Wednesday, 18 October 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!

Salam to all readers,

Orang kata dengan pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari membolehkan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Malangnya bukan semua orang sedar bahawa hanya dengan meminum air belum tentu cukup untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Aku sendiri mengalami benda yang sama, dan aku rasa rata-rata kaum wanita baik bekerjaya mahupun suri rumah sering berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  

Nasib baik aku jumpa satu losyen ini yang dirumus khas untuk memberi kelembapan sepanjang hari. Tidak lain tidak bukan sudah semestinya produk Enchanteur. Aku geram betul, cepat sangat keluaran losyen baharu jenama ENchanteur ini keluar. Lepas satu-satu, yang penting semua produk jenama Enchanteur wangi-wangi baq hang!!


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

  • Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
Tolong abaikan tangan aku yang besar k! Yang penting losyen ini wangi gila, dalam tiga-tiga jenis ini aku paling suka bau Enchanteur Romantic


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

  • Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

  • Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY


Read More»

Sunday, 15 October 2017

Majlis Pelancaran Estetika Medispa Shah Alam

Salam to all readers,




2 minggu lepas aku turun Shah Alam memandangkan dah berjanji dengan member nak mengopi. Kalau ikutkan aku memang taknak pergi sebab susah nak dapatkan public transport, kalau ada LRT senang sikitlah. Aku pula memang tak berapa familiar sangat dengan area Shah Alam. Dek kerana dah lama tak berjumpa dan member pula beriya-iya ajak jumpa, ku turutkanlah jua permintaannya.

Nak dijadikan ceritakan, 2 3 hari sebelum nak jumpa tu aku whatsapp mak aku suruh tanya pada abang aku kalau-kalau dia free hujung minggu. Nak minta tolong dia hantarkan je, nanti balik aku pandai-pandailah order grab. Kalau mak aku tanyakan, abang aku okaylah sikit kalau aku tanya sendiri nanti macam-macam kena soal. Aku pula memang sukar dijangka, kalau aku nak aku akan buat sampai aku dapat, kalau aku menyampah, pandang pun aku tak ingin. Ibarat macam tulah.

Bila tiba hari nak jumpa tu, kira-kira pukul 11.00 pagi jugalah aku gerak dari rumah. Memandangkan abang aku pun ada hal waktu tu, terpaksalah dia hantar awal dekat Seksyen 14. Aku first time lepak kawasan tu cantik juga, area restoran Menate. Kebetulan waktu aku sampai tu, member aku tak sampai lagi. Jadi aku pusing-pusinglah area situ. Dalam pada pusing-pusing kawasan kedai tu nampak pula orang berkerumun dekat satu kedai ini. Ada khemah, siap belon lagi, aku pula jenis busybody pergilah mengintai apa benda orang duk berkerumun dekat kedai tu.

Sampai-sampai kedai tu, rupa-rupanya dorang tengah buat "MAJLIS PELANCARAN BUTIK KECANTIKAN ESTETIKA MEDISPA". Aku ada dengar-dengar juga butik kecantikan ini memang awesome, tapi tulah dorang punya cawangan jauh-jauh. Cawangan Shah Alam ini merupakan outlet terbaru dia dan merupakan outlet yang ke-7. 


Inilah dia staf-staf Estetika Medispa cawangan Shah Alam, cantik-cantikkan semua? 

Boleh pula aku lama-lama dekat butik ini, katanya Che Ta datang buat perasmian. Siapa taknak jumpa Che Ta kan? Kira-kira dalam pukul 12.30 tengahari Che Ta dengan suaminya Zain pun tiba, dorang datang bagi merasmikan majlis pembukaan butik kecantikan Estetika Medispa cawangan Shah Alam. Owner butik ini dengan Che Ta rupanya kawan. Dalam majlis tu, pakar-pakar kecantikan Estetika Medispa ada berkongsi serba sedikit cara penjagaan kulit wajah. Aku bab-bab nak cantik ini memang aku suka dengar.

                         
Tak memasal dapat jumpa Che Ta and Zain!

Semuanya berlaku secara kebetulan, kalau aku takde temujanji dengan member aku tu dan kebetulan member aku pula datang lambat rezeki akulah dapat join sekaki dalam majlis pelancara Estetika Medispa ini. Dalam majlis pelancaran ini juga, Che Ta sendiri turut berkongsi rahsia kecantikannya. Kalau nak keluar rumah hampir 15 min jugalah masa yang diambil untuk tacap muka. Kalau nak keluar rumah jangan sesekali lupa tempek sunblock, dan pelembab muka. Semua ini penting, tambah-tambah sekarang kita sering terdedah dengan cahaya matahari. 

Bertambah best lagi, dapat goodies beg dari Estetika Medispa Shah Alam. Lagi best, 20 orang terawal yang datang majlis pelancaran Estetika Medispa Shah Alam haritu berpeluang mendapatkan 1 FREE treatment beb. Akulah salah seorang bertuah tu juga. hahahah... Bagi yang tak dapat datang haritu, ada juga berita baik buat korang tau dimana sepanjang bulan Oktober ini Estetika Medispa Shah Alam ada buat harga promosi. Macam-macam treatment korang boleh dapatkan dengan harga runtuh!

Antara pakej yang ada macam dalam gambar ini. Boleh tengok sendiri! Lepas ini memang keraplah aku turun Shah Alam bila dah ada Estetika Medispa ini. Sungguhpun nak kata dekat tak dekat, bolehlah minta tolong abang aku hantar ke mari, sekali sekala nak manjakan diri. 

Event ini dah nak habis, kawan aku tu pun masih tak kunjung tiba. Dalam pukul 3 baru nampak bayang bakatnya, alasannya terlajak tidur. Nasib baiklah jugalah kawan ini datang lambat, dapat aku peluang menjengah ke pelancaran tersebut dan siap pakej makan tengahari lagi tu. Memang berbaloi! So, orang Shah Alam bolehlah datang serbu Estetika Medispa ini, sekali sekala manjakan diri apa salahnya. Yang nak cantik diri sendiri juga.

Thanks you for reading!

Read More»

Sunday, 8 October 2017

Dapatkan Vivo V7+ Pada Harga RM1,499 di Semua Cawangan Senheng Malaysia

Salam to all readers,


google
Siapa tak kenal dengan Senheng Electric Sdn. Bhd, selaku peneraju dalam perniagaan menjual alat elektrik dan elektronik terkemuka di Malaysia. Kini Senheng Electric telah menjalinkan kerjasamanya dengan Vivo Malaysia dalam memasarkan telefon pintar Vivo V7+. Melalui kerjasama ini peranti vivo V7+ kini boleh didapati di lebih 100 cawangan Senheng seluruh negara.

Menariknya, untuk setiap pembelian vivo v7+ di Senheng Malaysia, pelanggan berpeluang melakukan pembelian secara pembayaran penuh ataupun 24 bulan pembayaran dilakukan secara ansuran, penghantaran dilakukan di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak (penghantaran PERCUMA), pelanggan berpeluang menarima jaminan ekstra satu (1) tahun dengan keahlian PlusOne.

Manfaat khas di bawah skim keahlian PlusOne terbahagi kepada dua iaitu;
  • Melalui menyertai keahlian PlusOne pada harga serendah RM12, anda boleh menikmati jaminan 1 tahun di atas jaminan vivo apabila anda pre-order vivo V7+.
  • Manakala, bagi ahli sedia ada, anda perlu log masuk credential anda di senheng.com.my dan senq.com.my. Buat pembelian pre-order untuk melayakkan anda mendapatkan jaminan tambahan 1 tahun pada pembelian anda.
 Trade in Program Option
  • Hanya terpakai bagi pelanggan yang membuat pembelian di kedai-kedai Senheng. Pelanggan boleh berdagang dalam telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk mengetuk harga telefon baru.
  • Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai program perdagangan, sila layari http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang  mendapatkan "Free Backpack and Watson RM10 voucher" pada setiap pembelian telefon pintar vivo v7+ di Senheng Malaysia. 

Kelebihan Telefon Pintar Vivo V7+

Kini, telefon pintar siri Vivo yang terbaru ini direka khas bagi memenuhi citarasa golongan muda belia dimana Vivo V7+ hadir dengan 24MP, flash LED, paparan FULLVIEW, FACE BEAUTY, serta FACE BEAUTY FOR VIDEO call. Lepas ini, siapa yang beli telefon pinter vivo V7+ bolehlah selfie dengan penuh yakin!

Kamera depan 24MP dan algoritma fotografi pintar memberikan anda nafas baharu dimana ia membolehkan gambar diambil dengan lebih terang dan semula jadi, menyerlahkan selfie yang lebih sempurna.

Malah, telefon pintar vivo v7+ turut dilengkapi dengan Qualcomm octa-core CPU dan 4G BRAM bagi memastikan pelanggan berpuas hati mengunakannya. Sepertimana yang kita semua tahu, telefon pintar siri V sangat mementingkan kualiti audio, kini kita dapat melihat vivo v7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-fi bagi menjamin pengalaman nikmati muzik luar biasa!

Bertambah menarik lagi, anda berpeluang menikmati pengalaman gaming yang lebih menyeronokkan, dengan adanyanya 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan dan bezel snipis 215mm yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pengalaman visual anda sebagai pengguna vivo v7+.

google

Apa tunggu lagi, dapatkan Vivo V7+ pada harga RM1,499 di semua cawangan Senheng Malaysia sekarang!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari:

Read More»

Saturday, 7 October 2017

Food Review: The best Snowball Bingsoo at Avenue K, Kuala Lumpur

Salam to all readers,

Gara-gara Sufian Suhaimi dah bertunang dengan Elfira Loy semalam, harini aku membawa diri merawat luka dihati. Ecewahh.. Padahal si Sufian kenal kau pun tidak, perasan je lebih. Ditambah pula dengan member duduk whatsapp dalam group bagitau pian dah tunang, padahal aku bukan minat sangat pun dekat dia. Aku suka dengar lagu dia je.

Alhamdulillah, 2 minggu sudah jalani latihan industri, berbaki lagi 13 minggu. Tak sabar pula rasanya nak habis. Seminggu 6 hari kena kerja, masuk pukul 9, balik paling lewat pukul 6 setakat ini. Balik pengsan! hahaha.. Harini dapat balik awal, so dapatlah jalan-jalan pusing mall tadi. 

I whatsapp kak nina, makanan apa best makan petang-petang macam ini. Lama jugalah menanti dia reply, memandangkan dia dah balik hulu (line internet pun terbatas). So, dia suggest aku makan "Snowball Bingsoo". Aku pun tak pernah apakah binatang ni. Cuba google, ooo baru tahu, makanan "Real Korean Snow Desserts". 

Aku tak sure Cafe Snowball Bingsoo ini ada berapa cawangan dekat Malaysia, yang aku pergi ini outlet dekat Avenue K, Kuala Lumpur. Cafe dia lebih kurang style cafe starbuck, coffee bean, secret recipe pun ada juga. Aku suka element dan suasana dalam kedai ini, verstyle gitu, menjamu selera sambil mendengar alunan muzik kpop. Nama pun cafe korea kan, takkan nak pasang lagu hindustan pula kan?


google
Masuk-masuk je dalam cafe ini terus ambil order, baru ambil seat. Main menu di cafe ini sudah semestinya Snowball Bingsoo ini, akan tetapi ada juga menu lain untuk korang rasa seperti kek, maccarone, manggi samyang pedas tu pun ada kalau nak rasa. Tujuan utama aku datang cafe ini hanya nak mencuba "Real Korean Snowball Bingsoo" ini je pun, so aku ambil order untuk bingsoo ini je.

google

Snowball Bingsoo ini ada banyak jenis, kalau yang biasa around RM7. Manakala kalau nak yang topping oreo, strawberry, chocolate dan banyak lagi tu lain harga. Aku ambil perisa yang aku suka makan dan kena bajet dengan aku jerlah ya iaitu "Snowball Bingsoo Oreo" size medium RM10 sahaja! Size medium pun dah kenyang ini kan size large. 

Jom belanja gambar sikit "Real Korean Snowball Bingsoo Dessert".

Masa mula-mula makanan ini sampai dekat meja makan, rasa sayang gila nak makan. Cantik sangat bentuk dia, nampak macam snow betul tu. Pulun snap picture nak tempek dalam blog. Sedap ke rasanya? Off courselah sedap, kalau tak sedap aku minta balik duit dekat cashier tadi. hahaha.. Keenakkan snowball bingsoo ini sampai terucap. Baru sesuap, rasa nak suap banyak kali. Kesejukkan campur pula dengan keranggupan biskut oreo memang rasanya debaikkk!!

Tak boleh biarkan lama-lama nanti snowball bingsoo ini mulalah nak mencair, nama pun aiskrim. Bila dah masuk 2 3 suap, korang akan nampak serbuk-serbuk biskut oreo yang dihancurkan dekat dalam. Memang sedap gila rasanya! Bagi peminat tegar aiskrim, or suka nikmati menu dessert yang baru bolehlah singgah cafe Snowball Bingsoo ini, yang pasti korang puas hati punya! Keingininan nak datang lagi tu pun tinggi.

Bertambah seronok lagi, cafe ini provided "WIFI" lagi seronoklah aku berlama-lama di cafe ini. Benda tak best pula, apabila tempat duduk sangat-sangat terhad. Rata-rata yang datang cafe ini adalah pasangan couple, memandangkan aku lepak sorang, aku pun makanlah cecepat memandangkan ada pelanggan lain nak duduk. Nasib baik, aku sempat habiskan snowball bingsoo aku tadi.

google

 Belanja lagi...

Cafe Snowball Bingsoo
Menu: Snowball Bingsoo Oreo
Price: RM10 (medium)
Rate: 9/10

p/s: Mana lagi tempat makan best-best, kalau boleh suggest yang berdekatan dengan public transport seperti lrt, mrt, ktm and so on. 

Thanks you for reading!

Read More»

Thursday, 21 September 2017

Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung

Salam to all readers,

| Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung | Orang kata bila bapa jadi doktor mesti anaknya nanti jadi doktor, bila mak ayah jadi pelakon mesti anak-anaknya juga akan mewarisi bakat lakonannya nanti. Tapi lain pula dengan Emma Maembong di mana bapanya seorang pelukis negara yang cukup popular. Siapa sangka dalam kesibukan Emma Maembong dalam dunia lakonan, dia juga berbakat dalam melukis dan masih meluangkan masa dalam menghasilkan lukisan demi kepuasan dirinya.


Pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong: Hasil Seni atas Tudung

Semalam, 20 September 2017 bertempatkan di Quality Hotel, Kuala Lumpur aku berpeluang menghadiri majlis pelancaran My Sketchbook Shawl By Emma Maembong. Di majlis tersebut, aku dapat melihat sendiri hasil seni yang Emma Maembong yang cukup menakjubkan. Lakaran yang cukup hidup dan mampu menarik perhatian orang ramai.


 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

google
 Pertunjukkan empat koleksi terbaru dari My Sketchbook Shawl By Emma Maembong iaitu koleksi Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell

Sungguhpun sudah banyak lukisan yang dihasilkan oleh Emma Maembong, namun bukan mudah sebenarnya untuk mereka di luar sana menikmati lukisan yang dihasilkan oleh Emma. Siapa sangka, Emma dan adik beradiknya yang lain muncul dengan idea yang berbeza. 

 Antara rakan artis yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancara My Sketchbook Shawl By Emma Maembong

google

Menubuhkan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong pada awal Jun lalu. Jadi, kali ini lukisan Emma Maembong bukan sekadar dilakar atas kanvas sahaja malahan ke atas tudung/shawl sekali. Siapa tak suka kan? Kalau nak tahu, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong sudah pun mengeluarkan tiga jenis koleksi tudung iaitu Libelle, Metafora, Fatamogana yangtelah mendapat sambutan hangat sebelum ini.

Antara hasil seni Emma Maembong yang dipamerkan semalam.

google

Kini, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong telah mengeluarkan empat lagi jenis koleksi shawl terbaru iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan juga Seashell. Memandangkan setiap corak tudung adalah melalui lukisan eksklusif milik Emma Maembong, maka kuatiti setiap pengeluaran tudung adalah terhad. Jadi,jangan lupa grab awal-awal kalau nak My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

 Taknak ketinggalan untuk bergambar bersama antara koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong


 Turut memeriahkan lagi acara ini dengan persembahan  Adira, manakala Kamal Adli sebagai pengacara majlis. Cantik sangat koleksi My Sketchbook Shawl By Emma Maembong yang Adira gayakan ini. =)

Memilih kualiti kain terbaik dalam menghasilkan tudung-tudung yang dikeluarkan My Sketchbook Shawl by Emma Maembong juga mahu mereka diluar sana menghargai produk My Sketchbook Shawl By Emma Maembong bukan sahaja sebagai tudung sahaja tetapi juga hasil seni.

Menurut Yaya Maembong merangkap tulang belakang kepada penghasilan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong, fokus utama mereka agar koleksi-koleksi ini tidak sekadar dihargai wanita bertudung di luar sana tetapi para pencinta seni lukisan yang mahu memiliki koleksi lukisan asli hasil tangan Emma sendiri. 

Sementara kesemua koleksi tudung ini sudah pun berada di pasaran, bagi mereka yang mahu memilikinya boleh menghubungi stokis-stokis My Sketchnook Shawl By Emma Maembong yang kini berada di seluruh negara. Harga setiap koleksi tudung ini bermula dari RM55 sehingga RM99 sahaja!

Bukan semua orang bertuah memiliki jari jemari yang boleh melakarkan lukisan di atas kain kanvas dengan begitu menakjubkan sekali. Itu semua kuasa Allah yang memberi kelebihan pada diri beliau. Kita yang tengok berasa sungguh kagum dengan kebolehan yang dimilikinya. Tahniah, sekali lagi buat kak Emma Maembong atas pelancaran My Sketchbook Shawl.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk grab My Sketchbook Shawl By Emma Maembong!

Thank you for reading!

Read More»

Tuesday, 19 September 2017

GIVEAWAY FM FROM CANADA

Salam and Hi!

Rasanya dah terlalu lama aku tak join giveaway/contest menerusi blog. Baru-baru ini blogwalking, ternampak satu giveaway menerusi blog kak El terus bookmark. Harini, baru berkesempatan untuk join. Syok tau join giveaway melalui blog ini, sambil join dapat juga tambah kenalan rakan blogger. 

Hadiah yang ditawarkan menerusi giveaway anjuran kak El ini adalah FM from Canada beb. Siapa taknak kan? Lagi-lagi orang macam aku yang suka kumpul FM lekat dekat peti sejuk. Hopefully, adalah peluang menjadi salah seorang dari empat orang pemenang ini. 

Pada mereka yang berminat untuk join giveaway ini bolehlah KLIK BANNER di atas. Syarat penyertaan cukup mudah. Contest ini berlangsung sehingga 30 September 2017. Jomlah pakat-pakat join, mana tahu berpeluang memenangi FM dari Canada ni.

Good luck!

Read More»

Sunday, 17 September 2017

5 Ciri-ciri yang Wajib Korang Perlu Ambil Tahu Sebelum Menyewa Rumah/Bilik

Salam to all readers,


Pada awalnya aku tak berniat pun nak share benda ini menerusi laman blog aku. Tapi nak buat macam mana, dah lama aku perhatikan je, diam tak semestinya kita suka, bersuara nanti ada yang bermasam muka. Aku ini jenis orang yang suka memerhati, benda baik aku follow benda tak baik aku unfollow.

Ini cerita mengenai rumah sewa, masa awal-awal aku masuk belajar di UniKL aku stay asrama yang dorang provide kan selama 1 sem. Lepas tu, pepandailah cari rumah sewa. Nak taknak memang kena cari jugalah rumah sewa yang berdekatan dengan kampus. Aku dengan 2 orang roomate aku masa dekat asrama memang kamcing, so kami decide stay bersama dan cari lagi beberapa lagi orang kenalan yang nak stay 1 rumah dengan kami.

Sewa rumah area KL memang mahal, ada yang cecah RM2200 sebulan. Aku punya rumah RM1800 sebulan, total orang dalam rumah 9 orang. Kira sebulan RM250 jugalah kalau campur utilities sekali. Aku tak kisah rumah tu besar or kecik sekalipun, atleast BERSIH!!

Bila kita stay reramai, bukan semua orang boleh bertolak ansur dengan kita bab-bab kebersihan. Bila kita dah sapu sampah harini, belum tentu esok dia nak sapu pula, bila kita cuci tandas minggu ini, belum tentu dia cuci tandas minggu depan, bila kita tutup suis kipas dekat depan, belum tentu dia nak tutup bila dia keluar rumah, bila kita dah serinding pinggan, belum tentu dia nak cuci pinggan mangkuk yang dia dah makan. This realiti!

Kalau peti sejuk pula? Bayangkan kalau seorang ada 4 jenis makanan nak disumbatnya dalam peti ais. Kalau sembilan sembilan orang nak sumbat barang dalam peti ais tak ke macam crowded dalam peti ais. Kalau ingat barang apa yang dia letak takpe juga, ini jenis pesen pelupa. Sayur naik hitam still ada dalam peti. Kau rasa? Air tumpah dalam peti sejuk, sorang makhluk pun tiada inisiatif nak lap ke apa.

Alhamdulillah, dalam pada hati terluka dengan perkara-perkara macam ini kami mampu stay bersama selama 2 tahun. 2 tahun beb? Sado juga hati ni stay lelama kan? hahaha.. Bila dah tamat kontrak, dan masing-masing dah balik negeri memasing sedih la juga kan. Sebelum aku keluar rumah ini, aku kenalah cari rumah lain or bilik lain untuk aku stay. Memandangkan aku dah nak start praktikal.

So, aku decide cari rumah menerusi MUDAH.COM dan juga IBILIK.COM. Bajet aku untuk sewa rumah RM300 sebulan termasuk api air. Lebih kurang sewa bulanan rumah yang aku pernah stay sebelum ini kalau boleh. Hampir 2 minggu jugalah aku usha rumah/bilik yang sesuai untuk aku menginap. Adalah 4 5 bijik buah rumah yang aku rasa berkenan bila tengok facilities dan gambar dorang providekan. Aku malas nak mention rumah tu area mana, tapi cukup famous area universiti. Rata-rata yang stay situ adalah student macam aku ni hah.

Satu rumah dah cancel bilamana dah ada orang bank in deposit terlebih dahulu. Boleh pula macam tu ya. Tapi takpelah, ada lagi beberapa buah rumah untuk aku terokai. Bila tiba hari nak pergi tengok rumah, hati dah rasa macam tak sedap. Tak tahulah kenapa kan.

Bila aku dah sampai area rumah tu, aku terus call akak tu kata dah sampai. Kemudian dia suruh aku naik tingkat berapa tah tak ingat pula. Aku pergi dengan sorang member aku lagi, suruh dia bagi pandangan jugalah okay ke tidak. Sampai-sampai depan lif dah gerun, dengan tiada lampu area situ, yang tak boleh bla nombor tak naik pula tu dekat lif.

Sampai-sampai depan pintu masuk rumah orang yang konon aku nak menyewa tu, ada pelekat ayat kursi. Aku dah mula bersangka baiklah, alhamdulillah orang dalam rumah ni solat. Kebetulan, bila aku sampai rumah tu ada sorang keluarga ini juga nak datang tengok rumah yang sama. Rasa budak universiti yang baru nak masuk belajar, sebab mak dia pun naik sama. Sempatlah bertegur sapa dekat situ.

Tak sampai 5 minit, tuan rumah buka pintu, bila buka rasa macam baur-baur yang tak menyenangkan. Kenalan yang buka pintu tu ramahlah juga, yang aku tak tahan persekitaran dalam rumah tu. Makcik yang bawa anak dia datang tengok rumah tu pun tak sampai 5 minit dah lesap. Yang aku ini lebih kurang 10minit jugalah dalam rumah tu nak tengok ok ke idak.

Masuk-masuk je,

Lantai berpasir..

ruang tamu bersepah..

Keliling penuh baju tak berlipat..

Rak tv dah boleh buat bedak dekat mukalah katakan, penuh habuk..

Menyusul dekat bahagian bilik pula, bersepah-sepah (tinggal ruang tengah untuk aku kalau jadi masuk)..

Bilik besar, kalau kemas elok-elok, cantik je, selesa pun selesa...

Dalam bilik air pula, masyallah macam tak pernah cuci!! Aku nak meraung kat situ juga rasanya. Kadang-kadang, aku terfikir juga macam manalah dorang boleh menjalani kehidupan seharian dalam keadaan rumah sebegitu rupa. Aku masuk rasa serabut, ni kan nak stay dekat situ lagi serabut.

Wahai kaum wanita, sungguhpun kau student, mahupun bekerja sekalipun pleaseee la jaga KEBERSIHAN. Awak berangan-angan nak rumah besar, deko rumah cantik-cantik, ada maid bagai, lelaki nak hensem je, hantaran nak tinggi je, kalau rumah sewa tak terbela jangan berangan-angan macam kau CINDERELLA boleh tak.

Member yang teman aku pun tak suka kalau aku duduk situ, siap dia perli aku lagi kalau aku stay situ mesti aku duduk atas tilam aku je tak keluar-keluar. hahaha.. Aku pun bengap juga mula-mula tu, mana taknya siap tanya esok kalau nak letak barang boleh ke? Beriya macam aku nak duduk. Hati kata lain, mulut kata lain. Kesudahannya, aku whatsapp dekat dia cakap tak jadi nak stay situ. Tamatlah ceritanya di situ..

Ini kira paling teruklah aku pernah jejak, sebelum-sebelum ini ada juga jengah rumah kotor tapi boleh pejam mata lagilah. Kalini memang tak terpejam dik aku. So korang,  before korang nak menyewa rumah pergilah tengok-tengok rumah tu macam mana keadaannya, bukan hanya menerima gambar melalui whatsapp je terus approve.

Sini, aku nak kongsikan perkara-perkara yang korang wajib ambil tahu before nak menyewa bilik/rumah.

google


5 Ciri-ciri yang Wajib Korang Perlu Ambil Tahu Sebelum Menyewa

1) Persekitaran

Yes, first pergilah tengok tempat yang korang nak stay tu. Jangan sesekali percaya gambar yang mereka update tu. Kalau memang elok alhamdulillah, buatnya yang sebaliknya memang haru hidup. Tengok-tengok juga keadaan sekeliling selamat ke tidak. Macam aku ini, memang 100% bergantung dengan public transport, so nak taknak memang kena cari area dekat-dekat public transport seperti bas, lrt, monorail, MRT, mesra grab pun dah rasa bersyukur gila.

2) Berkenal-kenalan dengan orang rumah
Kita bukan nak stay sehari, at least beberapa bulan jugalah kan? Nak taknak, hari-hari kau kena hadap muka yang sama kan? Jadi, pergi tengok berkenal-kenalan dengan orang yang kau nak menyewa, boleh dibawa berkawan ke tidak. Kalau korang memang dah kenal each others takpelah juga. Alhamdulillah, orang rumah aku sebelum ini okay-okay je, takde lagi yang bawa balik jantan ke rumah. Jangan terkejut, duduk sama-sama perempuan dekat bandaraya Kuala Lumpur ini, kalau ada member bawa balik lelaki masuk dalam rumah. Yes, memang ada terjadi dekat rumah kawan aku stay. Jadi, berhati-hatilah pilih kawan.

3) Kemudahan
Kalau boleh carilah rumah sewa yang berdekatan dengan kedai runcit, kedai makan, ada 7eleven pun dah rasa bersyukur sangat tau. Mana tahu, ada emergency case bolehlah bergerak laju ke kedai tu. Kemudahan ini juga termasuklah berdekatan dengan public transport macam bas, lrt, monorail, MRT, grab dan lain-lain lagi. Tak semua student mempunyai kenderaan sendiri kan? Rata-rata student mesti menggunakan public transport kan? Jadi, bagi mengurangkan beban atau nak jimatkan masa carilah rumah sewa berdekatan dengan public transport dan dengan kedai runcit.

4) Berkenal-kenalan jiran tertangga
Rumah sebelum ini adalah juga jiran tertangga yang kiteorang selalu bertegur sape, tapi mereka ini jenis duduk rumah tak keluar-keluar jadi jaranglah nak terjumpa. Maybe, seminggu sekali baru bertembung. Yes, korang perlu kenal jiran tertangga area rumah tu. Kenal-kenallah yang mana boleh dibawa berkawan, yang tak boleh tak payahlah layan. Sebab, mana tahu andai kata rumah kita ada problem, bolehlah minta pertolongan orang sebelah rumah.

5) Bertolak ansur & belajar untuk lebih bertanggungjawab
Bila duduk ramai-ramai mesti ada benda tak puas hati punya. Bila ditegur sentap sendiri, then buat lagi. Nama pun duduk satu rumah, jadi tolonglah bertolak ansur sikit bab kemas rumah. Kalau korang memang baka pemalas, pleaselah kemas tempat korang tu elok-elok, bagi sedap mata memandang. Dan bila dah bagi jadual bertugas buang sampah/ cuci bilik air, tolonglah belajar bertangungjawab lakukan bersama-sama. Ini tak, bila penuh je muka yang sama juga buang sampah. Bila bilik air kotor je, muka aku gak yang kena cuci. Kalau rumah sewa pun kau dah tunjuk perangai pemalas, rumah kau sendiri akan datang aku dah tahu macam mana.

Dalam Islam pun, kita ditegaskan untuk menjaga kebersihan terutama kebersihan diri kita, tempat ibadat kita termasuklah kebersihan di bilik air. Bila tengok orang mengemas ataupun orang tu terlebih pembersih kenapa kita takde perasaan malu atau mengambil inisiatif untuk mencontohi mereka. Sebaliknya, ramai dikalangan kita lebih gemar memilih hidup dalam keadaan tidak bersih.

Bengang punya pasal, kemain panjang pula entry kali ini. Korang ada ke pengalaman cenggini, cuba kongsi sikit dengan aku ni hah? hahhaha..

Thanks you for reading!





Read More»

Friday, 15 September 2017

Biasanya Korang Letak Pakaian Terpakai dekat mana ya?

Salam to all readers,

Dah masuk pertengahan bulan September, barulah ada masa sikit nak update blog. Lately, memang sibuk sikit dengan final exam lagi, serabut cari tempat intern dan dalam pada masa yang sama serabut mencari rumah sewa/ bilik untuk disewa. Barang-barang aku takdelah banyak mana pun dekat rumah sewa sekarang ini, memandangkan aku dah suruh abang aku datang ambil hampir separuh. Sebelum-sebelum ini, dah banyak juga aku angkut naik bas. Takkanlah baldi, bantal, toto semua nak angkut naik bas pula kan? Serupa bangla mari pula.

Syukur alhamdulillah, tempat praktikal dah dapat, rumah sewa pun dah selamat dijumpai. Aku pindah barang naik grab sahaja dari rumah sewa lama. Taklah jauh manapun, sekitar bandaraya Kuala Lumpur lagi. Lepas pindah barang, aku terus balik kampung yang sekangkang kera ini. Tak lain dan tak bukan balik Kuala Langat je pun.

Balik-balik, terus mandi segarkan badan, dan terus terbongkang. Balik kampung pun serabut lagi hakikatnya, bila barang-barang yang aku bawa balik haritu tak berkemas lagi terutama pakaian-pakaian akulah. Aku pakaian memang banyak, yang aku balas hari-hari hanya beberapa helai je.



Kalau nak tahu, rata-rata pakaian dalam almari aku adalah pemberian dari akak saudara, dan juga makcik aku, asal cantik je aku ambil, tak kisahlah pakaian tu size kecik sekalipun. Kononnya, 4 tahun akan datang size pinggang aku dari L boleh bertukar size S bolehlah sarung pakaian tu. Hakikatnya, itu semuanya angan-angan belaka.

La ini almari baju aku dah muntah dengan lambakan pakaian yang tak tahulah datang dari mana. Mak aku kata, bagikan jerlah orang yang mana kau taknak lagi tu, daripada kau perap dalam almari. Aku pula jenis sayang nak bagi orang benda yang aku berkenan walaupun aku tak boleh pakai. Tamaklah katakan! Mak aku kata, bagikan sahaja orang, 10 benda kau bagi, akan datang 15 datang balik tanpa kita sedar. 

Biasanya, aku bagi pada jiran sebelah rumah mana-mana pakaian yang aku rasa taknak pakai. Memandangkan mereka sudah berpindah, tak dapatlah nak memberi lagi pada dia. Kata nenek aku, kalau nak bagi barang pada orang, bagilah benda yang elok. Janganlah bagi taraf tong sampah pula pada orang. Bagi orang yang menerima barang ini, seperti pakaian, makanan atau apa sahajalah janganlah pula ditunjukkan sangat yang kita tak suka. Misal kata, ada orang bagi kita baju pakaian dan kita pula tak suka akan pakaian tersebut. Janganlah pula dibuatkan kain buruk, manalah tahu masa korang duk lap-lap tu, tuan yang bagi baju ini pula ternampak. Apa pula perasaan yang dirasakan bila korang buat sebegitu rupa? Mungkin akan datang, jangan harap aku nak bagi lagi. kahkahkah...

Banyak-banyak pakaian, uniform pengawas perpustakaan zaman sekolah kebangsaan jugalah aku sayang nak buang. Sampai la ini aku simpan, aku nak tunjuk dekat cucu aku nanti!

Tapi syukur juga, bila sekarang ini ada tempat charity pakaian dekat SEGI area rumah aku ini. Area KL pun banyak juga, salah satunya dekat sekolah kebangsaan Jalan Raja Muda Abdul Aziz tepi bus stop. Selain pakaian, boleh juga letak kasut, atau apa sahaja yang korang rasa perlu diberi bagi meringankan beban orang yang lebih susah dari kita. Harini kita tolong orang, esok lusa Insyallah ramai yang menghulurkan tangan membantu kita. 

Yehaa!! Sekarang almari aku dah clear, bukan setakat pakaian tudung pun aku nak sedekahkan. Hopefully orang yang menerimanya dapat melawa macam aku. Lawa ke?

Thank you for reading!


Read More»

Thursday, 24 August 2017

Review: b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask mampu mencerahkan kulit

Salam to all readers,

Minggu yang sibuk, macam-macam aktiviti kena buat dan ada yang perlu dihadiri. Menyebabkan badan terasa letih, muka pula dah macam belacan. Mana taknya, pergi kesana sini, terdedah dengan cahaya matahari, peluh pula menitik, muka berminyak, jerawat pula tumbuh. Memang harulah hidup! Walau macam mana sibuknya kita dengan rutin luar, rutin penjagaan kulit wajah janganlah diabaikan.

Tanpa membuang masa, aku nak perkenalkan satu produk ini, iaitu b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask


b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask dimana ia menggabungkan gelembung oxygen dan juga tepung beras untuk mencerah dan mencantikkan kulit wajah kita. Yang bestnya, dengan pemakaian b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask korang dapat rasainya sendiri dimana mask ala-ala krim yang dicalit dekat muka tersebut perlahan-lahan bertukar menjadi buih lembut. Fungsinya adalah untuk merendam kekotoran sementara manik lembut bewarna merah mencair secara perlahan atas tujuan menggelupaskan lembut kulit wajah kita. Kemudian, setelah bilas dengan air suam kulit terasa lebih lembut, licin dan cerah berseri.



Kelebihan b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask

[purifying + brightening + exfoliating]

Kalau nak tahu, b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask ini bukan sahaja mampu membersihkan wajah secara mendalam. Malah, ia turut membantu menanggalkan sel-sel kotoran degil khususnya dan secara tidak langsung akan mengelupaskan sisa-sisa kulit mati yang tidak diperlukan pada wajah. Hasilnya, kulit wajah lebih lembut dan cerah berseri dari biasa. Kalau kita rajin pakai + konsisten pula, Insyaallah kulit wajah kita lebih cerah berseri. Kalah, che ta!


Antara kandungan terbaik dalam 'b.liv Bubbly Bright Oxygenating Mask'

O2 Bubble (Purifying)
Inilah bahan utama yang terkandung dalam b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask. Dimana, O2 bubble ini mampu membantu membersihkan secara mendalam, sehingga menembusi kulit wajah untuk membersihkan pori tersumbat, 'kotoron', serpihan dan mengawal minyak yang berlebihan.

Rice Powder (Brightening)
Pernah dengar petua orang tua-tua, kalau nak muka cantik bilas muka dengan air beras. Sebab apa? Sebabnya, air rendaman beras tersebut mampu melembab dan mencerahkan kulit wajah, sama juga dengan kebaikan rice powder yang membantu meninggalkan kulit wajah lebih cerah, lembut, dan terpancar cahaya diwajah.

Red Soft Beads (Exfoliating)
Manik selulosa merah yang mencairkan membantu menggelupas permukaan sel kulit mati, hasilnya kulit wajah tampak lebih lembut, cerah berseri!

Cara Penggunaan b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask

1) Mula-mula ambil b.liv O2 Bubbly Oxygenating Mask ini menggunakan sudu yang disediakan di tangan.
2) Kemudian, sapu dan ratakan dimuka sambil urut muka perlahan-lahan. Sambil korang, urut itulah buih akan mula terbentuk.
3) Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
4) Kemudian, lakukan urutan sekali lagi untuk pembersihan secara mendalam.
5) Bilas dengan air suam yang bersih, diteruskan dengan langkah-langkah penjagaan wajah korang yang sedia ada.

Feedback setelah Memakai b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask


See! Gambar sebelah kiri gambar sebelum pakai b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask. Muka kelihatan penat, mata sembab, kulit kusam, jerawat halus naik dengan jayanya dekat muka. Manakala, gambar sebelah kanan mewakili gambar setelah memakai b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask. Muka kelihatan lebih fresh, bertenaga, kulit lebih licin, dan cerah berseri. Bagi mereka, yang suka pakai mask macam aku, bolehlah cuba b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask ini. Tekstur dan penggunaannya sangat-sangat best! Paling best, masa krim tu perlahan-lahan bertukar menjadi bubbles, lalu acara pembersihan mula dilakukan. Seolah-olah muka kita kena vacuum. Kemudian, setelah bilas dengan air muka tampak lebih cerah dan licin. Nak oles mekap pun senang bila muka kita tak ada problem.

Nak lagi best, after menggunakan b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask, korang boleh cuba pakai nano bio-cellulose mask b.liv. b.liv Nano Bio-Cellulose Mask terdiri daripada 3 jenis iaitu b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask, b.liv Age Eraser Youth Preserving Bio- Cellulose Mask, dan juga b.liv Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask.

Buat masa ini, aku dah cuba 1 jenis sahaja iaitu "b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask" dimana fungsinya untuk melembutkan kulit wajah dan mengembalikan seri wajah supaya tampak lebih cerah. Bila korang buka, jangan terkejut bila ada 3 lapisan sheet mask ini, korang hanya perlu pakai mask yang berada ditengah-tengah sahaja. Boleh pakai selama 15 hingga 20 minit sahaja. Lepas tu perlu ditanggalkan, nak kesan lebih baik kena pakai secara konsisten 2 atau 3 kali dalam seminggu. Yang pasti, kesan dia memang super duper WOW!

Bertambah seronok lagi mengenai "b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask":
Proven results after 2 hours of single use - skin hydration level increased by 15.6%
Proven results after 4 hours of single use- skin hydration level increased by 16.1%
*Result based on an independent clinical study, individual may vary.

Harga b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask 
Hanya RM99.00 / 50g

Manakala harga b.liv Nano Bio- Cellulose Mask
Hanya RM129.00 / 4keping
Tapi buat pembaca setia blog aku ini, berita gembira buat korang kalau nak dapatkan diskaun pembelian b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask. Korang hanya perlu masukkan code ini;

"MISSAZWAR25"

Untuk maklumat lanjut mengenai produk b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask boleh layari;
Twitter: https://twitter.com/blivskin
*b.liv produk boleh didapati di Sasa, major online stores (Hermo, Lazada, 11street, GEMFIVE)

Dah ramai yang mencuba produk b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask ini. Anda bila lagi?

Thanks you for reading!

Read More»

Saturday, 12 August 2017

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dari Enchanteur Paris

Salam to all readers,

google
Wanita memang cukup sinonim dengan bau wangian yang mempersonakan. Ada ke yang dekat sini suka menghidu bau busuk? hahaha.. Orang kentut pun kita dah tutup hidung kalau boleh. Kalau korang nak tahu, ada kajian mengatakan wanita yang suka memakai haruman dilihat lebih nampak sensual dan menarik. Aku ini pula suka juga bau wangi-wangi ini, tapi tak boleh juga bau wangian yang terlampau wangi. Boleh sakit kepala dibuatnya.

Wangian yang kita pakai dekat badan ini ibarat macam makanan jugalah. Seperti kek, kalau kita bakar kek, selang beberapa minit kita bakar, dah boleh dapat hidu aroma kek itu. Wangian pula kita sembur, tempek dekat tapak tangan dah boleh hidu wangian yang mempersonakan. 

Sebut pasal wangi-wangi ini, aku nak perkenalkan produk keluaran terbaru Enchanteur! Enchanteur yang cukup popular dengan tagline "serlahkan aroma keanggunan mempesona". Produk Enchanteur ini kira salah satu produk favourite aku dari shower, sapu ketiak, losyen, dan juga perfume. Semua produk keluaran Enchanteur memang best bau dia, belum pernah mengecewakan lagi!

google

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood.Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

google
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

google
ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com