Wednesday, 31 December 2014

Azam Tahun Baru, 2015!

Salam to all readers,

Sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang, menandakan tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru iaitu tahun 2015. Macam-macam perkara dan bencana berlaku di negara kita dari awal tahun sehinggalah penghujung tahun 2014. Itu cerita mengenai negara.

Untuk aku pula, tahun 2015 ini bermulalah episod aku sebagai seorang pelajar semula. Yeahh!! Inilah penantian yang aku tunggu selama ini, setelah hampir setahun tamat pengajian STPM. Gembira tidak terkata, mana aku belajar? Tunggu cerita akan datang, itupun kalau aku nak cerita. Bila menjelang tahun baru, mesti orang dok sibuk buat azam tahun baru kan? Sungguhpun azam tahun lepas belum tertunai. Tahun lepas aku tiada azam apa-apa rasanya, melainkan minta lulus dalam STPM sahaja. hahah.. Tapi tahun baru 2015, aku nak buat beberapa azam, untung-untung tertunai hajat dihati.


Azam-azamku untuk tahun 2015;

1) Semoga aku selamat belajar dengan jayanya selama 3 tahun pengajian
2) Nak jadi orang lebih berjaya dan kaya
3) Semoga menjadi anak yang lebih solehah.
4) Nak kumpul duit bebanyak, paling-paling sehari simpan RM2.00
5) Hope dapat tukar notebook lenovo kepada Apple-MacBookPro
6) Semoga berjaya menurunkan berat badan dan
7) Semoga dapat mengupdate blog dengan konsisten, paling-paling 1 atau 2 entri sebulan.

HAPPY NEW YEAR 2015 buat semua!!

p/s: Dari hari tu nak beli 2015 planner, tapi sampai sekarang tak terbeli. Now, TYPO buat sales 50%. huarghhh... >_<

Read More»

Tuesday, 30 December 2014

Food Review: The Best Steamboat & Yong Tao Foo in PJ

Salam to all readers,


Kali ini aku nak review bukanlah produk kecantikan mahupun kesihatan tapi aku nak review mengenai JOM MAKAN! Bukan jom heboh tau, tapi JOM MAKAN! Siapa dekat sini suka makan STEAMBOAT? Off courselah semua orang suka makan kan? Jadi bagi sesiapa yang penggemar steamboat tegar, apa kata korang cuba pekena STEAMBOAT di ECurve  ini terutama bagi orang-orang yang duduk area sekitar Lembah Klang.

Kalau yang duduk jejauh itu, semata-mata nak makan dekat sini agak melampaulah juga kan? Jadi, kalau engkorang ada urusan dekat area KL bolehlah alang-alang datang sini pekena PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO. Yang pasti korang tidak akan rasa menyesal untuk menikmatinya. Aku baru pergi Sabtu lepas (27/12/2014) bersama beberapa orang rakan blogger iaitu Nadratul Syawana, Kak Bella Luna dan juga Halim Brothers. Ini kali pertama aku menikmati hidangan di PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO, eCurve rasa teruja yang teramat sangat! 
google
Pintu masuk Pak John Steamboat


Apa hidangan yang menarik di PAK JOHN STEAMBOAT? Semuanya menarik, dan harus dicuba. Macam-macam ada, sampai korang tak larat nak makan disebabkan kekenyagan. Terdapat pelbagai pilihan soup. Banyak-banyak soup, kiteorang memilih TOMYAM SOUP, salah satu yang cukup popular di PAK JOHN.

Pelbagai pilihan soup untuk dinikmati.

Dah siap-siap pilih soup, barulah amek bahan-bahan makanan yang lain untuk di grill. Susun atur makanan menarik, memudahkan pelanggan untuk mengambilnya, membuatkan pelanggan makan bertambah-tambah. Orang kata, menikmati hidangan di Pak John Steamboat membuatkan mak mertua lalu dekat sebelah pun tak perasan.

google
Pelbagai jenis pilihan untuk dinikmati. Tak cukup? Jangan risau, boleh tambah lagi sampai kenyang. Tak perlu risau soal harga, kerana harga takkan bertambah macam kita makan bertambah-tambah. Still maintain sahaja harganya. Suka tak? Ayam yang diperap sedia untuk dipanggang! Ini terletak di bahagian SURIMI / SEAFOOD & MEAT.

google
 Pelbagai jenis sayur-sayuran yang fresh-fresh! Pilih sahaja nak yang mana.

google

google
Homemade Pak John Steamboat Signature Sauce.

google
 Besar gila ikan yang abang ini pegang!


Pelbagai jenis air yang telah tersedia, nak yang sejuk ataupun yang panas. Pilih sahaja!

google
 Aiskrim juga turut disediakan, semua perisa buah-buahan.

google

google
Ini pula hidangan istimewa iaitu 4 premium item yang korang harus cuba kalau datang sini. Terdiri daripada;

1. Abalone slides
2. New Zealand lamb slices
3. Smoke duck breast
4. Australia beef slice

google
Waffle yang disapu coklat, kerangupannya membuat selera makan membuak-buak.

google
Hidangan yang dipilih untuk dinikmati!

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 100 jenis pilihan makanan yang disediakan Pak John Steamboat seperti sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, aiskrim, air dan banyak lagi yang harus dinikmati tanpa had. Sesiapa, yang mengunjungi Pak John Steamboat pada Sabtu dan Ahad, engkorang akan menjamu selera sambil di perdengarkan muzik-muzik akustik oleh Kumpulan Voxscape. Jadi, bagi yang hendak menikmati hidangan sambil dengar muzik bolehlah datang pada hari Sabtu dan Ahad!

google
Suara best gila! [Credit foto: Halim Brothers]

Memandangkan dah hujung tahun, banyaklah acara sales yang diadakan di mana-mana pusat membeli belas dan tempat makan, ditambah pula dengan perayaan Krismas. Tidak terkecuali, Restaurant Pak John Stemaboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve Mall turut menyediakan promosi hari Krismas yang telah bermula dari 15 December 2014 sehingga 1 Januari 2015. Masih sempatlah buat korang yang ingin menikmati promosi hari krismas ini. Terdapat 10 Christmas Buffet Special Menu dan 11 Christmas Hot Plate menu serta Christmas Hot Pot Soup - Creamy Butter Broth yang memberikan pengalaman makanan terbaik dan unik kepada pelanggan Pak John Steamboat pada musim krismas ini.

"CHRISTMAS BUFFET SPECIAL MENU"

google
 CHRISTMAS ISLAND - Pulut nasi yang dilimpahi dengan seafood sup berkrim
[Credit foto: Kak Hannah Sytieh]

google
RAMEN VONGOLE OLE - Ramen istimewa & HALAL dimasak bersama lala, sejenis makanan laut. [Credit foto: Kak Hannah Sytieh]

Antara hidangan "CHRISTMAS BUFFET SPECIAL MENU" yang lain adalah seperti Baked potato with mince beef, Garden herb potato, New Zealand rib eye with black pepper sauce, Bountiful hearty rice, Grilled slice chicken with creamy spaghettiSeafood bread Loaf, Grill sutchi fillet, dan juga Black tangerine chicken. Memandangkan ini kali pertama buat food review, jadi tak tahu nak snap gambar makanan yang mana satu. Jadi, kalau nak tahu rupa bentuk hidangan "Chrismas Buffet Special Menu" lain-lain ini boleh rujuk entri blog ini MENU EKSKLUSIF PAK JOHN STEAMBOAT BY HALIM BROTHERS.

CHRISTMAS HOT PLATE

Coffee Beef
Tangerine Beef
Black Pepper Beef
Sweet Soya Beef
Coffee Chicken
Tangerine Chicken 
Black Pepper Chicken 
Ginger Chicken 
Sweet Soya Chicken
Lemongrass Chicken
Spicy Fish Fillet

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo cawangan eCurve ini mempunyai kebesaran seluas 4700 sqwt yang boleh menempatkan seramai 260 orang dalam pada satu masa. Ia mempunyai ciri-ciri restoran yang elegan, selasa, besar, dan bersih sangat dan amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, company dinner, awards nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.

google
 Pak John pilihan tempat menarik mengadakan event dan HALAL steamboat.

google
Ruang makan yang cukup sempurna. Boleh dikatakan Pak John Steamboat adalah one stop center untuk mengadakan apa sahaja jenis event dengan servis tambahan misalnya photo, video, & music yang diuruskan oleh rakan media - Kelab Komuniti Hai Blogger!

Harga untuk seorang sepanjang menu promosi krismas adalah;
RM46++ (Isnin - Khamis)
RM49++ (Jumaat - Ahad)

Manakala untuk harga hari-hari biasa;
RM36++ (Weekday: Isnin - Khamis)
RM39++ (Weekend: Jumaat - Ahad)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati kelazatan Pak John Steamboat ini bolehlah mengunjunginya di sini;

Restauran Pak John Steamboat & Yong Tao Foo eCurve Mall
Lot LG-13A & LG-15
Lower Ground Floor, eCurve,
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara,
Damansara, 47810 Petaling Jaya.
No. Tel: 03-77333913

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 &FL02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-41418898


Waktu operasi; 10.00am - 10.00pm



p/s; Jadi apa tunggu lagi, jom pakat pergi makan dekat Pak John Steamboat & Yong Tao Foo, eCurve ini. Sekali datang, pasti nak datang lagi!


Read More»

Friday, 26 December 2014

Kelas Jahitan Syaza (Dari Zero ke Skirt)

Salam to all readers,

Kebiasaannya, Azwar akan review barang yang akan sampai ke rumah sahaja. Tapi kali ini sedikit berbeza kerana Azwar membuat review dengan mengunjungi kedai tersebut dan mengikuti sendiri persekitarannya. Yang pasti pengalamannya cukup menyeronokkan. Ikuti ceritanya sampai habis.

google
 Sudut hadapan kelas jahitan Syaza

google
Kedai yang Azwar maksudkan adalah "Kelas Jahitan Pakaian" yang terletak di area Kuala Lumpur. Owner kelas jahitan ini ialah kepunyaan "Puan Sharifah Syaza" ataupun lebih dikenali dengan panggilan "Kak Syaza" merangkap guru kelas jahitan. Kak Syaza merupakan seorang yang sangat ramah, pertama kali bersua muka banyak benda yang dapat dikongsikan bersama.

google
Katanya kalau kita nak menjahit, kita perlu tahu peralatan basic menjahit seperti pembaris lurus, pembaris sesiku, pembaris bengkok, gunting kertas, roda surih, pensel, pita pengukur dan jarum peniti bagi merangka pola. Sebelum merangka pola, kita harus mengambil ukuran. Contohnya, sekiranya hendak menjahit skirt, ukuran penting yang kita harus ukur adalah ukuran keliling pinggang, keliling punggung, dan labuh kain. Bila dah dapat ketiga-tiga ukuran tersebut barulah boleh melakar pola. Bunyi macam rumit, tapi apabila mengikut step by step dengan penuh teliti ianya menjadi mudah.

Yang tengah-tengah itulah Kak Syaza, yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menjahit.

Setelah selesai melakar dan mengunting, barulah boleh menjahit. Apabila menggunakan mesin jahit tulah yang memerlukan kesabaran kerana takut sengit bengit jahitannya. Mujur, ada kak Syaza yang banyak memberi tunjuk ajar. Blogger Nadratul Syazwana pun join sekali kelas jahitan ini. 

Inilah ruang kelas jahitan, setiap seorang akan dapat 1 mesin jahit. Mana tidaknya boleh belajar menjahit sampai pandai, Kak Syaza akan mengambil paling banyak student yang nak belajar hanya seramai 4 orang, paling sikit pun 2 orang. Jadi, banyak masa dan ruang engkorang boleh tanya dengan Kak Syaza kalau tak faham. Yang pastinya anda semua akan berpuas hati punya. Azwar yang tiada basic menjahit pun boleh siap 1 jahitan. Tambah-tambah, ruang belajar menjahit pun selesa, besar pun besar, penyaman udara pun turut disediakan. Bertambah selesalah nak belajar menjahit kan? Tak gitu? :)

Selang beberapa jam, hasilnya skirt kita dah siap pun! Masa nak buat memang bertarung dengan kesabaranlah juga, tapi bila dah siap rasa sangat-sangat puas hati. Mana tidaknya, kita jahit menggunakan tangan kita sendiri. Cayalahh.. Ada bakat jugalah, diri ini menjahit skirt.

Bertambah seronok, sijil penyertaan juga turut disediakan. =)

Jadi bagi mereka yang berminat untuk belajar menjahit ataupun mengisi masa lapang bolehlah mengunjungi kelas jahitan pakaian ini, di mana pelbagai teknik asas jahitan boleh dipelajari termasuklah pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak, dan jahitan langsir. Jangan risau bagi mereka yang tiada basic menjahit pun boleh belajar kerana ianya dijamin belajar sampai pandai. Insyallah mana tahu, kita dapat buat pendapatan sampingan dengan menjahit. Selain kelas jahitan, Kak Syaza turut mengambil tempahan baju, tempahan catering dari keluarga kak Syaza sendiri, dan Fotografi oleh Alangraphy merangkap adik kak Syaza. Alang ini juga yang kenalkan kak Syaza pada Azwar dan juga Nadratul.

google
Untuk maklumat lanjut mengenai "KELAS JAHITAN SYAZA" boleh layari:
Alamat: NO. 42-1 BLOCK C, JALAN DANAU LUMAYAN 1, OFF JALAN TASIK PERMAISURI, BANDAR TASIK PERMAISURI, 56000 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
No. Telefon: 017-8612310 / 03-91713034
Instagram: KELASJAHITAN_SYAZA
Facebook: Kelas Jahitan
                                      Blog: http://kelasjahitan-syaza.blogspot.com                                        Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Hari: Weekday (Rabu dan Khamis)
       Weekend (Sabtu dan Ahad)  
p/s: Kesimpulannya, hidup dalam zaman milinium ini kita perlu ada kemahiran yang boleh menjana pendapatan sewaktu berada di rumah. Tak kiralah memasak, menjahit ataupun apa sahaja kerana ianya boleh menjana pendapatan keluarga. Tambah-tambah, bagi mereka yang duduk di kota raya. =)

Read More»

Monday, 22 December 2014

Review Glamoskin: Testimoni Selepas 2 minggu

Salam to all readers,


google
Seperti yang dijanjikan , harini Azwar akan update cerita mengenai hasil eksperimen yang telah dijalankan ke atas muka Azwar sendiri bersama produk Glamoskin. Engkorang semua masih ingat lagi tak entry mengenai Glamoskin yang Azwar kongsikan dahulu? Produk ini Mek Onie yang perkenalkan dekat Azwar. 

Boleh lihat entry ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk Glamoskin: Produk Kecantikan GLAMOSKIN.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu mencuba produk Glamoskin ini banyak perubahan positif yang Azwar alami. Pertama kali pakai produk Glamoskin terus jatuh hati. Sungguhpun pada awalnya, rasa cuak juga untuk mencubanya memandangkan kulit kita ini sangat-sangatlah sensitif.

google
Mana tak jatuh hati dengan produk Glamoskin yang telah membuat kulit wajah kita makin berseri-seri. Baru 2 minggu mencubanya, Azwar dapat rasakan tona kulit Azwar dah sekata tiada lagi bebelak di pipi. Yang paling ketara, kulit Azwar dah tak berminyak. Kalau dulu, masuk tengahari sahaja muka dah rasa berkilo-kilo minyak dekat muka. Selain itu, jerawat pasir dekat muka Azwar pun dah berkurang, kalau tang parut jerawat tu masih ada sikit-sikit. Apa-apa pun yang kita cuba nak pakai memang kena banyak berdoa dan bertawakal supaya mudah-mudahan dapat kesan positif menggunakannya seperti produk Glamoskin. Bukan Azwar seorang sahaja yang telah mengalami perubahan menggunakan produk Glamoskin ini, sudah ramai yang membuktikannya. 

Boleh klik sini untuk melihat testimoni pengguna lain: Testimoni pengguna Glamoskin

Untuk pengetahuan anda semua, Glamoskin ini terdiri daripada dua sahaja iaitu Glamoskin cleanser dan juga Glamoskin collagen gel. Gabungan Glamoskin cleanser dan Glamoskin collagen gel dapat memastikan kitaran pemulihan kulit muka berjalan lamcar dan sempurna.

google
Inilah Glamoskin Cleanser, baunya sangat wangi dan warnanya hijau jernih. Kurang buih dan amat sesuai dengan kulit yang sangat sensitif seperti aku. Sekali pakai, pasti rasa nak cuci muka sekali lagi kerana Glamoskin cleanser ini mempunyai ciri-ciri pencuci, pemutih, pewangi dan penstabil. Bestkan? Bila dah selesai mencuci muka mengguna Glamoskin cleanser ini muka akan rasa segar dan bersih sebersihnya. 

google
Ini pula Glamoskin Collagen Gel, yang digunakan selepas mencuci muka dengan Glamoskin Cleanser. Ia hanya boleh digunakan 2 kali dalam sehari iaitu malam sebelum tidur dan pagi sebelum pakai make-up. Kalau pakai dengan Glamoskin Cleanser secara konsisten secara tidak langsung ia membantu proses penyerapan Glamoskin Collagen Gel pada kulit dan mempercepatkan proses pemulihan. Muka rasa lembab sahaja apabila apply Glamoskin Collagen gel ini, sikit pun tak rasa kulit berminyak pada wajah Azwar.

Jadi, bagi mereka yang teringin nak muka persis bintang korea bolehlah cuba menggunakan produk Glamoskin ini. Tapi, ianya bukanlah magik, sekali sapu terus bertukar wajah. Kalau muka melayu, disapulah apa-apa produk tetaplah muka melayu. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sekiranya ada yang berminat nak mencuba produk Glamoskin by Legacy Secret ini boleh terus order di SINI.

This is sponsored post!

Read More»

Saturday, 20 December 2014

My New Layout

Salam to all readers,

Yeah!! Adakah engkorang perasan akan perubahan di blog aku? Apa punya soalan aku tanya daa. Sudah terang lagi bersuluh kan? Sekian lama tak tukar design, akhirnya baru sekarang berkesempatan nak tukar. Niat dihati nak tukar time hujung bulan, tapi apabila hati ni tak reti menyabar-nyabar teruskan sahaja niat untuk tukar layout sepantas kilat.

Bak kata orang, semua benda boleh dapat dengan hujung jari sahaja. Kalau nak betulkan rumah cari orang tukang betulkan rumah, nak cari pakaian cantik klik sahaja mana-mana website yang menjual baju dan nak makan pun boleh klik sahaja laman web makanan. Sepantas kilat laju je sampainya. Jadi, aku pun taknaklah ketinggalan nak blog cantik carilah pakar designer blog.

Layout baru ini bersempenakan nak masuk tahun baru iaitu tahun 2015. Dengan, sumber inspirasi beberapa blog yang aku suka designnya ada terselit dalam layout baru ini. Bukan dari segi warna, tetapi dari segi sudut design tersebut. Nak kena sebut ke blognya? Biarlah rahsia... Nak tahu juga? Okay, blog yang menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan blog ini adalah blog Kak Namee, Kak Sabrina, Kak Innanie dan juga Kak Nisa. Suka sangat tengok blog mereka. Bila dah terhasil serius aku cakap, aku memang jatuh hati dengan blog sendiri. Sedikit penambahan dalam blog ini, iaitu ada button search dan juga ada tab menu bahagian atas. Memudahkan engkorang semua mencari entry.

  • Home
  • Beauty 
  • Recipe
  • Food 
  • Lifestyle
  • Motivation
  • D.I.Y
  • Even
Sejak blog berwajah baru masa mula-mula dulu, habits aku adalah "on blog" dekat phone, lappy sambil layan lagu korea dekat youtube. Syok sendiri habis disebabkan designnya menepati citarasaku. Apa yang aku nak, apa yang aku taknak itulah yang my designer lakukan. Syoknya!!! Blog dah cantik, kalau tiada cerita tak guna juga kan? Moga tahun depan, lebih banyak entry yang lebih bermanfaat dalam blog ini. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. 

Okay!! Semua tak sabar nak tahu dekat siapa Azwar tempah? Azwar tempah dekat blogger yang sangat berbakat dalam bab mendesign blog ini Blog Design a.k.a Kak Azhafizah. Apa-apa pun terima kasih kak Fiza. Sentuhan design kak Fiza memang super duper meletopp! Sangat-sangat puas hati!! Kalau engkorang nak buat tempahan cepat booking dari sekarang kerana sangat terhad, yang pasti engkorang pasti berpuas hati dengan hasilnya. =)

p/s: Jadi, apa pandangan engkorang dengan "My New Layout". Okay ke tidak? >_<

Read More»

Tuesday, 16 December 2014

Say YES to Watsons Brand

Salam to all readers,

Siapa disini ahli watsons dan siapa juga nak barang free dari watsons? Berita baik buat anda-anda semua, sekarang watsons tengah adakan contest. Jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan barang-barang kecantikan dari watsons. Siapa tak suka produk keluaran watsons kan? Free lagi tu, barang free siapa taknak kan? Aku barang free memang laju je ke depan.

Berita kurang baiknya pula, contest ini bakal berakhir pada 21 Disember 2014 iaitu hujung minggu ini. Jadi, jangan tunggu lama-lama untuk join. Contestnya senang kacang botak licin. Pejam mata dah boleh jawab. Tang nak selfie tu sahajalah aku mengambil masa yang terlalu lama. Yelah, orang tak rajin selfie. Nak bergambor pun kawan yang adjust posisinya. hahahaahaa.. kesian kan?

google

Contest ini sebenarnya dah lama berlangsung, baru sekarang sempat join. Aku pun baru selesaikan misinya petang tadi. Lama bebenor aku selesaikan misinya, padahal soalannya takdelah banyak sangat. 


Cara nak join? Boleh klik link ini untuk mendaftar : http://watsonsbrand.woop.my/friend=182901

Tinggal 6 hari sahaja lagi untuk menang goodies dari watsons! Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hanya selesaikan beberapa misi untuk mendapatkan points dan menang goodies watsons! Good Luck engkorang semua!

Sebelum Azwar terlupa, "Ephyra Skin Bar" dah selamat sampai ke tangan Azwar. Terima kasih pada kak mia dan juga pihak Oceanlife Sdn Bhd kerana memilih Azwar sebagai salah seorang pemenang untuk ke peringkat seterusnya. Nantikan entry review testimoni dari Azwar akan datang. 


p/s: Azwar dah kerja balik itupun part time (Sabtu dan ahad). Bulan 12 ini banyak benda nak kena settle kan, jadi nak blogwalking pun terhad. Jangan lupa join contest watson okay! Good Luck! >_<

Read More»

Saturday, 13 December 2014

Resepi Spaghetti Carbonara yang Lazat dan Mudah

Salam to all readers,

Memandangkan mood masih dalam mood bercuti. Budak cuti sekolah, aku pun taknak kalah bercuti juga tapi bercuti dekat rumah sahajalah. Sepanjang bercuti ini, adalah sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. Tengahari semalam kena kerah belajar buat nasi ayam. Malam pula buat "Spaghetti Carbonara". Apa ke pelik punya nama, apa-apa pun Azwar nak kongsi juga macam mana nak buat makanan pelik tersebut.

google

Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:

Minyak zaitun
Bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
Daging, sosej, sotong, ayam (perencah tambahan, Azwar letak sosej dan daging sahaja)
Garam
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk

google

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun, lalu tumiskan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacaulah sampai daging itu hancur.

2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady. Agak-agak sahaja, Azwar ikut paras tin sauce carbonara mushroom. Kacau seketika.

3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah yang engkorang rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong, unta ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.

4) Sambil membuat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.

5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. Rajin dengan tidak sahaja.

 Inilah hasilnya bila dah siap. Bukan sahaja bau sedap, rasa pun sedap.

google

Resepi Spaghetti Carbonara yang lazat dan mudah untuk dibuat. Ini percubaan kali pertama membuatnya, tak sangka pula percubaan pertama buat terus sedap. Angkat bakul sendiri nampaknya. hehehe.. Sebelum terlupa, tambahkanlah parmesan cheese kalau nak rasa lagi sedap. Sedap memang sedap, tapi tak boleh makan selalu disebabkan banyak sangat kalori yang terkandung dalam Spaghetti Carbonara. Resepi dari adik saudara. =D

Selamat mencuba!

Read More»

Friday, 12 December 2014

BUAT DUIT DENGAN VIDEO

Salam to all readers,


Sekali lagi MyBlogFest anjurkan contest. Kalau pergi blognya pasti ada contest yang menawarkan hadiah yang best-best! Terpengaruh lepas tengok blogger Nadratul haritu menang contest yang dianjurkan MyBlogFest. Yang contest pertama tak sempat join, jadi kali ini taknak ketinggalan lagi harus join juga!
google
Hanya dengan menonton video kita boleh menang DUIT! Percaya tak? Kalau tak percaya boleh selidik blog MyBlogFest sekarang! Untuk memenanginya hanya dengan menonton video, jawab beberapa soalan serta mengikut langkah sudah pasti kemenangan diperolehi. Tanpa membuang masa, bagi ruang kepadaku untuk menjawab soalan yang diberi.

Soalan dan jawapannya;

1) Berapa banyak vitamin yang diambil oleh si isteri dalam video 1?
Jawapan: Hanya 4 jenis vitamin yang diambil oleh si isteri dalam video 1, salah satunya Alfafa Complex.

2) Apakah istilah khas untuk kanak-kanak yang disebut dalam video 2?
Jawapan: Istilah khas untuk kanak-kanak yang disebut dalam video 2 adalah "Anoreksia Nervosa" ataupun "kurus kering".

3) Di manakah video 3 ini diambil?
Jawapan: Video 3 ini diambil di Kota Kinabalu, Sabah.

Mudahkan? Apa tunggu lagi, jomlah join beramai-ramai. Nak join? Boleh klik banner atas atau pun di SINI. Pertandingan ini dtaja khas oleh DIETDIETSIHAT.

Read More»

Tuesday, 9 December 2014

Zolace.com - Shopping Online Baju-baju Muslimah

Salam to all readers,

google
Laman Rasmi Zolace.com

| ZOLACE.com | Pernah dengar atau mengetahui tentang laman web ZOLACE.com? Seandainya masih ada diantara korang-korang semua yang tidak mengetahuinya lagi, harini Azwar akan memperkenalkannya kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda semua, Zolace.com ini merupakan laman web "shopping online" seperti Lazada, Zalora, dan seangkatan dengannya. Siapa suka shopping? Jangan tipulah kalau kata tak suka shopping hakikatnya perempuan dengan shopping tidak boleh sama sekali dipisahkan. Zolace.com ini merupakan online shop yang menjual pelbagai jenis busana muslimah. 

Jadi bagi mereka yang sedang tercari-cari busana muslimah yang elegan serta mengikut peredaran masa Zolace.com pilihan terbaik. Sekarang zaman melinium di mana semua benda boleh dapat dengan hujung jari sahaja, bukan sahaja pakaian, barang dapur, malah makanan juga boleh dapat di hujung jari. Mudah kan?

Antara barangan yang terdapat di Zolace.com adalah seperti baju muslimah, bag, tudung, dan aksesori seperti woman necklaces. Setiap barangannya ada kategori masing-masing. Sebagai contoh, pelbagai pilihan "bracelets" yang kita boleh pilih di aksesori Zaloce.com.

google

Beraneka jenis pilihan bracelets yang kita boleh padankan dengan gaya dan konsep kita sendiri. Dengan hanya "click" mana-mana pilihan bracelets yang menarik hati, kita dapat melihat sendiri harga, pilihan warna, story about bracelets, dan juga materials bracelets tersebut. Menarik kan? Ia amat sesuai dipadankan dengan pemakaian blaus muslimah ataupun long dress muslimah.

google

Selain daripada bracelets, kita juga dapat melihat pelbagai koleksi "blaus muslimah" pada bahagian "clothing". Pelbagai pilihan warna dan design menarik terdapat di Zolace.com. Contohnya, pilihan blaus muslimah "Endless Possibilities Blouse Muslimah in Cream".

google

Selain daripada harga, pilihan warna, material, kita juga boleh melihat sendiri reka bentuk blaus. Dari segi sudut hadapan, belakang, sisi tepi blouse itu sendiri. Ianya sedikit sebanyak membantu kita juga dalam menggayakan busana blaus itu sendiri. Rasanya blaus muslimah juga turut boleh digayakan dengan pemakaian skirt labuh ataupun palazzo pants. Mana lagi boleh beli tudung bawal online, online palazzo pants in Malaysia dan skirt labuh murah kalau bukan Zolace?

google

Malah, handbag juga turut terdapat di Zaloce.com. Pelbagai pilihan warna dan reka bentuk yang menarik. Pemakaian handbag mahupun clutch nampak lebih menarik jika digayakan dengan pemakaian long dress muslimah ataupun baju kurung moden yang dipadankan dengan tudung bawal. Untuk melihat collection baju kurung moden kenalah pergi Zolace.com.

Setelah berpenat lelah meneroka Zolace.com ini, Azwar tertarik dengan busana muslimah  "Colour Me Surprise Blouse Muslimah in Mustard", "Luxuriously Laid-Back Palazzo Pants in Cream" dan juga aksesori rantai leher "Enchanted Maze Necklace". Setelah berkenan terus masuk bakul online.

Yeahhh.. akhirnya Azwar dapat juga menggayakan baju muslimah dari Zolace.com! Seronok tak terkata, walaupun kita posing entah apa-apa. Bajunya yang sangat-sangat selesa dengan pants yang agar besar lagilah bertambah selesa.

google
Azwar kalau beli barang online memang menitikberatkan aspek keselamatan, feedback dari customer supaya tidak tertipu. Dengan Zolace.com Azwar tidak meraguinya lagi kerana ia sebuah online shopping yang mesra pengguna / mesra pelanggan. Seandainya kita ada sebarang masalah ataupun nak "return back" barang semula pun boleh tetapi kena ikut terma dan syarat. Bukan itu sahaja, Zolace.com juga menyediakan penghantaran percuma ke Malaysia, Singapore dan Brunei (tiada had maksimum). Bertambah seronoklah kita shopping sakan oleh kerana penghantaran adalah percuma!!! Tak gitu?

Apa tunggu lagi, ayuh serbu ZOLACE sekarang!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook: https://www.facebook.com/ZolaceMalaysia
Twitter: https://twitter.com/ZolaceMalaysia
Pinterest: https://www.pinterest.com/zolacemalaysia/
Instagram: http://instagram.com/zolacemalaysia
Google+: https://plus.google.com/+ZolaceMalaysia/posts

This is sponsored post!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com