Monday, 11 April 2016

Review Novel: Duda Terlajak Laris

Salam to all readers,


Penulis: Aifa Batrisya
Harga:Rm25.00
Halaman: 1- 558
Keluaran: Penulisan2U!

Sinopsis:

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan perkahwinan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

"Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!"- Pehah

"Pehah, Pehah.. Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaii.."- Zack

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala-ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jinjang pelamin.

"Nope, I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!"-Idayu

Apa kesudahannya kisah duda terlajakyang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Review dari Azwar:

Banyak-banyak novel yang aku baca, novel Duda Terlajak Laris ini agak lain sikit jalan ceritanya. Yerlah, di usia 18 tahun time menunggu tawaran belajar tiba-tiba kena tangkap basah, manakala si heroinnya iaitu si Pehah memang merancang untuk kena tangkap. Nak dijadikan cerita, si Pehah sebenarnya nak perangkap abang angkatnya si Bob, alih-alih si Zack yang datang ke rumah. Nak taknak, kawin jugalah. Yang masih tak dapat terima kenyataan sudah semestinya si Zack, kerana dia fikir nak belajar sahaja waktu itu.

Baru beberapa hari menjadi pasangan suami isteri, si Zack terus balik KL rumah familynya. Balik KL, bapanya pula menunggu dengan parang, kebetulan kakak si Zack baru balik dari luar negara. Kalau nak tahu, si Zack dengan kakaknya memang rapat gila. Jadi, kalau ada apa-apa berlaku dengan Zack, si kakaklah yang berani backup si Zack bila berdepan dengan si ayah. Bila selesai berdebat dengan si ayah, si kakak mengajak si adik sambung pengajiannya di luar negara sama tempat di mana kakaknya tinggal. Time nak berangkat pergi, sempatlah si Pehah berjumpa dengan si Zack, suaminya. Ingat si Zack heran, si kakak Zack jugalah pergi nasihatkan si Pehah.

Lama jugalah si Zack menetap di luar negara, sampai satu masa dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia apabila tok kesayangannya meninggal dunia. Selang beberapa hari tok dia meninggal, dia mengambil keputusan untuk menceraikan si Pehah. Apabila si Pehah sering mengganggu kehidupannya. Lapan tahun berlalu, si Zack masih memegang title duda. Selama lapan tahun ini juga, dia tak pernah dengar lagi khabar si Pehah. Satu hari, si Zack terpandang seorang wanita pekerja lab tempat dia bekerja. Wanita itu mengigatkannya pada seseorang, tapi dia tak ingat siapa. Adakah, si Zack dapat berjumpa semula dengan si Pehah? ataupun, adakah si Zack dan Pehah akan kembali bersama? 

Nak tahu, pengakhiran ceritanya, bolehlah cari novel "Duda Terlajak Laris" ini d bookstore yang berhampiran. Kalau tak sempat beli, boleh tunggu cerita adaptasi novel "Duda Terlajak Laris" di slot akasia, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang. Lakonan hebat Zarazya, Idris Khan, Wawa Zainal dan ramail lagi. Bagi aku kenalah watak si Pehah dengan Zarazya kerana aku suka lakonannya yang bersahaja.

p/s: Jadi lepas ini tiada lagi slot iklan manjakasih, kerana dudaterlajaklaris pula jadi trending untuk slot drama bersiri ni!

4 comments:

  1. lepas ni mungkin ada drama dari novel ni

    ReplyDelete
  2. sekarang semua cerita adaptasi je

    ReplyDelete
  3. Wah wah.. mesti duda2 kat luar sana sedang teruja sekarang.. dorang tengah UP laa sekrang ni ye... =D

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. Jalan citer lain drpd yang lain :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com