Monday, 17 November 2014

My Lovely Girl

Salam to all readers,

Rasanya macam sudah lama aku tidak berkongsi cerita korea yang tengah hot sekarang ini. Bagi yang minat drama korean pasti tahu cerita ini. Tambah-tambah, aku paksa mak aku join sekali tengok cerita ini. Kalau nak mengharapkan tengok dekat online, boleh sahaja tapi 1 episode pun payah nak lepas (kalau line macam siput). Cerita yang aku maksudkan ini adalah cerita "MY LOVELY GIRL".


Watak utama:

Jung Ji Hoon (Rain) sebagai Lee Hyun- Wook
Krystal Jung sebagai Yoon Se-na
Cha Ye -ryun sebagai Shin Hae-yoon
Kim Myung-soo sebagai Shi-woo

Sinopsis:

Hyuk-Wook merupakan seorang CEO sebuah syarikat nyanyian yang terkenal dan merangkap penulis lagu yang terkenal serta berbakat. Sungguhpun wataknya nampak dingin pada orang sekeliling, tapi dia seorang yang baik hati. Hyuk-Wook pernah mempunyai cinta hati So Eun (kakak kepada Yoon Se-na) yang telah mati dalam kemalangan, dan Hyuk -Wook merasa kematian So Eun berpunca darinya. Sejak kejadian itu, Hyuk -Wook terus menghilangkan diri, sehingga dia bertemu dengan Yoon Se-na, adik kepada So Eun.

Yoon Se-na pula, mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis lagu seperti kakaknya, jadi Hyuk-Wook cuba membantu Yoon Se-na untuk merealisasikan impiannya, memandangkan Yoon Se-na tiada sesiapa lagi setelah kematian kakaknya. Tanpa mereka sedari, Hyuk-Wook dan Yoon Se-na mula jatuh cinta antara satu sama lain. Jadi, apa kesudahan ceritanya? Adakah mereka akan bersatu? Adakah percintaan mereka terhalang? Untung mengikuti cerita selanjutnya, korang-korang semua kena tengok sendirilah ceritanya. =)

google

p/s: Apa-apapun, lakonan Rain memang best! Rasa-rasanya, dalam drama inilah yang menampakkan Rain paling hensem tahap apa daa jika nak dibandingkan dalam "Full House". Untuk pengetahuan anda semua, cerita "My Lovely Rain" ini hanya 16 episode sahaja, jadi takdelah jenuh no nak tengok kan? =D

Kalau rasa-rasa tak sempat nak layan dekat televisyen, boleh aje layan di online:



Note: Bila mengadap tv, blog pun terabai. Petang ni nak layan Ugly Betty pulalah! >_<

30 comments:

  1. Pun layan gak drama ni..tapi macam slow sket laaaa..rasanya lagi best drama Temptation kot..ehe...tgk drama ni sebab ada Rain jeh..kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temptation Azwar tak layan pula, tapi ramai orang kata best. Rugi pula tak tengok haritu :)

      Delete
  2. akak dah 2-3 episode terlepas...hahaha...kena tgu kat ONE HD jela gamaknyaa...sadis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak Sally, ONE HD banyak siaran ulangan. hahaha xD

      Delete
  3. macam best je.. nanti nak try tengok jugak lah :D

    ReplyDelete
  4. Besttt !! Hahahaha. Akak pun gelojoh layan online. Dekat ONE HD pun layan juga. Tamak. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bestt! tehee..Amboi dua2 dia kaut..haha :)

      Delete
  5. tq azwa dok mencari gak link yg boleh tengok online
    asyik x lepas je...kena cuba link atas pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome, Azwar memang tengok drama korea dekat dramago je. Buat masa ni takde apa2 problem lagi. :)

      Delete
  6. Tak tengok lagi cerita ni sebab ada orang kata lakonan few actors sangat hampeh.

    ReplyDelete
  7. Hana tak tengok lagi sbb suka marathon sampai episod last. main focus nak tengok drama ni sbb ada L (real name Kim Myung Soo) tu.. hehe

    ReplyDelete
  8. amboi... mane satu perempuan mane satu lelaki..muka lebih kurang hahahaha

    ReplyDelete
  9. Bestnyer kalau dapat menonton online nie, masa terpulang pada kita tapi bila internet macam siput memang masalah laa :))

    ReplyDelete
  10. memang best layan drama ni..kalo berminat nak tonton movie/drama lain secara percuma blh la terjah site kita. :)

    .:: Free HQ Movies and Drama by Budak Gemok [dot] com. Watch Online ::.

    ReplyDelete
  11. tak tengok pun cerita ni.. sebab kalau yg begini kureng sikit. tapi ramai yg kata best. takpe hold dulu, kalau dah takde stok sgt dah boleh tengok yg ini pulak. hehe

    ReplyDelete
  12. nak tengok tapi mungkin tak sempat kot, bz..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  13. Dekat Astro tengah main kan? Hee aku tak layan, adik aku je layan. Siap record bagai haha

    ReplyDelete
  14. krystal jung main? wowwottt :D hehehe
    tapi rasanay ramai gilakan rain ni hahaha

    ReplyDelete
  15. Rain dgn krystal.. omg.. baru lepas tgk drama lama rain ngan shi min ah.. hehe

    ReplyDelete
  16. line wifi macam apa je so terpaksa tgk kat sbs...tapi astro skrg kena potong pula!!hahahaha lawak!so kena tgk online la lepas ni

    ReplyDelete
  17. Memang best cite ni. Saya siap rekod lagi. Ni rain punya pasal la =)

    ReplyDelete
  18. Mcm best .. Kte tngok high school love on je :) hehe .. tu pun youtube .
    astro tarak ada :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com