Friday, 26 August 2016

Susu Ducth Lady Serendah RM1 di 7Eleven!

Salam to all readers,

Seronok gila harini off day, dapatlah bersantai-santai, rehatkan kaki dan tangan yang lenguh asyik sental rambut orang. Bila dah lama tak kerja, mulalah merungut semuanya sakit. Takpelah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian hari. Tambah pula, cuaca hari ini mendung lagi syoklah cuti aku ini digantikan dengan aktiviti membuta sambil melayan drama korea. 

Banyak jugalah drama korea yang aku layan, sampai tak sempat nak share. Memandangkan harini aku free, itulah aku nak coret sikit cerita dekat blog. Nanti bila dah lama tak menaip, mulalah rasa janggal nak menulis. Baru-baru ini, aku ada nampak beberapa orang blogger grab susu ducth lady banyak-banyak dekat 7eleven. Bila baca komen, rupa-rupanya sekarang 7eleven tengah buat promosi sempena bulan kemerdekaan. Bukan semua barang yang ada promosi, hanya sesetengah item yang terpilih sahaja. 

Salah satunya, susu kotak Ducth Lady yang kecil tu kita boleh dapatkannya dengan hanya serendah RM1.00 sahaja dekat 7eleven. Biasanya, RM2.00 kan? Jimat RM1. Nasib aku memang baiklah harini, aku orang last dapat beli 1 katun, rupanya ramai yang dah grab. Ramai betul peminat susu dutch Lady sampai licin disapu orang. Aku memang suka susu ducth lady ini dari kecik lagi, rasa memang super duper sedap jika nak dibandingkan dengan susu lain. 

google
See! Aku tak tipu okay! Jadi siapa peminat susu Ducth Lady jangan lepaskan peluang yang ada ini untuk grab banyak-banyak susu ducth lady dekat 7eleven yang berdekatan. Lambat-lambat pergi, takut gigit jari pula nanti. Aku pun nyaris-nyaris tak dapat beli tadi, sebab staff dia kata dah habis, sekali double check ada lagi. 

google
Selain susu ducth lady, ada juga air lain yang buat promosi salah satunya air cool tea. Beli 1 percuma 1. Tapi, niat dalam kepala aku ini nak grab susu ducth lady je, aku pandang susu sahajalah barang lain memang aku dah tak pandang. Sebelum-sebelum ini ada sahaja 7eleven buat prmosi, tapi aku memang takde luck untuk grab. Memanjang dah habis stok. Orang pantang nampak promosi laju sahaja habis. Gigih tu cari setiap ceruk, janji dapat beli. Tak gitu?

google
Inilah hasil tangkapan susu ducth lady yang aku dapat grab tadi. 1 katun ini ada 24 kotak susu, separuh susu strawberry separuh lagi perisa chocolate. Kalau engkorang nak beli, baik pergi cepat-cepat sebab promosi ini sampai 28 August 2016 iaitu sehingga hari Ahad ini sahaja! Kira siapa cepat, dia dapatlah. Jadi, cepat serbu 7eleven yang berdekatan!

p/s: Agak-agak siapa yang bakal tersingkir dalam SuperSpontanSuperStar malam ni?

11 comments:

  1. ramai betul blogger update borong sampai 1-2 karton T_T huwaaa pakkal dalam pantang ni ha

    ReplyDelete
  2. pergh, tga dahaga ni rasa macam nak p sekaramg ja >.<

    ReplyDelete
  3. pergh, tga dahaga ni rasa macam nak p sekaramg ja >.<

    ReplyDelete
  4. Wow, kan bagus kalau di sarawak pun ada...huhuuuu

    ReplyDelete
  5. alaa dah terlepas...xpe la...xde rejeki...

    ReplyDelete
  6. Akk hritu x dan pun nk grab. Gara2 malas nk kuar. Hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com