Friday, 9 January 2015

Ephyra Skin Bar Pilihan Terbaik Menghilangkan Parut Jerawat

Salam to all readers,

google

google

google

google

Tentang Ephyra Skin Bar

Ephyra nama yang tidak asing lagi di kalangan kita semua. Bila sebut Ephyra mesti orang terpandangkan pasangan suami isteri iaitu Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza merangkap duta Ephyra. Puan Amiza Amiruddin pula merupakan pengasas Ephyra, sangat cantik orangnya. Untuk pengetahuan korang semua, kalau dulu Ephyra hanya dalam bentuk minuman supplemen, tapi sekarang Ephyra ada keluaran terbaru iaitu Ephyra Skin Bar. Fresh lagi produk terbaru Ephyra Skin Bar ini kerana masih belum dipasarkan lagi. Ephyra Skin Bar ini kaya dengan kandungan Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy. Bearberry Alpha Arbutin A Extract sangat berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam. Glutathione, kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki kulit mati. Secara tidak langsung dapat mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal. Kolagen pula, dan menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit serta menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.

Nak tahu lebih terperinci lagi mengenai Ephyra Skin Bar ini boleh rujuk entry ini, EPHYRA SKIN BAR.

Siapa dan mengapa nak guna produk Ephyra Skin Bar?

Seperti mana yang Azwar nyatakan pada sebelum ini;

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Azwar sendiri akan mencuba Ephyra Skin Bar

Umur pengguna? 20 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Berminyak, dan sensitif

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif. Saya mula sedar yang kulit saya makin teruk sejak saya tingkatan 4 lagi. Pelbagai produk saya cuba untuk mengatasi masalah ini. Namun, hasilnya tetap sama dimana jerawat makin menjadi-jadi berkeliaran di muka. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, saya mengambil langkah untuk ke farmasi. Walaupun ada sedikit perubahan di wajah, namun bintik hitam iaitu bekas jerawat tetap kelihatan.

Justeru, saya harus mendapatkan Ephyra Skin Bar ini untuk menghilangkan bekas jerawat, bebas minyak, mendapatkan kulit yang sekata, katakan tidak pada jerawat agar kulit muka saya kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Bagi, melihat Ephyra Skin Bar ini berkesan pada saya haruslah bagi saya mencubanya! 


Pengguna Ephyra? Tidak

Pengalaman menggunakan Ephyra Skin Bar

Apa-apa pun Azwar nak ucapkan terima kasih kepada kak Mialiana dan juga pihak Ephyra kerana memilih Azwar salah seorang untuk mencuba produk Ephyra Skin Bar ini. Setelah hampir sebulan mencuba produk Ephyra Skin Bar ini hasilnya positif. Apa yang Azwar dapati setelah menggunakan produk Ephyra Skin Bar ini kulit muka Azwar makin cerah sekali gus parut jerawat pun semakin pudar. Sungguhpun belum dapat menghilangkan 100% parut jerawat, sedikit sebanyak membantu memulihkan kulit muka. Tona kulit muka Azwar pun semakin sekata sekarang ini. Semenjak menggunakan Ephyra Skin Bar ini, jerawat baru pun jarang datang bertandang. Yang pasti kulit muka Azwar pun dah kurang minyak. Syok tak terkata!

Apa yang Azwar suka mengenai Ephyra Skin Bar ini adalah kerana sabunnya mengeluarkan buih yang banyak bila mencuci muka. Boleh dijadikan seperti scrub muka, biarkan beberapa minit kemudian dibilas. Bukan hanya boleh mencuci muka malah boleh digunakan untuk seluruh badan. Jimat dekat situ kan? Tak payah beli sabun badan, guna sahaja Ephyra Skin Bar. Ephyra skin bar yang memiliki 50g ini mampu bertahan selama sebulan. Dan paling best, kesannya boleh dilihat seawal 7 hari. Azwar dah mencubanya!

Apa yang Azwar kurang suka mengenai Ephyra Skin Bar ini pula adalah lepas sahaja mencuci muka, muka akan jadi tegang semacam. Rasa sakit sikitlah lepas mencuci muka pada permulaan menggunakannya. Alhamdulillah, hari-hari berikutnya dah kurang rasa sakit.

Secara keseluruhan, Azwar suka dengan Ephyra Skin Bar. Jadi, bagi sesiapa yang ada masalah kulit muka seperti jerawat, jeragat, tona kulit tidak sekata Azwar syorkan engkorang semua gunalah Ephyra Skin Bar ini. Insyaallah, dapat membantu masalah kulit engkorang semua! >_<

Testimoni sebelum dan selepas menggunakan produk Ephyra Skin Bar

Inilah hasil eksperimen yang telah dibuat ke atas diri sendiri selepas menggunakan Ephyra Skin Bar. No edit or effect camera. Nak tau best ke tidak Ephyra Skin Bar ini, kenalah cuba sendiri! Misi berjaya, kini tiada lagi kulit berminyak mahupun bintik hitam di wajah.


Dapatkan Ephyra Skin Bar daripada agent-agent yang sah:

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

28 comments:

  1. hurmm nmpk da perubhan dia tu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih, good luck untuk kak Suria juga! :)

      Delete
  3. Wahhh ! Makin cun melecun la budak sorang ni pas ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada, kak Nurie lagi cun tak terlawan kita. haahah =D

      Delete
  4. terrbaik,, sya pon guna,,, bestttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Rasa macam nak lagi. kihkihkih =D

      Delete
  5. Wehhh serius ke berkesan? Aku terpengaruhhhh T_T Nampak kakak Qila try cam syiokk jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah... Okaylah, cubalah nad! Aku tau kau dah terpengaruh ni. =D

      Delete
    2. Try lah kak nad! Inshaallah hehe chaiyuk jom kak azwar muahahha

      Delete
  6. singgah sini :) cantiknye blog . done follow sambil klik nuffnang ! follow balik ehh :)

    ReplyDelete
  7. teringin nak mencuba ephyra skinbar ni.

    ReplyDelete
  8. Kak azwar mmg cantikss pun ish makin flawless habis ahh lepas ni glowing n shiny!!!!!!! awww

    ReplyDelete
  9. nampak ketara perubahan, tahniah :-)
    singgah sini. dari GA yang sama, good luck!
    http://www.haneeza.com/2015/01/ephyra-skin-bar-rahsia-jelita.html

    ReplyDelete
  10. Hi hi hi☺!! Goodluck hehe. Menjadi kan Ephyra?
    Alhamdulillah kan hiks.
    Qila pun singgah dari GA sama jugak weeee! GOODLUCK to both of us~

    ReplyDelete
  11. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini sebelum 11.59 malam 14 Januari 2015 di

    http://www.mialiana.com/2014/12/giveaway-ephyra-skin-bar-review-ephyra.html.

    Keputusan akan diumumkan pada 20 Januari 2015.

    Gud luck (^_^)

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum miss...semakin berseri n gud luck...;)

    ReplyDelete
  13. WAHHHHHHHHH !!!

    makin cantik lah lepas nie,

    http://www.azneyshamsuddin.com/2015/01/official-facebook-httpswww.html

    ReplyDelete
  14. bulatnyer mata dia..
    hehe.
    mmg terbaik produk ephyra nie.
    rugi saper x mencuba.

    ReplyDelete
  15. memang nampak perubahannya kan. BV pun dah cuba. .gudluck ya :D

    ReplyDelete

  16. Salam... Tahniah ya....

    http://www.mialiana.com/2015/01/pengumuman-pemenang-giveaway-ephyra.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  17. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com