk semester baru dan tinggal beberapa hari lagi ni result nak keluar pula. Maigad!! Nervous pula rasanya. Doa-doakanlah result baik-baik sahaja ya.

Awal bulan haritu aku dah start cash out duit nuffnang aku, sekian lama aku peram akhirnya aku mengambil keputusan untuk cash out setelah mendengar cerita kurang enak tentang nuffnang. Sekarang nak tingkatkan earning 0.20sen pun makan masa seminggu okay? Jadi, lepas ni kena cari alternatif lainlah untuk beriklan. Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel berkenaan satu website ini dimana website tersebut membantu kita semua untuk menjana pendapatan lebih. 

Website yang aku maksudkan ini adalah iLancee. Nak tahu lebih lanjut tentang iLancee? Sat naa, nak kongsilah ini. Bagi aku iLancee ini memang bagus sangat bagi mereka yang ingin buat kerja dari rumah dengan ilancee.

google


Apa itu iLancee?
iLancee merupakan Pusat Jual Beli Servis Online. iLancee.com dikendalikan oleh SM Technologies Network (KT0405815-A). Pada awalnya, iLancee mula dilancarkan pada Mei 2014, sepanjang tempoh tahun tersebut banyak dugaan berlaku untuk membangunkan iLancee. Sehingga terpaksa ditutup sepanjang 2 tahun, dan kini iLancee bangun kembali untuk mengembangkan sayap dalam dunia perniagaan. Untuk ketahui perjalanan iLancee boleh baca di SINI.

iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya. Apa sahaja kebolehan korang ada menggunakan komputer bolehlah apply iLancee ini terutama pada mereka yang ingin kerja dari rumah dengan iLancee.

Hanya berbekalkan kemahiran yang anda ada, anda sudah mula boleh jana wang di sini. Jaga reputasi anda di sini dan buyer akan sentiasa tempah servis dengan anda.

Antara kelebihan kerja dari rumah dengan iLancee;
  • iLancee membenarkan kepada anda menjual Theme samaada theme wordpress atau theme blogspot, Software, walaupun bukan dari ciptaan anda. TETAPI, pastikan jika anda jual theme, anda ada lesen developer di mana anda dibenarkan untuk pasang theme ini pada client-client anda. Contohnya, anda dibenarkan jual theme dari Elegant Theme tetapi pastikan anda membeli lesen Developer daripada mereka. Jangan risau dan takut, jika anda ada lesen developer bermakna anda ada kebenaran untuk buat apa saja.
  • Kepada buyer, anda usah risau dengan masalah penipuan daripada Seller kerana iLancee akan sentiasa menjaga kebajikkan anda jika seller buat masalah semasa anda tempah servis dengannya. Inilah kelebihan yang di miliki oleh iLancee.
  • Konsep iLancee gunakan adalah Pay >>> Hold  >>> Release. Jadi pengguna boleh berbelanja beli servis di sini dengan selamat.
  • Pengguna tidak perlu bersusah payah promote servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Walaubagaimanapun, amat mengalu-alukan untuk promote service kerja dari rumah dengan iLancee ini.
google
Antara service korang boleh jual atau beli. Macam-macam ada! 
Bagaimana iLancee berfungsi?

Kalau nak tahu, iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Sebagai buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller. Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Jadi, pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

Bagaimana Untuk Menjual?
Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawakan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

Bagaimana Nak Membeli?
Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.
Langkah 3: Lihat progrees kerja seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.

Segala Terma dan Syarat iLancee boleh baca di SINI.

Pada pandangan aku sendiri, kewujudan iLancee ini sememangnya bagus dan berguna untuk para pengguna yang berkeinginan untuk buat kerja dari rumah dengan iLancee. Tambah-tambah, surirumah sekarang rata-ratanya berpendidikan, jadi ada baiknya juga waktu senggang mereka diisi dengan perkara yang lebih berguna dan mengguntungkan. Selain surirumah, mana-mana student yang ingin mencari duit poket lebih dan mempunyai bakat terpendam tidak kira dalam bidang fotographic, penulisan, video, pemasaran, website programming, iLancee adalah kunci utama korang boleh tunjukkan bakat tersebut. 

iLancee sememangnya bagus buat mereka yang ingin membuat kerja dari rumah. Masa inilah, kita support anak muda yang ingin berjaya tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Dalam pada masa yang sama, orang ramai juga tidak perlu gusar untuk mencari tempat service, kerana iLancee kan ada! Apa tunggu lagi, jom join iLancee sekarang!




16 comments:

  1. sronok kan cuti sem, kan..

    huhu..

    apa-apa pun gud luck dlm contest ni..

    ReplyDelete
  2. menarik ni..ada plan gak nk tambah income ngan wat keje di rumah ..kita try tgk dulu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Macam-macam cara sekarang nak buat duit lebih..

      Delete
  3. Banyak peluang dapat duit dengan iLancee selain kontes ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, selain join contest kita sendiri boleh buat income menggunakan iLancee ni ;)

      Delete
  4. kenapa ? kenapa dgn nuffnang ? apa dah jadi ? apa ceritanya yg kurang enak tu ? haha curious pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Earning tak naik-naik dah, Nuffnang pun lama tak update story baru ;)

      Delete
    2. haah. perasan jugak sbnrnya. da lama earning tak naik naik ni. padahal da ramai kata dorang da klik kan . hmmm

      Delete
  5. Elok jugak ye :) Sebab biasa memang kita nk tawarkan service tp cust takot takot nk ambik serv sbb takot penipuan --'

    ReplyDelete
  6. It's so tough time for me to think about iLancee.
    http://infofaces.com/telecom-analytics-company/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com