Thursday, 22 September 2016

Percutian ke Padang, Indonesia [Part 1]

Salam to all readers,

Ingat lagi tak persoalan ke mana aku nak pergi apabila aku update entry mengenai renew passport. Yeah, persoalannya kini terjawab aku sekeluarga bercuti ke Padang, Indonesia. Aku pun tak sangka yang aku dapt merasa ke negeri orang sekali lagi. Ini semua plan makcik aku, aku follow sahaja. Kami sekeluarga pergi pun di sponsor orang yang plan nak pergi ini. 

Cuti sem kali ini, aku dapatlah merasa buat apa yang aku nak. Nak kerja dah kerja, nak berehat dah puas berehat, nak bercuti dapat bercuti, maigadd puas gila hidup. Sungguhpun, aku bukanlah blogger travel jadi aku nak update juga pengalaman merantau ke negara orang. Biar kuabadikan cerita-cerita menarik untuk tatapan aku sendiri, kalau orang lain tak berminat nak membaca. hahaha..

Kami bercuti ke Padang, Indonesia selama 5 hari 4 malam, bermula pada hari Selasa (13/9/2016) sehingga Sabtu (17/9/2016). Memandangkan kami memang tiada kampung, apa salahnya beraya di negara orang. Kami bertolak dari rumah untuk ke KLIA2 sekitar pukul 9.30 pagi, park kereta di KLIA, naik LRT ke KLIA 2. Memandangkan penerbangan kami pada pukul 1.30 petang. Penerbangan dari KL ke Padang, Indonesia mengambil masa sekitar jam (rasanya tak sampai 3 jam, tahu-tahu dah sampai). 

Sesudah sampai di airport Minangkabau, Indonesia, turun kapal terbang settlekan urusan imegresen kemudian ambil bagasi. Punya cantik bagasi aku bawa, sekali satu roda dah tercabut, hilang entah ke mana. Tak pasal-pasal senget sebelah. Never mind la, janji dapat berjalan! Keluar airport, nampak sudah travel agent kiteorang dah siap sedia a.k.a abang Dayat!

google
Sampai sahaja di Padang, Indonesia kami terus bertolak ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa sekitar 2 jam. Kami sempat singgah kedai makan, untuk makan tengahari. Inilah makanan rasmi mereka disana, kuah nangka pucuk ubi, sambal hijau, sebenarnya ada lagi ini sebahagian sahaja aku snap. Mana-mana perhentian kedai makan, inilah menu utama dorang saji. Ada juga tambahan, seperti ikan dan ayam. Bagi aku, okaylah sedap jugalah walaupun ada yang masin terlebih. hehe..Memandangkan, rata-rata makanannya sama sahaja, kita cerita mengenai keunikan tempat di Bukit Tinggi sahajalah.

Setelah selesai, kami meneruskan kembali perjalanan. Seperti biasalah, bila dah duduk lama dalam kereta rasa nak buat tahi mata sahaja lebih. Di sana punya kawasan, agak sempit jugalah laluan. Ada yang dua hala, ada yang satu hala sahaja, bahaya jugalah. Tapi sepanjang perjalanan, kita dihidangkan dengan keindahan ciptaan tuhan. Cantik gila okay pemandangan di Bukit Tinggi, walaupun di kawasan kampung. Di sana, kiri kanan pokok-pokok menghijau, hutan yang masih terpelihara, keretapi lama pun masih berfungsi di sana wei. Gila lejen okay!

google
Sebelum tiba ke hotel, Abang Dayat a.k.a wakil travel agent sempat membawa kiteorang pergi menikmati keindahan air terjun. Nama tempat ini adalah Air Terjun Wisata yang terletak di Sumatera Barat. Air terjun ini kira famous di sana memandangkan kawasannya masih terpelihara, dikenali sebagai air terjun "awek muda". Siapa nak merasa muda, bolehlah cuci muka di sana. Sejuk dan bersih sahaja air di sini.

See! Cantik kan? Bila tengok semula ganmbar ini, nampak air terjun tu macam potrait sahaja. Tapi real life kalau korang tengok pancutan air terjun ini memang cantik dan menakjubkan. Cantik sangat ciptaan Tuhan.


Aku dengan adik aku sempatlah turun, main air kat bawah. Sejuk gila, macam pegang air batu. Tempat ini memang ramai dikunjungi orang, kebanyakan seudah semestinya pelancong. Tempat cantik, sudah semestinya orang nak datang tengok kan? Kalau dah cantik, biasalah negara orang asia ini kecuali Singapore pasti akan dicemari oleh tangan manusia. Sabar jerlah!

p/s: Habis tengok air terjun, kami terus bergerak ke hotel. Tempat lain, nanti aku cerita di lain hari okay!

10 comments:

  1. wah bestnye tempat ni, btw pernah makan menu nasi padang dkt kk (kota kinabalu), sedap masakan padang, wpun xpernah sampai sana pun,hehe..

    ReplyDelete
  2. seronok melancong, cantik view.

    jom tukar link blog dalam bloglist

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya melancong ke indonesia :D
    macam sedap je makanan tu semua dan air terjun tu cantik la. :)

    ReplyDelete
  4. cantiknya air terjun tu. and gambar gambo makanan buat lapau je. hehehe

    ReplyDelete
  5. makanan dekat sana pedas-pedas takk? cntiknya air terjun tu gambar yang diambil pun lawa gila..

    ReplyDelete
  6. Salam...sis pegi sendiri or dgn agent?
    Boleh share itinerary?

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Info destinasi melancong di Padang, Bukittinggi, Sumatera Barat, sila tengok di blog ini:
    http://www.pelanconganpadang.blogspot.com
    disitu ada juga info Pakej Percutian dan Sewa Kereta.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com