Monday, 16 March 2015

MAMEE Chef Gold Recipe

Salam to all readers,


Anda suka makan maggi? Kalau suka, brands apa yang anda suka makan? Kalau Azwar, Azwar lebih prefer maggi brands MAMEE. Nak tahu kenapa? Hal ini kerana, perisa maggi jenama MAMEE sesuai dengan selera aku.Tambah-tambah maggi MAMEE ini banyak mengeluarkan pelbagai jenis perisa. Contohnya MAMEE Chef Perisa Laksa Kari. Ahaa!! Aku nak bagitahu engkorang semua, bahawa MAMEE Chef baru sahaja mengeluarkan maggi MAMEE yang terbaru iaitu "MAMEE Chef Gold Recipe". Kebiasaannya, manggi MAMEE dirumuskan dengan tepung gandung sahaja. Tapi, ada sedikit kelainan pada "MAMEE Chef Gold Recipe" kerana ia dirumuskan dari tepung beras untuk dijadikan bihun. Bagi mereka penggemar makan bihun, inilah masanya untuk mencuba. Menarik kan?

google
MAMEE perisa terbaru

google

RAMUAN:
BIHUN: Tepung Beras
PERENCAH SUP: Garam, Mengandungi Mononatrium Glutamat (E621), Dinatrium 5'-Guanilat (E627) Dan Dinatrium 5'- Inosinat (E631) sebagai penambah perisa yang dibenarkan, (mengandungi krustasia), Gula, Rempah, Mengandungi Stabiliser (E415) and Agen Antipengerakan (E551) sebagai Kondisioner makanan yang dibenarkan dan daun bawang kering, aditif makanan yang dibenarkan yang berasaskan tumbuhan and sintesik.
PERENCAH KRIMER: Krimer bukan tenusu.
PES PERENCAH: Minyak Kelapa Sawit (mengandungi antipengoksida E321), Bawang merah, Rempah, Garam, Mengandungi bahan perisa yang dibenarkan (mengandungi moluska, ikan), Cili, Bawang putih, Sukralose.

google

CARA PENYEDIAAN:
1) Masukkan bihun segera ke dalam 44ml air yang mendidih. Masak selama 3 minit.
2) Masukkan perencah sup dan krimer.
3) Masukkan perencah pes mengikuti sukacita anda semua. Kacau perlahan-lahan. SIAP!!

Satu lagi perisa MAMEE keluaran terbaru ialah "MAMEE Chef Gold Recipe: Mi Kari Seribu Rasa" yang pasti dapat menambat selera anda. Untuk pengetahuan engkorang semua, kedua-dua resepi terbaru ini merupakan "Resepi istimewa daripada Mamee Chef & Dato' Chef Ismail"

Mudahkan? Semudah ABC gitueww.. Kalau diikutkan dulu, aku bukanlah peminat tegar makan maggi. Hanya kadangkala sahaja aku makan. Tapi, sejak berjauhan dengan keluarga ini, maggi "MAMEE" la yang menjadi peneman daku dikala aku tak sempat mencari makanan lain. Betapa geniusnya orang yang mencipta maggi ini, kerana hanya dengan mencari semangkuk air panas sahaja kita boleh mengenyangkan perut kita. Tambah-tambah, memberi kekenyangan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di IPTA mahupun IPTS. Dulu, masa cousin aku cakap dia hanya makan maggi ketika berada di hostel aku gelakkan sahaja. Tapi, bila tiba giliran aku duduk di hostel, maggi MAMEE jugalah yang aku dokk hadap. Padan muka aku kan?

p/s: Rasa tak percaya pula bila aku duduk di hostel, bila masing-masing buka loker penuh dengan bungkusan maggi "MAMEE". Betapa hebatnya penangan maggi MAMEE ni.

More info:
Faceebook: MYMAMEECHEF
Twitter: MAMEECHEF
Instgram: MAMEECHEF
#MAMEECHEFGOLD

8 comments:

  1. xsampai2 lg mamee cheg gold ni kt rumah..hehe..

    ReplyDelete
  2. wah adik. dah jadi duta mamee pulak sekarang. haha. saya suka mamee yg 20sen tu.. sedap makan sambil tgk tv.. skrg x tau la berapa hg 1 tu

    ReplyDelete
  3. wahhh, perisa baru. serius suka dengan mamee chef nie. sedap sangat walaupun cuma mee segera. :D
    nak try la yg baru nie. :D

    ReplyDelete
  4. sedap eh...akak x pernah cuba lagi...nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  5. saya suka makan mamee jugak :-)

    ReplyDelete
  6. eh tak perasan plak ade mamee gold recipe ni. hehe

    ReplyDelete
  7. nampak sedap je...tapi kak sally tak pernah nampak lagi..huhuhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com