Saturday, 2 April 2016

Korean Drama: The Descendant of The Sun

Salam to all readers,

Selamat berhujung minggu semua, buat apa harini? Di pagi yang segar bugar ini aku nak share satu cerita korea yang tengah hot sekarang. Macam pisang goreng! Di ingatkan sekali lagi, aku hanya suka menonton movie dan juga drama korea sahaja, jangan di tanya siapa penyanyi artis korea. Bagi aku semua sepesen je muka, yang aku hanya kenal hanya satu je artis korea tu pun Lee Min Ho. 

Bagi aku menonton cerita korea hanya untuk release tention sahaja sambil feeling2 heroin dalam drama tersebut gituew. Hanya sekufu dengan aku je faham dan satu lagi aku lebih suka menonton drama korea seorang diri takpun dengan mak aku. Sekarang mak aku tak layan korea dah, layan cerita mexico je. Jadi, kalau aku tak keluar mana-mana, memang 24 jam depan laptoplah lagaknya. Cerita korea yang aku nak kongsikan ni, pasti ramai yang dah tahu sebab tengok mana-mana laman sosial dah jadi viral kot. Disebabkan cerita ini juga, pelakon utama dalam cerita ini pun melonjak naik. 

Tak lain dan tak bukan, adalah drama bersiri "THE DESCENDANT OF THE SUN". Memandangkan rumah sewa aku ini tiada astro dan hanya ada unifi, layan online sahajalah. Line pun laju, sedaplah menonton, cuba waktu puncak kita guna memang loading jelah jawabnya.

google

Watak utama;

Song Joong Ki sebagai Yo Shi Jin
Song Hye Kyo sebagai Kang Mo Yeun
Jin Go sebagai Seo Dae Young
Kim Ji Won sebagai Yoon Myung Joo

Sinopsis;

|SINOPSIS THE DESCENDANT OF THE SUN| Merupakan sebuah drama romantis yang menceritakan kisah percintaan antara Kapten Yo Shi Jin yang bekerja sebagai bahagian dari pasukan penjagaan pendamaian PBB, dengan seorang Doktor Kang Mo Yeon yang mulutnya agak tak bertapis bila berbicara. Nak dijadikan cerita, setiap kali mereka date pasti tak menjadi, disebabkan Kapten Yo Shi Jin mendapatkan panggilan dari pihak atasan. Sampai satu masa, Doktor Kang Mo Yeon ini tertanya-tanya apa pekerjaan Yo Shi Jin, setiap kali ditanya Kapten Yo Shi Jin tak dapat beri respond hanya mengatakan ini adalah rahsia yang tak boleh nak bagitau pada sesiapa. Sampai satu masa, Doktor Kang Mo Yeon minta buat haluan masing-masing.

Setelah beberapa bulan kalau tak silap aku, Hospital tempat Doktor Kang Mo Yeon ini bekerja diarahkan menghantar beberapa orang doktor ke Urk bagi bantuan kesihatan. Salah satu doktor yang terpilih sudah semestinya Doktor Kang Mo Yeon. Tempat yang mereka pergi tu memang serba kekurangan macam kita tengok dekat Palestin camtulah. Orang kata, lari jauh beribu batu sekalipun kalau dah dikatakan itu jodoh kau pasti bertemu jua. Sesampai sahaja mereka di tanah Urk ni, mereka disambut oleh askar yang diketuai Kapten Yo Shi Jin dari sinilah Doktor Kang Mo Yeon ini tahu status pekerjaan jejaka pilihannya. Di sini juga, berputik kembali cinta lama. 

google


google


Apa yang boleh aku sampaikan disini jalan cerita THE DESCENDANT OF THE SUN ini unik sikit jalan ceritanya. Di mana, si heronya bertungkus lumus mempertahan negara, menjaga keamanan, manakala si heroin berusaha untuk menyelamatkan nyawa orang. Cerita ini pun bukan hanya tertumpu pada isu percintaan semata-mata tetapi boleh dipandangkan dari segi kerjasama dalam bekerja, kisah percintaan tiga segi termasuklah persahabatan yang sangat erat. 

Yang tak bestnya, cerita The Descendant Of The Sun ini dah nak habis, tinggal lagi 4 episode sahaja. Jadi, kalau nak tahu endingnya kenalah tengok sendiri. Tak tahu nak tengok dekat mana? Boleh klik link bawah ini untuk menonton.


p/s: Satu lagi aku cerita yang aku tengah layan adalah Marriage Contract! Ada masa nanti aku share cerita ini. Cuba share sikit, cerita apa yang engkorang tengok untuk release tention?

12 comments:

  1. hahaha, fefeeling heroine =)

    tapi rasanya DOTS ni mcm overrated pulak..

    hahahah

    ReplyDelete
  2. saya pun tiap minggu takkan terlepas tengok drama ni! Lg 2 minggu je tinggal..Hope happy ending kan? XD

    http://anies-msletoes.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Arghh... tak tengok lagi... TT

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ramai betul orang rekomen cerita ni XD bila free nanti kami cuba tengok ^^

    ReplyDelete
  6. Wah wah wah. tak sabarnya nak tengok. sekarang tengah habiskan list korean drama kawan bagi. haha. sebab dah lama tak layan. tunggu episode ni habis semua baru layan online. aci tak? aci tak? haha

    ReplyDelete
  7. agak menarik... Tedi x minat cerita cintan-cintun sangat...

    ReplyDelete
  8. dah episod 5. tak rasa pape yang best gilaaa lagi..hahhaa

    ReplyDelete
  9. hahahaha...ada org terjebak sama! LOL!

    ReplyDelete
  10. Ramai yang gemor citer ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com