Sunday, 10 May 2015

Beauty Review: SNAILWHITE CLEANSING Mampu Menanggalkan Kesan Makeup

Salam to all readers,

Kali ini punya entry kalau boleh nak kongsikan entry yang paling ringkas sahaja tetapi padat untuk tatapan engkorang semua. Sungguh-sungguh aku nak update blog malam ini, walaupun gigi aku sakit baru lepas kena cabut. Jadi, hargailah kesungguhan aku menaip pada waktu malam yang hening ini.

Seperti yang kita lihat zaman yang serba moden ini, saban hari setiap saat ada sahaja brand terbaru yang keluar di pasaran. Baik produk makanan mahupun produk kecantikan. Nak tahu produk apa pula kali ini untuk dikongsikan? Tak lain, dan tak bukan pasti produk kecantikan iaitu "Cleansing SNAILWHITE". Rata-ratanya, pasti ramai yang sudah mengenali akan kewujudan produk ini. Dan kebanyakan yang menggunakan produk ini juga sudah menunjukkan hasil yang memuaskan termasuklah diri aku sendiri. 

google

google

google

google

Apa yang menarik mengenai produk "Cleansing SNAILWHITE"? Haruman Cleansing Snailwhite ini seperti sabun mandian dan ia amat sesuai digunakan oleh semuanya jenis kulit termasuk kulit sensitif. Dan yang paling penting sabunnya kurang buih. Mengikut apa yang aku tahu, pencuci muka yang kurang berbuihlah yang paling elok digunakan. Mencuci sampai ke dalam. Tapi bagi aku, kalau gunakan produk apa pun, kalau jerawat nak timbul, tetap timbul juga. Yang menariknya, produk cleansing Snailwhite ini juga mampu membersihkan makeup dengan sekali cucian sahaja. Jadi tak payah susah-susah, beli produk lain untuk menanggalkan kesan makeup.

Cara menggunakannya dan berapa harga "Cleansing SNAILWHITE"? Sama seperti menggunakan pencuci-pencuci muka lain. Langkah mencuci muka dengan betul, bermula dari mencuci dagu kemudian ke pipi, seterusnya hidung dan dahi. Seelok-eloknya, gunakan tiga jari hujung kanan dan kiri bawa naik ke atas. Kalau rasa tak berapa nak faham boleh search youtube ataupun google.

Cara untuk mendapatkannya, boleh terus layari laman web ini;

Laman web: SnailwhiteMalaysia
Fanpage facebook: SNAILWHITE Malaysia
Instagram: @snailwhitemsia
Phone number: 018-3682203

5 comments:

  1. Nice review. Complete details! Good style of writing.

    ReplyDelete
  2. Kak Sally tak guna mekap neh...hihihi...anyway, good sharing!

    ReplyDelete
  3. muka dah licin :D df nak cubaaaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com