2015 - Azwar Syuhada

Tuesday 22 December 2015

Do you know BUNGA_PROJECT?
1:34 pm 27 Comments
Salam to all readers,

google

Sekarang, ramai member-member aku buka bisnes online. Pantang aku on instagram je, bila scroll ig kawan-kawan ada je produk yang mereka jual. Tapi yang menarik, ayat yang digunakan untuk promote produk tersebut walaupun simple tetap menarik perhatian. Sehingga hati kita meronta-ronta nak membeli. Padahal barang tersebut bukanlah penting sangat untuk kita memiliki. Kadang-kadang kita dah miliki belum tentu kita gunakan pun. 

Berbalik kepada BUNGA_PROJECT, ianya merupakan projek pertama yang aku bina. Baru beberapa minggu ia dilahirkan. Puas jugalah memikirkan nama yang sesuai, akhirnya bunga_project menjadi pilihan hati. Buat masa sekarang bunga_project hanya menjual tiga jenis tudung iaitu shawl chiffon, bawal crepe dan juga wide shawl. Aku cuak juga nak mulakan perniagaan ini, memikirkan hal pelajaran aku lagi. Jadi, disebabkan hati ini membuak-buak nak menjadi usahawan di usia muda, inilah masanya. Aku tidaklah mengambil banyak stok, bila orang order baru aku pergi beli. Kalau aku ada duit lebih, barulah aku pergi amek stok banyak sikit. Yang bestnya pula, tempat aku mengambil stok pun dekat, duit tambang nak ke sana pun murah. Jadi jimatlah masa di situ. 

Masa bulan puasa haritu, dengan secara tidak sengaja ternampak sepupu aku and the geng upload gambar kuih, tudung untuk dijual pada orang. Asal sikit sila pm sekiranya. Macam best je, orang main pm2 ini. Aku pula tidak mengambil pot, apa-apa hal pun nenek dia pasti suruh aku merasa juga. Kalau sedap pun, aku terus jerit dari rumah! Ada seorang lagi member, dia buka bisnes offline jual tudung. Dia pergi beli kain, dia jugalah jahit dan jual dekat sekitar taman yang dia duduk. Asal aku lepak rumah dia je, berlambak tudung. Aku pula, asal berkenan amek sahaja bayar kemudian. BFF katakan. Bila aku pakai ke tempat belajar, ada pula kawan-kawan berkenan. Lalu dengan rela hati aku jual tudung yang belum pakai. Dari situlah, aku nampak lubang untuk aku memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan. Tambah-tambah aku amek kos marketing.

Apa gunanya aku amek marketing kalau aku tak praktik kan dari sekarang. Oleh kerana aku baru setahun belajar marketing, aku tak bolehlah labur juta-juta macam orang-orang lain, setakat 100 dua tu bolehlah. Aku terpaksa mendisplinkan diri, untuk menggunakan loan mara itu secara berhemah. Kalau nak mengharapkan mak aku, mana ada sumber pendapatan yang tetap. Malahan dia ditanggung oleh adik beradiknya. Tambah-tambah, cita-cita aku untuk menjadi kaya di usia muda.

Oleh itu, kawan-kawan semua apa lagi tolonglah support aku punya bisnes yang baru nak naik ini. Kalau taknak beli pun takpe, kamu-kamu semua followlah dulu ig bunga_project. Mana tahu, ada yang berkenan di hati. 





google
Buat masa ini, ini sahaja jenis tudung yang aku jual. Kalau ada rezeki lebih, aku keluarkan design baru okay. Gambar tudung yang upload dekat ig ini semua adalah atas ihsan adik saudara aku. Kalau nak harapkan aku memang caca marbalah jawabnya. Failed terus bila bab tangkap gambar. Tudung-tudung yang aku kebanyakan kawan dia juga beli. Kalau aku tak balik, dialah yang amek order aku tolong amek stok. Mudah kerja aku, bila dia ada. Dia banyak membantu, kenalah bagi komisen sikit!All item yang aku jual buat masa ini adalah bawah RM20.00 not including postage. Saya student, orang-orang yang membeli student. Takdelah aku nak tekan lebih-lebih. Aku harap engkorang semua dapat support bisnes aku ini.
Bila di suruh tangkap gambar, memang eksperasi muka aku takde perasaan. Apa-apa pun jangan lupa support bisnes aku di ig: @bunga_project

More info:
Instagram: @bunga_project
Personal instagram: @azwarsyuhada

Thanks you for reading!
Reading Time:

Sunday 20 December 2015

Rebate 30% untuk Sertai Program Model Muslimah di ALANGRAPHYSTUDIO!
11:46 pm 4 Comments
Salam to all readers,

google

Diam tak diam tahun 2015 dah nak habis, dan tahun 2016 bakal menjelma pula. Alhamdulillah kerana masih diberi bernafas di dunia. Anyway, apa perancangan anda untuk tahun 2016? Hope masing-masing dah buat perancangan yang terbaik untuk hidup engkorang semua. Anyway, aku nak beri satu berita gembira pada semua para gadis bahawa alangraphystudio telah membuka penyertaan bagi program model muslimah class bagi sesi januari! Suka tak? Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Hanya 15 penyertaan sahaja diterima.

Pada sesiapa yang berminat nak menjadi model, amat digalakkan menyertai class ini. Di mana awak semua akan di ajar bagaimana nak buat pose yang menarik dan mencari job dalam bidang permodelan juga akan di dedahkan. Seronok kan? Bukan senang nak jadi glamour dear, you all semua kenalah belajar dari bawah. Kalau tiada ilmu susah juga nak berdiri atas kaki sendiri. Apa-apa pun, good luck okay!

Bagi pembaca blog aku ni, jika berminat nak menyertai program model muslimah bagi sesi januari boleh dapatkan rebate diskaun sebanyak 30% dari alangraphystudio. Hint dia, masa awak-awak semua nak mendaftar cakap sahaja dapat info dari blog super duper poyo ini okay, a.k.a Miss Azwar Syuhada!


Bagaimana nak sertai??

Whatsapp terus pada nombor ini: 012-2094321 (ALANGRAPHY)
Website: http://alangraphy.blogspot.my/

Thanks you for reading!
Reading Time:

Thursday 17 December 2015

Blogger JEJARIRUNCING a.k.a Kak Elia buat Segmen Blogwalking!
9:33 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Memandangkan assignment semua dah siap dan minggu ni kelas terakhir, dapatlah aku bersenang lenang buat sementara waktu. Tak sabar nak balik study week ni!! Tadi sempat berblogwalking terbaca pula, Kak Elia sedang buat satu segmen blogwalking sempena pengkhabaran berita gembira. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah....

Segmen ini cukup mudah, pada sesiapa yang nak join boleh ikut step di baawah ini. Okay! Jom, sama-sama kita memeriahkan lagi segmen blogwalking dari kak Elia a.k.a jejariruncing. Hanya tekan butang "share to facebook" seperti dalam bulatan merah kat bawah ni.


google
And then, buat satu entry yang simple saja, kemudian ajak pembaca blog anda semua join segmen ini. Mudah kan? Jangan lupa, lepas publish entry hantar link entry dekat sini;



Reading Time:

Tuesday 15 December 2015

Cara Mudah Menggunakan Perkhidmatan MyTeksi
4:58 pm 6 Comments
Salam to all readers,

Siapa pernah naik teksi? Dulu waktu aku kecik-kecik selalu jugalah naik teksi. Kalau dulu sekitar tahun 1980-an atau 1990-an orang takut juga nak naik teksi seorang diri. Kenapa? Orang kata pemandu teksi ni macam-macam jenis manusia. Salah satunya tambang mahal, dapat pula pemandu teksi yang menggerunkan, bahaya kalau naik sorang-sorang. Tapi kalau bab bahaya naik teksi ceritanya masih sama dari dulu sampai sekarang.

Baru-baru ini aku telah menggunakan perkhidmatan MyTeksi, canggih juga perkhidmatannya. Engkorang semua, pernah dengar tak mengenai aplikasi MyTeksi ni? Dah berzaman aku download dalam phone, tak pernah sekali pun aku guna. Baru-baru ini sahaja, buat pertama kali dalam sejarah aku menggunakan perkhidmatan MyTeksi. Kebiasaannya, aku naik teksi sapu je.

Untuk pengetahuan semua, MyTeksi ini merupakan aplikasi android untuk kita semua menempah teksi dan menuju ke destinasi yang ingin dituju dengan selamat. Yang pasti ia dijamin selamat dan pantas. Aku sendiri dah mencubanya.

google


MyTeksi is a Malaysian startup that aims to revitalize the taxi industry. We want to improve the safety and efficiency of our town taxis by leveraging on advancements in GPS and mobile technology. As a social enterprise, and we believe that business and social value can be achieved in parallel.

Sebenarnya, pertama kali aku nak naik pun cuak juga. Mana taknya, naik seorang diri tapi disebabkan member-member dalam rumah aku ni semua pernah naik MyTeksi siap meyakinkan aku lagi yang MyTeksi ini selamat, aku pun mulalah rasa yakin sikit nak naik MyTeksi. Orang kena yakinkan aku dulu kot, baru aku berani sikit. Hidup ini mesti conffident beb!! Jadi, disebabkan aku dah yakin dengan perkhidmatan MyTeksi harini aku nak ajar engkorang semua macam mana nak menempah teksi menggunakan aplikasi MyTeksi. 

PERINGATAN buat semua, anda semua perlu mengaktifkan location, dan data mahupun internet mesti laju okay!


LANGKAH PERTAMA: Pastikan anda telah install aplikasi MyTeksi dan selepas itu tetapkan perjalanan anda dari mana nak ke mana. Kalau dah bukak sahaja aplikasi MyTeksi, nanti terus keluar macam ini, anda hanya isikan apa yang nak. Mudah kan? 


LANGKAH KEDUA: Kalau dah siap isi dekat mana tempat ingin dituju, anda boleh pilih nak naik MyTeksi jenis apa. Terdapat 4 jenis MyTeksi, bolehlah pilih naik teksi yang mana. Makin eksklusif korang pilih jenis MyTeksi, tinggilah sikit harganya. Masa aku naik haritu, aku pilih budget teksi je, tapi okay jugalah!

google

Mudahkan? Harga pun dia dah tunjuk, mudah sikit kerja kita siapkan duit. 

LANGKAH KETIGA: Dah siap-siap isi tempat, pilih teksi, anda pilihlah pula sama ada nak pick up teksi sekarang ataupun waktu yang korang nak naik. Macam aku dulu, aku dah siap-siapkan diri baru aku call MyTeksi. Dalam masa 15 minit teksi pun sampai. Cepat dan pantas, yang bestnya anda boleh lihat di mana kedudukan teksi tersebut sekiranya dia terlewat. Harga perjalanan anda juga, dia dah siap buat anggaran. Best kan?

google

LANGKAH KEEMPAT: Hanya tunggu di dalam rumah, menanti MyTeksi tiba. Bila dah sampai, boleh hoorayyyy... Anyway, engkorang semua tidak perlu was-was lagi seandainya ingin menempah MyTeksi kerana semua pemandu telah berdaftar. Yang pastinya, aplikasi MyTeksi ini boleh digunakan di seluruh Malaysia! 

Anda tidak perlu risau kerana sekiranya teksi yang kita order itu dah sampai sudah pasti dia akan call kita. Buat relaxx sahaja, jangan macam aku gelabah semacam je!

google

p/s: Memandangkan, tambang lrt mahupun ktm dah naik mendadak, baiklah kita semua naik MyTeksi. Sama sahaja mahalnya. Semua pilihan terletak di tangan kita, sama ada nak naik ataupun tidak. Jadi, selamat mencuba!


Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 5 December 2015

Lawatan ke Muzium Telekom & KL Tower bersama anak yatim
2:12 pm 2 Comments
Salam to all readers,

Harini aku nak berkongsi cerita mengenai aktiviti sukarela yang telah aku sertai. Kali ini aku berkesempatan menyertai "Misi menemani ank-anak yatim melawat Muzium Telekom". Seolah-olah rombongan sekolah, seperti guru membawa anak-anak murid berjalan. Jelas wajah teruja pada setiap para peserta rombongan ini. Aku yang dah hidup 1 tahun ni pun, tak pernah lagi menjejaki Muzium Telekom. Jelas sekali, aku pun teruja rombongan ini!

Kami bergerak sekitar pukul 9.00 pagi menuju ke Muzium Telekom. Perjalanan nak ke sana hanya mengambil masa selama 20 minit sahaja dari Kampung Baru.Rombongan ini disertai 5 orang sukarela, 30 orang anak yatim (lingkungan 16 tahun), dan 3 orang guru. Sesampai sahaja di Muzium Telekom kami disambut oleh pegawai Muzium Telekom sendiri. Sepanjang berada di dalam muzium, pegawai itu sendiri yang menjadi guide pada kami semua. Tujuan lawatan ini sudah semestinya mendedahkan sejarah Muzium Telekom Malaysia sendiri kepada kami semua. Sedikit sebanyak dapatlah ilmu pengetahuan am. Lebih kurang 2 jam jugalah kami berada di Muzium Telekom Malaysia ini. Lepas satu ke satu telefon diperkenalkan, setiap jenis ada cerita tersendiri.

Info mengenai Muzium Telekom

Budak-budak diberi serba sedikit info mengenai Muzium Telekom






Setelah selesai melawat muzium, kami bergerak pula ke Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Benda inilah yang aku nanti-nantikan. Sudah sekian lama aku tak naik, last aku naik masa aku sekolah rendah kalau tak silap aku. Akhirnya, doa aku dimakbulkan! Bukan aku seorang sahaja teruja, budak-budak tu pun seronok. 

Yeahh, naik KL Tower tanpa perlu bayar apa-apa



View dari KL Tower. Nice shot! Segala benda kau boleh teropong dari atas menara.

Sempat bergambar sebahagian anak yatim dari asrama kasih serendah! Mereka memang best!

Akhir kata aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja iaitu syarikat Telekom Malaysia yang telah menaja sepenuhnya lawatan anak yatim ini. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tajalah lagi! 

p/: Kali ini entry bergambar, malas nak menaip panjang!
Reading Time:

Saturday 28 November 2015

Jom Cuba Produk MANJAKANI yang Banyak Khasiatnya, Baik untuk Kaum Wanita!
9:00 am 2 Comments
Salam to all readers,
Manjakani dan daun sireh sangat sinonim dalam perubatan melayu. Sejak dulu kedua-dua bahan ini amat penting terutamanya bagi kaum wanita. Biasanya manjakani ini akan diasah pada belakang pasu sebelum digunakan untuk menyapu luka dan terutamata bagi kaum wanita yang baru bersalin. Begitu juga dengan daun sireh, ianya akan direbus terlebih dahulu untuk diminum bagi mengeluarkan lendir-lendir di dalam badan. Ada setengah orang lebih suka merebus daun sireh kemudian dicampurkan dengan manjakani untuk mencuci bahagian intim.

Sekarang betapa beruntungnya kaum wanita seperti kita-kita ni uall kerana kedua-dua bahan penting ini telah dikomersialkan, salah satunya produk manjakani ini sendiri. Ianya terbahagi kepada dua iaitu KAPSUL MANJAKANI dan juga MANJAKANI HYGIENE WASH. Nak tahu apa bezanya? Tunggu naa, aku cerita satu persatu khasiatnya. 

google
KAPSUL MANJAKANI


KAPSUL MANJAKANI adalah manjakani tulen 100% tanpa campuran herba lain, so ia tak panas dan amat sesuai untuk ibu-ibu menyusu malah akan meriahkan lagi susu. Sebenarnya, banyak kegunaan kapsul manjakani selain untuk dimakan.

ANTARA KHASIAT MANJAKANI;

1. KELIHATAN AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.


google
ATURCARA KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN
Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka(awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.

Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.

CARA DAN ATURAN GUNA

1) SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

2) SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

3) SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT
Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air (cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.

*TIPS
Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.

Cara pengambilannya cukup mudah, hanya makan 2 biji sekali selepas makan malam!

googleMANJAKANI HYGIENE WASH/PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI

MANJAKANI HYGIENE WASH dengan ekstrak manjakani, serapat, daun sireh dan gel tanpa menggunakan sabun & bahan kimia ianya amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur wanita untuk: 

♡ membersihkan, menyegarkan & menyakinkan setiap hari
♡ menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
♡ merawat keputihan
♡ mengetat & merapatkan dinding faraj


Kelebihan ramuan yg digunakan dalam PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI;

Manjakani→ kandungan tannin yg tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melakirkan anak.... sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah bakteria, kulat & yis (punca utama gatal-gatal & bau kurang menyenangkan pd bahagian intim wanita).

Daun sireh→ terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan & mengurangkan cairan berlebihan yg boleh menyebabkan ketidakselesaan & rasa tidak menyenangkan sesetenga wanita.

Serapat→ berupaya membaiki & menegangkan tisu faraj

Serta wangian yg sangat menyegarkan....

HARGA PRODUK?
KAPSUL MANJAKANI RM30.00 sebotol, ada 50 biji (Postage RM6.00)

MANJAKANI HYGIENE WASH/PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI RM25.00 sebotol, 80ml (Postage RM6.00)

More info;
Facebook : Manjakani

Sms/whatsapp: 019 513 8283 (Puan Ina)

This is sponsored post!
Reading Time:

Sunday 15 November 2015

V Guard Foam Mampu Menyelesaikan Masalah Wanita
5:30 pm 3 Comments
Salam to all readers,

Pernahkah engkorang rasa tidak selesa terutamanya apabila period nak datang atau semasa period. Mungkin waktu pagi ketidakselesaan itu tidak dirasai sangat. Tapi waktu tengahari, waktu kita berpeluh masa itulah rasa gatal dan tidak selesa sangat. Apa alternatif yang akan anda ambil untuk melegakannya?

Kalau orang dulu-dulu menurut kata arwah nenek akulah, biasanya mereka akan merebus daun pucuk jambu, pucuk delima, manjakani, dan lain-lain lagi. Air rebusan ini digunakan untuk mencuci selepas kita membuang air. Daun-daun yang direbus itu pula biasanya daun yang kelat rasanya. Itu dulu caranya. Now, semua benda dah diupgradekan, kebanyakannya telah dikomerselkan dan dipekkan dalam bekas atau botol yang mudah kita bawa dan letak dalam handbang. Kemana-mana sahaja kita pergi, kita boleh selitkan dalam bag. Jadi, tak perlulah risau lagi lepas ni!

Kali ini aku nak perkenalkan satu lagi produk khususnya buat kaum wanita di luar sana yang ada masalah keputihan. Produk ini baru sahaja lagi dan rakan di facebook aku yang syorkan. Tambah-tambah dah ramai yang memberi feedback yang positive mengenai produk ini. Nak tahu apa dia? Jom scroll bawah sikit...

google

Vee Guard Foam merupakan pencuci intim wanita yang dirumus khas secara sainstifik dan diluluskan kementerian kesihatan malaysia untuk kegunaan harian setiap wanita yang inginkan kebersihan dan keharuman diri. Ia dapat membantu mencegah masalah keputihan dan gatal pada bahagian intim wanita.

google

Soalan dan jawapan yang sering ditanya mengenai produk V Guar Foam;
BUIH CEGAH KEPUTIHAN kekal segar bersama vee guard (Q&A)
Q - Adakah Vee Guard selamat? ada KKM ke?
A - Vee Guard di formulasi dari bahan-bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no rujukan NOT150905461K
Q - Saya belum berkahwin lagi. Boleh ke saya guna Vee Guard?
A - Boleh. Vee Guard ini sesuai untuk wanita yang belum berkahwin dari umur 12 tahun hingga wanita yang sudah berkahwin.
Q - Ibu mengandung boleh guna Vee Guard ini tak?
A - Boleh. ibu yang tengah mengandung boleh guna Vee Guard ini dan ibu dalam pantang juga sesuai.
Q - Vee Guard nie cecair ke??
A - Tak. Vee Guard ini dalam bentuk Foam.
Q - Bagaimana cara guna Vee Guard ini?
A - Cara menggunakan Vee Guard ini, awak semburkan Vee Guard Foam ke atas tapak tangan, sapu dan cuci miss v. Bilas dgn air sehingga bersih. Kemudian keringkan dengan tuala kering.
Q - Apakah bahan utama dalam Vee Guard ini?
A - Bahan utama yang terdapat Vee Guard ini ialah pati sireh, kacip fatimah, buah manjakani dan spearmint until kesegaran sehingga 8 jam
Q - Sebotol tahan berapa lama akak?
A - Sebotol Vee Guard tahan selama 20 hingga 30 hari.
Q - Adakah Vee Guard ini selamat digunakan?
A - Vee Guard ini mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan yg dipilih seperti Sireh, Kacip Fatimah dan lain-lain. Tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang, tiada kesan sampingan yang buruk. Mengandungi PH 5.5, ianya sesuai untuk semua golongan umur.
Q -  Bila boleh guna Vee Guard ini?
A -  Vee Guard ini boleh guna 2x sehari. Di waktu pagi dan sebelum tido.
Q - Saya ada masalah keputihan. Boleh hilang ke? Berapa lama boleh nampak kesan selepas kita guna Vee Guard ini?
A - Masalah keputihan boleh hilang. Kesannya awak akan dapat selepas 3 hari awak guna Vee Guard.
Q - Betul ke boleh kurangkan keputihan?
A - Betul. Hampir 95% pengguna Vee Guard yang mengalami masalah keputihan dan kegatalan dapat dikurangkan.

google
Tak terkecuali diri aku juga sudah mencubanya. Yang pasti ia memang best. Kalau dulu masa nak dekat time period je mesti rasa tak selesa, bila tiba waktu tengahari badan rasa berpeluh masa tulah rasa gatal-gatal. Mulalah semua benda rasa tiada mood nak buat. TAPI sekarang, aku dah jumpa jalan penyelesaiannya iaitu V Guard Foam. Bau harumannya yang harum dan banyak buih rasa kesegaran sepanjang hari. Baru pakai sehari, dah tiada rasa gatal-gatal pun. Malah, keputihan pun semakin berkurangan. Serius aku tak tipu, engkorang mesti cuba pakai juga! Sekali pakai, pasti nak repeat order punya. Sekarang tiada lagi masalah keputihan, segala aktiviti dapat dilakukan dengan cepat dan pantas. Hati pun senang!

Harga Vee Guard Hygienic Foam Wash;
RM45.00 - Semenanjung Malaysia
RM55.00 - Sabah & Sarawak

More info;
Nur Ain - 0195091982 / Ayu Eleena 0174010645
Facebook fanpage: Wanita 100% HQ VeeGuard+
Website: http://www.vee-guard.com/
Instagram: veeguard_hq
Thank you for reading!
Reading Time:

Friday 13 November 2015

Secret Garden
5:30 pm 12 Comments
Salam to all readers,


Esok hujung minggu, apa program anda semua? Dulu masa duduk Bangsar, pantang cuti je pasti aku menyelinap pulang ke rumah. Sekarang, dah duduk area atas sikit dari Bangsar, kelas pula dari Isnin sampai Jumaat tak dapatlah nak balik selalu. Tambah-tambah, tambang tiket KTM dah naik harga. Maunya kena fikir 2 tiga kali. Aku menunggu je ihsan makcik aku kalau dia nak balik. hehehe... Jimat duit aku!

Aku bukannya nak cerita mengenai tambang tiket ktm naik. Kali ini aku nak share apa aktiviti lapang aku bila dah duduk rumah sewa. Dah duduk rumah sewa, bukannya banyak kerja sangat pun nak dibuat. Nak kata pulun belajar, penat pergi ke kelas? Jangan temberanglah, banyak masa lapang engkorang bila dah bergelar mahasiswa mahupun masiswi. Bezanya, sama ada melakukan aktiviti yang berfaedah ataupun buang masa. 

Sebelum tu, nak tanyalah pada semua, dulu-dulu waktu sekolah rendah atau sekolah menengah aktiviti apa yang yang engkorang suka join untuk dapatkan reward? Aku nak sharelah juga aktiviti yang aku suka join waktu dibangku sekolah. Banyak-banyak aktiviti, yang pastinya aku suka masuk pertandingan mewarna dan juga menulis karangan. Walaupun lukisan aku tak berapa nak kreatif, selalulah juga dapat pertama dan kedua. Aku bab-bab bercakap kat depan orang ramai, memang menikuslah jika nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu aku yang lain. 

Sampai peringkat menengah, aku still masuk pertandingan mewarna termasuklah mereka kad ucapan dan juga lukis poster. Kadang-kadang siap berlawan dengan kawan baik aku, siapa dapat no. 1 dan 2. Tapi yang paling penting, aku tak sekreatif sepupu aku yang memang berseni orangnya. Mewarna pun satu terapi untuk menghilangkan stress. Dah lama juga aku tinggalkan, bakat aku dalam mewarna. Sampai satu hari aku jumpa dengan Secret Garden!

Tadaa!! Inilah dia buku Secret Garden yang tergandung seribu satu taman untuk diwarnai. Bolehlah, aku asah skill mewarna sekali lagi. Sungguhpun, pada awal-awal beli memang buruk gila aku warna. Tak tahu, nak cari ton warna yang sesuai.

Inilah hasilnya, bila dah lama tak mewarna. Last aku masuk pertandingan mewarna masa aku tingkatan 6. Cipta kad kemerdekaan, itupun jenuh juga aku menyiapkan. Sekarang, dah ada buku Secret Garden, bolehlah aku lepaskan gian untuk mewarna. 

Engkorang boleh dapatkan buku Secret Garden ini di bookstore samaada di POPULAR mahupun MPH. Kalau dekat popular, ada rebate 30% sehingga hujung bulan 12 kalau tak silap aku. Banyak lagi jenis buku mewarnanya. Jika, ada yang berminat, apa tunggu lagi pergi la lekas bookstore yang berhampiran!

p/s: Yeahhh, rumah sewa aku dah pasang internet!!!
Reading Time:

Wednesday 4 November 2015

Jenis-jenis jaket lelaki yang tampak bergaya
9:41 pm 16 Comments
Salam to all readers,

Guyss!! How are you today? Hopefully uall, semua sihat. Kali ini, aku nak share something dengan engkorang semua. Entry ini khas buat kaum adam yang maskulin. hehehe... Tak payah nak maskulin sangatlah, yang maintain menjaga keterampilan diri juga amat dialu-alukan membaca.

Outerwear sememangnya sejenis pakaian yang banyak membantu dalam menyerlahkan lagi penampilan seseorang individu itu. Baik lelaki mahupun wanita, outerwear dipakai untuk beberapa tujuan seperti;
  • -          Ketika cuaca sejuk
  • -          Aksesori
  • -          Untuk menutupi pakaian bahagian dalam



Jika wanita gemar memakai cardigan sebagai outerwear pilihan mereka, rata-rata lelaki pula bersetuju bahawa koleksi jaket lelaki merupakan jenis outerwear yang paling mereka gemari. Terdapat beberapa jenis jaket lelaki yang boleh anda temui di pasaran dan berikut merupakan 4 jaket lelaki yang paling popular dan sering menjadi pilihan utama;

Denim Jacket

Denim jacket adalah jenis jaket yang diperbuat daripada fabrik denim dan boleh digayakan dengan t-shirt kegemaran anda. Jenis jaket ini hanya sesuai digayakan dengan jeans bersama padanan koleksi boots.

Bomber Jacket

Bagi bomber jacket pula, ia boleh dipadankan dengan apa jua jenis seluar kegemaran anda. Ia memberikan gaya yang lebih santai dan bersahaja. 



Leather Jacket

Seterusnya adalah koleksi leather jacket atau jaket kulit yang tentu sekali diperbuat daripada material kulit. Ia sesuai digayakan oleh anda yang ingin tampil ranggi dengan padanan jeans dan boots. Namun, elakkan memakai jaket ini apabila cuaca yang panas kerana material kulit adalah tebal dan  tidak menyerap peluh.

Hoodie Jacket

Dan pilihan ke empat adalah hoodie jacket dimana ia merupakan jenis jaket yang paling sesuai untuk dipakai bagi aktiviti kasual. Ia juga merupakan pilihan terbaik ketika cuaca sejuk

p/s: Apa tunggu lagi, jom dapatkannya dengan segera!!

This is sponsored post!
Reading Time:

Sunday 25 October 2015

Homeless
4:09 pm 19 Comments
Salam to all readers,

Apa perasaan anda bila tiada tempat tinggal, hidup berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah? Rupanya dalam era milinium ini, masih ada orang yang tidak bernasib baik. Bila kita tengok diri kita susah, rupanya masih ada orang lagi susah dari kita. Syukurlah dengan apa yang kita ada. Kali ini aku nak share aktiviti yang aku join di universiti aku iaitu "bagi makan pada orang gelangdangan". Ini aktiviti pertama yang aku join pada mula-mula aku masuk sem 1. 

Gelangdangan ini dengan erti kata lain merujuk kepada orang yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal tetap. Ingatkan di bandar Kuala Lumpur ini tak wujud orang gelangdangan, rupa-rupanya ramai juga baik yang muda mahupun orang tua. Aktiviti ini bukan sepenuhnya universiti aku buat, hanya menghantar beberapa orang wakil pelajar untuk membantu NGO Pertiwi Soup Kitchen. Aku bergerak dengan team uniKL around 8.00 malam menuju ke Jalan Chow Kit. Sampai-sampai sahaja, keliling penuh dengan orang gelandangan (dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang berharga dalan van). Kami menunggu ketibaan NGO Pertiwi dan juga pelajar dari universiti lain. Sekitar pukul 8.45 malam baru mereka tiba. Skuad pasukan perubatan juga turut ada. Apa yang aku dapat lihat adalah mereka-mereka ini semua orang berdisplin.




Makanan belum sampai mereka semua dah siap beratur panjang. Masyallah, betapa ramainya orang. Kehidupan mereka memang hanya tinggal di deret kedai, waktu siang mereka akan cari makan. Makanan yang disediakan hanya nasi ada kuah (sebesar bungkusan nasi lemak), roti, dan air. Semuanya sama rata, tiada yang lebih atau yang kurang. Masa aku bagi ada perasaan takut dan juga seronok bila dah bagi makanan pada mereka. Takut disebabkan ramai yang macam penagih. Cuak okay! Sedih, bila mana melihat orang-orang tua baya tokcik aku ada di situ. Sepatutnya mereka berada di rumah bersama anak-anak mereka, bergelak ketawa dengan cucu-cucunya. Nak buat macam mana, kehidupan orang lain berbeza-berbeza.

Sesudah di Jalan Chow Kit, kami bergerak ke Kota Raya. Disini lagi ramai orang gelangdangan. Hampir pukul 12.00 malam baru kami selesai memberi makanan pada mereka. Apa yang boleh aku katakan, aktivti ini seronok juga walaupun penat bergerak ke sana ke sini. Macam-macam orang kita nampak, gaya hidup mereka membesarkan anak-anak. 

Kita rasa susah bila kita hari-hari kena makan manggi atau sardin. Bila senang sikit kita up sikit pergi makan KFC. Tapi mereka makan apa? Ingatlah kalau kita susah sekalipun, masih ada orang lagi susah dari kita. NGO Pertiwiti hanya datang 4 kali seminggu sahaja untuk memberi makanan pada orang gelangdangan. Hari-hari lain mereka terpaksa mencari makan sendiri. 

Sebahagian peserta-peserta yang mengambil bahagian membantu badan NGO Pertiwi Soup Kitchen.


p/s: Bila kita senang janganlah kita mendabik dada kerana hidup ini bagaikan roda berputar. Ada masa kita di atas, dan bila-bila masa sahaja kita boleh ke bawah. Apa-apa hal pun kita kenalah dekat diri kita pada yang maha Esa.

More Info PERTIWI Soup Kitchen:
Reading Time:

Saturday 17 October 2015

Want to be Ugly Betty
7:47 pm 8 Comments
Salam to all readers,


Ini entry sepatutnya di publish sebelum Maal Hijrah, memandangkan aku terlewat post. Baca jerlah yer.. =)

4 hari lagi kita akan menyambut tahun baru "Maal Hijrah". Ini sambutan dalam Islam, pelbagai aktiviti yang akan diadakan setiap tahun oleh umat Islam untuk memeriahkan sambutan Maal Hijrah ini. Sebagai umat Islam, memang patutlah kita semua meraikannya dengan lebih meriah dan lebih mudah kita berpuasa. Memandangkan negara kita tak berapa nak stabil, tambah-tambah masalah global dunia yang semakin meruncing, lebih baik kita mendekatkan diri kepada Allah. Tenang dan lapang sahaja dada kita.

Setiap kali menyambut Maal Hijrah dan tahun baru, sudah pasti setiap orang akan memasang azam baru. Memacam benda dia nak minta, tercapai atau tidak itu semua belakang kira. Tidak terkecuali, aku juga tidak ketinggalan untuk memasang azam setiap kali tahun baru. Kalau tak dapat tahun ini, aku harap benda yang aku nak tu, akan dapat tahun akan datang pula. Aku kalau nak sesuatu, aku akan usahakan sehabis mungkin. Janji aku puas! hehehe.. Kalau engkorang semua nak tahu, aku mula pandai memasang azam ini, sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dari hajat nak lulus SPM, aku lulus. Nak sambung tingkatan 6, aku berjaya tamatkan tingkatan 6. Nak masuk U, aku dah masuk UniKL. Syukur tak terkata, hajat aku termakbul jua! Walaupun, ada beberapa perkara yang masih belum tertunai.

Kini, salah satu azam aku tercapai jua tahun ini. Akhirnya aku berjaya memakai pendakap gigi atau lebih dikenali dengan nama "brace". Macam tak caya pula aku dah pakai brace. Hajatnya yang ini, aku dah pasang sejak tingkatan 5 lagi. Tak sangka pula, aku boleh memakainya secepat ini. Tambah-tambah, aku pakai brace ini menggunakan duit aku sendiri. Duit elaun mara yang aku dapat tiap-tiap bulan aku bahagikan untuk duit brace, campur sekali saki baki duit gaji sewaktu aku bekerja dahulu. Syukur Alhamdulillah... Baru sekarang, aku rasa betapa azabnya memakai brace. Seminggu juga aku tak dapat makan nasi. Insyaallah, ada masa nanti aku share pengalaman aku memakai braces pula! heheeh..


Aku pakai pendakap gigi pun ada kelainannya. Kalau orang lain cabut gigi dulu, baru pakai besi. Aku pula, pakai besi dulu baru cabut gigi.

p/s: Daripada aku bazir duit beli handphone, lebih baik aku pagarkan gigi aku yang bersepah! 
Reading Time:

Sunday 11 October 2015

Resepi Beef Lasagna yang Enak dan Sedap di makan
9:14 am 17 Comments
Salam to all readers,

Lama sudah tak share resepi. Kali ini aku nak share resepi "Beef Lasagna yang enak dan sedap di makan". Lagsana ini mak aku yang buat ianya inspirasi dari blog Cik Epal. Aku tolong tengok dan sediakan bahan. Walaupun bukan aku yang buat, aku tetap nak share dengan hangpa semua. Suka tak? Ayuh kita mulakan aktiviti mengecahkan dapur!


google

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 labu bawang besar
6-7 bawang putih
Mozarella cheese dan Parmesan cheese (untuk bahagian topping)
Instant Lasagna (perlu celur sikit sampai lembut guna minyak dan tambah sedikit garam)


Dah sediakan bahan-bahannya, kita mulakan dengan membuat sos putih terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
2) Buttercup (gunakan setengah sahaja)
3) Keju (gunakan setengah sahaja)
4) Fresh milk ducth lady (600ml)
5) Jangan lupa, tambahkan garam secukup rasa

Cara mengadun atau pembuatan sos putih ini, dimulakan dengan;

1) Menggunakan suhu api yang paling perlahan/kecik
2) Cairkan buttercup, kemudian masukkan susu 600ml
3) Masukkan pula, 3 @ 4 sudu besar tepung gandum
4) Setengah keju, kemudian tambah sedikit garam lalu gaulkannya (pastikan ia tidak berketul-ketul)

 Ahaa.. yang ini pula daging bersosnya pula. Cara pembuatannya lebih kurang sama cara membuat sos spagheti. Panaskan minyak, tumiskan bawang sampai naik bau, kemudian masukkan daging ramlee, tuangkan tomato puree, garam, serbuk oregano (segala jenis bahan korang nak letak pun boleh), dua besar sos cili. Gaulkannya. Selesai!


google

Akhir sekali, pembikinan lapisan beef lagsana. Lapisan paling bawah, isikan inti daging terlebih dahulu, kemudian lapisan kedua letak kepingan lagsana, letak inti daging semula dan letak sos putih. 

Ulang semula caranya iaitu kepingan lagsana>>inti daging>>sos putih. Sebaik-baiknya, letak inti daging terlebih dahulu supaya ia tidak melekat dan mudah dipotong. Banyak mana nak isi? Ikut suka mengikut saiz bekas engkorang sendiri. 


Jangan lupa taburkan keju mozarella dan parmesan mengikut citarasa engkorang sendiri nak tabur banyak mana. Bila dah settle, membuat lapisan lagsana bolehlah masukkannya ke dalam oven. Pastikan engkorang semua dah panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah celsius! Bakarkan dalam masa 30 hingga 40 minit. Gunakan api atas bawah.

Nak tahu dah masak ke belum, tengoklah pada bahagian cheese dekat atas tu cair ke tidak. Dah nampak cair, masak la sudak lagsana nya!

Finally! Menjadilah beef lagsana.

Panas-panas dipotong, hasilnya akan jadi begini. Janji sedap!

Beef lagsana ini lagi sedap dimakan bersama sos cili. Lebih kurang macam makan pizza gitu..

Mak aku memang rajin masak, tapi dia tak berapa sangat nak makan. Nasib baik anak-anaknya suka makan. Bila dah tahu buat, tak payahlah nak menggedik buat tiap-tiap minggu nanti badan macam tong dram pula. Setahun sekali atau dua kali cukup kot. Yang pasti ia sangat berlemak tapi sedap dimakan. Kadang-kadang benda sedap dah ada depan mata, orang yang berdiet pun lupa dietnya ke mana. Aku tak berapa minat nak buat sebab ia agak melecehkan. hehehe..

p/s: Apa-apapun selamat mencuba, terima kasih pada Cik Epal kerana share resepi ini! Sedap sampai menjilat jari gitu..

Reading Time: