Saturday, 11 July 2015

Nak Cantik bak Hanis Zalikha atau Nora Danish?

Salam to all readers,

Harini umat Islam telah melakukan ibadah puasa selama 23 hari. Diam tak diam dapat jugalah aku berpuasa di rumah dalam sepuluh hari. Sem kedua baru sahaja bermula, nasib baik jadual tidak terlalu padat. Puasa kali ini, buat pertama kalinya aku dapat join iftar bersama rakan-rakan blogger di event Safi. Memandangkan pada hari tersebut, memang tiada kelas dapatlah aku bergerak bermalas-malasan. Tapi nasib tidak menyebelahi aku, disebabkan jalan sesak kami tiba lewat.

Majlis ifttar Safi Ramadhan Al-Mubarak ini berlangsung di Royale Chulan Hotel, Mutiara Damansara. Siapa tak kenal dengan produk Safi kan? Safi merupakan jenama Halal no. 1 Malaysia dan ia menepati kehendak syarak serta inovasi produk kecantikan ini dirumus khas dari formulasi teknologi kecantikan terbaik oleh para pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

google
Dari kiri: Hanis Zalikha-Duta SAFI BALQIS, Cik Nor Aziani Azizan Pengurus Kanan Produk SAFI & Nora Danish-Duta SAFI RANIA GOLD. Kedua-dua duta ini turut berkongsi pendapat perihal, penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadhan.

Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan dan penampilan penuh keyakinan. “Menurut Hanis, kunci keyakinan diri seorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti dan kebolehan mereka yang tersendiri dan serlahkan ia dengan penampilan menarik bermula dengan kulit muka cerah sempurna dan tona sekata. SAFI BALQIS WHITE TRILOGY melengkapkan transformasi keyakinan dan penampilan diri saya sekaligus menyerlahkan personaliti dari luar dan dalam”, Hanis berkongsi pendapat mengenai kunci keyakinan diri seorang wanita.

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, Hanis menyarankan penggunaan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGYKrim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari. Manakala bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, Hanis menyarankan mereka menggunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. 

Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat displin mereka dalam memelihara dan merawat kulit muka dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit muka mendapat manfaat sepenuhnya”. Tambah beliau lagi, “setiap hari adalah hari yang baru untuk kita memperkayakan diri dengan ilmu dan memperindah personaliti kita dan itu tidak berlaku dalam masa yang singkat”. - Menurut Duta SAFI RANIA GOLD – Nora Danish

 Dua produk SAFI RANIA GOLD yang menjadi kunci keyakinan diri Nora  dan rahsia raut wajah cerah dan remaja. Produk yang pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Produk kegemaran Nora yang kedua Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD ianya mengunci lembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan lembapan dan melicinkan kulit wajah. 

 Antara koleksi rangkaian produk penjagaan diri dari Safi



google


Majlis iftar ini turut dimeriahkan lagi dengan tazkirah dari Imam Muda Asyraf, alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun dan silaturahim setiap insan dieratkan dengan sesi berbuka puasa bersama-sama Duta SAFI BALQIS dan Duta SAFI RANIA GOLD serta para pelajar dari Pusat Pengajian Al-Quran Nur Fattah.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

5 comments:

  1. bestnya sis..ecah guna shampoo safi shayla tu..best dan tahan lama..ehehe

    ReplyDelete
  2. ruginya x pegi kalau x boleh selfie dgn nora danish haha

    ReplyDelete
  3. Akak guna syampu safi shayla dik...alhamdulillah ok ..sebab yang akak yakin status halal dan sucinya..nak solat pun yakin..

    ReplyDelete
  4. Safi ni memang antara produk fabret akak!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com