December 2015 - Azwar Syuhada

Tuesday 22 December 2015

Do you know BUNGA_PROJECT?
1:34 pm 27 Comments
Salam to all readers,

google

Sekarang, ramai member-member aku buka bisnes online. Pantang aku on instagram je, bila scroll ig kawan-kawan ada je produk yang mereka jual. Tapi yang menarik, ayat yang digunakan untuk promote produk tersebut walaupun simple tetap menarik perhatian. Sehingga hati kita meronta-ronta nak membeli. Padahal barang tersebut bukanlah penting sangat untuk kita memiliki. Kadang-kadang kita dah miliki belum tentu kita gunakan pun. 

Berbalik kepada BUNGA_PROJECT, ianya merupakan projek pertama yang aku bina. Baru beberapa minggu ia dilahirkan. Puas jugalah memikirkan nama yang sesuai, akhirnya bunga_project menjadi pilihan hati. Buat masa sekarang bunga_project hanya menjual tiga jenis tudung iaitu shawl chiffon, bawal crepe dan juga wide shawl. Aku cuak juga nak mulakan perniagaan ini, memikirkan hal pelajaran aku lagi. Jadi, disebabkan hati ini membuak-buak nak menjadi usahawan di usia muda, inilah masanya. Aku tidaklah mengambil banyak stok, bila orang order baru aku pergi beli. Kalau aku ada duit lebih, barulah aku pergi amek stok banyak sikit. Yang bestnya pula, tempat aku mengambil stok pun dekat, duit tambang nak ke sana pun murah. Jadi jimatlah masa di situ. 

Masa bulan puasa haritu, dengan secara tidak sengaja ternampak sepupu aku and the geng upload gambar kuih, tudung untuk dijual pada orang. Asal sikit sila pm sekiranya. Macam best je, orang main pm2 ini. Aku pula tidak mengambil pot, apa-apa hal pun nenek dia pasti suruh aku merasa juga. Kalau sedap pun, aku terus jerit dari rumah! Ada seorang lagi member, dia buka bisnes offline jual tudung. Dia pergi beli kain, dia jugalah jahit dan jual dekat sekitar taman yang dia duduk. Asal aku lepak rumah dia je, berlambak tudung. Aku pula, asal berkenan amek sahaja bayar kemudian. BFF katakan. Bila aku pakai ke tempat belajar, ada pula kawan-kawan berkenan. Lalu dengan rela hati aku jual tudung yang belum pakai. Dari situlah, aku nampak lubang untuk aku memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Tambah-tambah aku amek kos marketing.

Apa gunanya aku amek marketing kalau aku tak praktik kan dari sekarang. Oleh kerana aku baru setahun belajar marketing, aku tak bolehlah labur juta-juta macam orang-orang lain, setakat 100 dua tu bolehlah. Aku terpaksa mendisplinkan diri, untuk menggunakan loan mara itu secara berhemah. Kalau nak mengharapkan mak aku, mana ada sumber pendapatan yang tetap. Malahan dia ditanggung oleh adik beradiknya. Tambah-tambah, cita-cita aku untuk menjadi kaya di usia muda.

Oleh itu, kawan-kawan semua apa lagi tolonglah support aku punya bisnes yang baru nak naik ini. Kalau taknak beli pun takpe, kamu-kamu semua followlah dulu ig bunga_project. Mana tahu, ada yang berkenan di hati. 





google
Buat masa ini, ini sahaja jenis tudung yang aku jual. Kalau ada rezeki lebih, aku keluarkan design baru okay. Gambar tudung yang upload dekat ig ini semua adalah atas ihsan adik saudara aku. Kalau nak harapkan aku memang caca marbalah jawabnya. Failed terus bila bab tangkap gambar. Tudung-tudung yang aku kebanyakan kawan dia juga beli. Kalau aku tak balik, dialah yang amek order aku tolong amek stok. Mudah kerja aku, bila dia ada. Dia banyak membantu, kenalah bagi komisen sikit!All item yang aku jual buat masa ini adalah bawah RM20.00 not including postage. Saya student, orang-orang yang membeli student. Takdelah aku nak tekan lebih-lebih. Aku harap engkorang semua dapat support bisnes aku ini.
Bila di suruh tangkap gambar, memang eksperasi muka aku takde perasaan. Apa-apa pun jangan lupa support bisnes aku di ig: @bunga_project

More info:
Instagram: @bunga_project
Personal instagram: @azwarsyuhada

Thanks you for reading!
Reading Time:

Sunday 20 December 2015

Rebate 30% untuk Sertai Program Model Muslimah di ALANGRAPHYSTUDIO!
11:46 pm 4 Comments
Salam to all readers,

google

Diam tak diam tahun 2015 dah nak habis, dan tahun 2016 bakal menjelma pula. Alhamdulillah kerana masih diberi bernafas di dunia. Anyway, apa perancangan anda untuk tahun 2016? Hope masing-masing dah buat perancangan yang terbaik untuk hidup engkorang semua. Anyway, aku nak beri satu berita gembira pada semua para gadis bahawa alangraphystudio telah membuka penyertaan bagi program model muslimah class bagi sesi januari! Suka tak? Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Hanya 15 penyertaan sahaja diterima.

Pada sesiapa yang berminat nak menjadi model, amat digalakkan menyertai class ini. Di mana awak semua akan di ajar bagaimana nak buat pose yang menarik dan mencari job dalam bidang permodelan juga akan di dedahkan. Seronok kan? Bukan senang nak jadi glamour dear, you all semua kenalah belajar dari bawah. Kalau tiada ilmu susah juga nak berdiri atas kaki sendiri. Apa-apa pun, good luck okay!

Bagi pembaca blog aku ni, jika berminat nak menyertai program model muslimah bagi sesi januari boleh dapatkan rebate diskaun sebanyak 30% dari alangraphystudio. Hint dia, masa awak-awak semua nak mendaftar cakap sahaja dapat info dari blog super duper poyo ini okay, a.k.a Miss Azwar Syuhada!


Bagaimana nak sertai??

Whatsapp terus pada nombor ini: 012-2094321 (ALANGRAPHY)
Website: http://alangraphy.blogspot.my/

Thanks you for reading!
Reading Time:

Thursday 17 December 2015

Blogger JEJARIRUNCING a.k.a Kak Elia buat Segmen Blogwalking!
9:33 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Memandangkan assignment semua dah siap dan minggu ni kelas terakhir, dapatlah aku bersenang lenang buat sementara waktu. Tak sabar nak balik study week ni!! Tadi sempat berblogwalking terbaca pula, Kak Elia sedang buat satu segmen blogwalking sempena pengkhabaran berita gembira. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah....

Segmen ini cukup mudah, pada sesiapa yang nak join boleh ikut step di baawah ini. Okay! Jom, sama-sama kita memeriahkan lagi segmen blogwalking dari kak Elia a.k.a jejariruncing. Hanya tekan butang "share to facebook" seperti dalam bulatan merah kat bawah ni.


google
And then, buat satu entry yang simple saja, kemudian ajak pembaca blog anda semua join segmen ini. Mudah kan? Jangan lupa, lepas publish entry hantar link entry dekat sini;



Reading Time:

Tuesday 15 December 2015

Cara Mudah Menggunakan Perkhidmatan MyTeksi
4:58 pm 6 Comments
Salam to all readers,

Siapa pernah naik teksi? Dulu waktu aku kecik-kecik selalu jugalah naik teksi. Kalau dulu sekitar tahun 1980-an atau 1990-an orang takut juga nak naik teksi seorang diri. Kenapa? Orang kata pemandu teksi ni macam-macam jenis manusia. Salah satunya tambang mahal, dapat pula pemandu teksi yang menggerunkan, bahaya kalau naik sorang-sorang. Tapi kalau bab bahaya naik teksi ceritanya masih sama dari dulu sampai sekarang.

Baru-baru ini aku telah menggunakan perkhidmatan MyTeksi, canggih juga perkhidmatannya. Engkorang semua, pernah dengar tak mengenai aplikasi MyTeksi ni? Dah berzaman aku download dalam phone, tak pernah sekali pun aku guna. Baru-baru ini sahaja, buat pertama kali dalam sejarah aku menggunakan perkhidmatan MyTeksi. Kebiasaannya, aku naik teksi sapu je.

Untuk pengetahuan semua, MyTeksi ini merupakan aplikasi android untuk kita semua menempah teksi dan menuju ke destinasi yang ingin dituju dengan selamat. Yang pasti ia dijamin selamat dan pantas. Aku sendiri dah mencubanya.

google


MyTeksi is a Malaysian startup that aims to revitalize the taxi industry. We want to improve the safety and efficiency of our town taxis by leveraging on advancements in GPS and mobile technology. As a social enterprise, and we believe that business and social value can be achieved in parallel.

Sebenarnya, pertama kali aku nak naik pun cuak juga. Mana taknya, naik seorang diri tapi disebabkan member-member dalam rumah aku ni semua pernah naik MyTeksi siap meyakinkan aku lagi yang MyTeksi ini selamat, aku pun mulalah rasa yakin sikit nak naik MyTeksi. Orang kena yakinkan aku dulu kot, baru aku berani sikit. Hidup ini mesti conffident beb!! Jadi, disebabkan aku dah yakin dengan perkhidmatan MyTeksi harini aku nak ajar engkorang semua macam mana nak menempah teksi menggunakan aplikasi MyTeksi. 

PERINGATAN buat semua, anda semua perlu mengaktifkan location, dan data mahupun internet mesti laju okay!


LANGKAH PERTAMA: Pastikan anda telah install aplikasi MyTeksi dan selepas itu tetapkan perjalanan anda dari mana nak ke mana. Kalau dah bukak sahaja aplikasi MyTeksi, nanti terus keluar macam ini, anda hanya isikan apa yang nak. Mudah kan? 


LANGKAH KEDUA: Kalau dah siap isi dekat mana tempat ingin dituju, anda boleh pilih nak naik MyTeksi jenis apa. Terdapat 4 jenis MyTeksi, bolehlah pilih naik teksi yang mana. Makin eksklusif korang pilih jenis MyTeksi, tinggilah sikit harganya. Masa aku naik haritu, aku pilih budget teksi je, tapi okay jugalah!

google

Mudahkan? Harga pun dia dah tunjuk, mudah sikit kerja kita siapkan duit. 

LANGKAH KETIGA: Dah siap-siap isi tempat, pilih teksi, anda pilihlah pula sama ada nak pick up teksi sekarang ataupun waktu yang korang nak naik. Macam aku dulu, aku dah siap-siapkan diri baru aku call MyTeksi. Dalam masa 15 minit teksi pun sampai. Cepat dan pantas, yang bestnya anda boleh lihat di mana kedudukan teksi tersebut sekiranya dia terlewat. Harga perjalanan anda juga, dia dah siap buat anggaran. Best kan?

google

LANGKAH KEEMPAT: Hanya tunggu di dalam rumah, menanti MyTeksi tiba. Bila dah sampai, boleh hoorayyyy... Anyway, engkorang semua tidak perlu was-was lagi seandainya ingin menempah MyTeksi kerana semua pemandu telah berdaftar. Yang pastinya, aplikasi MyTeksi ini boleh digunakan di seluruh Malaysia! 

Anda tidak perlu risau kerana sekiranya teksi yang kita order itu dah sampai sudah pasti dia akan call kita. Buat relaxx sahaja, jangan macam aku gelabah semacam je!

google

p/s: Memandangkan, tambang lrt mahupun ktm dah naik mendadak, baiklah kita semua naik MyTeksi. Sama sahaja mahalnya. Semua pilihan terletak di tangan kita, sama ada nak naik ataupun tidak. Jadi, selamat mencuba!


Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 5 December 2015

Lawatan ke Muzium Telekom & KL Tower bersama anak yatim
2:12 pm 2 Comments
Salam to all readers,

Harini aku nak berkongsi cerita mengenai aktiviti sukarela yang telah aku sertai. Kali ini aku berkesempatan menyertai "Misi menemani ank-anak yatim melawat Muzium Telekom". Seolah-olah rombongan sekolah, seperti guru membawa anak-anak murid berjalan. Jelas wajah teruja pada setiap para peserta rombongan ini. Aku yang dah hidup 1 tahun ni pun, tak pernah lagi menjejaki Muzium Telekom. Jelas sekali, aku pun teruja rombongan ini!

Kami bergerak sekitar pukul 9.00 pagi menuju ke Muzium Telekom. Perjalanan nak ke sana hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja dari Kampung Baru.Rombongan ini disertai 5 orang sukarela, 30 orang anak yatim (lingkungan 16 tahun), dan 3 orang guru. Sesampai sahaja di Muzium Telekom kami disambut oleh pegawai Muzium Telekom sendiri. Sepanjang berada di dalam muzium, pegawai itu sendiri yang menjadi guide pada kami semua. Tujuan lawatan ini sudah semestinya mendedahkan sejarah Muzium Telekom Malaysia sendiri kepada kami semua. Sedikit sebanyak dapatlah ilmu pengetahuan am. Lebih kurang 2 jam jugalah kami berada di Muzium Telekom Malaysia ini. Lepas satu ke satu telefon diperkenalkan, setiap jenis ada cerita tersendiri.

Info mengenai Muzium Telekom

Budak-budak diberi serba sedikit info mengenai Muzium Telekom






Setelah selesai melawat muzium, kami bergerak pula ke Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Benda inilah yang aku nanti-nantikan. Sudah sekian lama aku tak naik, last aku naik masa aku sekolah rendah kalau tak silap aku. Akhirnya, doa aku dimakbulkan! Bukan aku seorang sahaja teruja, budak-budak tu pun seronok. 

Yeahh, naik KL Tower tanpa perlu bayar apa-apa



View dari KL Tower. Nice shot! Segala benda kau boleh teropong dari atas menara.

Sempat bergambar sebahagian anak yatim dari asrama kasih serendah! Mereka memang best!

Akhir kata aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja iaitu syarikat Telekom Malaysia yang telah menaja sepenuhnya lawatan anak yatim ini. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tajalah lagi! 

p/: Kali ini entry bergambar, malas nak menaip panjang!
Reading Time: