Thursday, 27 November 2014

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk dah Sampai

Salam to all readers,

Alhamdulillah, sekian lama menunggu akhirnya "Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk" sampai juga ke tangan Azwar. Azwar juga ingin mengucapkan terima kasih pada kak Mia dan Syarikat X Cube Enterprise Malaysia Bugslock kerana menganjurkan contest seperti ini dan memilih Azwar sebagai salah seorang daripada 34 orang blogger yang berjaya dalam Contest Giveaway Bugslock. Jadi, nantikan review dari Azwar bersama Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk. 

google

Read More»

Monday, 24 November 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com


google

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....

google

WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )
google

google

google

EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)


google

Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Azwar sendiri akan mencuba Ephyra Skin Bar

Umur pengguna? 20 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Berminyak, dan sensitif

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif. Saya mula sedar yang kulit saya makin teruk sejak saya tingkatan 4 lagi. Pelbagai produk saya cuba untuk mengatasi masalah ini. Namun, hasilnya tetap sama dimana jerawat makin menjadi-jadi berkeliaran di muka. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, saya mengambil langkah untuk ke farmasi. Walaupun ada sedikit perubahan di wajah, namun bintik hitam iaitu bekas jerawat tetap kelihatan.

Justeru, saya harus mendapatkan Ephyra Skin Bar ini untuk menghilangkan bekas jerawat, bebas minyak, mendapatkan kulit yang sekata, katakan tidak pada jerawat agar kulit muka saya kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan. Bagi, melihat Ephyra Skin Bar ini berkesan pada saya haruslah bagi saya mencubanya! 

Pengguna Ephyra? Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Read More»

Saturday, 22 November 2014

Khasiat Ramuan HARUM MALAM

Salam to all readers,


Walau macam mana cantik sekalipun penampilan diri seseorang itu, tapi seandainya ada masalah bau badan pasti akan rasa ketidakselesaan. Tambah-tambah, mereka yang suka bergaul dengan orang ramai seperti menghadiri majlis perkahwinan, majlis tahlil, majlis keraian, dan tak lupa bagi yang suka menggunakan perkhidmatan awam. Kadang-kadang isu masalah bau badan ini juga boleh mencetuskan rendah diri, kurang pergaulan menyebabkan setengah dari mereka mengasingkan diri pada orang ramai. Malah ada yang sanggup bermusuhan apabila ditegur masalah bau badan ini. Mana tidaknya, kadang-kadang muka dah hensem+manis, kalau 20 ela dah terbau badannya (hamis, tengit, bau kambing jantan gitu) reject juga. Dah sinonim dengan masyarakat kita ni, wangi orang mengata apatah lagi yang bau tengit. SENDIRI MAU ingatlah. 

Kepada mereka-mereka yang ingin mengubah rasa bau badan, marilah cuba produk yang Azwar ingin perkenalkan ini. Untung-untung serasi dengan badan anda semua. Produk ini bukanlah melalui sapuan ataupun semburan, sebaliknya hendaklah diminum. Bak kata orang, biarlah cantik dari dalam. Nama produk yang Azwar ingin memperkenalkan ini diberi nama "HARUM MALAM". Rasanya produk ini tidak asing lagi kepada anda semua. Mungkin ada di antara engkorang semua yang mengamalkannya. Jadi, bagi yang ketinggalan di sini Azwar kongsikan kepada semua mengenai produk "HARUM MALAM" ini.

google

Apa itu Harum Malam?

HARUM MALAM merupakan satu jenis supplemen dalaman mewangikan tubuh badan sepanjang hari dan masa. Ianya terhasil daripada kombinasi antara estrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh badan. Caranya, hanya minum 2 kali sehari dan boleh lihat kesannya dalam tempoh masa yang singkat.

google

Sebagai mana yang ketahui, ramuan yang terkandung dalam "Harum Malam" ini banyak khasiatnya. Antaranya;


Sireh - Sireh yang ketahui banyak kegunaannya seperti mengubat sesuatu penyakit ataupun dijadikan sebagai sireh junjung. Dalam ramuan "Harum Malam" ini, sireh berupaya mengawal dan mencegah bau badan.

Buah Tin - Berupaya menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan sekaligus melapangkan dada. Ia juga turut memberseihkan hati (kidney) dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.

Kismis - Membantu menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit pelupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.

Goji - Membantu memanjangkan umur, meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal, membantu menurunkan darah tinggi, anti kanser, mengekalkan paras kolestrol yang sihat, mengimbangi paras glukos dan mengawal diabetes, meningkatkan libido dan fungsi seksual, tidur nyenyak, meningkatkan sistem imun, meningkatkan kesuburan, menguatkan otot dan tulang, menguatkan daya ingatan, kurangkan batuk dan membantu penghadaman.

Limau Purut - Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid, asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut, melancarkan penghadaman.

Pueraria Mirifica - Ianya bagus untuk kulit dalam menegangkan dan menghaluskan struktur kulit, mengurangkan garis-garis halus menyihatkan kulit yang tidak bermaya, menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak, melembutkan kulit supaya kulit kurang kasar dan kering, merawat jerawat dari dalam, mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan.

Kayu Serapat - Mengetatkan otot rahim dan seluruh tubuh agar padat, melancarkan haid, awet muda, merawat keputihan dan gatal pada kemaluan, menyihatkan rahim, menghaluskan kulit & melambatkan menopause.

Buah Delima - Dapat mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan.

Manjakani - Awet muda, merawat otot-otot dalam faraj, mengawal lendir dan lelehan dalam faraj, serta nifas, menegangkan payudara, melawaskan buang air besar, dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

Pueraria Lobata - Mengandungi estrogen yang berfungsi untuk pembesaran dan ketegangan buah dada, kulit dan rambut yang lebih sihat.

Senna - Melangsingkan tubuh badan, membantu mengurangkan kolestrol, mengecilkan perut, peluntur lemak dalam tubuh bagi penderita obesti.

Lihatlah, betapa mudahnya sekarang untuk mencantikkan dalaman diri. Kita tidak perlu lagi membazirkan tenaga mencari bahan mahupun membuat sendiri. Sekarang semuanya sudah tersedia. Terpulang pada anda-anda semua untuk mencubanya. Bagi Azwar, tak rugi pun kalau mencuba produk 'Harum Malam" ini kerana ianya membuahkan hasil yang baik pada kita.

Harga Harum Malam:

Sebotol = RM40 sahaja bagi Semenanjung (INC.POSTAGE)
Sebotol = RM45 bagi Sabah & Sarawak. (INC.POSTAGE)

google

Antara kelebihan Harum Malam:

Selain daripada menghilangkan badan, "Harum Malam" juga turut mempunyai kelebihan lain. Antaranya, 
  • Ia membantu menyihatkan badan 
  • Ianya juga turut membantu mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan sekaligus menambahkan stamina supaya dapat melakukan aktiviti seharian.
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan rangsangan seksual
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing.
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh dan menstabilkan hormon.
  • Ia juga membantu mengurangkan tekanan dan tention.
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan.

Testimoni Harum Malam;

Untuk pengetahuan korang, Azwar sendiri pernah mencuba produk "Harum Malam" dan ianya terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah dalaman. Semenjak mengamalkan, Azwar rasa bertenaga, muka tampak lebih berseri dan berkeyakinan. Boleh lihat, entry review "Harum Malam" di SINI.

Antara tesmoni lain berkenaan Harum Malam;

google

google

Bagaimana Nak Mendapatkan Produk Harum Malam ini?

Sebarang tempahan dan pembelian boleh berhubung di IMBOX LEGACY SECRET TRADING.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Harum Malam, dan kemas kini terkini mengenai produk ini boleh berhubung di SINI.

google
Bagi mengelakkan anda semua terbeli Harum Malam tiruan, di sini Azwar bagi petunjuk supaya korang tak terbeli yang tiruan. Boleh rujuk gambar atas ini. Jadi, apa tunggu lagi pergilah borong "Harum Malam" di Legacy Secret! Selamat mencuba buat semua! =)

p/s: Entri ini ditaip untuk cabaran "Contest Entry Blogger Kreatif - Harum Malam" yang dianjurkan oleh pihak Legacy Secret Sdn Bhd.

Thank you for reading! Bantu Azwar klik  G+ dan button LIKE.

Credit: Legacy Secret Trading dan Info Masalah Wanita

Read More»

Friday, 21 November 2014

"Tangani Aliran Tak Diduga" ("Beat The Gush") dengan Kotex® Soft & Smooth Baharu

Salam to all readers,

Olla ladies!
Entri kali ini khas buat para wanita yang gorgeous di luar sana, baik reader mahupun silent readers blog Azwar sendiri, asalkan selagi korang wanita ini entri khas buat anda semua. Iaitu mengenai "Tangani Aliran Tak Diduga" ("Beat The Gush") dengan Kotex® Soft & Smooth Baharu di One Utama Minggu Ini". Jadi bagi sesiapa yang free hujung minggu ini, bolehlah pergi booth Kotex® di One Utama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai "Kotex® Soft & Smooth Baharu" sila baca entri ini samapai habis okay!  

google


Kotex® membawakan pengalaman ‘Tangani Aliran Tak Diduga’ (‘Beat the Gush’) dengan Kotex® Soft & Smooth baharu kepada anda di kompleks membeli-belah 1Utama minggu ini! Anda semua berpeluang untuk menjadi selebriti satu hari dengan mengambil gambar 360 Glam Cam anda tersendiri atau bergaya di pek besar/tempat foto Kotex® sambil mengambil bahagian dalam permainan mudah untuk memenangi hadiah! Jom, sertailah kami untuk menangani aliran tak diduga dengan Kotex® minggu ini!

google

google

Maklumat selanjutnya:

Tarikh   : Dari sekarang hingga Ahad, 23 November 2014
Masa      : 10pagi hingga 10mlm
Tempat  : Tingkat 1, berhampiran Isetan, Old Wing, 1Utama

Seperti yang diketahui, perlindungan semasa haid amat penting bagi wanita, bukan sahaja untuk menghalang kebocoran tetapi menangani aliran tak diduga yang boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang wanita, terutamanya dengan pergerakan secara tiba-tiba. ‘Serangan’ ini biasanya membawa kerisauan untuk memastikan tiada kebocoran dan menjadikan wanita merasa tidak selesa dan kurang yakin untuk menjalankan tugasan harian mereka.

google

Kotex® Soft & Smooth yang baharu membantu mengatasi masalah ini supaya kami tidak perlu lagi membiarkan aliran tak diduga menghalang kami!

Kotex® Soft & Smooth baharu kini menampilkan ciri-ciri berikut:
  • Rapid Absord Core untuk membantu menyerap aliran banyak terus dari sumber untuk perlindungan maksimum dalam apa jua situasi.
  • Lapisan Micro-Dri Cover dengan lebih daripada 3,000 lubang mikro untuk penyerapan yang lebih pantas dan berkesan.
  • Infinity Lock System dengan rekaan pengadang dan alur dalam, memberikan perlindungan kebocoran sekeliling. 
google

Kotex® Soft & Smooth dilancarkan bersama kempen Kotex® ‘Beat the Gush’, yang disokong oleh wanita berkeyakinan yang mengecapi kehidupan sepenuhnya tanpa membenarkan sebarang masalah, termasuklah aliran tidak diduga, menghalang mereka! Mereka adalah selebriti Diana Danielle, pengguna Instagram popular Qistina Shah (@sqistinashah) dan Low Ngai Yuen dari WOMEN:girls, pertubuhan tidak berasaskan keuntungan untuk memperkasakan wanita dan gadis dalam menghargai potensi dan mencapai impian mereka.

Untuk keterangan lanjut mengenai "roadshow" dan kempen ini boleh layari:
Facebook Kotex® Malaysia : www.facebook.com/KotexMalaysia  
Website www.kotex.com.my  
Hubungi atas talian : 1-800-82-1188 (Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 5 petang)

Thank you for reading!  

Read More»

Thursday, 20 November 2014

Beauty Review: Safi RANIA Gold

Salam to all readers,


Ingat lagi tak, yang Azwar ada join event pelancaran Safi Rania Gold? Kalau tak ingat boleh rujuk entri itu di SINI. Sebenarnya, cerita Safi Rania Gold itu belum habis lagi. Haritu kira baru cerita bahagian pendahuluan, belum masuk isi-isi pentingnya lagi. Jadi, harini baru Azwar berkesempatan nak kongsi dengan anda semua mengenai produk SAFI RANIA GOLD ini satu persatu dengan lebih terperinci. Setiap benda yang kita ingin cuba, pasti kita nak tahu apa fungsinya. Bagus ke tak bagus untuk kita kan? Bukan pakai sental je.

Sememangnya, Azwar sendiri pun belum pernah mencuba produk ini. Bila dah pergi dan tengok sendiri penerangan yang lebih lanjut mengenai produk Safi Rania Gold rasa teruja ingin mencubanya. Tambah-tambah, duta terbaru Nora Danish telah menunjukkan kesan yang positif pada kulit wajahnya dengan menggunakan produk SAFI RANIA GOLD. Bertambah excitedlah Azwar ingin mencubanya!

google
Mr. Kumar Chander (Managing Director Wipro Unza), Nora Danish (Duta Safi Rania Gold), Puan Mahsuri Sulaiman (Pengurus Kumpulan Produk SAFI)

google

Haritu Azwar dah terangkan apa itu SAFI RANIA GOLD kan? Jadi, harini Azwar terus kenalkan satu persatu produk SAFI RANIA GOLD dengan fungsinya sekali. Nak dekat tahun baru, mesti ramai yang berazam nak menjadi lebih cantik kan? Jadi, apa kata kita sama-sama mencuba produk SAFI RANIA GOLD. =D

1) Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD - Membersih & Meremajakan Kulit
Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih efektif. Manakala, VITAMIN C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan sekatakan tona kulit. Malah, buihnya yang mewah berkrim dapat membersih hingga ke liang pori. Jadi, kulit kita terasa licin, lembut dan sihat.


Harga:
50g - RM8.90 (SM) / RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Gosok dengan air sehingga berbuih, lalu urut lembut pada wajah dan bilas dengan air bersih.

2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD
GEL PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara KARNOSIN merupakan agen atntioksida, melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkannya. Pembersih berstruktur ringan dan berasaskan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semulajadi agar kulit wajah kekal lembap.

Harga:
50g - RM8.90 (SM) / RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
 Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.

3) Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD - Membersih & Melembap Secara Mendalam
PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta melembap kulit wajah secara mendalam, mengatasi masalah kulit kering dan kerengsaan seterusnya mengurangkan tanda penuaan. Manakala, VITAMIN C & KARNOSIN bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat.


Harga:
150ml - RM17.90 (SM) / RM18.50 (SS)

Cara penggunaan:
Gosok dengan air sehingga berbuih, urut lembut pada wajah dan bilas.

4) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD - Menyerlahkan Kulit Wajah Berseri
SKRUB WAJAH SAFI RANIA GOLD bertindak lembut mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

Harga:
75g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada muka dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2-3 kali seminggu.

5) Penyegar SAFI RANIA GOLD - Mengecilkan Pori Wajah
PENYEGAR SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabungkan bersama EKSTRAK LIKORIS berfungsi menanggalkan sisa kotoran dengan lembut sambil membantu mengecilkan liang pori. Penyegar bebas alkohol dengan ekstrak air mawar ini memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit.



Harga:
80ml - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Tuangkan sedikit pada kapas. Sapukan dengan lembut. Gunakan selepas membersihkan wajah.

6) Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD - Mengembalikan Keremajaan Kulit
SERUM KONSENTRASI SAFI RANIA GOLD diperhebat dengan lebih 50* BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA, ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif supaya menyerap jauh ke dalamm kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil baiki dan tingkatkan keanjalan wajah. Gabungan TRI-TONE EQUALISER pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri.
Harga:
20ml - RM33.90 (SM) / RM35.30 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher, Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

7) Krim Pelembap Siang SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD - Mencerah, Melindungi dan Menganjalkan Kulit
Ianya merupakan krim yang melembap dan melindungi kulit daripada sinaran UV di siang hari. Tambahan pula, LIGHT DIFFUSING CRYSTALS berfungsi membantu mengurangkan tona yang kekuningan dan kusam serta mengembalikan kecerahan dan keserian kulit dengan segera agar kulit kekal bermaya, berseri dan anjal sentiasa.


Harga:
40g - RM23.90 (SM) / RM24.90 (SS)

Cara penggunaan:
Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang selepas Penyegar atau Losyen Minuman Wajah dan Serum Safi Rania Gold.

8) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD - Merawat Kulit Ketika Tidur
Ia merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulihkan kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.


Harga:
40g - RM26.90 (SM) / RM27.90 (SS)

Cara penggunaan:
Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu malam selepas penyegar dan serum Safi Rania Gold.

9) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD - Mencegah Penuaan Sekitar Mata
KRIM KONTUR MATA SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K  dan PROTEIN SUTERA digabung dengan OLIGOPEPTIDA merupakan krim khusus untuk menghindari masalah di sekitar mata terutamanya lingkaran hitam. Tekstrunya yang ringan dam mudah meresap bertindak meningkatkan penghasilan  kolagen serta memperbaiki lapisan kulit agar lebih cerah dalam masa 8 minggu.


Harga:
15g - RM17.90 (SM) / RM18.60 (SS)

Cara penggunaan:
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di sekeliling mata dengan lembut. Gunakan sebelum memakai krim pelembap malam.

10) Krim BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD - 10 Dalam 1, Wajah Tampil Sempurna
Ia merupakan krim asas solekan yang membantu mencerah dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, menyamarkan cela serta sekatakan tona kulit agar tampil sempurna sepanjang hari.

10 Dalam 1 Kebaikan
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Tompok hitam dan jeragat tidak kelihatan
  • Tona kulit lebih sekata
  • Menyamar garis halus pada wajah
  • Melindungi kulit wajah dari sinar UV
  • Krim yang tidak menutup pori-pori wajah
  • Tekstur kulit lebih halus dan anjal
  • Kemasan tanpa kilatan untuk kulit wajah lebih natural
  • Kalis air dan peluh agar solekan tahan lama

Harga:
25g - RM35.90 (SM) / RM37.30 (SS)

Cara penggunaan:
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu pada wajah dan leher. Gunakan selepas menggunakan krim pelembap siang.

11) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD - Menyamarkan Tona Kulit
Ia merupakan alas solekan wajah yang berkesan menyamaratakan tona kulit, menjadikan wajah cerah di samping mengekalkan keanjalan kulit seterusnya meningkatkan keyakinan wanita untuk tampil bergaya.


Harga:
16g - RM10.90 (SM) / RM11.30 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik selepas Krim Pelembap Siang SPF25 PA++ SAFI RANIA GOLD. Gunakan sebagai Krim penjagaan kecantikan serta asas solekan.

Selesai! Bila menggunakannya dengan konsisten bolehlah tampil cantik bak Nora Danish gitu...

google
Nora Danish, duta produk SAFI RANIA GOLD

"SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD". - Nora Danish

google
Jadi apa tunggu lagi, ayuh mulakan dari sekarang, abadikan kejelitaan bersama SAFI RANIA GOLD! Perhebat pesona dirimu dengan raut wajah remaja dan cerah. Bersama-sama kita abadikan kejelitaan.

Untuk maklumat lanjut dan segala info mengenai produk SAFI, boleh layari laman web ini:
Instagram : @safimalaysia

Thank you for reading!

Read More»

Monday, 17 November 2014

My Lovely Girl

Salam to all readers,

Rasanya macam sudah lama aku tidak berkongsi cerita korea yang tengah hot sekarang ini. Bagi yang minat drama korean pasti tahu cerita ini. Tambah-tambah, aku paksa mak aku join sekali tengok cerita ini. Kalau nak mengharapkan tengok dekat online, boleh sahaja tapi 1 episode pun payah nak lepas (kalau line macam siput). Cerita yang aku maksudkan ini adalah cerita "MY LOVELY GIRL".


Watak utama:

Jung Ji Hoon (Rain) sebagai Lee Hyun- Wook
Krystal Jung sebagai Yoon Se-na
Cha Ye -ryun sebagai Shin Hae-yoon
Kim Myung-soo sebagai Shi-woo

Sinopsis:

Hyuk-Wook merupakan seorang CEO sebuah syarikat nyanyian yang terkenal dan merangkap penulis lagu yang terkenal serta berbakat. Sungguhpun wataknya nampak dingin pada orang sekeliling, tapi dia seorang yang baik hati. Hyuk-Wook pernah mempunyai cinta hati So Eun (kakak kepada Yoon Se-na) yang telah mati dalam kemalangan, dan Hyuk -Wook merasa kematian So Eun berpunca darinya. Sejak kejadian itu, Hyuk -Wook terus menghilangkan diri, sehingga dia bertemu dengan Yoon Se-na, adik kepada So Eun.

Yoon Se-na pula, mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis lagu seperti kakaknya, jadi Hyuk-Wook cuba membantu Yoon Se-na untuk merealisasikan impiannya, memandangkan Yoon Se-na tiada sesiapa lagi setelah kematian kakaknya. Tanpa mereka sedari, Hyuk-Wook dan Yoon Se-na mula jatuh cinta antara satu sama lain. Jadi, apa kesudahan ceritanya? Adakah mereka akan bersatu? Adakah percintaan mereka terhalang? Untung mengikuti cerita selanjutnya, korang-korang semua kena tengok sendirilah ceritanya. =)

google

p/s: Apa-apapun, lakonan Rain memang best! Rasa-rasanya, dalam drama inilah yang menampakkan Rain paling hensem tahap apa daa jika nak dibandingkan dalam "Full House". Untuk pengetahuan anda semua, cerita "My Lovely Rain" ini hanya 16 episode sahaja, jadi takdelah jenuh no nak tengok kan? =D

Kalau rasa-rasa tak sempat nak layan dekat televisyen, boleh aje layan di online:



Note: Bila mengadap tv, blog pun terabai. Petang ni nak layan Ugly Betty pulalah! >_<

Read More»

Saturday, 15 November 2014

Safi RANIA GOLD - Meremaja & Mencerahkan Kulit

Salam to all readers,


Baru-baru ini (11 November 2014), Azwar telah hadiri satu majlis iaitu "Majlis Pelancaran Produk Safi" yang bertempatkan di The Royale Chulan, Damansara. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu "Safi Rania Gold Diperkaya manfaat Bio Nano Emas 24k Protein Sutera Meremaja & Mencerahkan kulit" dan menampilkan duta terbaru produk Safi Rania Gold iaitu Nora Danish. Kalau dulu, Azwar tengok Nora Danish di kaca televisyen sahaja, sekarang bila jumpa depan-depan memang cantik ciptaan Tuhan. Kalau ditengok dari segi liuk lentuknya, nampak macam mengada-ngada tapi Nora Danish memang manja kot. Azwar bukan nak cakap mengenai kemanjaannya, tapi nak jelaskan yang Nora Danish ini memang lawa orangnya. Bila tersenyum sahaja, jelas terpancar aura kecantikannya. Memang dia pun cantik orangnya, dan yang penting rahsia kecantikannya adalah menggunakan SAFI RANIA GOLD

google
Pentas SAFI RANIA GOLD

google
Wajah yang cantik manis berseri, siapa lagi kalau bukan duta terbaru SAFI RANIA GOLD, iaitu NORA DANISH yang sedang ditemubual.

google

Ingin memiliki kulit cantik berseri? Gunalah Safi Rania Gold. SAFI RANIA GOLD diperhebat dengan formulasi baharu BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA yang berupaya meremajakan sel kulit agar kemunculan tanda-tanda pramatang dapat diatasi. Wajah akan tampil cerah, muda dan berseri. Mulakan ia dari sekarang dan abadikan kejelitaan dengan rangkaian SAFI RANIA GOLD.

BIO NANO EMAS 24K
- Merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

PROTEIN SUTERA
- Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kulit yang berupaya mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera.

HASILNYA*
FASA 1 - Kulit lebih cerah dan 2x lembap dengan serta-merta.
FASA 2 - Wajah terasa anjal, licin dan lembut dalam 3 minggu.
FASA 3 - Wajah cerah berseri, kulit muda dan remaja sentiasa.

* yang paling penting SAFI RANIA GOLD ini dijamin HALAL oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 Bergambar bersama Puan Mahsuri Sulaiman merangkap Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Cantikkan?


Bergambar bersama Nadratul dan kak Ayue. Gambar bersama dengan kak Nora Danish dah kabur, jadi tak dapat nak share. huarghhhh...

NOTE: Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk SAFI dan SAFI RANIA GOLD, sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI +SAFImalaysia  dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Read More»

Wednesday, 12 November 2014

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com


google

Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk

google

Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.



google

Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Saya perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini adalah kerana ingin melihat sendiri tahap keberkesanannya untuk menghapuskan nyamuk. Kebiasaannya, saya hanya melihat orang menjual gelang sebagai azimat, perhiasan diri, dan untuk kesihatan diri. Baru-baru ini, satu fenomena telah tercetus di mana orang kata "Bugslock" (gelang) ini begitu ajaib untuk menghalau nyamuk selain daripada semburan, sapuan dan raket elektrik. Justeru saya ingin sekali mencubanya!

Bagi saya dengan memiliki Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini, ia lebih memudahkan pergerakan saya seperti melakukan riadah bersama keluarga, bekerja, mengemas rumah, dan tidak terkecuali waktu tidur saya. Dengan adanya, Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini ia bukan sahaja dapat melindungi diri saya seorang, malah turut dapat melindungi ahli keluarga saya dengan memakai gelang ini. Secara tidak langsung, kami dapat mengatasi masalah gigitan nyamuk, dan terhindar daripada penyakit demam denggi. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi saya berharap, saya dapat mencuba Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini!


Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Read More»

Monday, 10 November 2014

Beauty Review: YOKO Milk Shower Essential Kit

Salam to all readers,


Syukur alhamdulillah, untuk sekian kalinya Natta Cosme bagi peluang kepada aku untuk memperkenalkan produknya. Sejak berblog ini, macam-macam produk dapat kucuba. Nak mengharapkan aku beli sendiri memang taklah, memandangkan sumber kewangan aku ciput. Tambah-tambah aku bukanlah anak hartawan jauh sekali jutawan.

Okay, berbalik kepada produk Natta Cosme yang ingin aku perkenalkan. Produk yang ingin aku memperkenalkan ini adalah "Shower and Body Care Essential Moo Moo Kit, YOKO". Iaitu produk penjagaan badan, ala-ala buat spa di rumah gitu.

google

INSIDE THE PARCEL

1. Hair Spa Milky Rich
2. Spa Milk Salt Shower Bath
3. Milky Body Lotion
4. Body Butter Cream Milk Protein
5. Information Card

Jom, ikuti satu persatu produk YOKO Milk Shower Essential Kit ini;

HAIR SPA MILKY RICH


| Hair Spa Milky Rich | Pertama kali mencubanya, terus jatuh hati disebabkan baunya wangi dan baunya seakan-akan perfume dahulu kala. Ianya tidak terlalu melekit, cara memakainya selepas cuci rambut letakkan Hair Spa Milky rich dekat permukaan rambut, hujung rambut (jangan sesekali letak di atas kepala / kulit kepala). Caranya sama seperti memakai perapi rambut. Tapi fungsi sahaja berbeza. Kalau perapi lebih kepada melembutkan rambut sahaja. Sebaliknya kalau memakai Hair Spa Milky Rich lebih kepada rawatan rambut. Ianya kaya dengan Milk Protein, Coconut oil, and Argan oil yang membantu melembutkan rambut, menguatkan akar rambut, merawat rambut agar nampak bersinar sepanjang masa. Hanya 10 minutes lalu dibilas dengan air, rambut kembali bersinar. Suka tak? Off course aku suka, rambut pun sentiasa wangi sahaja.

SPA MILK SALT SHOWER BATH


| Spa Milk Salt Shower Bath | Kalau tadi kita sudah rapikan rambut, kini kita beralih pula untuk mencantikkan kulit badan. Spa Milk Salt Shower Bath merupakan scrub badan yang sesuai digunakan untuk semua orang. Hanya ratakan di seluruh badan dan biarkan ia selama 3 minit lalu dibilas dengan air bersih. SPA Milk Salt Shower Bath ini kaya dengan Vitamin E, Milk Protein dan natural salt benefits. Yang paling seronok, baunya seperti kuih muih (makanan). Bila dah bau seperti makanan, rasa nak telan sahaja masuk mulut. Untuk pengetahuan korang semua, Spa Milk Salt Shower Bath ini membantu menghilangkan kotoran dan juga sel-sel kulit mati pada tubuh badan kita dan secara tidak langsung ia memberi kita kulit baru lagi berseri selepas mandi. Suka tak? Yang penting badan kita sentiasa fresh! Bagi orang yang ada masalah ruam pada badan, rasanya Spa Milk Salt Shower Bath ini dapat membantu anda! Jadi, cubalah!

MILKY BODY LOTION


| Milky Body Lotion | Yang ini pula body lotion, sesudah mandi, bersiap semua barulah sapu lotion ini di seluruh badan. Pakai lotion bukan pakai sental sahaja, pakailah lotion ini sambil membuat urutan perlahan-lahan supaya senang diserap di seluruh badan. Milky Body Lotion ini kaya dengan Milk Protein and Vitamin B3 yang sedikit sebanyak dapat membantu menyuburkan serta melembapkan kulit kita semua. Tambah-tambah Milky Body Lotion ini tidak melekit dan tidak berminyak apabila disapu pada badan. Malah. Milky Body Lotion ini juga terkandung dengan Vitamin E dan Licorice extract yang membantu kulit kita tampak lebih lembut, halus, dan sihat sepanjang hari. Bestnya, bila kulit kita sentiasa terlindung dengan Vitamin E.

YOKO BODY BUTTER CREAM MILK PROTEIN


| YOKO Body Butter Cream Milk Protein | Kalau Yoko Milky Body Lotion kita guna selepas mandi, kini YOKO Body Butter Cream Milk Protein kita guna sebelum tidur. Nak cantik, kena rajin sikit. Tapi benda nilah yang payah benor aku nak praktis. Kalau rajin, barulah buat. Jangan jadi macam aku okay! Caranya pemakaian sama sahaja seperti memakai lotion badan. YOKO Body Butter Cream Milk Protein ini boleh mengekalkan kelembapan kulit dan mencerahkan kulit anda semua. Jika korang rajin menggunakannya maka korang boleh mendapatkan kulit yang lebih lembut dan halus. Di samping ia turut mengurangkan dan melambatkan kedutan. Untuk pengetahuan engkorang semua, YOKO Body Butter Cream Milk Protein ini dihasilkan daripada Milk Protein, Aloe Vera extract and Chamomile extract. Menarik kan? Macam-macam vitamin melekat dekat badan kita untuk tampil cantik dan menawan. Kelas gitu...

Ada satu berita gembira buat engkorang semua yang ingin memiliki mana-mana produk YOKO Milk Showe Essential Kit. Ni haaa... Natta Cosme memberikan diskaun sebanyak 10% untuk mana-mana pembelian produk jenama YOKO. Suka tak? Dengan syarat, engkorang perlu menggunakan code "LOVEYOKO". Expired pada 31/12/2014.

google


Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki produk YOKO. Banyak lagi produk yang menarik di Natta Cosme dan yang pastinya murah dan menarik!

Faceboook:

Website:

p/s: Terima kasih Natta Cosme!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com