Monday, 23 January 2017

Yehaa, exam dah habis!!

Salam to all readers,

Alhamdulillah, akhirnya exam dah habis tengahari semalam. Lega tak terkata, syukur sangat-sangat diberikan kesejahteraan untuk menyempurnakan exam. Tinggal 1 sem sahaja lagi akan aku harungi sebelum menempuh dunia "internship". Tak sabar weii, manusia tak pernah rasa puas kan? Time belajar, gian nak kerja, bila dah kerja kau akan rasa nak belajar semula. Itulah namanya kehidupan.

Habis paper aku terus gerak balik kampung. Kampunglah sangat kalau sekangkang kera. Orang rumah aku panas je hati bila aku balik tiap-tiap minggu. Mana taknya aku tambang pergi balik tak sampai 20 hinggit, depa sekali balik cecah 90 hinggit. Nasib baiklah aku tak belajar jejauh, azab juga rasa nak balik rumah tu. Walhal dulu beria nak duduk jejauh.

Walaupun dah basi, aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 pada korang semua! Moga tahun 2017 ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Apa azam korang kali ini? Azam aku masih sama semoga cepat kaya dan terus kaya. Moga tahun baru ini hubungan kita dengan Tuhan makin utuh, mana yang lopong-lopong itu, perlulah dibaja semula supaya ada hasilnya.

Sepanjang cuti ini juga, aku akan cuba belajar supaya update blog sekerap yang mungkin, khatam cerita korea yang tergendala, bekerja dengan lebih kuat, kurangkan tidur banyakkan senaman, yang paling penting nak buat kimbab. Kalau ada hasilnya nanti aku update!

Sempat selfie sebelum jawab exam! Kalau ada tips persediaan nak intern bolehlah share sikit dekat ruangan komen ya, bolehlah aku tahu serba sedikit. =) Goodnight!



11 comments:

  1. Alhamdulillah, dah habis tahniah.. pasni berdebar plak tunggu keputusan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah habis exam lega, sekarang rasa berdebar nak tunggu result plak. ;)

      Delete
  2. intern kat gomen ke firm ?? kalau gomen ni happy2 je , kalau firm ni busy jugak lah .. heee .. tu je tipsnye ..

    ReplyDelete
  3. wah.. slamat bercuti azwar. dan nmpaknya blog azwar pun dh berwajah baru. hehe. cun! putih dan kemas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, cepatnya perasan blog kita berwajah baru.. hahaha ;)

      Delete
  4. Bestnya mengenang zaman study..
    Dah 12 tahun berlalu..

    Anyway, selamat tahun baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh dah lama juga tu menamatkan zaman blajar. Selamat tahun baru jua!

      Delete
  5. apa tu kimbab ? macam best jeeee hahahaha..

    ReplyDelete
  6. rindunya zaman intern.. dah 7tahun dah tinggalkn zaman diploma. HEHE

    anyway, wish u all the best! happy new year :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com