Monday, 31 March 2014

Review: Segarkan Badanmu Bersama Harum Malam

Salam to all readers,


Anda mengalami masalah? Setiap orang pasti mempunyai masalah, tidak kiralah masalah keluarga, kewangan, peribadi dan sebagainya. Antara banyak-banyak masalah, sudah pasti masalah bau badanlah yang menjadi masalah besar pada seseorang. Setiap orang pasti mengalaminya. Pelbagai petua yang telah diperkenalkan baik tradisional mahupun moden. Kalau petua tradisional sudah pasti menggunakan limau dan daun sirih. Jika secara moden pula, pelbagai deodarant yang pelbagai jenama dipasarkan. Namun, terdapat segelintir orang bila memakainya tetap ada masalah bau badan (tengik). Kadang-kadang masalah bau ini lagi kuat sama ada sebelum period ataupun selepas period. Kebiasaannya, masalah bau badan ini akan berlaku pada remaja yang meningkat dewasa.


Jadi hari ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang boleh mengatasi bau badan iaitu produk "Harum Malam". Anda semua jangan pengsan bila dah terlebih wangi. Insyaallah..

Apa itu Harum Malam?

Harum Malam merupakan satu supplemen dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Ianya diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh. Cuma minum 2 kali sehari dan lihat kesannya dalam tempoh yang singkat.



Antara Kebaikan Harum Malam:
  • Ia mampu membantu menyihatkan dan mencegah bau badan.
  • Ianya juga dapat mencegah masalah dalaman wanita, memberikan tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan aktiviti seharian.
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

Khasiat lain Harum Malam:
  • Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  • Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat & montok.

Banyak kan kebaikan yang kita dapat apabila minum Harum Malam ini! Bukan setakat menghilangkan bau badan sahaja, malah dapat menganjalkan kulit. hehehe.. Suka tak?




Ramuan yang terkandung dalam Harum Malam:
  • Ekstrak Ros 
  • Sirih
  •  Buah Tin
  •  Kismis
  • Madu
  • Goji
  •  Limau Purut
  •  Kayu Serapat
  •  Buah Delima
  •  Manjakani
  •  Pueraria Lobata
  •  Pueraria Mirifica



Hah! Bila dah baca apa kebaikan dan ramuan yang terkandung dalam Harum Malam ini, pasti ramai yang ingin mencuba. Pelbagai herba yang terkandung dalam menghasilkan produk HARUM MALAM ini. Jadi tak payah nak takut-takut untuk mencubanya kerana semua ramuannya adalah bahan semulajadi. Rasanya pun manis!

Harga Harum Malam:

Sebotol = RM40 sahaja bagi Semenanjung (INC.POSTAGE)
Sebotol = RM45 bagi Sabah & Sarawak. (INC.POSTAGE)
Untuk order boleh contact : > www.facebook.com/LegacySecretTrading <



p/s: Selamat mencuba!


Read More»

Sunday, 30 March 2014

Miss Azwar Dah Ada Kad Sendiri!

Salam to all readers,


Design by : Shida Radzuan

Apa pandangan korang? Cantik tak? hehehe...


Read More»

Sunday, 23 March 2014

Review Novel: Sepasang Kurung Pink

Salam to all readers,


Penulis: Nureen Mirza
Harga: RM23.00
Halaman: 1-586
Keluaran: Alaf21

Sinopsis:

"Jadikan Diza Irdina teman hidup aku?"

Mama kata, Diza irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Huh! Merepeklah... Cantik sangat ke perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai tudung litup. Asyik-asyik bajunya warna pink. kerjanya pun setakat guru sekolah. Hisy, mana padan dengan dia, seorang engineer!

Namun, puas dielak.. Jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit Hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya sesuka hati. Selagi perempuan itu tidak menangis, jangan panggil dia Syahrin Haiqal.

"Sebelum keluar rumah awak, saya dah tengok muka saya dekat cermin. Memang saya tak sepadan dengan awak."

Tetapi Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin buli dia? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki.

Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi ni. Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibenci itu menjadi pengubat rindunya.

Review dari Azwar:

Jalan ceritanya sekali baca dah tahu apa kesudahan ceritanya. Kisah hidup Diza Irdina sangat kesian. Diza Irdina merupakan seorang anak kepada banduan. Ibunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh bapa tiri Diza Irdina. Mak Diza membunuh bapa tirinya pun disebabkan Diza Irdina nyaris-nyaris kena rogol dengan si bapa tiri. Setelah mak Diza dipenjarakan, Diza terpaksa mengambil alih tanggungjawab seorang mak ayah untuk menjaga adiknya Daim. Dalam pada Diza menjadi seorang guru, mama Syahrin mula berkenan kepada Diza sehingga nak dijadikan menantu. Mama Syahrin selalu datang ke sekolah untuk mengambil cucunya merangkap kepada anak saudara Syahrin. Kisah Syahrin? Kenapa dia ego? Si Syahrin ini dulu pernah ada kisah silamnya dahulu, iaitu dia pernah bertunang dengan seorang perempuan yang bertudung. Satu haritu tunangnya terkantoi, si Syahrin nampak tunangnya dengan lelaki lain atas katil. Sejak peristiwa itu, dia cop perempuan yang bertudung ini tiada akhlak dan bertopengkan syaitan. Nak tahu lebih lanjut? Bacalah sendiri okay. Apa-apa pun, aku suka baca novel ini disebabkan gaya penulisan yang cukup santai dan tidak membosankan. =)



Read More»

Tuesday, 18 March 2014

Setapak Ke Angka 20!

Salam to all readers,

Alhamdulillah genap sudah umur aku 20 tahun. (2/3/1994) Yeahhh!! Seronok tak terkata. Ada segelintir orang berpendapat apabila umur menginjak ke angka 21 tahun mereka sudah mendapat kunci. Iaitu kunci kebebasan, di mana mereka boleh melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan dan tidak perlu lagi menerima teguran daripada ibubapa lagi. Tapi, dari pandangan mata aku, arwah atuk dan nenek akulah yang tetap aku jadikan idola. Kenapa? Ini kerana mereka masih memberi teguran terhadap anak-anak mereka sungguhpun anak-anaknya sudah berumahtangga. Bagi aku, itu bukanlah satu keadaan untuk mengawal anak-anak tapi sebaliknya ia merupakan satu teguran untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 

Dalam usia menginjak ke angka 20 tahun ini, ada juga segelintir kawan aku yang berkobar-kobar untuk memulakan pekerjaan, dan ada juga yang tak sabar-sabar untuk melangkah ke alam baru iaitu mendirikan rumahtangga. Kadang-kadang bila aku duduk seorang diri, ada juga aku terfikir sekiranya aku berkahwin di awal usia 20 tahun ini, APAKAH YANG NAK AKU BAGI DIA MAKAN?? Nak kata aku pandai memasak? Mustahillah kalau aku pandai memasak dalam sekelip mata. Satu benda sahaja yang paling aku pakar iaitu mengemas rumah dari menyapu sampah, mengelap, cuci toilet, dan yang penting mengemop lantai. Aku tak makan pun tak mengapa, asalkan lantai rumah aku bersih. Sampaikan mak aku cakap, kalaulah aku kawin diawal usia sebegini kemungkinan besar aku hidangkan batang mop, air sabun, tuala basah bawah tudung saji itu nanti. hahahaha...

Hampir 3 bulan menjengah dalam tahun 2014 ini, tapi berbagai dugaan yang berlaku dalam negara kita. Seingat akulah (aku ini pun pelupa juga orangnya) peristiwa pertama yang berlaku pada tahun ini ialah peristiwa di mana ikan kembung terdampar di persisir pantai, disusuli dengan kes ibubapa yang tahan di Sweden atas tuduhan memukul anak (tapi dalam Islam memang menggalakkan ibubapa memukul anak dalam mendidik), kemudian yang terbaru ini dimana kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 di samping menenggelamkan kisah politik negara dan juga kes Anuar di dapati bersalah. Disebabkan kejadian kehilangan pesawat ini masih menjadi tanda tanya, masyarakat mula membahasnya dengan kata-kata dan juga membuat spekulasi yang bermacam-macam andaian di laman sesawang. Tak pernah ke korang terfikir, seandainya benda-benda yang korang upload or update itu mampu menguriskan hati keluarga mangsa. Di samping kaum keluarga meratap kehilangan, ada pula segelintir orang ini menggunakan khidmat tikar terbang untuk mencari pesawat. Tapi sampai sekarang, bayangnya pun belum nampak lagi. 

'Agaknya Allah mahu melihat kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berdoa dan bersujud padanya.' Tengok sahajalah betapa canggih teknologi sekarang, tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kerana Dia Maha Berkuasa. Dalam pada menanti kepulangan pesawat MH370, negara kita turut digemparkan dengan kematian beberapa orang pelajar yang mengikuti konsert di area Kuala Lumpur. Sekarang mati tak kira usia tua ataupun muda. Jadi beringat-ingatlah.


p/s: Marilah kita sama-sama berdoa supaya pesawat MH370 itu ditemui dengan segera. Yang paling penting doakan aku sekali supaya dapat sambung belajar. =D



Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com