Saturday, 1 November 2014

Review Novel: SUAMIKU SI TUAN RUMAH!

Salam to all readers,



Penulis: Nurul Izah
Harga: RM21.00
Halaman: 1-512
Keluaran: Buku Prima

Sinopsis:

ADAT berumah sewa, bila tuan rumah menghantar anak lelakinya tinggal di rumah banglo biru itu Nur Alia terpaksa akur. Semenjak Nadhir Fahmi tinggal di situ, perasaan Nur Alia asyik berdebar sahaja. Apatah lagi pandangan mata Nadhir Fahmi seakan-akan sentiasa memerhatikannya.

Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagaikan mimpi. Baru sebentar bergelar bujang kini beristeri. Nadhir Fahmi rela namun, tidak bagi Nur Alia. Tapi Nadhir Fahmi yakin wanita itu untuknya. Masing-masing akur, andainya perkahwinan itu berakhir. Apatah lagi kehadiran lelaki lain yang membuat Nadhir Fahmi cemburu. Namun setiap perpisahan bersulam rindu, adilkah begitu?

"Ha! Seronoklah dapat kahwin free. Aku pun tak tahulah kamu berdua ni, belajar tinggi-tinggi. Ilmu agama cukup, tapi buat kerja macam ni."  - PAK KARIM

"Awak katalah apa pun... awak kena ingat, keluarga awak belum tentu dapat terima saya Fahmi. Awak tahukan apa syarat ayah saya?" - NUR ALIA

"Umi nak kamu teruskan perkahwinan kamu dengan Sofi. Dia gadis baik Mi. Keluarga mereka sudah lama kita kenal. Fahmi lelaki, kalau perkahwinan itu dibatalkan mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tapi bagaimana pula dengan keluarga Sofi? Selama umi di hospital, mereka melawat umi. Mereka tidak pernah berdendam dengan kita. Fahmi fikirkanlah!" - DATIN ANI

Review dari Azwar:

Jalan cerita novel "Suamiku Si Tuan Rumah!" ini masih menarik dan relevan. Mengisahkan tentang Nadhir Fahmi dan Nur Alia yang kena "tangkap basah" disebabkan salah faham. Jadi nak taknak mereka terpaksa akur dan berkahwin. Sepanjang bergelar sebagai pasangan si suami isteri, Nadhir Fahmilah yang banyak mendekati Nur Alia. Member-member Nur Alia yang tinggal serumah pun tak tahu si Alia dah kahwin dengan Nadhir Fahmi anak kepada tuan rumah tersebut. Hari demi hari, Nur Alia juga cuba untuk menerima kehadiran Nadhir Fahmi sebagai seorang suami. Satu sahaja sikap si Nadhir Fahmi yang tak boleh tahan iaitu kuat gila cemburu.

Sungguhpun mereka sudah sah bergelar suami isteri, ayah Nur Alia tetap tidak mahu menerima Nadhir Fahmi sebagai menantu selagi Nadhir Fahmi tidak menunaikan syaratnya. Siapa Sofi? Sofi merupakan teman sepermainan Nadhir Fahmi dari kecik sampailah dah besar. Mereka sentiasa bersama-sama dalam apa jua keadaan. Hubungan keakraban mereka disalah erti oleh keluarganya, tambah-tambah si Sofi ini memang menaruh hati pada Nadhir Fahmi. Sedangkan, Nadhir Fahmi hanya menganggap Sofi sebagai kawan baik sahaja. Keadaan ini, menyebabkan Nadhir Fahmi dipaksa kawin dengan Sofi. Sungguhpun, Nadhir Fahmi sudah berterus terang yang dia sudah berkahwin dengan Nur Alia. Dalam pada masa Nadhir Fahmi didesak untuk berkawin dengan Sofi, berlaku pula perselisihan faham antara Nadhir Fahmi dengan Nur Alia sehingga menyebabkan mereka berpisah sementara. Apa yang terjadi seterusnya? Adakah Nadhir Fahmi akan bersama dengan Nur Alia atau memilih Sofi sebagai isteri? Nak tahu kesudahan, haruslah baca novelnya sendiri!


p/s: Walaupun zaman dah moden sekalipun, rasanya tidak manis seorang pemuda datang bertandang atau bermalam di rumah perempuan. Tambah-tambah lagi perempuan, tidak elok datang berkunjung ke rumah orang bujang. Walaupun kita kata, diri kita tidak melakukan apa-apa yang menjadikan kesalahan tapi perilaku seperti ini boleh menjurus ke arah fitnah.

10 comments:

  1. kann... p/s dear azwa bagi tu momoy suka.
    sekarang ni banyak novel yang kalau tulis imaginasi romantik tahap melampau bagi karekter yang bertudung pun. huhu...

    ReplyDelete
  2. macam best je cite ni tapi tak berani nak beli takut tak terbaca. hihi

    ReplyDelete
  3. wahhh yang ni niyaz belum baca..nak belilah nanti.. ngeeee~~

    ReplyDelete
  4. tadi kt jualan gudang karangkraf ada ternampak novel ni.. hehe..

    ReplyDelete
  5. lama gila dh xmembaca novel..tp tgk drama ni best!

    ReplyDelete
  6. ye betul tu , tak baik bukannya apa , satu boleh timbul fitnah , dua benda buruk kadang-kadang tak dapat dielak !

    ReplyDelete
  7. ya.. sorry azwa,kita skip ke bawah terus.. huhu..jalan cerita mcm sama..
    yg last sekali mmg tak manis,bukan sbb apa,utk elakkan fitnah. karang ada jiran tetangga kata macam2,kita kata mereka sibuk nak jaga tepi kain kita,tp kita senidir yg timbulkan fitnah. kalau hubungan rapat/sporting pun,jangan biarkan peluang atau mudah sangat kata YA

    ReplyDelete
  8. terbaca pulak di ilham hangat mall karangkraf...sygnya novel ni dah x ada dipasaran...ada sesiapa blh share mn nak cari...

    ReplyDelete
  9. terbaca pulak di ilham hangat mall karangkraf...sygnya novel ni dah x ada dipasaran...ada sesiapa blh share mn nak cari...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com