Friday, 5 February 2016

Hati-hati, Jaga Diri!

Salam to all readers,

Gambar yang tiada kena mengena dengan entry sekadar mewarnai cerita

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan viral kisah  seorang remaja yang tidak panjang akalnya. Dia fikir dia cerdik untuk memperbodohkan parentnya, tapi dalam waktu yang sama menjerat diri sendiri. Hebat lakonannya, tapi tamparan yang dibagi pada mak ayahnya lebih hebat daripada lakonan yang diberikan. Aku yang hampir menjangkau dewasa ini pun tak berani lagi nak buat kerja macam itu. Paling kuat aku mengakalkan parents aku adalah dalam 15 minit lepas tu kantoi! Hehehe..

Bak kata orang tuah dimulut, sial juga dimulut juga. Apa yang yang kita ucapkan itu kan doa. Jadi berhati-hatilah apabila berbicara. Yang kena tanggung malu pun parent kita juga, kenapalah diusia yang muda kita tanpa segan silu melakukan jenayah. Adakah ibu bapa, guru, mahupun masyarakat yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Hakikatnya, didikan dah diberi jadi kita sendiri haruslah pandai membezakan mana yang baik mahupun tidak baik.

Memang sekarang, kita hidup dalam peredaran zaman teknologi. Macam-macam media social ada, facebook, twitter, blog, whatsapp dan macam-macam lagilah. Ada orang menggunakan laman sosial untuk berkongsi pengalaman, menjual barang online, lifestyle tapi ada juga segelintir manusia yang tidak bijak dalam mengurus diri sendiri. Masing-masing nak glamour cepat tapi merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Mana tidaknya, di usia yang paling muda sudah pandai membuat publisiti murahan dengan mengupload gambar tidak senonoh bersama pasangan dengan caption bagaikan pasangan suami isteri. Tidak terfikirkah kita kalau parent atau saudara mara kita sendiri melihat gambar-gambar tersebut? Bangga ke mereka?

Kalau ditanya orang yang lebih dewasa pun, mereka sendiri pun malu nak terlalu terbuka. Dalam Islam ada benda yang kita boleh kongsi, da nada juga benda yang patut dirahsiakan. Banyak lagi cara nak glamour kot, salah satu cara dekat instagram dengan upload gambar berunsurkan inspirasi ke, video yang memberi pengajaran atau lucu pun boleh tau! Tambah-tambah anak gadis, janganlah terlampau ghairah menunjukkan awaklah yang paling perfect. Bertudung ke tak bertudung sama sahaja perangai masing-masing. Ada yang baru bertudung barulah nak tunjuk dialah yang paling alim di dunia ni, ada setengah lagi glamour sikit barulah nak hentam sesame sendiri.

Aku pun tahu, diusia belasan tahun nilah budak-budak suka memberontak, katanya taknak di kongkong kalau boleh nak hidup berdikari. Mungkin hormon tak berapa stabil nak menginjak dewasa. Jiwa kacau katakan  padahal masih budak hingusan. Bila dah tiada mak ayah barulah terkenang-kenang. Jadi selagi parents kita masih bernyawa, hargailah mereka.

Bukan melayu sahaja mudah lupa, anak sendiri pun mudah lupa mak ayah bila dah hidup senang sikit. Jadi, setiap apa yang kita nak lakukan fikirlah kesannya samaada ianya lebih menjurus keglamouran kita mahupun lebih mengaibkan mak ayah kita.

p/s: Aku pun bukanlah baik sangat, sekadar mengulas dan mengingatkan diri sendiri. Apa kata anda pula?


Thanks you for reading!

7 comments:

  1. mahalkan diri setiap perkara kita nak buat kena pikir dulu orang sekeliling. kesan and etc. haiihh dah besar boleh pikir sendiri kot

    ReplyDelete
  2. setuju dengan semua pendapat admin.ssungguhny cabaran remaja 99' memang berbeza dengan remaja 80' & 90'..sekarang laman sosial byk pengaruh,zaman populariti dikejar.dari yg baik hingga x baik,bertebaran disana,dipertonton,dikongsi sewenangnya.smpai 1 point, xda sapa boleh disalahkan,semua salah,sebab semua xberfungsi dgn peranan masing2.sekian hujahan picisan.

    ReplyDelete
  3. dulu saya selalu jugak la upload selfie saya ke social media. Then ada sorang laki2 ni tegur saya secara personal. Sejak tu saya dah tak upload gambar saya sorang tapi saya hanya upload gambar saya dengan kawan2.

    ReplyDelete
  4. Haih. Sedih bila fikir pasal budak-budak zaman sekarang ni :(

    ReplyDelete
  5. tak tergamak nak buat parents camtu :( dahla satu Malaysia kena tipu sampai hati sungguh

    ReplyDelete
  6. Hm thanks kk azwar for the reminder! :) <3 tapi tulah. mmg ramai memberontak sekarang ni adoi. and yes, wajib hati2 & jaga diri! :)

    ReplyDelete
  7. Sebab tu sekarang mak ayah kena mainkan peranan didik anak & jadi besfren anak supaya anak tak tercari sesuatu di luar sana untuk penuhi hatinya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com