Tuesday, 30 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Read More»

Senarai Peserta Giveaway Santai bersama Azwar, Huda dan Mamaniza

Salam to all readers,


TEKAN BANNER untuk join.
Tinggal beberapa jam lagi nak tamat.

Senarai peserta:
  1. http://nia-emkay.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  2. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  3. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  4. http://lissadblog.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  5. http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  6. http://melangkaugarisan.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  7. http://kathyrbain.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwarhuda-dan.html
  8. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  9. http://aunidenovella.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  10. http://www.mizisempoi.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  11. http://kataubaid.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  12. http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  13. http://adna2029.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  14. http://thisischentaku.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  15. http://cammylia.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  16. http://akusukatulisblog.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  17. http://acikwatie.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  18. http://izzeyda.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  19. http://ayoikema.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwarhuda-.html
  20. http://izuddin-90.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  21. http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  22. http://umikasum.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  23. http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  24. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  25. http://diarirara.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  26. http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  27. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  28. http://anisyamir7lee.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
  29. http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/giveaway-santai-bersama-azwar-huda-dan.html
Terima banyak-banyak buat rakan blogger yang sudi join segmen ini. Walaupun hanya 29 orang, I dah rasa macam ribuan orang yang join. kahkahkah...Jangan risau, setiap peserta yang join segmen ini pasti Azwar terjah dan baca okay! Apa-apa pun terima kasih sekali lagi! Nantikan pengumuman pemenang di blog Huda pula lepas ini okay! -_-

Read More»

Monday, 29 September 2014

Aplikasi mudah untuk Ping Entri

Salam to all readers,

Harini Azwar nak memperkenalkan aplikasi baru untuk ping entri dengan cepat. Mana tahu, korang dah siap auto publish post tapi tak sempat nak share dekat group facebook. Nak ping entri dari satu ke satu group rasa leceh kan? Jadi, bagi memudahkan kerja dan nak jimat masa apa kata korang semua download apps 'EDISI BLOG'. Macam mana download? Sat nak, sebelum nak buat tutorial off course kena ada ayat mukadimahnya.

Buat masa ini aplikasi ini hanya untuk pengguna telefon android sahaja. Untuk iphone kita tak pasti. Cara-cara nak mendownload "EDISI BLOG":

1) Pergi ke "PLAY STORE" dan search "EDISI BLOG". Pastikan korang install "EDISI BLOG" yang ada gambar kartun berkaca mata seperti di bawah. Dah jumpa? Tekanlah install.


2) Selepas download, bolehlah mula mendaftar sebagai ahli "EDISI BLOG". Pandaikan nak daftar? Ikut sahaja steps yang diberi.


 3) Sesudah mendaftar korang bolehlah tengok update terkini dari blogger-blogger lain. Korang juga tidak terkecuali, boleh juga ping entri blog korang. Bagaimana nak ping entri? Begini caranya:


Mudah kan? Jadi korang tak perlu risau lagi bila nak share entri blog. Hanya menggunakan telefon sahaja kita blog share pelbagai cerita menarik. Tak perlu bersusah-susah lagi ping entri dekat group facebook. Selamat mencuba!


Read More»

Thursday, 25 September 2014

Survey baru di WhoHAA.com!

Salam to all readers,

Rasa macam dah lama gila tak buka account WhoHAA!com. Sekali buka, banyak gila soalan baru dekat earn points. Ada lagi ke yang tak tahu mengenai WhoHAA!com ni? Ruginya kalau korang tak daftar. Hanya menjawab beberapa survey, then bila dah cukup point bolehlah redeem barang yang kita nak. Kalau ada yang tahu mengenai WhoHAA!com ini, bolehlah rujuk entry INI.


Ini antara survey baru yang ada dekat WhoHAA!com. Senang sahaja soalannya, jawapannya pun mudah. Kalau dah cukup point, bolehlah redeem barang pula.



Ini antara barang yang korang boleh redeem. Sebenarnya banyak lagi barang yang korang boleh redeem. Tapi kena tengok jugalah berapa points yang diperlukan. Kalau dah cukup, apa salahnya redeem kan? Apa lagi, jomlah daftar WhoHAA!com.

Nak tiket Annabelle Doll percuma?? KLIK SINI


Read More»

Tuesday, 23 September 2014

Apa Yang Menarik Di Busan?

Salam to all readers,



| Apa yang menarik di Busan? | Aku teringin sangat nak pergi melancong. Kalau setakat dalam Malaysia ini, dah banyak tempat yang aku pergi. Naik kapal terbang pun dah pernah, tapi melancong dalam kawasan Malaysia lagilah. Aku teringin sangat nak melancong ke luar negara. Salah satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi ini ialah Busan. Aku tengok pemandangan Busan di kaca televisyen nampak macam gah sahaja.

Busan merupakan sebuah kota pelabuhan dan metropolitan di sebelah tenggara Korea Selatan. Busan juga adalah kota kedua terbesar selepas Seoul. Ia juga adalah bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan kelima paling sibuk di dunia dengan tan kargo. Busan kawasan metropolitan yang dibahagikan kepada 15 daerah pentadibiran utama dan sebuah daerah tunggal. Pada tahun 1995, Busan menjadi sebuah Bandar Metropolitan yang pesat membangun. Inilah serba sedikit sejarah mengenai Busan.

Antara tempat menarik yang kita boleh kunjungi di Busan adalah;

1) Shinsegae, Centum City


Shinsegae Centum City merupakan gedung terbesar di dunia. Shinsegae Centum City adalah seperti sebuah bandar gergasi yang menerapkan pusat membeli-belah, pusat hiburan, hasil seni, dan keindahan seni bina. Ia juga turut menggambarkan sebagai pusat gedung terbaik kerana membina kedai jabatan pertama di Korea.

2) Busan Tower


Kalau di sini kita terkenal dengan KLCC, di Busan pula tak kurang hebatnya popular dengan Busan Tower. Busan Tower yang mempunyai ketinggian 118 meter ini mula dibina pada tahun 1973. Busan Tower amat sesuai untuk menikmati pemandangan panorama yang indah, di atas Menara Busan turut terdapat sebuah kafe kecil untuk bersantai, yang hanya boleh diakses semasa waktu bekerja melalui lif berkelajuan tinggi.

Busan Tower ini sering menjadi sebutan pemandu pelancong sebagai tempat yang baik untuk mendapatkan pandangan pelabuhan di bandar Busan ini.

3) Haeundae Beach

Pantai Haeundae merupakan pantai yang cukup terkenal di Busan. Pantai Haeundae ini terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom. Pantai dengan panjang 1.5 kilometer ini pernah memecahkan rekod dunia sebagai pantai dengan jumlah payung yang banyak serta beraneka warna.

Kebiasaannya, pantai ini akan sesak dengan orang ramai (pelancong) setiap tahun apabila tiba bulan Jun hingga bulan Ogos iaitu musim panas. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan apabila menjelang musim panas. Contohnya, membuat patung pasir. Pantai ini cukup popular dengan semua jenis sukan air.

Selain itu, Pantai Haeundae juga pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Tsunami. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang mengatakan pantai ini cukup popular di korea kan? Jadi, Pantai Haeundae ini amatlah sesuai untuk kita bersiar-siar bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

4) Taejongdae


Taman Taedongjae ini membentangkan pelbagai jenis eksotik sepanjang 9.1km di pantai Yaengdo, di hujung selatan Busan. Taedongjae nama diberi bersempenakan dari nama raja ke-29 dari Dinasti Silla yang berkuasa dari (57SM - 935). Taedongjae juga merupakan salah satu sumber monumen di Busan.

Untuk menikmati keindahan Taman Taedongjae ini, kita akan diberi peluang untuk berjalan kaki dengan menyusuri tebing-tebing tinggi yang dipenuhi puluhan sepesis tanaman. dari atas tebing inilah secara tidak langsung kita boleh pilih tempat yang sesuai untuk mengabadikan hamparan lautan yang begitu eksotik. Alangkah indahnya menikmati keindahan Allah!

5) Busan Aquarium


Busan Aquarium ini terletak di Pantai Haeundae yang menempatkan kira-kira 250 spesis dan 35000 hidupan laut yang kita boleh lihat disini. Aquarium ini juga merupakan aquarium terbesar di Korea Selatan. 

Seandainya kita melawat Busan Aquarium ini, pastinya kita berpeluang menyaksikan sendiri perkerja di Aquarium ini memberi makan kepada ikan yang ada di dalam aquarium tersebut, dan kita juga turut disajikan dengan persembahan ikan-ikan yang berada di dalam aquarium ini. Tempat ini amatlah sesuai untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Dimana anak-anak kecil boleh melihat sendiri hidupan laut.

6) Jagalchi Market


Nama pun melancong ke negara orang, mesti nak juga tahu keadaan dan persekitaran di sana kan? Jadi bagi sesiapa penggemar makanan laut haruslah mengunjungi Jagalchi market ini. Pasar tradisional (pasar basah) yang dibangunkan sekitar tahun 1889 ini merupakan pasar terbesar di kota Busan. Pelbagai jenis ikan segar yang terdapat disini kerana Jagalchi ini betul-betul berada bersebelahan pelabuhan Busan.

Di sekitar Jagalchi ini juga turut terdapat pelbagai jenis restoran makanan laut. Jadi, bolehlah kita singgah di Jagalchi ini sama ada untuk membeli ikan segar mahupun untuk menikmati makanan laut yang segar. Jadi, pilihan di tangan anda! :)

7)  Headong YongGungsa Temple


Kuil Haedong Yonggungsa ini terletak di pantai bahagian utara-timur Busan. Kuil Haedong Yonggungsa ini merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilewati kerana kuil ini menawarkan pelancong / pelawat untuk mengunjunginya. Kebanyakan kuil di korean terletak di kawasan pergunungan. Menarik kan?

8) Makanan Korean


Kalau kita lihat rata-rata orang yang kaki melancong ini, selain suka mengambil gambar pemandangan mereka juga suka mencuba makan makanan di negara tersebut. Tak salah rasanya kita mencuba makanan tempatan orang korea ini asalkan ia tetap HALAL.  

Bagi orang yang beragama Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan. Hal ini, kerana di sini terdapat beberapa jenis restoran yang menyediakan makanan yang halal. Contohnya, restoran Shabana. Restoran Shabana ini terletakdi luar kampus Busan. Restoran ini dikatakan sering dikunjungi orang ramai ekoran ia antara kawasan komersil yang sibuk di Busan. Antara hidangan yang dapat dinikmati di restoran Shabana ini ialah nasi biryani, ayam, kambing, dal, tandori, dan sayur campur. Ia terletak di Busan-si Geumjeong-gu Jangjeon 3-dong 420 23.

| Kesimpulannya, Busan merupakan tempat yang paling sesuai untuk bercuti bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Seandainya, kita diberi peluang ke sana janganlah kita lepaskan peluang tersebut untuk melakar seribu satu kenangan. |

Entri ini ditaip untuk cabaran 'Winter in Busan' yang dianjurkan oleh Blooggers dan Majalah Libur dengan penampilan khas TRIP ke Busan bersama Man Raja Lawak.

p/s: Moga hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki ke Busan. Jutaan terima kasih kepada Bloggers dan Majalah Libur kerana mengadakan contest seperti ini. 


Read More»

Monday, 22 September 2014

Lunch Date With Syarif di Johnny Rockets, Sunway Piramid

Salam to all readers,


Credit : Mohd Rasul

| Lunch Date With Syarif di Johnny Rockets, Sunway Piramid | Hari Selasa baru-baru ini, Azwar join satu event di Sunway piramid. Macam mana boleh diundang? Sebenarnya sekadar kebetulan, masa tu nampak kak Uzu update status dekat Facebook, (siapa yang nak makan bersama Syarif Sleeq di Johnny Rockets). Masa tulah, tangan dok gatal hantar link nak join sekali. hehehe.. Tup-tup dapat pula join. 


Lunch date kami bertempatkan di Johnny Rockets, Sunway Piramid. Yang terletak betul-betul bersebelahan dengan kepala singa. Sungguhpun dah banyak kali ke Sunway, tapi ini kali pertama Azwar makan di Johnny Rocket. Uniknya konsep yang digunapakai di Johnny Rocket ini salah satunya ada masa pekerja Johnny Rockets memasang lagu lalu menari ikut rentak lagu. Syok gila, rasa nak join sekali mereka menari. Manakala, menu utama di Johnny Rocket ini sudah pastilah "Burger". Rugilah kalau datang tak makan burgernya kerana size dan rasanya sangatlah sedap!!


Sememangnya Lunch Date with Syarif ini dianjurkan oleh tonton yang turut disertai beberapa orang blogger, media, peminat + pemenang contest Sleeq bagi memeriahkan lagi majlis ini. Dalam pada masa yang sama, majlis ini juga bagi meraikan "Ulangtahun ke-4 Tonton dengan rekod 4 juta pengguna pendaftar". Tahniah buat tonton!!! Azwar pun salah seorang pengguna tonton.




 Bergambar bersama Kak Ayue dan juga Kak Uzu (Emas Putih)

Bergambar bersama Kak Yaya

Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ini Tonton ada melancarkan sebuah lagi siri web original iaitu "HANYA SATU", yang menampilkan Syarif SleeQ, Kilafairy, Qhaud Rashid, Fezrul Khan, Wan Sharmila bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah. Cerita ini dah disiarkan pada 15 September sehingga 17 Oktober 2014, setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengahari. Jadi kalau korang ada masa, tengoklah siri ini di Tonton.

Akhir sekali, nama pun dah lunch dengan Syarif Sleeq mestilah ada satu gambar bersamanya. hahaha...Nah, I belanja satu gambar! Dia memanglah seorang yang peramah dan kuat senyum. Dari masuk sampailah habis event dia senyum sahaja!


p/s: Apa-apa pun jangan lupa menonton "Hanya Satu" di www.tonton.com.my!

Read More»

Saturday, 20 September 2014

Giveaway, Kombinasi 3 Orang Blogger

Salam to all readers,

| KLIK UNTUK JOIN |

| Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda, Mamanizza | Tanpa membuang masa, Azwar nak ajak korang-korang semua join giveaway di atas ini. Ini kerana Azwar merupakan salah seorang penganjurnya. hahahaa... Tolong bagi support sikit, pada orang yang baru berjinak-jinak nak buat giveaway ini. Jangan risau, tak banyak pun syarat yang dikenakan kepada anda-anda semua. 

Cuma hanya menjawab beberapa soalan yang mudah sahaja. Hadiah? Off course laa ada. Mana ada orang buat giveway tiada hadiah kan? Kami bertiga iaitu Azwar, Huda dan Mamaniza sendiri yang menyediakan hadiahnya. Salah satu soalan yang Azwar kemukakan dalam giveaway ini adalah:

Apa pendapat anda atau berikan sedikit komen tentang blog Azwar ini?

Pemilihan pemenang? Sudah tentu, pemilihannya berdasarkan komen yang kreatif dan inovatif. kahkahkah.. Jadi, tanpa melengahkan masa engkorang semua apa kata join giveaway ini sekarang! Giveaway ini hanya berlangsung selama 10 hari sahaja iaitu bermula pada 20 September 2014 hingga 30 September 2014

p/s: Hope ramai yang support giveaway ini! >_<

Read More»

Wednesday, 17 September 2014

Jalur Gemilang Sale by Lazada

Salam to all readers,



#Jalur Gemilang Sale by Lazada# Olla! Agak-agaklah kan masih ada ke lagi orang yang tidak tahu mengenai laman web LAZADA.COM.MY ? Untuk pengetahuan korang LAZADA MALAYSIA merupakan laman web shopping online dengan barangan yang terlajak diskaun dan murah gila!! Siapa yang rajin shopping sini, pasti mengetahuinya. Sekarang Azwar nak bagitau kat korang-korang semua ni, SEMPENA HARI MALAYSIA, LAZADA MALAYSIA telah melancarkan JALUR GEMILANG SALE untuk semua pembel-pembeli setia di Lazada Malaysia. Diskaun sehingga 90% untuk pelbagai jenis barangan yang boleh didapati di JALUR GEMILANG SALE.


Terdapat 12 kategori Jalur Gemilang Sale by Lazada antaranya termasuklah barangan dapur, smartphone, barangan baby, fashion dan macam-macam lagi. Jalur Gemilang Sale ini bermula pada 15 September 2014 hinggalah 21 September 2014. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Tadi Azwar sempat usha barang-barang dekat Lazada Malaysia bersempena Jalur Gemilang Sale. Dalam pada usha barang tadi, hati ini dah berkenan sangat dengan Vacum yang tengah sale dekat Lazada!

Klik gambar untuk lebih jelas!

Macam tahu-tahu sekarang Azwar tengah cari Vacum. Macam mana tak terpikat dengan Vacum yang terdapat di Lazada ini tengoklah ada potongan harga yang banyak, dari RM900 lebih boleh dapat dalam RM200 lebih sahaja di Lazada. Gila tak murah!!

Memandangkan nak dekat raya haji ini, apa kata korang ambil peluang ini untuk shopping online di LAZADA. Jadi tiada istillah korang tiada masa untuk shopping di luar, sedangkan korang boleh shopping di hujung jari sahaja. Seronok tak? Tak payah susah-susah keluar duit minyak pergi shopping mall. Jangan rasa ragu-ragu untuk membeli barangan di LAZADA kerana dah ramai pengguna yang membeli barangan di sini termasuklah Azwar okay! Tambah-tambah semua barangan Free Delivery jadi amatlah berbaloi-baloi. Jadi apa tunggu lagi, marilah bershopping di LAZADA!

Maklumat lanjut boleh layari:
Jalur Gemilang Sale ini bermula pada 15 September 2014 hinggalah 21 September 2014, jangan lepaskan peluang ini okay!

This is sponsored post!

Read More»

Saturday, 13 September 2014

Review Novel: SKIZO

Salam to all readers,


Penulis: Ahmad Akmal Azman
Harga: RM16.90
Halaman: 1-317
Keluaran: LEJEN

Sinopsis:

Hidup tak semestinya indah. Setiap laluan pasti akan ada batu-batu halangan. Setiap perjalanan pasti akan ada lopak-lopak cabaran. Sudah tertulis di atas sana, setiap manusia akan diuji dalam hidup. Hanya kekuatan diri yang menjadi pemutus.

Megat Andika adalah seorang lelaki yang bertuah. Sedari kecil, dia dilimpahi kemewahan yang tidak terkira. Apatah lagi dengan posisinya sebagai pewaris tunggal Megah Holdings. Hampir semua yang dimahukan mampu dibeli. Kemewahan dan kekayaan hampir menjadikan Megat Andika seorang yang taksub dengan dunia.

Sebuah peristiwa yang tidak dijangka tiba-tiba berlaku. Sepantas kilat, dia hilang semua keupayaan. Hatta untuk bernafas sekalipun. Namun jiwanya masih hidup. Sehidup nyawanya.

Skizo, sebuah thriller psikologi yang membuatkan anda terbayang tentang bagaimana rasanya apabila dipaksa hidup di dalam kepercayaan dan pemikiran asing.

Review dar Azwar:

Penulis menceritakan tentang Megat Andika yang merupakan seorang anak orang kaya. Datuk Wira bapanya, telah melantik Megat Andika sebagai pewaris tunggal Megah Holdings. Pelantikan ini kurang disenangi bapa saudara Megat Andika. Suatu malam, berlaku pertengkaran antara Megat Andika dengan bapa saudara di rumahnya. Untuk mengelak perbalahan berpanjangan Megat Andika keluar dari rumah untuk menenangkan fikiran. Dia menaiki kereta bapanya Dato Wira sambil ditemani Sharifah Natasha.

Megat Andika mengajak Sharifah Natasha keluar hanya untuk menenangkan fikiran, tetapi berlaku perselisihan faham antara Megat Andika dan Shrifah Natasha. Pertelingkahan masih berterusan sehingga perjalanan pulang. Sewaktu pertengkaran tersebut, mereka terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandu Megat Andika bertembung dengan kenderaan lain di hadapan.

Sepanjang Megat Andika berada di hospital, roh dirinya keluar dari badannya seperti mengembara. Dari situ, penulis membawa mesej yang mana orang yang koma ianya boleh mendengar segala percakapan dari orang sekeliling. Tapi, dalam cerita ini, penulis memaparkan Megat Andika dapat mengetahui sekuat mana kejujuran ahli keluarganya, kawan-kawannya, orang sekeliling, niat serong bapa saudaranya, dan perkara yang akan berlaku pada keluarganya di masa akan datang. Namun, pengembaraan Megat Andika memaksa dirinya menghadapi pelbagai cabaran untuk menjejaki kebenaran. Apa yang terjadi seterusnya? Harus korang pergi membelinya untuk mengetahui kisah selanjutnya.

p/s:  Disebabkan memberku banyak beli buku keluaran LEJEN, aku pun belilah semasa pergi pesta buku haritu. Antara ketiga-tiga buah buku keluaran LEJEN yang kubeli yang SKIZO ini paling best. Entah mengapa rasa macam tak kena dengan jiwalah pula. heheehe.. >_<


Read More»

Thursday, 11 September 2014

Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500

Salam to all readers,


google


Tanpa membuang masa mari kita join 'Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500' yang baru bermula semalam 9/9/2014 sehingga 10/10/2014. Giveaway ini dilancarkan oleh ahli Keluarga Shaklee sendiri iaitu www.zinniaza.com | www.ninibizshop.com | anniaswa.blogspot.com | nissashoppe.blogspot.com dan zianaeunos.blogspot.com. Yang menariknya, boleh dikatakan semua hadiah berupakan Produk Shaklee sendiri. Siapa tak kenal Produk Shaklee yang tidak asing lagi dikalangan kaum wanita kan? Seterusnya, dikehendaki menjawab soalan "Kenapa Saya Nak Vitamin Shaklee?" Saya nak vitamin Shaklee kerana saya nak juga merasai kehebatan dan ingin melihat sendiri tahap keberkesanan produk shaklee seperti yang dapat dilihat daripada testimoni beberapa orang pengguna Produk Shaklee.

Dua orang blogger yang Azwar tag untuk giveaway ini ialah:


p/s: Jadi, rebutlah peluang keemmasan ini untuk memenangi Produk Shaklee! =D

Read More»

Tuesday, 9 September 2014

Review Novel: Jejaka Bajet Bagus

Salam to all readers,

 

Penulis: Amiza Anaz
Harga: RM21.00
Halaman: 1 - 498
Keluaran: Alaf 21

Sinopsis:

Fahimi - Ahli korporat berusia 30-an. Masih bujang dan sangat memilih dalam soal jodoh. Semua gadis tidak sempurna di matanya. Cerewetnya!

Widya - Gadis skema berusia lewat 20-an. Setelah kecewa cinta, perasaannya jadi sebu terhadap lelaki. Apa orang nak kata atau sindir, dia tidak ambil pusing. Janji dia bahagia!

Kebetulan kedua-duanya menjadi pengapit pengantin kepada sepupu masing-masing. Tiba-tiba mereka menjadi musuh kerana satu tragedi yang tidak disangka-sangka.

"Hah! Comel? Engkau dah hilang akal ke apa Husni? Orang macam tu bukan taste abanglah. Tak semenggah baju dia pakai tadi," kutuk Fahimi.

"Jangan sampai aku berpencak silat dengan dia petang ni sudahlah. Masuk berita pulak nanti. Tajuk berita 'pelamin angan, pengantin musnah. Pengapit bersilat," omel Widya.

Anehnya... dalam pertemuan seterusnya pasti berlaku 'cerita kelat' terhadap Widya. Ironinya, Fahimi pula yang menjadi hero penyelamatnya. Macam ada konspirasi!

Review dari Azwar:

Jalan ceritanya masih melibatkan dua hero dan seorang heroin. Sorang hero amat mencitai dan seorang lagi baru berkenalan. Bak kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Fahimi merupakan seorang lelaki maskulin dan kuat bekerja serta rajin mendekorasi rumahnya. Akan tetapi cerewet dalam memilih gadis. Mempunyai kawan baik dari kecik iaitu Azmil. Dah macam belangkas mereka berdua, di mana ada Fahimi di situ ada Fahimi sehingga geng kakak sepupu Fahimi salah erti hubungan mereka. Walaupun si Azmil dah berumahtangga. Bagi mengelakkan salah erti ini, kakak sepupu si Fahimi ini merangcang untuk mencarikan seorang gadis buat si Fahimi. Jadi pengenalan Fahimi dan Widya terjadi apabila masing-masing menjadi pengapit buat sepupu masing-masing. 

Widya asalnya merupakan anak orang kaya. Ayahnya ada buka syarikat bersama rakan kongsi merangkap kawan baik. Tiba-tiba entah macam mana, ayah si Widya dituduh pecah amanah lalu dihukum penjara dan secara tidak langsung keluarganya jatuh muflis. Semua orang pulaukan dirinya. Disebabkan perkara ini ayah Widya terus mendapat penyakit sehingga lumpuh. Jadi, Widya bertekad untuk menyara keluarganya dengan apa jua cara sekalipun dan suatu hari dia akan buktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. 

Nak tahu apa yang terjadi lepas itu? Kalau nak tahu kenalah beli bukunya. Bagi Azwar novel ini masih okay untuk dibaca. Jalan cerita pun masih menarik. Tapi ceritanya lebih kepada mencari bukti bahawa bapanya tidak bersalah daripada menonjolkan hero dan heroin. Apa-apapun masih menarik untuk dibaca. 

p/s: Azwar borong novel ini masa pergi pesta buku dekat SACC, Shah Alam. Jadi, dapatlah potongan harga lebih sikit. hehehe..

Read More»

Saturday, 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Read More»

Friday, 5 September 2014

Tawaran Review Products & Iklan di Blog Azwar

Salam to all readers,


Olla! Buat masa ini Azwar tiada apa-apa komitmen, itu pasal terlebih rajin update. Jadi, dengan berbesar hatinya Azwar nak mempelawa mana-mana individu yang baru berbisnes dan ingin mempromikan produk yang korang jual untuk di review. Tak kisah produk korang jual tu ubat nyamuk sekalipun, I rela menerimanya. hahahaha...


Walaupun... Ada segelintir yang mengatakan;

ALLAH.. BLOG INI NAK REVIEW?
Ada aku kisah orang nak mengata? Janji produk yang korang suruh Azwar review itu tidak menyalahi undang-undang dan bahan-bahannya haruslah bersesuai untuk kita semua guna pakai. Bagi sesiapa nak sponsored gift pun boleh, tapi buat masa ini Azwar dahulukan dulu review products yang berbayar. Disebabkan dulu Azwar bagi email yang kurang active, banyak Azwar terlepas. 

Berkenaan harga? Kita boleh runding, pakej murah Azwar bagi okay! Jadi, jangan lepaskan peluang nak review products ataupun nak beriklan pun boleh terus email Azwar okay. Kalau orang dah beri Azwar amanah untuk review, Insyallah Azwar akan review dengan sebaik-baiknya. Orang dah bersungguh-sungguh, takkan nak buat sambil lewa pula kan. Tak ke naya tu? Duit nak, kerja taknak buat. hehehe.. 

Bawah ini, ada beberapa contoh entri review yang pernah Azwar buat. Tudung bawal itu, saje-saje review;

1) Review Harum Malam
2) Review B'vite
3) Review Tudung Bawal Exclusive
4) Review Natta Cosme OST Original Pure Vitamin C20 Serum
5) Review Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish

Note: Kepada sesiapa yang berminat, boleh terus email ke azwa_gem94@yahoo.com . Bajet blogger retis pula, tulis entri ini. hahaha.. (Padahal masih suam-suam kuku.) -_-


Read More»

Thursday, 4 September 2014

Tips : Cara Mudah Mendapatkan CPUV dari Nuffnang

Salam to all readers,


Alhamdulillah dan sekali lagi terima kasih pada Nuffnang kerana masih sudi bagi CPUV padaku. Sampai 3 CPUV yang masih dalam mood "ON GOING". Alhamdulillah!


Nuffnang merupakan laman web yang tidak asing lagi di kalangan blogger. Baik blogger lama mahupun blogger baru, pasti rata-rata blogger dah mendaftarnya. Disebabkan 4 bulan berturut-turut, CPUV datang menyapa di blogku, rasanya bolehlah kita berkongsi sedikit tips untuk mendapatkan CUPV. Okay tak? Padahal, Azwar tak pernah cashout lagi dalam Nuffnang. Azwar pun banyak google macam mana nak dapatkan CPUV jadi tak salahkan kalau berkongsi. 

Antara tips untuk mendapatkan CUPV di blog korang adalah :

1) Hantar tiket ke Nuffnang

Sememangnya Azwar jarang amalkan tips ini, tapi bagi yang ingin mendapatkan CPUV dengan cepat. Cubalah hantar tiket pada pihak Nuffnang. Tanyalah apa-apa yang korang rasa ingin bertanya. Sebagai contoh, "Apakah ciri-ciri blog untuk peroleh CPUV?". Tanya dalam bahasa melayu pun boleh. Dengan cara menghantar tiket inilah pihak Nuffnang boleh tahu kewujudan blog kita. Jangan risau, setiap pertanyaan korang pasti mendapat respond dari pihak Nuffnang. Jadi, peluang nak dapat CPUV pun makin cerah. Tak tahu macam mana nak hantar tiket? Korang boleh ikut step di bawah ini;




2) Update survey

Kalau dengan cara hantar tiket tak jalan, cuba merajinkan diri korang update survey. Update survey ini ada di bahagian 'MANAGE BLOG' yang ada bio kita. Setiap kali, sign in Nuffnang, rajin-rajinkanlah diri update survey. Hal ini, sedikit sebanyak dapat membantu pihak Nuffnang mengetahui kewujudan blog kita. Kalau korang rajin update survey ini, nampaklah sikit yang korang masih active. Takdelah bersarang akaun Nuffnang korang.

3) Letak iklan dengan betul

Kedudukan iklan Nuffnang sedikit sebanyak mempengaruhi earning CPUV. Kalau boleh letaklah iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Janganlah tersorok sampai orang lain tak nampak. Kalau tak tahu nak letak iklan Nuffnang macam mana, just google sahaja. Berlambak tutorial cara pemasangan iklan Nuffnang.

4) Rajinkan diri update blog

Update blog bermaksud update cerita. Bahagian ini Azwar tak reti nak amalkan disebabkan tak tahulah nak update cerita apa. Ada sesetengah blogger dalam sehari sampai 5 entri dia update, ada sesetengah lagi update hari-hari. Perghh banyak buah fikiran depa naa. Keadaan ini sedikit sebanyak dapat meningkat earning dan peluang nak dapatkan CPUV pun cerah. Kalau dah hari-hari update entri. Kalau sama sahaja entri, orang pun malas nak singgah.

5) Rajin click iklan-iklan

Kalau rasa nak orang click iklan-iklan dekat blog korang, ringan-ringanlah juga tangan tu untuk click iklan-iklan di blog kawan-kawan. Jangan gatal click iklan sendiri sudah sebab Nuffnang boleh tahu siapa yang click. hehehe.. Yang tak click janganlah memandai kata click. Tak baik menipu kan?

6) Traffic tinggi dan maintain

Kalau bahagian ini pasti rata-rata dah tahu kan? Sebenarnya, susah juga nak capai traffic tinggi dan maintain. Kalau bahagian ini pasti akan dikaitkan dengan pageview & unique visitor. Kalau pageview itu mudah sahaja nak dapat, makin korang rajin blogwalking makin tinggilah pageview blog korang. Yang susah nak capai unique visitor padahal benda inilah yang dipandang oleh company pengiklanan. Nak capai 120++ pun payah inikan pula unique visitor yang mencapai angka ribu-ribu tu. Manalah tahu akan datang dapat capai ribu-ribu macam blog Cik Epal.

p/s: Ini sahajalah tips yang dapat Azwar kongsi pada korang. Buat masa ini, tips-tips ini juga Azwar amalkan untuk mendapatkan CPUV. Tapi Azwar perasan CPUV ini galak dapat after Azwar join pergi Kilang Mamee. Agaknya, korang kena join salah satu event Nuffnang baru dapat CPUV kot. hahaah.. =D


Read More»

Monday, 1 September 2014

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang
Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com