Cara Mudah Mendaftar sebagai Pengundi di Pejabat Pos - Azwar Syuhada

Sunday 18 September 2016

Cara Mudah Mendaftar sebagai Pengundi di Pejabat Pos

google
Salam and Hi!

Baru-baru ini aku ada pergi ke pejabat pos settlekan bil-bil dekat rumah. Dalam pada bayar bil, aku ada terpandangkan note dekat kaunter pejabat pos, kenyataan bagi sesiapa yang ingin mendaftar sebagai pengundi. Balik itu aku tanya mak aku, lalu mak aku terangkanlah. Aku kan blur sekejap, jadi memandangkan aku dah cukup umur dan sudah layak daftar sebagai pengundi. Jadi memandangkan aku masih bercuti di rumah ini, aku guna kesempatan ini untuk pergi mendaftar sebagai pengundi. 

Boleh sahaja daftar secara online, tapi aku malas. Terlebih rajin pergi pejabat pos, daftar sahajalah. Cara mendaftar melalui pejabat pos cukup mudah, tak sampai 10 minit dah siap. Caranya:

1) Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan ic anda
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh staf yang bertugas di kaunter.
4) Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
5) Siap! Bangga sikit korang dah daftar sebagai pengundi, jangan lupa turun padang masa mengundi! Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!


Sebagai rakyat malaysia, terutamanya golongan muda sepatutnya kita lebih bertanggungjawab kepada negara, terutamanya ketika mengundi. Sebagai rakyat, waktu pilihan raya itulah waktu yang paling bermakna untuk melaksanakan tugas sebagai rakyat. Jangan asyik kondem orang sana sini, orang berpolitik awak pun nak berpolitik, viral sana sini. Tapi kalau tak mengundi tak guna juga. Jadi, jom sama-sama kita mendaftar, menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang prihatin!

43 comments:

  1. dulu saya buat time U. orang kolej suruh isi borang, kita pun isilah. hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh baru daftar ya... lepas ni dah boleh mengundi...

    psstt.. mia nak jemput untuk join ga.. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
  3. Tahniah! anda warganegara yang sangat patriotik ;-)

    ReplyDelete
  4. Kaklong masih tak daftar lagi. Haihhh

    ReplyDelete
  5. Baguslah kalau ada semangat nak mengundi Azwa....Hakak dulu dah tua baru mendaftar.....kurang kesedaran agaknya hihi

    ReplyDelete
  6. wah...dah mudah MV dulu daftar kat pejabat SPR sebab dekat dgn ofis satu tingkat jer

    ReplyDelete
  7. boleh register online ke? macam mana tu?

    thanks

    ReplyDelete
  8. bagaimana kalau nak register online ye? thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farid!

      Online Azwar tak berapa sure sebab dia macam rumit sikit nak buat, better awak pergi pejabat pos la. Cepat sikit siapnya!

      Delete
    2. Q: Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line melalui Portal Rasmi SPR ?

      A: SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line kerana melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun(SPPST) yang dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) 2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak ingin mendaftar sebagai pemilih perlu hadir sendiri di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara. Jika pendaftaran diterima secara on-line, penipuan dan penyamaran pasti berlaku di mana ada orang yang akan memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain.

      Delete
  9. Macamana nak daftar online tu?

    ReplyDelete
  10. nak daftar undi xkena charge apa2 ka wak?

    ReplyDelete
  11. nnti kena check semula dkt website spr dh register ke bellum..

    ReplyDelete
  12. Mcmn nk daftar online? Ema me thankss
    Ahmad_akmar8@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure, saya daftar di pejabat pos sahaja ;)

      Delete
    2. mne2 cawangan pejabat pos bly ke ??

      Delete
  13. Kalau saya asal melaka dan tinggal di johor bahru..bole ke saya daftar di pjbat pos cawangan jb bukan di melaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, awak daftar sahaja di Johor, apa-apapun kalau mengundi ikut mukim dalam ic. Sorry late reply!

      Delete
  14. boleh tak kalau orang lain yang tolong daftarkan kt pejabat pos tu? Sebab tak sempat nak pergi pejabat pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bolehlah awak, sebab ic sebenar kena tunjukkan. Takkan nak keluar takpe ic kan? Cari masa untuk mendaftar ya, selamat mendaftar!

      Delete
  15. ade kene bayar ape-ape tak bile daftar kt pjbt pos tu?

    ReplyDelete
  16. nak tanya kalau nak daftar, kat mana2 cawangan pjbat pos ka ataw cwangan tertentu sahaja...mohon pencerahan..nak daftar tp xthu kek mano ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam and Hi!

      Awak boleh sahaja daftar mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Sebab maklumat nanti dia isi dalam sistem ikut your ic. Jadi, kalau korang pergi mengundi mengikut mukim tempat duduk asal gitu!

      Delete
  17. Info yang sangat bermanfaat! Terima kasih 😊

    ReplyDelete
  18. kalau kat pejabat pos laju pon boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Only pos Malaysia, kaunter bayar bil semua tu sahaja boleh..

      Delete
  19. Salam. Sorry soalan ni macam tak patut ditanya. Haha tapi macam quite confused jugak. Pejabat pos tu as in pos laju or pos malaysia? Thanks in advance ! :D

    ReplyDelete
  20. selalunya selepsa daftar automatic masuk ke nama kita dalam senarai pemilih? saya dah daftar tapi check balik secara online tak ada nama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde juga, awak kena rujuk pejabat pos yang awak daftar tu. ;)

      Delete
  21. salam, kenapa saya dah daftar mengudi di pejabat pos,, tapi bila saya check online,, nama saya tiada dalam rekod ?? ambil masa juga ke nk masuk dalam sistem ?

    ReplyDelete
  22. Lepas daftar kena tunggu berapa hari baru ada dalam sistem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm saya, dalam 3 bulan camtu dah ada. tp lepas 3 bulan dia naik, cuma masih dalam diproses

      Delete
  23. brape ari proses utk dmsukkn dlm sistem

    ReplyDelete
  24. boleh daftar online ke? kalau boleh,apa ye websitenye?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!