Saturday, 24 September 2016

SAFI Shayla Pek Fleksi betul-betul Jimat!

Salam to all readers,

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku berada di rumah, memandangkan minggu depan dah start class. Jadi, sebelum memulakan rutin sebagai seorang student kembali, harini aku nak share dengan engkorang semua tentang syampu. Khas buat kaum wanita terutamanya yang berhijab sepertiku!


Nowdays, kita boleh lihat bermacam-macam jenis syampu dengan pelbagai jenis jenama di pasaran. Cakap sahaja nak murah ataupun yang mahal. Bagi aku baik murah or mahal, selagi tak pandai menyelesaikan masalah rambut kita, tak boleh jadi juga. Jadi, harini dengan mood baik aku nak share dengan korang satu syampu yang dapat menyelesaikan masalah rambut.

Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu yang berhijab, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. Sungguhpun kita berhijab, penjagaan rambut sangat penting, takkan nak biar berkepam pula kan.

google


Lagilah, kalau dengan keadaan cuaca sekarang yang panas, menyebabkan badan kita cepat berpeluh, automatik peluh naik ke kepala, sudah semestinya kepala kita gatal-gatal. Jadi, bagi memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi. Lagilah jimat, ada pengisian semula tak perlu bersusah payah beli botol syampunya.

Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau menggunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Jadi, nak berjalan jauh, amat sesuailah sangat kaum wanita seperti kita ini beli SAFI Shayla Pek Fleksi ini, senang nak simpan dalam beg.

Inilah antara pek fleksi shampoo SAFI Shayla yang korang boleh dapatkan di pasaran!

 

Menurut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI "Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan para wanita berhijab moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik.

Kini tidak perlu risau lagi dengan rambut berminyak ke apa, pek fleksi SAFI Shayla kan ada!

Untuk makluman korang, warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi masih kekal sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan pada kita semua mencari produk ini. Jadi, janganlah panik masa nak cari syampu ini dekat Watson. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam denggan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari;

Facebook SAFI: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram: SAFI@safimalaysia
Youtube SAFI: www.youtube.com/safimalaysia

3 comments:

  1. salam..
    hi azwar..
    shmpo ni da pernh guna da tp xssuai dgn yaya..huh

    ReplyDelete
  2. Roomate aku ramai pakai Safi Shayla ni weh. Keluar bathroom je amboi wangi dia hahahah.

    ReplyDelete
  3. tunggu nak habiskan shampoo himalaya ni, then boleh beli safi shayla pulak. hehe

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com