Monday, 11 January 2016

Hujung Minggu di District 21 IOI Mall, Putrajaya

Salam to all readers,

Anda sayang diri anda? Agak-agak, berapa kerap anda melakukan aktiviti riadah? Adakah anda selalu melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, sahabat handai, jiran tetangga ataupun boyfriends girlfriends. Tak kisahlah dengan siapa anda ingin melakukan aktiviti riadah, janji anda ada hati untuk menjaga kesihatan diri. 

Sekarang banyak aktiviti riadah yang kita boleh lakukan, ada setengah orang suka melakukan aktiviti riadah dengan jogging setiap hujung minggu, buat zumba di dalam rumah, mana yang berpendapatan lebih mereka lebih cenderung membeli peralatan senaman untuk diletakkan di dalam rumah, senanglah nak bersenam waktu pagi, malam, senja sekalipun. Kadang-kadang, kalau dah malas nak bersenam mereka lebih suka jadikan peralatan tersebut sebagai hiasan di rumah.

Sekarang, orang kita terlebih manja sampai bersenam pun taknak. Nak bersenam, kalau boleh bawah pokok sahaja, tak boleh kena cahaya matahari nanti kulit gelap. Jadi, ada satu jalan penyelesaian di mana mereka yang berminat panjat memanjat, aktiviti lasak tanpa ada cahaya matahari menembusinya. Kira kalau engkorang main berjam-jam pun, kulit korang tak terbakar pun, cuma urat-urat dalam badan sakitlah lepas main. Yang pastinya, tempat ini ini cukup awesome dan semua generasi boleh melakukannya dari budak kecik sampai ke nenek-nenek. 

Tempat riadah yang aku syorkan engkorang semua pergi adalah District 21 yang terletak di IOI Mall, Putrajaya. Ia bertempat dalam IOI Mall, jadi tak perlu risau mengenai kulit gelap. Masa study week haritu, aku sempat luangkan masa bersama adik dan sepupu aku di sini dengan tajaan aunt aku. Dalam pukul 11.00 pagi sampai 3.00 petang mainlah sampai muntah. Aku yang dah tua bangka ni pun main juga wei. Yang pasti semua aktivitinya best dan adventured. Kalau nak ajak member-member buat aktiviti lasak tanpa berjemur, District 21 tempat yang paling sesuai engkorang kena pergi. Jom layan gambar aktiviti-aktiviti yang terdapat di Distict 21.

google

 Ini antara aktiviti engkorang boleh lakukan dekat sini, yang tergantung kat atas tu aku tak main pun disebabkan keberanian tak berapa kuat.

google
 Sini pula tempat meloncat-loncat, loncatlah sepuas-puasnya kalau dah ke mari okay!

 Majoriti ramai keluarga yang datang bawa anak-anaklah, student pun ada.




Yang bestnya, kalau nak berhenti main sekejap samaada nak pergi solat ataupun round mall kemudian masuk semula pun boleh. Yang pasti tag dekat tangan tu tak dihilangkan. 


 Kalau nak merasa main aktiviti seperti Running Man, bolehlah datang ke mari. Best pun best! Korang kena datang tau! Tak rugi pun.

Waktu beroperasi;
12.00pm-8.00pm (Sunday to Thursday)
12.00pm-10.00pm (Friday to Saturday)
10.00am-10pm (Public Holiday)



More info;
http://www.district21.com.my/

Thanks you for reading!

14 comments:

  1. salam hujung minggu..selamat tahun baru 2016

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan seronok juga ni .. Nak try lah nanti.. thanks for the info.

    ReplyDelete
  3. wahhhh tak gi lg ioi ni hihi thanks kk azwar!! <3

    ReplyDelete
  4. erm...seronok tu!!!
    kalaulah ada di Perak kan best

    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. selalu juga jenguk District 21 ni tapi tak pernah main lagi lah. teringin juga sebab ada banyak aktiviti lasak :)

    ReplyDelete
  6. Adam kecik lagi, bahaya nak bawak sini..huhu..apa beza active dengan non active tu?

    ReplyDelete
  7. fuhhh..best jugak ada tempat ala2 jump street...hehehehe..anyway Happy New Near Syu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. wahhhh best ni! hari tu nak pergi but some of my friends ckp tak best! but lookat all thisssss!!! im super excited :D

    ReplyDelete
  9. besarrr! kak sally banyak kali dah nak g sana tapi belum berkesempatan

    ReplyDelete
  10. teringin sangat nak main kat sini. tapi tak berkesempatan lagi...hihihi

    ReplyDelete
  11. Nanti lepas graduate, insya Allah nak pergi sini dengan bestfriend :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com