Sunday, 12 April 2015

Part 2: Say YES to Watsons Brand

Salam to all readers,

Gian!!! Aku rindu gila nak menaip dekat blog, rindu dekat rutin harian aku di rumah, semuanya aku rasa gian nak buat. Tapi keadaan memaksa aku, untuk berehat seketika. Ayat macam tengah menguruskan hal ehwal negara lagaknya. Tapi kerja masih tak siap-siap juga. Kebetulan harini aku pulang ke rumah, dapatlah mencoret sikit sepatah dua kata dalam blog kesayangan aku ini.

Masih ingat lagi tak, entry mengenai contest "Say YES to Watsons Brand?" Alhamdulillah, aku berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam contest watson. Berjanggut jugalah nak dapatkan barangnya. Tiga kali juga aku singgah watsons untuk punggut hadiah, tapi asyik-asyik habis stok. Akhirnya aku mengambil langkah menghantar email pada watsons perihal hadiahnya. Tup-tup, tak sampai dua tiga hari barangnya pun sampai ke rumah. Ada pula stoknya kan? Apa-apa pun barang dah dapat, hati pun senang. 

google
Yes!! Inilah hadiahnya, jimat duit aku untuk beli semua ini. Jangan cakap macam-macam ya kerana aku pun ada ajar cara nak join contest ini. Terpulang pada korang semua, samaada nak join atau tak. Sepanjang aku join contest, aku rasa puas kerana aku dapatkan sesuatu dengan usaha aku sendiri. Apa-apa jenis contest aku suka join kecuali contest selfie dan juga tag & win. Memang aku tak suka nak join kerana aku memang tak berbakat langsung bab-bab nak selfie, manakala contest tag&win itu pula aku memang sah-sah tak pernah bertuah dan rasa buang masa pada aku. Pegang phone 24 jam semata-mata nak join cntest tag&win, sudahnya orang lain yang menang. Kau rasa? Bertuah badan, sapa yang pernah menang bila join contest seperti ini. 

google
Aku lebih prefer contest yang menggunakan kemahiran dari segi idea, penulisan, dan juga imaginasi. Itu sahajalah contest yang dapat menarik minat aku, dan hadiah pun kadang-kadang yang menarik perhatian aku juga boleh mendesak diri ini untuk ambil bahagian. Setelah menang contest watsons, contest dari kotex juga aku turut menangi. Terima kasih pada sis @zamrina kerana memilih aku sebagai pemenang. Contest ini ada dekat instagram yang meminta kita menceritakan pengalaman kotex. Tak sangka pula sepatah dua kata aku itu boleh pakai. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah. Hadiahnya pun boleh dikatakan awesome, nak tahu apa dia? Boleh scroll sampai bawah.

Hadiah 1: Beg jenama coach

 Hadiah 2: Tajaan produk kotex selama 6 bulan. Jimat lagi duit poket aku? Bertuah badan.

 Ini pula hadiah dari blogger SizzlingSuzai! Join contest dalam blog dia haritu. 

p/s: Sekarang nak join contest dekat blog memang agak payahlah, jadi apa sahaja contest yang ada depan mata semua aku pakai redah sahaja. Jadi, aku syorkan pada korang-korang semua yang teringin nak sangat barang-barang awesome ataupun barang free, rajin-rajinlah join contest yang secara tidak langsung memberi kepuasan pada diri kita sendiri. bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu. Join jangan tak join!!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com