2016 - Azwar Syuhada

Friday 30 December 2016

My 2017 Planner | Planner Muslim yang Berpatutan
11:45 am 20 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah, harini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 2016. Diam tak diam dah nak masuk 2017. Begitu cepat masa berlalu, teringat awal tahun haritu masa mula-mula melangkah masuk universiti, berkenalan dengan kawan baru, dan tahun 2017 ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di universiti. Perghh, kejap sahaja rasanya, tak sabar nak menempuh alam pekerjaan pula. Bila dah tempuh alam pekerjaan, mulalah teringat alam belajar. Jadi, nikmatilah masa belajar ini puas-puas!!

Jujur aku cakap, hampir suku juga impian dan target aku telah terlaksana pada tahun 2015/2016. Hopefully, tahun 2017 kali ini akan mendorong melunaskan impianku yang masih belum dapat digapai. Yang paling aku tak sangka-sangka adalah target untuk memakai braces, cadangnya bila dah kerja baru nak pakai, namun Tuhan makbulkan doa aku dengan segera. Syukur sangat wei, hutang gigi pun tinggal berapa sen sahaja lagi. Alhamdulillah, syukur tak terkata.

Bercerita perihal hala tuju, target dan impian sudah pasti kita perlu ada perancangan kan? Memang tiap-tiap tahun, aunt aku akan bagi planner, namun aku ini terlampau rajin, bila ingat barulah terhegeh-hegeh nak catat. Sudahnya, aku catat dalam phone sahaja. Sekarang nak catat dalam phone pun susah, selalu memory asyik full memanjang. Geram jugalah tak boleh nak save apa-apa. Baru-baru haritu, aku ada terjumpa 1 ig ini yang menjual planner 2017, tengok feedback dari customer pun macam best je! Aku teruslah DM tanya harga planner tersebut, memang tak jangkalah harganya hanya serendah RM30.00 sahaja! Biasanya kalau singgah kedai TYPO, harga planner tak cecah RM60 dan ke atas memang tak sah. Aku suka masuk sini, tapi tak pernah beli pun, hanya ambil inspirasi sahaja. hehehe..

Disebabkan, misi, target, dan impian aku semakin bertambah jadi aku harus ada 1 planner untuk tahun 2017 kali ini. Berharap kali ini tidak lagi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jom tengok apa menarik planner 2017 dari bukumasa.

Simple, tapi isi dalamnya penuh warna warni menaikkan lagi semangat untuk melangkah ke tahun baru 2017. Alhamdulillah, parcel planner 2017 ini aku dapat dalam keadaan elok lagi, tidak keronyok. Walaupun ianya hanya helaian kertas, menjadi atau tidak perancangan kita, harus ada target dalam hidup ini. Masa aku beli planner ini, percuma bookmark bukumasa sekali! Cantik sangat!


Bukak-bukak sahaja, dah dihimpunkan dengan kalender yang berwarna-warni, belakangnya calender ini disertai sekali dengan list holiday guys! Siapa tak suka holiday kan? Kalau waktu zaman sekolah kalendar ada warna kuning hujung tahun tulah yang ditunggu-tunggu, sekarang? nan hado guys.



Ke mana destinasi percutian kita untuk tahun 2017 kali ini? Bolehlah buat perancangan sekarang di sisipan Travel Log. Lukisan di muka surat sebelah pun dah menarik perhatian.

Ada juga part medical checkup, fitness, recipe, notes, untuk rutin harian kita. Malah turut, ada sisipan bajet kewangan, tahun ini punya perancangan kalau boleh sehari aku menabung RM1 untuk bulan 1. Bulan 2 RM2, bulan 3 RM3, dan seterusnya. Harap menjadilah. 


Yang bestnya, bukumasa turut sediakan sticker untuk memeriahkan lagi planner tahun 2017 kali ini. Nak tambah menarik lagi, boleh beli seletib corak-corak dekat daiso or popular untuk lekatkan dalam planner 2017 ini. 

Bila nak masuk tahun baru ini, semangat pun mestilah kena bertukar. Apa yang aku tak capai lagi tahun lepas akan kusambung target tersebut pada tahun baru ini 2017 dengan beberapa penambahan target lain. Moga tahun baru kali ini, sifat malas bertukar menjadi rajin, yang melopong-lopong tu perlulah diisi dengan sebaik mungkin, yang mana tak tercapai lagi, akan kuusahakan untuk cuba dapatkan. Moga tahun baru kali ini, lebih baik dari tahun sebelum ini, moga dilimpah dengan kehidupan yang lebih berwarna-warni.

Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, dilimpah rezeki yang banyak, yang paling penting memberi manfaat pada semua orang. Apa-apapun selamat tahun baru pada korang semua! Kalau takde aral melintang, aku sambut tahun baru di KL sahaja, memandangkan minggu depan nak balik juga!

p/s: Jika korang berminat dengan planner macam aku ini, bolehlah beli menerusi instagram bukumasa.
Reading Time:

Friday 23 December 2016

Penawar Batuk dan Lelah, Semput, Melalui Minyak Herba Asma Mujarab
9:00 am 8 Comments
https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma/
Salam to all readers,

Aku memang jarang batuk, tapi bila sekali terkena virus batuk memang susah nak berhenti. Mujur, ada kawan yang prihatin dan bagi aku cuba satu minyak angin ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat melegakan sakit batuk aku ini. Jadi, kali ini aku nak juga kongsikan produk minyak angin ini pada engkorang semua. Minyak yang aku maksudkan ini adalah "Minyak Herba Asma Mujarab". 
Agak terkenal jugalah minyak ini, kerana rata-rata yang menggunakan minyak ini rasa berpuas hati.

Hanya tuang sedikit minyak herba asma mujarab ini pada telapak tangan lalu sapu pada bahagian leher dan dada, engkorang pasti berasa berangin yang pasti ia sama sekali tidak merasa melekit. Malah rasa lebih selesa dan melegakan batuk.

Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah herba botani 100% yang digunakan turun temurun. Senang cerita minyak herba asma mujarab ini salah satu usaha kita untuk memnyembuhkan penyakit.

Minyak Herba Asma Mujarab juga sesuai untuk;

1) Batuk dan Lelah
2) Asma
3) Menghilangkan kembung perut
4) Sakit perut
5) Luka
6) Terkena api dan digigit binatang berbisa
7) Sakit gigi dan tergeliat

Minyak Herba Asma Mujarab ini sesuai untuk siapa?

Semua lapisan masyarakat boleh menggunakan produk ini, baik dari budak kecik sehinggalah ke orang tua. Seandainya, bayi selalu meragam tengah malam akibat kembung perut, bolehlah sapukan minyak herba asma mujarab ini. Bagi mereka yang mengalami sakit sendi, bolehlah cuba sapukan minyak ini pada bahagian yang sakit. Nak lebih afdal lagi, hadiahkan parent korang satu minyak herba asma mujarab ini, pasti mereka suka punya!

AWAS dengan produk tiruan!!

Lumrah hidup, dalam pada sibuk kita berniaga di lorong yang betul, ada sahaja yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dengan mengambil langkah mudah. Mereka menggunakan labels dan design yang sama. Dan mereka juga cuba membuat R&D daripada Kilang tanpa kebenaran pemilik asal. Sekilas pandang, memang nampak sebijik sama dengan yang ori.

Namun, ramai yang mengadu produk tiruan ini tidak berkesan dan berbau seperti asap rokok. Warna jenih, cair dan kurang berangin. 

TIRUAN PERINGKAT (1) PERTAMA
Penjual Minyak Asmak ini telah menipu ramai pelanggan dengan mengatakan Minyak Herba Asma Mujarab ini telah menukar label. Hakikatnya, pihak Minyak Herba Asma Mujarab tidak pernah menukar label baru seperti ini sama sekali. 

TIRUAN PERINGKAT (2) KEDUA
Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.

TIRUAN PERINGKAT (3) KETIGA

CARA UNTUK PASTIKAN YANG ASLI

Pastikan ada Hologram QR code dan nombor siri ada di lekatkan di belakang botol Minyak Herba Asma Mujarab. 

google

Korang bolehlah Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.

Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.

google


Boleh hadam tak?

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai "Minyak Herba Asma Mujarab" ini bolehlah layari youtube, segala maklumat terperinci boleh didapati seperti video di bawah ini;


Bila aku baca feedback dekat fanpage produk ini, sudah ramai orang memberi feedback yang memberangsangkan. Tambah-tambah, bila aku google, ramai yang kata produk ini bagus. Justeru, aku menggalakkan korang semua harus ada satu untuk digunakan seisi keluarga.

Untuk mengetahui agent produk Minyak Herba Asma Mujarab yang berdekatan dengan anda semua, boleh terus ke official facebook Penawar Semput Lelah dan Asma (KLIK SINI).

google
Harga Minyak Herba Asma Mujarab ?

Harganya hanya hanya serendah RM39 sahaja. Korang perlu tambah RM10 untuk penghantaran ke rumah.

Untuk tempahan atau ingin tahu tentang produk lebih lanjut boleh terus hubungi : Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) atau En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).
Reading Time:

Wednesday 21 December 2016

Bedak Ruam Bayi | Ruam Bayi Powder Mampu Merawat Bayi dengan Semulajadi
8:38 pm1 Comments
google
Salam to all readers,

Setiap mak ayah pasti inginkan anak yang dilahirkan dalam keadaan baik dan sihat tubuh badannya. Tambah-tambah, hati seorang ibu yang melahirkan kita sendiri, sudah pasti tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang terkena ekzema, naik bintik-bintik merah di muka mahupun seluruh badan. Kita yang tengok pun rasa kasihan tau. Ada juga aku terbaca status ibu-ibu yang mempunyai anak-anak ekzema ini, rasa sedih bila membaca status yang diupdate. Mereka meluahkan perasaan, dimana ada di kalangan orang ramai yang memandang jijik terhadap anak mereka. Seboleh-bolehnya, kita support, bantu mereka untuk cari penawar untuk anak-anaknya. Dari kita membuat dosa, baik kita buat pahala kan?

Jadi, hari ini aku nak berkongsi satu produk khas buat bayi yang ada penyakit kulit, bintik-bintik merah seluruh badan, ataupun penyakit eczema bolehlah cuba produk ini iaitu "Ruam Bayi Powder". Produk ini merupakan 100% dari tanah liat putih yang telah dicampurkan dengan air galian asli. “Asal Kita Dari Tanah, Ruam Bayi Powder Ini Juga Dari Tanah, Insya Allah akan Serasi”.

Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia.
Permintaannya telah mendapat sambutan hingga ke negara Jepun dan China. Ia dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut.

DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA

Dari Aisyah r.a.d, Berkata: “Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.” (Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)

Jadi, adakah kita masih tidak yakin bahawa Nabi S.A.W. juga mengaplikasikannya untuk kesihatan kulit dan penyakit kulit?

 Untuk menghasilkan Ruam Bayi Powder menggunakan tanah liat putih paling bermutu tunggi di dunia dan air galian semulajadi.

Tersangat banyak kelebihan menggunakan "Ruam Bayi Powder" ini kerana mampu meyembuhkan segala jenis penyakit kulit.

 Kanak-kanak ini pernah mengalami ekzema yang teruk sehingga merebak ke pergelangan tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah adik ini sembuh dengan Ruam Bayi Powder.

google
Bayi ini juga hampir sembuh keseluruhannya setelah menggunakan Ruam Bayi Powder.

Apa yang best sangat Ruam Bayi Powder ni?
  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
  • Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!
Testimoni para pengguna "Ruam Bayi Powder";


google


Pastikan ianya "ORIGINAL" baru beli!

Inilah rupa produk "Ruam Bayi Powder" yang telah dibekaskan. Pihak HQ tidak pernah sama sekali menukar packing untuk Ruam Bayi Powder ini. Harganya hanya serendah RM38.00 sahaja! Ianya sememangnya halal, bersih dan suci.

Untuk maklumat lanjut mengenai "Ruam Bayi Powder" bolehlah terus berhubung;

Website : http://www.bedakruambayiori.com/ dan https://ruambayi.wordpress.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ruampadabayi
Nombor telefon HQ : En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) & Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)
Reading Time:

Monday 19 December 2016

Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah
7:46 pm 3 Comments
Salam to all readers,

Setiap mak ayah pasti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bermula dari kita keluar dari perut ibu lagi. Sebelum keluar, mak ayahlah orang paling seronok buat preparation nak sambut kedatangan kita, baju, pampers, stokin, susu, semua benda dah tersedia untuk menyambut kelahiran kita. Buat masa ini, belum pernah lagi aku dengar, lahir-lahir korang dah pandai pakai baju sendiri, makan sendiri lagi kan. Demam sikit pun, mak ayah dah menggelabah bawak pergi klinik.

Lagi lagi, mak ayah yang ada baby kecik a.k.a budak baru lahir, suka sangat meragam tengah malam. Mulalah ibu terpaksa berjaga untuk menidurkan baby kecik. Jadi, aku ingin memperkenalkan satu produk pada engkorang semua terutama bagi mereka yang mempunyai baby yang sering meragam tengah malam iaitu "Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah". Pemilihan produk yang terbaik untuk anak harus merangkumi pemilihan produk yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan banyak memberi manfaat terhadap kesihatan anak.

Bagaimana Minyak Tenang Anakanda dapat membantu anak anda?

Minyak Tenang Anakanda dirumus khas dengan pati herba tradisional yang telah digunakan selama 5 generasi. Campuran bahan ini disediakan khusus untuk kegunaan bayi baru lahir, sehinggalah kanak-kanak yang sudah besar.

google
Minyak Tenang Anakanda ini bukan sahaja boleh dipakai oleh anak kecik, malah ia turut boleh dikongsi bersama seisi keluarga, terutamanya pada mereka yang tidak gemar menggunakan minyak herba yang panas atau berangin.

Herba-herba semulajadi yang digunakan adalah seperti berikut:

1) Minyak Kayu Putih – Eucalyptus Oil
  • Membantu dengan kahak dan selsema dan mempunyai ciri-ciri antiseptik

2) Minyak Buah Pala – Nutmeg Oil
  • Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung

3) Minyak Cengkih – Clove Oil
  • Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit

4) Minyak Daun Pudina – Peppermint Oil
  • Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial. Juga bagus untuk angin dan kembung. Gabungan herba-herba terpilih ini juga mampu mengatasi masalah-masalah lazim yang dialami oleh bayi baru lahir seperti kembung perut,batuk,selsema dan masalah kahak.

Testimoni Minyak Tenang Anakanda- Pilihan Minyak Bayi Terbaik
Minyak Tenang Anakanda ini jelas sudah terbukti berkesan, oleh kerana sudah ramai yang telah mencuba dan berasa puas hati. Kalau masih ada yang tak percaya, boleh tengok gambar-gambar testimoni beberapa pengguna Minyak Tenang Anakanda ini sendiri.

google


google

google
Jadi pada mereka yang mempunyai masalah bayi kembung perut, bayi sentiasa meragam sepanjang malam, bolehlah cuba Minyak Tenang Anakanda ini. Mana tahu, dapat menyembuhkan kesihatan anak. Walau macam mana sibuk pun kita dengan hal dunia, kesihatan anak harus diutamakan. 

Minyak Tenang Anakanda juga harus menjadi minyak pilihan anda kerana perbezaan yang amat ketara dengan minyak bayi yang lain. Perbezaannya ialah:
  • Minyak Tenang Anakanda tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • Minyak Tenang Anakanda mudah meresap bila disapu berbanding minyak telon yang lain
  • Sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan kanak-kanak . Boleh juga disapu kpd bayi jika terkena gigitan nyamuk dan serangga yg boleh yg keselesaan.
  • Minyak Tenang Anakanda ini hanya mengandungi bahan-bahan herba tropika yang suci serta tiada unsur alkohol atau seumpamanya
  • Harganya juga mampu milik dan dibotolkan dalam kuantiti 100 ml, boleh bertahan 2-3 bulan
google

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan mengenai Minyak Tenang Anakanda boleh terus layari;

Fanpage facebook: Ning Salmah
Phone number: 012-699 2604
Reading Time:

Sunday 11 December 2016

Pelancaran Produk MEWANGI: Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan
5:30 pm 6 Comments
Salam to all readers,

| Mewangi Satu Dunia: Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan | Sekarang macam-macam produk ada di pasaran kan? Tapi, kali ini aku ingin memperkenalkan satu produk lain dari yang lain kerana ia bukan sahaja boleh pakai di muka malah turut boleh dipakai pada bahagian badan juga. Menarik kan? Jimat pun jimat. Produk yang aku maksud adalah produk Mewangi. Ia merupakan produk kecantikan dan kesihatan bumiputera bertaraf GMP keluaran NIZAYU PRIMA  MARKETING.


Pelancaran Produk MEWANGI serta Pengenalan Pengasas dan Duta Produk

Baru-baru ini, 6 Disember lalu aku hadiri majlis pelancaran produk MEWANGI  serta memperkenalkan pengasas dan duta produk yang dirasmikan oleh YM Tengku Dato' Hishammudin Zaizi Bin YAM Tengku Azman Al Haj dan isteri bertempatkan di Lounge, Hilton Kuala Lumpur. Turut dimeriahkan lagi dengan majlis tandatangan, Noraniza Idris sebagai Duta Produk MEWANGI.

google

Seiring dengan moto Produk MEWANGI "Putih, Anjal, Gebu dan Cantik Menawan", NIZAYU PRIMA MARKETING bermatlamat untuk mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan yang berkualiti tinggi, di samping komited membuka peluang keusahawanan kepada masyarakat pelbagai peringkat usia dan berbilang kaum, untuk menjalankan perniagaan atas talian.

google
Pemilihan Noraniza Idris sebagai Duta Produk adalah satu pilihan yang tepat oleh MEWANGI kerana Noraniza Idris sendiri adalah pengguna setia produk MEWANGI sejak MEWANGI mula berada di pasaran. Seiring dengan Noraniza Idris juga gemar mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional sebelum ini, dengan adanya MEWANGI memberi banyak kemudahan dan penjimatan masa bagi dirinya yang kian sibuk dengan kerjaya sebagai artis.


Rangkaian Produk Kecantikan MEWANGI

Produk MEWANGI 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat dan suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan yang diformulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan.

Anda semua tak perlu ragu-ragu untuk mencuba produk MEWANGI kerana kesemua rangkaian produk MEWANGI ini telah mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinan dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.

Inilah dia PUAN AYU AZMERA ABD MOIN, pengasas produk MEWANGI. Sekali korang jumpa pasti jatuh cinta punya, cantik sangat kulit muka Puan Ayu Azmera ini. Dalam majlis pelancaran produk Mewangi, banyak perkongsian dan tips-tips kecantikan yang dikongsikan oleh beliau sekaligus perkongsian tentang jatuh bangun dalam industri perniagaan.

Bagi mereka yang berminat mencari pendapatan lebih bolehlah cuba pasarkan produk MEWANGI ini, kerana Puan Ayu akan bantu bagaimana cara nak berniaga dengan betul. Puan Ayu nak kita semua berjaya sama-sama gitu!

Akhirnya, berkesempatan juga bergambar bersama duta produk MEWANGI, tak lain dan tak bukan off course NORANIZA IDIRS, IKON IRAMA MALAYSIA yang tersohor. Dari dulu sampai sekarang kelunakan suaranya pasti menambat hati orang ramai. Tambah-tambah Noraniza Idris memang artis terkenal dan ramai peminat.

Sebagai seorang selebriti dan juga peneraju kepada penerbitannya sendiri, beliau sudah semestinya mempunyai jadual yang padat dan sentiasa sibuk dengan pelbagai acara. Justeru, Noraniza Idris semestinya bijak dalam memilih produk penjagaan kulit dan wajah yang terbaik bagi mengekalkan kesegaran, keanjalan dan kegebukan kulit agar sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Kalau nak tahu, Noraniza Idris sendiri adalah pengguna setia produk MEWANGI sejak MEWANGI mula berada di pasaran.

Memperkenalkan empat produk awalnya di pasaran. MEWANGI tampil dengan 4 produk alami yang dirumus secara khusus untuk masyarakat Asia iaitu:


google


Mewangi CHEWING GUM SOAP


Perghh.. bau dia wangi sangat! Ia merupakan pencuci muka yang dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit. Pada mereka yang ada problem skin, MEWANGI adalah pilihan terbaik.

google
 Mewangi Peeling SCRUB


Ia merupakan skrub atau lulur garam bukit untuk kegunaan muka dan badan, bagi membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelangkang.

google
Mewangi CREAM


Ia merupakan krim untuk kegunaan muka dan badan yang menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjalkan seri menaikkan aura dan seri wajah. Banyak gila fungsinya, ini yang rasa seronok nak cuba!

Mewangi PENAIK SERI 7 BUNGA

Ini pula krim kegunaan muka diestrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil. Dalam masa 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit anda berseri-seri dan lebih cerah merah jambu, seterusnya memancarkan keserian wajah kita semua!

Dalam usaha mengembangkan lagi jenama ini pada masa akan datang, NIZAYU PRIMA MARKETING yang diterajui oleh Pengasasnya iaitu Puan Ayu Azmera juga telah bersedia untuk memasarkan beberapa produk komestik dalam pasaran akan datang iaitu Gincu Bibir MEWANGI dengan 4 pilihan warna (Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Natural Gloss), Bedak Alas MEWANGI (Ting Ting Foundation), Minyak Wangi MEWANGI (7 Kelopak Mawar #wangikanlahhatimu "Wangian Penenang Hati & Jiwa".

Untuk maklumat lanjut mengenai produk MEWANGI, boleh terus hubungi;

Hotline: +6016 444 7131/ +603-7813 7707
Alamat pejabat: No 23-G, Blk Jalan Elektron NU16/N, Sek U16, Denai Alam 40160, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Instagram: MEWANGI SATU DUNIA
Youtube: TV MEWANGI
Reading Time:

Thursday 8 December 2016

Ayuh ke South Korea bersama Traveloka!
11:30 pm 6 Comments
Salam to all readers,

google

|Ayuh ke South Korea bersama Traveloka!| Bercuti?? Alangkah bahagianya kalau ada tikar terbang untuk kita pergi bercuti dari satu negara ke negara yang lain. Siapa yang tak suka bercuti kan? Pasti semua orang suka pergi bercuti, tidak terkecuali diri aku sendiri. Salah satu impian aku sudah semestinya pergi melancong ke negara orang untuk melihat sendiri keindahan dan adat resam negara tersebut. Tak pernah kubayangkan dan aku tak boleh bayangkan aku pergi melancong seorang diri disebabkan aku selalu pergi melancong bersama keluarga. Seandainya aku diberi peluang pergi seorang diri, akulah juara! 

Tambahan pula, nak pergi melancong bukannya mudah kerana semuanya memerlukan wang yang banyak, masa yang sesuai dan kos nak pergi. Semuanya perlu diambil kira untuk melancong. Disebabkan kos untuk melancong dan kekangan masa, impian untuk mengelilingi dunia terpaksa dipendamkan. Bagi orang yang dah biasa melancong, mereka pasti tahu bajet nak pergi.

Tapi, dengan adanya Traveloka semua tempat korang boleh kunjungi. Apa itu Traveloka? Traveloka merupakan satu website yang memudahkan para pengguna untuk melancong ke luar mahupun dalam negara oleh kerana ia bukan sahaja dapat booking hotel malah boleh turut booking flight tiket. Menarik kan? 2 benda terdapat dalam 1 website sahaja iaitu hanya di www.traveloka.com.my

google


Malah, Traveloka juga ada buat perkongsian tentang tips & panduan melancong, inspiration, travel story dan macam-macam lagi. Nak tahu, kenalah layari website www.traveloka.com.my Kalau diberi peluang melancong bersama Traveloka, destinasi utama yang ingin kunjungi sudah semestinya South, Korea iaitu di Busan!google



 Antara sebab saya nak bercuti ke Busan bersama Traveloka adalah;

Menimba Pengalaman
Bak kata pepatah, "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri". Sungguhpun hujan emas di negeri sendiri tapi kita janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung. Bukan sahaja kita dapat menimba ilmu di tempat kita sendiri malahan kita akan dapat pelbagai ilmu yang baru apabila kita merantaui ke negeri orang. Contohnya, dengan merantau ke Busan Korean Selatan kita dapat menimba pengalaman bercuti di negara 4 musin. Alangkah indahnya, kalau Azwar dapat merantau ke Busan Korean Selatan bersama Traveloka. Secara tidak langsung, Azwar nak juga kongsi pengalaman ke Busan ini di dalam blog untuk tatapan para pembaca blog Miss Azwar.

Minat Bercuti
Sejujurnya, Azwar suka sangat bercuti tapi boleh dibilang berapa kali dalam setahun untuk pergi bercuti. Buat masa ini, percutianku hanya dalam kawasan Malaysia lagi dan tak pernah lagi keluar negara. Azwar mula minat bercuti sejak melihat makcik pergi melancong sana sini baik dalam negara mahupun luar negara.

Bagi Azwar, bercuti mahupun melancong adalah perkara yang bagus untuk kita lari dari memikirkan masalah yang ada. Dengan bercuti kita dapat ruang berfikir dengan berlapang dada tanpa sebarang gangguan. Bila difikirkan balik, apabila kita asyik sibuk dengan "kerja" sampai tiada ruang untuk bersama keluarga dan juga kawan jiwa kita kosong sangat. Jadi, bercutilah perkara paling elok untuk mengembirakan hati kita. Lagi-lagi bercuti bersama Traveloka pasti seronok sekali!

Tempat-tempat Menarik di Busan
Seandai Azwar diberi peluang untuk melancong ke Busan, sama sekali Azwar tidak akan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Lebih-lebih lagi pantai Haeundae yang cukup terkenal di Busan. Bagi peminat Running Man pasti lebih mengetahui pantai ini. Alangkah indahnya duduk bersantai bersama Gu Jun Pyo di pantai Haeundae (perasan habiss)... Ada juga sesetengah blogger yang berkongsi pengalaman melancong dan menceritakan tempat-tempat menarik di Busan, sehingga menyebabkan aku begitu teruja dengan pengembaraan mereka ke sana.

google

Bercuti dan mengunjungi tempat-tempat menarik di Busan harus mencipta kenangan. Oleh itu, Azwar haruslah menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk melakar kenangan di setiap tempat, seperti mengambil gambar pemandangan yang indah di pantai Haeundae, merakam video masyarakat Busan Korean Selatan, dan merakam suasana di Pasar Jagalchi. Kalau dulu kita asyik melihat gambar pemandangan Busan di kaca televisyen, kali ini kita melakar sejarah dengan melihat sendiri keindahan kota Busan.

Ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Busan? Baca di SINI

Menikmati Makanan Korea
Rugi kalau berjalan tak merasai makanan tradisional negara tersebut. Kalau Azwar dapat pergi ke Busan, Azwar takkan lepaskan peluang untuk menikmati makanan masyarakat Busan Korean Selatan. Sungguhpun, di sini sudah ada restoran korean food, feel makan di negaranya sendiri tu yang rasa nikmat. Yang mengusarkan sama ada restoran itu HALAL ataupun tidak kan? Dari sudut pembacaan Azwar, terdapat banyak restoran yang HALAL di Busan Korean Selatan ini.

google

Mempelajari Bahasa, Budaya, Tradisi dan Kesenian Masyarakat Busan
Selain melawat tempat-tempat menarik di Busan, Azwar juga teringin sangat nak mempelajari bahasa, budaya, tradisi dan kesenian masyarakat Busan. Hanya dua tiga patah perkataan sahaja yang aku tahu itu pun "Annyeong Sayo", "Saranghae", dan "Oppa" yang aku dapat daripada drama-drama korean. Perempuan biasalah ayat-ayat romantik yang dia lebih peka. Tak kiralah cerita Cina, India, Melayu inikan cerita korean yang menjadi kegilaan orang ramai. Seperti mana yang kita sedia maklum, negara Korea memang kaya dengan budaya dan tradisi. Sehingga ke hari ini mereka masih mengamalkannya. Lihat sahajalah, drama korea yang banyak memaparkan serba sedikit tradisi dan amalan budayanya dalam drama tersebut. Jadi, sekiranya Azwar diberi peluang ke Busan Azwar memang teringin sangat nak memahami, mempelajari dan menyaksikannya dengan sendiri budaya masyarakat Busan Korean Selatan yang digembar-gemburkan oleh penduduk Malaysia. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

google


Membeli-belah di Busan


Rasanya tak sah kalau melancong tak bershopping. Jadi, Azwar takkan sesekali lepaskan peluang untuk membeli-belah di sekitar Busan Korean Selatan. Seandainya diberi peluang untuk ke Busan, Azwar akan membeli cenderamata buat diri sendiri, keluarga, mahupun kawan-kawan untuk dijadikan kenangan. Kalau nak cenderamata dari Busan, haruslah doakan Azwar dapat pergi ke sana. hehehe..

|Jadi inilah antara sebab kenapa Azwar nak sangat bercuti ke Busan dan yang pastinya bukan Azwar seorang yang teringin nak ke sana. Sudah semestinya, engkorang juga teringin nak pergi melancong ke Busan kan? Seandainya diberi peluang ke sana bersama Traveloka, jangan sesekali tolak tuah. Bukan senang nak ke negara orang lebih-lebih lagi apabila percutian kita ditaja dengan sepenuhnya. Alangkahnya bahagianya hidup ini, lepas habis exam dapat pergi bercuti. Andai kata traveloka ataupun #MyTravelokaEscapade memberi aku peluang menjejakkan kaki ke Busan, Korea tidak akan sesekali aku lepaskan peluang itu.  


p/s: Moga hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki ke Busan. Kalau korang ada masa, jomlah join contest anjuran Traveloka,kongsi sahaja tempat yang korang teringin sangat nak kunjungi, mana tahu ada rezeki boleh menang!
Reading Time: