Wednesday, 16 July 2014

Review: Tudung Bawal Exclusive

Salam to all readers,

Diam tak diam World Cup dah tamat dah, tahniah buat team German! Ada yang menangis tengok bola ke? Lepas Brazil kena tibai 7-1 dengan German. Takpelah takde rezeki nak menang. Apa-apa pun, sahur jangan lupa bangun pula.


Harini Azwar nak share satu tudung yang Azwar rasa sangat best apabila dipakai. Sekarang, lambakan tudung di pasaran begitu banyak dengan pelbagai jenama yang terkenal. Sebagai contoh, tudung Ariani, Fareeda, Adi Juma, Sincerelybyus (SBU) dan bermacam-macam lagi jenama. Kalau dulu paling familiar, tudung bawal, sekarang tudung jenis sarung atau shawl. Pernah juga dulu-dulu pakai shawl, tapi bila bab lilit-lilit tu failed terus! Jadi dari kecik sampai ke besar, memang setia pada tudung bawal sahaja. Tudung bawal yang paling murah yang Azwar boleh dapat adalah dengan harga serendah RM8. Sekarang, Azwar nak memperkenalkan tudung bawal juga sebenarnya, tapi bawalnya sangatlah selesa apabila dipakai iaitu tudung 'Bawal Exclusive'. Kalau tudung bawal yang murah ianya tiada batu bata, tapi kalau bawal Exclusive terdapat batu bata yang bermutu tinggi, dari jauh dah nampak berkilat-kilau. Makin banyak batu permatanya, makin bergandalah harganya. hehehe..

Yang paling best, batu bata yang melekat dekat tudung 'Bawal Exclusive' ini takkan tanggal, senang dicuci, mudah digosok, dan yang paling penting senang dibentuk serta selesa dipakai. Benda kalau mahal sekalipun tapi selesa dan syok dipakai, orang akan beli juga. Tapi walaupun benda murah, selesa dipakai dan nampak mahal, orang tetap akan membeli juga! Umpama ikan bawal, walaupun kecik tapi harga berpatutan, isinya sedap orang tetap beli juga.

Di sini, Azwar sertakan beberapa keping gambar tudung bawal exclusive yang pelbagai jenis design dan nama tersendiri. Kalau korang ada instagram, rajin-rajinlah usha tudung bawal exclusive dekat situ. Tekan sahaja hashtag #bawalexclusive. Pasti ada punya! Sebagai contoh IG yang jual tudung bawal exclusive ialah @myplaceselection, ataupun @naniecollections.

 Bawal Exclusive Mahkota Polkadot

 Bawal Exclusive Batu Tabur 60

 Bawal Exclusive Bawal Kristal

Bawal Exclusive Mahkota Lara

Ini gambar masa hangout bersama Mei Hong, seminggu sebelum nak puasa sambil menggayakan tudung bawal Exclusive Tabur 60. Berkilat-kilau batu permatanya, sampai silau mata! Azwar mula pakai tudung bawal exclusive ini pun sejak raya tahun lepas. Itupun makcik gua hasut, katanya best. Jadi belilah yang harga paling rendah nak merasa. Sekali pakai, pasti nak pakai lagi. heheeh..Jadi, raya tahun ini Azwar masih setia pada tudung BAWAL EXCLUSIVE! Kalau nak tahu, apa yang best bila pakai bawal exclusive, korang kenalah cuba sendiri. -_- (Sengaja nak menghasut korang, nak dekat dah nikan?hahaha).

More info:
Website: Bawal Exclusive
Facebook: Bawal Exclusive
Address: No. 205, Tingkat 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Apa tunggu lagi? Pergilah serbu BAWAL.COM.MY sekarang! =D


Read More»

Sunday, 13 July 2014

CPUV Ke-3

Salam to all readers,

Alhamdulillah, Azwar dapat CPUV untuk sekian kali! Again and again! hahaha..Thanks you so much nuffnang! Makin tak update, makin banyak cpuv masuk. Alhamdulillah. Bulan depan bagi lagi ya nuffnang!

Bulan 7 ini dapat 2 cpuv yang sedang 'On Going', iaitu cpuv Julie's LINE New Package dan juga Kastam Malaysia. Kedua-dua iklan ini, Azwar tak sempat tengok. Entah mana satu iklannya. Sekiranya, kalian nampak iklan tersebut silalah rajinkan diri untuk klik-klik! Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak NUFFNANG!


Bagi rakan-rakan blogger yang dah beri nama dan juga alamat, tunggu kad raya Azwar sampai rumah okay! Esok Azwar pergi pos! Terima kasih, banyak-banyak kerana sudi terima kad raya dari Azwar! =D


NOTE: Pejam celik pejam celik puasa dah nak berakhir, raya dah nak tiba. -_-


Read More»

Wednesday, 9 July 2014

Kad Raya 2014 Eksklusif MissAzwarSyuhada

Salam to all readers,




Unik tak kad raya zaman atok aku sekitar tahun 1960-an? Ini zaman dulu punya kad rayalah, tapi zaman mak aku di bangku sekolah (tahun 1970-an) kad raya dah banyak terjual di kaki lima dan kedai runcit. Zaman dulu manalah ada wujudnya shopping mall lagi, yang ada kedai runcit sahaja. Bila dah masuk zaman milinium ini, zaman moden yang serba canggih kad raya pun dah dilupakan. Sekarang, orang guna mms, whatapps, skype, facebook, twitter dan pelbagai jenis laman sosial untuk hantar kad ucapan hari raya. Walaupun, sekarang kad raya mudah didapati di shopping mall, tapi cara ini orang kata dah kuno ataupun dah ketinggalan zaman main pos-pos surat. Zaman Moden katanya! 

Walaupun zaman sekarang zaman milinium, aku masih menggunakan khidmat pos mengepos. Mak aku kata, kalau hantar kad raya ini ianya lebih syahdu dan penuh bermakna lagi. Kalau dulu-dulu pergi beraya rumah orang, sekitar penghujung 1980-an orang masih mengantung kad raya di ruang tamu ataupun lambakan kad raya di penjuru dinding. Masa itu, untung sape jadi cikgu kerana merekalah yang paling banyak dapat kad hari raya. Kalau pelajar hot pun, dah tentu-tentu banyak dapat kad raya dari secret admire.

Pantun raya yang paling popular sampai sekarang:

Pecah kaca, pecah gelas
sudah baca harap balas

ataupun..

Ada ubi ada batas,
lain hari boleh balas..


Tadaaa! Inilah kad raya dari Azwar untuk korang-korang semua. Kad ini di design oleh kak Azhafizah dan printing by kak Shida. Kalau korang nak design kad ataupun blog bolehlah rujuk pada kakak dua orang ini. Hasilnya? Sangat memuaskan hati. Begitu sempurna sekali! =D





Kad Raya 2014 Eksklusif dari Azwar (http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com)

Siapa nak?Angkat kaki sekarang! hahaha.. Macamlah ada orang nak kad raya dari kau Azwar oit! Tahun ini baru berkesempatan buat kad raya dan nak bagi korang-korang semua. If korang nak kad raya dari Azwar, meh la pm dekat facebook kita! Nak berbalas-balas kad raya pun boleh! Kalau sudi cepat-cepat PM kita ya! Nak buat giveaway sempena hari raya, takut orang tak join, yelah tak pernah buat giveaway pun. Jadi, Azwar nak bagi sahaja pada korang!

Kalau korang nak boleh PM Azwar di Facebook ataupun email:
Facebook: AZWAR SYUHADA
Email: gem_azwar94@yahoo.com

Kalau korang tak kisah, jawablah dekat kotak komen itupun kalau korang nak jawablah. SAYA NAK KAD RAYA 2014 EKSKLUSIF DARI AZWAR kerana.....

NOTE: OMG! Aku pula yang excited sangat nak bagi kad raya dekat korang semua! Selewat-lewatnya hantarkan details korang sebelum hari Selasa depan okay!

FACEBOOK: AZWAR SYUHADA
TWITTER: @AZWARSYUHADA
INSTAG: @AZWARSYUHADA

Read More»

Monday, 7 July 2014

Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)

Salam to all readers,

Sekarang kalau blogwalking mana-mana blog, pasti ada sahaja giveaway ataupun contest. Jadi aku pun taknaklah ketinggalan untuk ambil bahagian. Nak buat giveaway sendiri memang taklah. Sekarang hanya mampu join orang punya giveaway sahaja dulu. 

Sekarang blogger Eray Ayang sedang menganjurkan giveaway yang berjudul 'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'. Giveaway ini bermula pada 29 Jun 2014 hingga 18 Julai 2014. Menariknya, bagi sesiapa yang join giveaway ini akan terima "Follow" dan akan dimasukkan ke dalam bloglist http://welovesusuibu.blogspot.com/. Best kan? Syaratnya pun sangat mudah dan simple. Rugi sape tak join!

-KLIK BANNER UNTUK JOIN-

HADIAH-HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI:
TEMPAT PERTAMA: VOUCHER TUNAI ZALORA RM150
TEMPAT KEDUA: DUIT RAYA RM40
TEMPAT KETIGA: DUIT RAYA RM20

*Pemenang akan diumumkan pada 21 Julai 2014


Read More»

Friday, 4 July 2014

Salam Ramadhan

Salam to all readers,


Diam tak diam sudah 5 hari kita berpuasa. Esok dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Sekarang takde masa nak update cerita, balik kerja letih kemain. Ingatkan sebelum puasa nak berhenti. Bila pikir-pikir balik, kalau aku berhenti sape plak nak bagi aku duit. hahaha... Puasa pertama haritu, aku dapatlah berbuka puasa bersama keluarga. Memandangkan aku dah cakap awal-awal dengan boss nak balik awal bagi puasa pertama. Nasib baik aku dapat boss yang happy go lucky. Awal puasa ini, rasanya macam kurang sikit customer masuk. Penat juga aku dengan boss menunggu customer yang tak kunjung tiba. Bila takde customer rasa bosan gila, tapi bila ada tak menang tangan nak buat kerja. 

Macam mana bulan puasa kali ini? 

Alhamdulillah, bulan puasa kali ini aku dapat menunaikan solat terawih di masjid. Dulu masa zaman atuk dan nenek aku ada, solat terawihnya dibuat sampai 20 rakaat. Tapi semenjak dua tahun ini, solat terawihnya hanya 8 rakaat sahaja di masjid tempat akulah. Agaknya orang dulu-dulu handal tu pasai dorang boleh buat lebih daripada 8 rakaat. Sekarang ini banyak sangat makanan segera, jadi semuanya nak segera. Solat pun nak SEGERA! Tapi alhamdulillah, ada juga orang nak buat. 

Buat masa ini, aku belum berkesempatan lagi untuk pergi ke baaar. Rasanya memang tak akan pergi. Seperti tahun-tahun sudah, aku memang tak jejak bazaar pun. Benda penting yang korang kena ingat bila pergi bazaar ialah jangan sesekali membazir. Contohnya, mula-mula niat nak ke bazaar untuk beli nasi ayam sahaja, tapi bila dah pusing lepas satu gerai ke gerai, mulalah nak beli makanan lain. Dah nak balik, ternampak pula orang ramai berkerumun dekat satu gerai, mulalah tertarik nak pergi mengintai (dengar cerita gerai tu jual makanan macam pisang goreng, sedap sangatlah kononnya) kau pun belilah. Sudahnya, bila bawak balik, tak termakan pun masa berbuka. Jadi, beringat-ingatlah ketika berbelanja di bazaar ramadhan.

Persiapan raya?

Awal-awal lagi aku dah tempah baju, dah siap pun sekarang. Tinggal nak pakai sahaja. Walaupun mak aku menjahit, aku tetap hantar dekat tailor luar. Yelah, mak aku pandai satu fesyen iaitu baju kurung biasa sahaja. Jadi baju berfesyen-fesyen ini, terpaksalah aku tempah dekat luar. Kuih raya? Kalau diikutkan, tiap-tiap tahun mak aku buat kuih raya, dan kiteorang jarang membeli kuih raya. Memandangkan, ada yang sudi memberi. Ipar duai mak aku, tiap-tiap tahun bagi satu jenis kuih raya. Orang dah bagi, kita ambil sahajalah. Dodol pun kiteorang bikin sendiri. Tapi tahun ini tak sure lagi, samaada buat ke tidak. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Salam Ramadhan 1435H buat semua. Moga ramadhan kali ini kita lebih berhemah ketika berbelanja dan memperbanyakkan lagi ibadah untuk mendapatkan pahala yang bertingkek-tingkek. Memandangkan sekarang musim panas, diingatkan supaya jangan terlalu seronok bermain bunga api. Apa-apa pun, Salam Ramadhan buat semua!



p/s: Sewaku aku menaip ini, cuaca tengah berangin. Tak tahulah, bila hujan nak turun. -_-


Read More»

Wednesday, 2 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Salam to all readers,


Tahu apa itu Nile.Com.My?
Nile.Com.My merupakan laman web bisnes online shopping yang terkenal di Malaysia. Nile.Com.My menjual pelbagai barangan seperti baju muslimah, pakaian, kasut, beg, barang-barang gym, kelengkapan rumah dan sebagainya. Yang paling menarik, setiap kali menjelang musim perayaan sudah pasti Nile.Com.My memberi diskaun. Bila ada diskaun, ramailah orang pergi serbu! Sekarang, Nile.Com.My ada mengadakan satu contest bersempenakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hadiahnya berupakan wang tunai. Nak duit raya dari Nile.Com.My tak? Kalau nak jomlah join!

Hadiah yang bakal dimenangi dari Nile.Com.My:
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 xPemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

Syokkan kalau dapat duit raya RM300! Boleh beli macam-macam yang kita nak. Bukan senang nak dapat duit raya banyak tu. Seandainya, Azwar mendapat duit raya RM300 dari Nile.Com.My Azwar akan:
- RM100 Azwar nak beli dua pasang cadar katil sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
- RM100 Azwar nak simpan dalam bank untuk tabung masa hadapan.
- RM50 nak belanja satu family pergi makan luar.
- RM50 duit raya buat sanak saudara.

Ini sahajalah, angan-angan Azwar seandainya mendapat RM300 dari Nile.Com.My. Alangkah bahagianya kalau menang kan? Harap-harap ada tuahlah! -_-

CARA NAK SERTAI:
1. Isi tajuk : Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.Com.My
2. Letak banner seperti di atas kemudian linkkan banner tersebut dengan link yang ini: 
3. Ceritakan apa benda yang korang nak lakukan dengan hadiah wang tunai RM300 tersebut untuk bulan Ramadhan atau Hari Raya nanti.
4. Hantarkan penyertaan anda dan butiran lengkap ke
email: give_away@nile.com.my
Letak tajuk: Raya GiveAway (Nama Penuh Korang)
a. Link entri:
b. Nama penuh:
c. Nombor Handphone:

SEMAK KEPUTUSAN
Klik link INI pada 23/7/2014, 4.30pm

PEMILIHAN PEMENANG
*menggunakan khidmat random.org

Tamat : 21/7/2014, 11.59pm


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com