Monday, 7 September 2015

Barang apa yang masih di simpan?

Salam to all readers,


Semalam aku terdengar  JOHARA berbicara soal "barang lama yang masih disimpan". Ray mengatakan dia masih menyimpan name tag zaman sekolahnya, nama dia kalau tak silap akulah "Shah Reza". Sedap juga namanya. Itu cerita Johara pagi era yang sering mengeletik hati aku.

Bercakap soal menyimpan barang lama. Apa barang yang paling legend, korang masih simpan untuk dijadikan kenangan? Tak kesahlah batal busuk ke, surat layang masa zaman sekolah pun takpe. Sharelah sikit pada aku, aku penyimpan rahsia yang terbaik dekat dunia ni. hahahaha...Cuti kali ini, aku lebih banyakkan masa dengan mengemas rumah sahaja. Nak dijadikan cerita, dalam pada masa aku mengemas rumah, aku terjumpa sepucuk surat lama atuk aku. Surat yang dikirimkan kepada mak aku pada tahun 1985. Memang lama gila surat itu, sampai kertasnya pun dah bertukar warna. Yang paling debaikk sekali, tulisan dan bahasa yang digunakan oleh atuk aku memang keseluruhan bahasa baku. Langsung tiada bahasa singkatan. Mak aku kata, arwah memang rajin menyimpan surat-surat lama, bil, segala resit yang ada).

Inilah dia tulisan tangan arwah atuk aku!

Sekarang, masih ada lagi ke orang mengutus surat? Kalau ada pun masih dibilang dengan jari. Hakikatnya, aku yang paling setia mengutus surat ini pada pihak penganjur yang mengadakan pertandingan. Dengan kemudahan teknologi yang begitu canggih, kita boleh berkomunikasi dengan orang luar dan dalam negeri (seolah-olah berada di sebelah bilik sahaja). Tak dinafikan, kemudahan teknologi kini ada banyak faedahnya tapi banyak juga kemudaratannya. Bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau dulu, orang mengutus surat dapatlah dijadikan kenangan tulisan tangannya bila dah tiada. Nak dapatkan khabarkan berita (menunggu surat) mahunya dua tiga hari, tapi yang bestnya menunggu ketibaan posmen datang ke rumah. Itulah saat-saat yang paling menyeronokkan! Bajet muka posmen tu macam Lee Min Ho la kononnya. Apa yang seronoknya pun aku tak tahu, yang penting aku suka! Zaman sekarang, apa je yang boleh dijadikan kenangan untuk ditatap melainkan berskype ataupun berselfie? Aku bab berselfie ini pula, memang lemah pula. Nak dijadikan cerita, barang paling legend aku simpan sampai sekarang ini adalah... 

Jeng...
|
|
|
|
|
Jeng...
|
|
|
|
Jeng...
|
|
|
|
|


Inilah dia, barang yang paling legend aku simpan sampai sekarang iaitu baju pengawas perpustakaan tahun 2005. Orang panggil vase or vace? Aku pun tak sure, yang pasti aku taknak buang. First time, aku jadi pengawas dekat sekolah kebangsaan itu. Darjah lima tu, pulun meyakinkan cikgu Hawa yang aku boleh jadi pengawas. Kemain, cerita nak gempak sahaja aku ni. Apa-apa pun, jadi pengawas perpustakaan memang menyeronokkan. Tambah-tambah, jadi pengawas sekolah, jalan nak menegak sahaja.

Walaupun teknologi terlampau canggih, pejabat pos masih juga sesak (terutamanya pejabat pos tempat akulah). Hakikatnya, bukan semua orang tahu menggunakan teknologi yang ada, yang pasti ada setengah orang masih menunggu segala khabar berita melalui posmen.

p/s: Cuba share sikit barang lama yang masih korang simpan? 

Thanks you for reading!

19 comments:

  1. #throwback zmn sekolah dulu2 ^_^

    ReplyDelete
  2. hahahhaa.......bila baca entry Azwar saya jugak punya hobi suka simpan brg brg lama......Kot makmal masa kat matrik,name tag zaman sekolah rendah,surat etc...siap prepare satu kotak khas letak brg2 kt situh.........

    ReplyDelete
  3. Baca entry ni teringat beberapa barangan lama yang masih tersimpan baik.. cumanya memang tak dapat selongkar balik sebab en. suami dah seal sesiap.. hehehe..
    part posmen datang rumah hantar surat tu memang kenangan paling best lah.. ekekeke.. sebab verangan macam dapat surat banyak walhal surat dari bank mintak bayaran.. wakakaka..

    ReplyDelete
  4. Saya ada simpan name tag time tadika..huhu

    ReplyDelete
  5. nak cakap barang lama. df banyak giler. tapi disebabkan my dad buang semua barang collection df. hancus semua T.T. yang tinggal mainan paling legend patung rabbit. cuma berhabuk saja. tapi masih lembut mcm mula mula beli hohohoh

    ReplyDelete
  6. pergh surat tu..boleh tahan..tak paham apa yang ditulisnya..hehe

    ReplyDelete
  7. Wahhh azwar simpan lagi surat tu. Bagusnyaa :)

    ReplyDelete
  8. husband sya jenis penyimpan n almost smua bende dia nak simpan buat kenangan..hehe

    ReplyDelete
  9. apa eh...entah la...sebab Kak Sally dah 2-3 kali berpindah...banyak benda yg dah ghaib dibuang..kahkahkah...rasanya yg paling lama simpan mungkin buku biodata masa darjah 6? :D

    ReplyDelete
  10. wah so nostalgia..hihi akak msih simpan surat cinta dari pakwe akak a.k.a husbend akak sekarang dah 18 tahun kot..syg nak buang..kenangan sungguh hihihi

    ReplyDelete
  11. wah.. simpan lagi.. zizie button batch masa zaman sekolah je.. surat2 dr abah masa duk asrama ntah dah buang kemana.. huhu

    ReplyDelete
  12. brg plg lama sy simpan is lirik nasyid sekolah rendah, dah 13 tahun kertas2 tu ada dlm file, jd kuning dah,,haha... seronok mengimbau kngn ni kan..

    ps: sy keje part time je, keje betol blom lg,,hee

    ReplyDelete
  13. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  14. Nostalgia ni..akak pun x simpan dah benda2 ni semua..ntah mana2 ntah

    ReplyDelete
  15. hhmmm... surat2 lama masih ada trsimpan. baju2 lama pun ada. baju jalan masa sekolah rendah pun ada.

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan..nice entry!

    syureinadiaries.blogspot.my

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com