Friday, 13 November 2015

Secret Garden

Salam to all readers,


Esok hujung minggu, apa program anda semua? Dulu masa duduk Bangsar, pantang cuti je pasti aku menyelinap pulang ke rumah. Sekarang, dah duduk area atas sikit dari Bangsar, kelas pula dari Isnin sampai Jumaat tak dapatlah nak balik selalu. Tambah-tambah, tambang tiket KTM dah naik harga. Maunya kena fikir 2 tiga kali. Aku menunggu je ihsan makcik aku kalau dia nak balik. hehehe... Jimat duit aku!

Aku bukannya nak cerita mengenai tambang tiket ktm naik. Kali ini aku nak share apa aktiviti lapang aku bila dah duduk rumah sewa. Dah duduk rumah sewa, bukannya banyak kerja sangat pun nak dibuat. Nak kata pulun belajar, penat pergi ke kelas? Jangan temberanglah, banyak masa lapang engkorang bila dah bergelar mahasiswa mahupun masiswi. Bezanya, sama ada melakukan aktiviti yang berfaedah ataupun buang masa. 

Sebelum tu, nak tanyalah pada semua, dulu-dulu waktu sekolah rendah atau sekolah menengah aktiviti apa yang yang engkorang suka join untuk dapatkan reward? Aku nak sharelah juga aktiviti yang aku suka join waktu dibangku sekolah. Banyak-banyak aktiviti, yang pastinya aku suka masuk pertandingan mewarna dan juga menulis karangan. Walaupun lukisan aku tak berapa nak kreatif, selalulah juga dapat pertama dan kedua. Aku bab-bab bercakap kat depan orang ramai, memang menikuslah jika nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu aku yang lain. 

Sampai peringkat menengah, aku still masuk pertandingan mewarna termasuklah mereka kad ucapan dan juga lukis poster. Kadang-kadang siap berlawan dengan kawan baik aku, siapa dapat no. 1 dan 2. Tapi yang paling penting, aku tak sekreatif sepupu aku yang memang berseni orangnya. Mewarna pun satu terapi untuk menghilangkan stress. Dah lama juga aku tinggalkan, bakat aku dalam mewarna. Sampai satu hari aku jumpa dengan Secret Garden!

Tadaa!! Inilah dia buku Secret Garden yang tergandung seribu satu taman untuk diwarnai. Bolehlah, aku asah skill mewarna sekali lagi. Sungguhpun, pada awal-awal beli memang buruk gila aku warna. Tak tahu, nak cari ton warna yang sesuai.

Inilah hasilnya, bila dah lama tak mewarna. Last aku masuk pertandingan mewarna masa aku tingkatan 6. Cipta kad kemerdekaan, itupun jenuh juga aku menyiapkan. Sekarang, dah ada buku Secret Garden, bolehlah aku lepaskan gian untuk mewarna. 

Engkorang boleh dapatkan buku Secret Garden ini di bookstore samaada di POPULAR mahupun MPH. Kalau dekat popular, ada rebate 30% sehingga hujung bulan 12 kalau tak silap aku. Banyak lagi jenis buku mewarnanya. Jika, ada yang berminat, apa tunggu lagi pergi la lekas bookstore yang berhampiran!

p/s: Yeahhh, rumah sewa aku dah pasang internet!!!

12 comments:

  1. I bought this colouring book for my friend and she love it! I love colouring, but I prefer watercolour because my skill at using pencil colour is quite suck, haha.

    Happy colouring, Azwar! :D

    ReplyDelete
  2. wahh menarik! husna plak tak igt bila last pegang kaler pensel nih.. hahaha.. lama sgt tinggal..

    ReplyDelete
  3. wahh menarik! husna plak tak igt bila last pegang kaler pensel nih.. hahaha.. lama sgt tinggal..

    ReplyDelete
  4. mula2 ingatkan secret garden tu restaurant hahah, buku rupanya.
    btw lawa akak warna! untung ada bakat mewarna :)

    ReplyDelete
  5. whoa u actually did this omggg cantik T_T
    huhuhu qila malas sikit bab coloring ni huhu padahal hati nak but ugh i cannot hehe

    happi coloring kak azwar <333

    ReplyDelete
  6. kalau pegi kedai buku banyak gila coloring book macam ni.. best gila tengok illustration dorang <3

    ReplyDelete
  7. memang cantik...memang seronok kalau dapat melukis....

    ReplyDelete
  8. Buku ni memang famous worldwide ya. Dekat Malaysia berapa harga dia?

    ReplyDelete
  9. cantik... wahhh hr tu kedai buku SPP ampang ade jugak jual buku ni murah gile.. menyesal lak x g beli.. harap ade lg....huhuh

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com