Saturday, 22 August 2015

Resepi Kek Batik Menggunakan Biskut Marie Munchy's

Salam to all readers,


google

Kek batik? Bila dilihat pasti terliur kerana ia menarik perhatian dengan bentuk yang menarik bersalut coklat. Kalau aku mengunjungi pasar malam, sudah pasti aku membelinya. Tapi kebanyakan kek batik tidak menepati citarasa aku, tekak aku kalau nak rasa benda yang sedap-sedap sahaja kalau boleh. Cuma aku ni pula, jenis orang yang terlebih sangat nak duduk dapur. 

Nak dijadikan cerita, semenjak aku duduk rumah sewa tinggal pula dengan kawan-kawan. Sebahagian dalam rumah tu pula, rajin gila memasak. Jadi, dari situlah terbitnya rasa nak belajar memasak sikit-sikit. Malu plak kan kalau tak pandai masak, awak perempuan. Kehebatan aku pun paling cikai, masuk cekodok (jemput-jemput). Takkan hari-hari nak makan jemput-jemput kan? Jadi kenalah belajar sikit-sikit dari sekarang. Aku masak apa yang aku teringin nak makan sahajalah. Jadi cuti ini, aku belajar masak dari mak aku sambil tu aku upate kat blog. Bolehlah korang cuba buat pula. Kali ini, aku nak share cara-cara membuat kek batik yang paling sedikit bahan yang diperlukan. Resepi ini aku dapat daripada blog Dapur Tanpa Sempadan cuma ada yang aku olah sendiri dari segi pembuatannya. Apa-apa pun terima kasih pada blogger Mat Gebu yang berkongsi resepi.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN;

250 gram biskut marie, dipatah 4 (aku guna jenama Munchy's)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1 1/2 cama besar besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla (yang ini aku tak bubuh pun)

CARA-CARA MEMBUATNYA;

1) Gabungkan kesemua bahan-bahan diatas kecuali mentega dan biskut marie, dalam satu bekas, kacaukan ia engan whisk hingga semua sebati, lalu tuang dalam kuali, kemudian masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana (perlahan).
2) Kacau apa yang ada di dalam kuali tersebut sehingga pekat. Masukkan biskut marie, lalu gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian bersalut dengan coklat. Matikan api.
3) Tuang dalam tin yang berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat-padat, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga boleh dipotong. Lalu, hidangkan.

google
Memandangkan aku takde skill tangkap gambar, kurang semengah sikitlah hasilnya. Janji sedap!

Seperti biasa, aku tak berapa nak ikut sangat resepi orang lalu mengolah cara pembuatannya terlebih dahulu. dengan cara sediakan taupperware bersaiz segi empat sama (besar) lalu masukkan plastik cling yang telah dipotong 2 susun elok-elok ke dalam bekas tupperware tersebut. Kemudian aturkan biskut marie tersebut tanpa perlu dipatah-patahkan (selepas satu lapisan, boleh bubuh coklatnya, kemudian atur semula biskut marie lalu tuangkan coklat, berikut untuk seterusnya). Pada bahagian tepi sekali sahaja, boleh dipatahkan (supaya potongannya menjadi cantik). Setelah selesai boleh tekannya supaya menjadi padat, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Makan!

Rupa-rupanya banyak cara untuk kita membuat kek batik. Ada yang menggunakan telur dan ada yang tidak menggunakan telur. Terpulang pada anda semua nak gunakan cara yang mana. Aku dah cuba buat, korang bila pula? =D

Selamat mencuba! Thanks you for reading!


19 comments:

  1. Petang2 ni sedap layan kek batik sepotong dua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, sekejapan je habis. huarghhh ;(

      Delete
  2. yg husna belajar tak susun selapis2 masuk je biskut terus time masak atas dapur.. tp tu laa hasil time potong nanti tak berapa cantik laa.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, banyak cara orang buat. Yang ini okay sikit, potong still nampak cantik biskutnya. hahaha

      Delete
  3. lain sikit la resepi dari saya punya..tpi mesti lg sedap sbb gne susu pekat kn..bw dr housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah, masih sedap lagi. Tang mana yang lain ya? heheh

      Delete
  4. Akak lebih suka tak letak telur la azwar..sebabnya tak semua orang boleh makan telur terutama budak budak kan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, lain orang lain caranya. hehehe

      Delete
  5. hye...singgah sini nak ucap terima kasih sebab rajin baca entry and tinggalkan komen di blog Syira Lokman :) semoga murah rezeki ye :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Marilah datang rumah, Azwar masakkan. :)

      Delete
  7. tak letak telur pon sodap.. hehe.. rasa nak buat plak

    ReplyDelete
  8. rajinnya awak..buatkan utk akak please..ehhee

    ReplyDelete
  9. sy suke sgt kek batikkk, hehee~ kdg2 buat over sweet, sakit tekak den ...

    memg nyum3!!!!! tahniah bellajor msak, samelah kiteee, ahaha~
    psssttt, tp skrg LESS CARBO, on diet,

    ReplyDelete
  10. teringin sebenarnya nak buat kek ni..tapi tak pernah cuba..xpernah cuba sebab takutt nak cuba.heheh

    Rahsia Tun Mahathir Kekal Sihat diusia Emas

    ReplyDelete
  11. Kek Batik
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com