October 2015 - Azwar Syuhada

Sunday 25 October 2015

Homeless
4:09 pm 19 Comments
Salam to all readers,

Apa perasaan anda bila tiada tempat tinggal, hidup berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah? Rupanya dalam era milinium ini, masih ada orang yang tidak bernasib baik. Bila kita tengok diri kita susah, rupanya masih ada orang lagi susah dari kita. Syukurlah dengan apa yang kita ada. Kali ini aku nak share aktiviti yang aku join di universiti aku iaitu "bagi makan pada orang gelangdangan". Ini aktiviti pertama yang aku join pada mula-mula aku masuk sem 1. 

Gelangdangan ini dengan erti kata lain merujuk kepada orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal tetap. Ingatkan di bandar Kuala Lumpur ini tak wujud orang gelangdangan, rupa-rupanya ramai juga baik yang muda mahupun orang tua. Aktiviti ini bukan sepenuhnya universiti aku buat, hanya menghantar beberapa orang wakil pelajar untuk membantu NGO Pertiwi Soup Kitchen. Aku bergerak dengan team uniKL around 8.00 malam menuju ke Jalan Chow Kit. Sampai-sampai sahaja, keliling penuh dengan orang gelandangan (dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang berharga dalan van). Kami menunggu ketibaan NGO Pertiwi dan juga pelajar dari universiti lain. Sekitar pukul 8.45 malam baru mereka tiba. Skuad pasukan perubatan juga turut ada. Apa yang aku dapat lihat adalah mereka-mereka ini semua orang berdisplin.




Makanan belum sampai mereka semua dah siap beratur panjang. Masyallah, betapa ramainya orang. Kehidupan mereka memang hanya tinggal di deret kedai, waktu siang mereka akan cari makan. Makanan yang disediakan hanya nasi ada kuah (sebesar bungkusan nasi lemak), roti, dan air. Semuanya sama rata, tiada yang lebih atau yang kurang. Masa aku bagi ada perasaan takut dan juga seronok bila dah bagi makanan pada mereka. Takut disebabkan ramai yang macam penagih. Cuak okay! Sedih, bila mana melihat orang-orang tua baya tokcik aku ada di situ. Sepatutnya mereka berada di rumah bersama anak-anak mereka, bergelak ketawa dengan cucu-cucunya. Nak buat macam mana, kehidupan orang lain berbeza-berbeza.

Sesudah di Jalan Chow Kit, kami bergerak ke Kota Raya. Disini lagi ramai orang gelangdangan. Hampir pukul 12.00 malam baru kami selesai memberi makanan pada mereka. Apa yang boleh aku katakan, aktivti ini seronok juga walaupun penat bergerak ke sana ke sini. Macam-macam orang kita nampak, gaya hidup mereka membesarkan anak-anak. 

Kita rasa susah bila kita hari-hari kena makan manggi atau sardin. Bila senang sikit kita up sikit pergi makan KFC. Tapi mereka makan apa? Ingatlah kalau kita susah sekalipun, masih ada orang lagi susah dari kita. NGO Pertiwiti hanya datang 4 kali seminggu sahaja untuk memberi makanan pada orang gelangdangan. Hari-hari lain mereka terpaksa mencari makan sendiri. 

Sebahagian peserta-peserta yang mengambil bahagian membantu badan NGO Pertiwi Soup Kitchen.


p/s: Bila kita senang janganlah kita mendabik dada kerana hidup ini bagaikan roda berputar. Ada masa kita di atas, dan bila-bila masa sahaja kita boleh ke bawah. Apa-apa hal pun kita kenalah dekat diri kita pada yang maha Esa.

More Info PERTIWI Soup Kitchen:
Reading Time:

Saturday 17 October 2015

Want to be Ugly Betty
7:47 pm 8 Comments
Salam to all readers,


Ini entry sepatutnya di publish sebelum Maal Hijrah, memandangkan aku terlewat post. Baca jerlah yer.. =)

4 hari lagi kita akan menyambut tahun baru "Maal Hijrah". Ini sambutan dalam Islam, pelbagai aktiviti yang akan diadakan setiap tahun oleh umat Islam untuk memeriahkan sambutan Maal Hijrah ini. Sebagai umat Islam, memang patutlah kita semua meraikannya dengan lebih meriah dan lebih mudah kita berpuasa. Memandangkan negara kita tak berapa nak stabil, tambah-tambah masalah global dunia yang semakin meruncing, lebih baik kita mendekatkan diri kepada Allah. Tenang dan lapang sahaja dada kita.

Setiap kali menyambut Maal Hijrah dan tahun baru, sudah pasti setiap orang akan memasang azam baru. Memacam benda dia nak minta, tercapai atau tidak itu semua belakang kira. Tidak terkecuali, aku juga tidak ketinggalan untuk memasang azam setiap kali tahun baru. Kalau tak dapat tahun ini, aku harap benda yang aku nak tu, akan dapat tahun akan datang pula. Aku kalau nak sesuatu, aku akan usahakan sehabis mungkin. Janji aku puas! hehehe.. Kalau engkorang semua nak tahu, aku mula pandai memasang azam ini, sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dari hajat nak lulus SPM, aku lulus. Nak sambung tingkatan 6, aku berjaya tamatkan tingkatan 6. Nak masuk U, aku dah masuk UniKL. Syukur tak terkata, hajat aku termakbul jua! Walaupun, ada beberapa perkara yang masih belum tertunai.

Kini, salah satu azam aku tercapai jua tahun ini. Akhirnya aku berjaya memakai pendakap gigi atau lebih dikenali dengan nama "brace". Macam tak caya pula aku dah pakai brace. Hajatnya yang ini, aku dah pasang sejak tingkatan 5 lagi. Tak sangka pula, aku boleh memakainya secepat ini. Tambah-tambah, aku pakai brace ini menggunakan duit aku sendiri. Duit elaun mara yang aku dapat tiap-tiap bulan aku bahagikan untuk duit brace, campur sekali saki baki duit gaji sewaktu aku bekerja dahulu. Syukur Alhamdulillah... Baru sekarang, aku rasa betapa azabnya memakai brace. Seminggu juga aku tak dapat makan nasi. Insyaallah, ada masa nanti aku share pengalaman aku memakai braces pula! heheeh..


Aku pakai pendakap gigi pun ada kelainannya. Kalau orang lain cabut gigi dulu, baru pakai besi. Aku pula, pakai besi dulu baru cabut gigi.

p/s: Daripada aku bazir duit beli handphone, lebih baik aku pagarkan gigi aku yang bersepah! 
Reading Time:

Sunday 11 October 2015

Resepi Beef Lasagna yang Enak dan Sedap di makan
9:14 am 17 Comments
Salam to all readers,

Lama sudah tak share resepi. Kali ini aku nak share resepi "Beef Lasagna yang enak dan sedap di makan". Lagsana ini mak aku yang buat ianya inspirasi dari blog Cik Epal. Aku tolong tengok dan sediakan bahan. Walaupun bukan aku yang buat, aku tetap nak share dengan hangpa semua. Suka tak? Ayuh kita mulakan aktiviti mengecahkan dapur!


google

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 labu bawang besar
6-7 bawang putih
Mozarella cheese dan Parmesan cheese (untuk bahagian topping)
Instant Lasagna (perlu celur sikit sampai lembut guna minyak dan tambah sedikit garam)


Dah sediakan bahan-bahannya, kita mulakan dengan membuat sos putih terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
2) Buttercup (gunakan setengah sahaja)
3) Keju (gunakan setengah sahaja)
4) Fresh milk ducth lady (600ml)
5) Jangan lupa, tambahkan garam secukup rasa

Cara mengadun atau pembuatan sos putih ini, dimulakan dengan;

1) Menggunakan suhu api yang paling perlahan/kecik
2) Cairkan buttercup, kemudian masukkan susu 600ml
3) Masukkan pula, 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
4) Setengah keju, kemudian tambah sedikit garam lalu gaulkannya (pastikan ia tidak berketul-ketul)

 Ahaa.. yang ini pula daging bersosnya pula. Cara pembuatannya lebih kurang sama cara membuat sos spagheti. Panaskan minyak, tumiskan bawang sampai naik bau, kemudian masukkan daging ramlee, tuangkan tomato puree, garam, serbuk oregano (segala jenis bahan korang nak letak pun boleh), dua besar sos cili. Gaulkannya. Selesai!


google

Akhir sekali, pembikinan lapisan beef lagsana. Lapisan paling bawah, isikan inti daging terlebih dahulu, kemudian lapisan kedua letak kepingan lagsana, letak inti daging semula dan letak sos putih. 

Ulang semula caranya iaitu kepingan lagsana>>inti daging>>sos putih. Sebaik-baiknya, letak inti daging terlebih dahulu supaya ia tidak melekat dan mudah dipotong. Banyak mana nak isi? Ikut suka mengikut saiz bekas engkorang sendiri. 


Jangan lupa taburkan keju mozarella dan parmesan mengikut citarasa engkorang sendiri nak tabur banyak mana. Bila dah settle, membuat lapisan lagsana bolehlah masukkannya ke dalam oven. Pastikan engkorang semua dah panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah celsius! Bakarkan dalam masa 30 hingga 40 minit. Gunakan api atas bawah.

Nak tahu dah masak ke belum, tengoklah pada bahagian cheese dekat atas tu cair ke tidak. Dah nampak cair, masak la sudak lagsana nya!

Finally! Menjadilah beef lagsana.

Panas-panas dipotong, hasilnya akan jadi begini. Janji sedap!

Beef lagsana ini lagi sedap dimakan bersama sos cili. Lebih kurang macam makan pizza gitu..

Mak aku memang rajin masak, tapi dia tak berapa sangat nak makan. Nasib baik anak-anaknya suka makan. Bila dah tahu buat, tak payahlah nak menggedik buat tiap-tiap minggu nanti badan macam tong dram pula. Setahun sekali atau dua kali cukup kot. Yang pasti ia sangat berlemak tapi sedap dimakan. Kadang-kadang benda sedap dah ada depan mata, orang yang berdiet pun lupa dietnya ke mana. Aku tak berapa minat nak buat sebab ia agak melecehkan. hehehe..

p/s: Apa-apapun selamat mencuba, terima kasih pada Cik Epal kerana share resepi ini! Sedap sampai menjilat jari gitu..

Reading Time: