Monday, 24 October 2016

Debaran Final Episode Patahnya Sebelah Sayap!

Salam to all readers,

Seronoknya tengok orang dah konvo ini, rasa terharu tengok mereka-mereka yang dah berjaya. Yang gempak Unikl tahun ini jemput ramai artis buat persembahan. Biasanya bila time aku, takde benda yang special, mana tahu ada tuah pula nanti bila aku konvo. Mohon, terbangkan Lee Min Ho dari korea buat persembahan.

Malam ini, malam yang penuh mendebarkan iaitu "debaran final episode patahnya sebelah sayap!" Boleh dikatakan aku dah jarang layan drama melayu ini, tapi disebabkan Aeril Zafril belakon terus la layan, tambah-tambah ceritanya boleh tahan bestlah juga. Drama melayu ini yang bestnya, kalau skip satu episode kita dah boleh tahu apa jadi episodenya. Apa orang cakap, drama melayu banyak klise gitueww..

google

SINOPSIS DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera) yang telah diuji dalam percintaan yang rumit bersama kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya, hubungan Alisha dan keluarga Amzar ini baik-baik sahaja, tapi dalam sekelip mata keluarga Amzar terutama ibu Amzar yang menepis hubungan percintaan mereka berdua selepas Amzar berjaya mendapat segulung ijazah dan berjaya menjadi seorang peguan di sebuah firma guaman.

Alisha ini paling teruja melihat kejayaan boyfriends dia yang berjaya menjadi peguam. Macam-macam si Alisha ini belikan Amzar untuk pergi bekerja, pendekkan cerita si Amzar ini belajar pun si Alisha yang tanggung. Amzar ini kira susah jugalah, bapak kerja guards je. Manakala, keluarga Alisha ini kira senang sikitlah sebab berniaga. Satu hari, Amzar bawa Alisha pergi makan sambil nak purpose jadi isteri. Selesai menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya, waktu itu juga mereka sedang asyik bergurau senda dalam kereta. Dalam pada asyik bergurau senda, Amzar telah melanggar sesuatu ketika mengelakkan kereta dari arah bertentangan.

Mereka stop sekejap, Amzar seorang sahaja keluar melihat apa yang dilanggarnya. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, dia terus masuk ke dalam kereta dan hanya memberi alasan kepada Alisha, yang dia hanya melanggar con besar sahaja. Seboleh-bolehnya, Amzar enggan memberitahu hal sebenar.

Sehingga satu hari, terpampang satu kes langgar lari dalam surat khabar, dan automatik Alisha mengesyaki kes itu ada bersangkut paut pada malam kejadian bersama Amzar. Alisha sempat berjumpa dengan Amzar, namun Amzar enggan mengaku perbuatannya. Alisha semakin trauma, apabila sekumpulan anggota polis datang ke warungnya lalu menahannya.

Alisha menjadi suspek utama dalam kes langgar lari ini memandangkan kereta yang dipandu oleh Amzar itu adalah milik Alisha. Oleh kerana terlalu cinta, Alisha sanggup merengkuk ke dalam penjara selama dua tahun. Pada mulanya, Amzar berjanji untuk membela Alisha, namun janji tinggal janji, Amzar terus menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung derita dalam penjara. Selepas dua tahun berlalu, Alisha dibebaskan dan mula bekerja di pejabat Encik Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa kes langgar lari.

google

Pandanganku cerita Patahnya Sebelah Sayap!

Pandanganku mengenai cerita Patahnya Sebelah Sayap ini not badlah jalan ceritanya, siapa minat layan drama korea tahulah cerita ini lebih kurang cerita "Secret". For me, cerita ini banyak bagi pengajaran tentang seorang wanita yang tabah menruskan hidup walaupun pelbagai dugaan yang diharungi, mak meninggal ketika dia berada dalam penjara. Akibat taksub dengan cinta, sanggup berkorban apa sahaja. 

Bila dah keluar penjara, kena caci pula dengan orang kampung terutama Makcik Salbiah, aku cukup meluat tengok character dia dalam drama ini. Orang dah tak ganggu anak dia, sibuk datang mengacau. Nasib baik, adik si Alisha tidak memulaukan dia malah memberi sokongan untuk teruskan hidup.

Orang kata jangan terlalu membenci orang, nanti jatuh cinta. Bila si Encik Kuzairi ini dah tahu rahsia, mulalah dia membenci dan membuli si Alisha. Namun, dah kerana dah jatuh sayang, adakala tak sampai hati. Bila dah banyak kali menelan hinaan orang, Alisha bangun semula dan berlawan untuk terus hidup. Jadi,  malam ini kita tunggulah, apa terjadi dengan percintaan Encik Kuzairi dan Alisha? Diterima atau ditolah. Jangan lupa tengok malam ini jam 10.00 malam di tv3!

p/s: Aku tak berapa berkenan tengok drama melayu satu je, bila syok-syok tengok, ending pula sad ending! Tulah yang rasa nak mencarut.. =)

3 comments:

  1. mmg tengah layan drama ni sebab Aeril Zafril jugak... ;)

    ReplyDelete
  2. Dah habs dah? Tak pernah tgok pun. ehehe

    ReplyDelete
  3. layan jugak semalam..tp ending patut tnjuk muka amzar kena masuk penjara tu.ngan mak dia mtk maaf kat alisha..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com