Beauty Review: Safi RANIA Gold - Azwar Syuhada

Thursday 20 November 2014

Beauty Review: Safi RANIA Gold

Salam to all readers,


Ingat lagi tak, yang Azwar ada join event pelancaran Safi Rania Gold? Kalau tak ingat boleh rujuk entri itu di SINI. Sebenarnya, cerita Safi Rania Gold itu belum habis lagi. Haritu kira baru cerita bahagian pendahuluan, belum masuk isi-isi pentingnya lagi. Jadi, harini baru Azwar berkesempatan nak kongsi dengan anda semua mengenai produk SAFI RANIA GOLD ini satu persatu dengan lebih terperinci. Setiap benda yang kita ingin cuba, pasti kita nak tahu apa fungsinya. Bagus ke tak bagus untuk kita kan? Bukan pakai sental je.

Sememangnya, Azwar sendiri pun belum pernah mencuba produk ini. Bila dah pergi dan tengok sendiri penerangan yang lebih lanjut mengenai produk Safi Rania Gold rasa teruja ingin mencubanya. Tambah-tambah, duta terbaru Nora Danish telah menunjukkan kesan yang positif pada kulit wajahnya dengan menggunakan produk SAFI RANIA GOLD. Bertambah excitedlah Azwar ingin mencubanya!

google
Mr. Kumar Chander (Managing Director Wipro Unza), Nora Danish (Duta Safi Rania Gold), Puan Mahsuri Sulaiman (Pengurus Kumpulan Produk SAFI)

google

Haritu Azwar dah terangkan apa itu SAFI RANIA GOLD kan? Jadi, harini Azwar terus kenalkan satu persatu produk SAFI RANIA GOLD dengan fungsinya sekali. Nak dekat tahun baru, mesti ramai yang berazam nak menjadi lebih cantik kan? Jadi, apa kata kita sama-sama mencuba produk SAFI RANIA GOLD. =D

1) Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD - Membersih & Meremajakan Kulit
Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih efektif. Manakala, VITAMIN C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan sekatakan tona kulit. Malah, buihnya yang mewah berkrim dapat membersih hingga ke liang pori. Jadi, kulit kita terasa licin, lembut dan sihat.


Harga:
50g - RM8.90 (SM) / RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Gosok dengan air sehingga berbuih, lalu urut lembut pada wajah dan bilas dengan air bersih.

2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD
GEL PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara KARNOSIN merupakan agen atntioksida, melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkannya. Pembersih berstruktur ringan dan berasaskan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semulajadi agar kulit wajah kekal lembap.

Harga:
50g - RM8.90 (SM) / RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
 Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.

3) Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD - Membersih & Melembap Secara Mendalam
PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta melembap kulit wajah secara mendalam, mengatasi masalah kulit kering dan kerengsaan seterusnya mengurangkan tanda penuaan. Manakala, VITAMIN C & KARNOSIN bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat.


Harga:
150ml - RM17.90 (SM) / RM18.50 (SS)

Cara penggunaan:
Gosok dengan air sehingga berbuih, urut lembut pada wajah dan bilas.

4) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD - Menyerlahkan Kulit Wajah Berseri
SKRUB WAJAH SAFI RANIA GOLD bertindak lembut mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

Harga:
75g - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada muka dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2-3 kali seminggu.

5) Penyegar SAFI RANIA GOLD - Mengecilkan Pori Wajah
PENYEGAR SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabungkan bersama EKSTRAK LIKORIS berfungsi menanggalkan sisa kotoran dengan lembut sambil membantu mengecilkan liang pori. Penyegar bebas alkohol dengan ekstrak air mawar ini memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit.



Harga:
80ml - RM14.90 (SM) / RM15.50 (SS)

Cara penggunaan:
Tuangkan sedikit pada kapas. Sapukan dengan lembut. Gunakan selepas membersihkan wajah.

6) Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD - Mengembalikan Keremajaan Kulit
SERUM KONSENTRASI SAFI RANIA GOLD diperhebat dengan lebih 50* BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA, ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif supaya menyerap jauh ke dalamm kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil baiki dan tingkatkan keanjalan wajah. Gabungan TRI-TONE EQUALISER pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri.
Harga:
20ml - RM33.90 (SM) / RM35.30 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher, Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.

7) Krim Pelembap Siang SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD - Mencerah, Melindungi dan Menganjalkan Kulit
Ianya merupakan krim yang melembap dan melindungi kulit daripada sinaran UV di siang hari. Tambahan pula, LIGHT DIFFUSING CRYSTALS berfungsi membantu mengurangkan tona yang kekuningan dan kusam serta mengembalikan kecerahan dan keserian kulit dengan segera agar kulit kekal bermaya, berseri dan anjal sentiasa.


Harga:
40g - RM23.90 (SM) / RM24.90 (SS)

Cara penggunaan:
Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang selepas Penyegar atau Losyen Minuman Wajah dan Serum Safi Rania Gold.

8) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD - Merawat Kulit Ketika Tidur
Ia merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulihkan kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.


Harga:
40g - RM26.90 (SM) / RM27.90 (SS)

Cara penggunaan:
Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu malam selepas penyegar dan serum Safi Rania Gold.

9) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD - Mencegah Penuaan Sekitar Mata
KRIM KONTUR MATA SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K  dan PROTEIN SUTERA digabung dengan OLIGOPEPTIDA merupakan krim khusus untuk menghindari masalah di sekitar mata terutamanya lingkaran hitam. Tekstrunya yang ringan dam mudah meresap bertindak meningkatkan penghasilan  kolagen serta memperbaiki lapisan kulit agar lebih cerah dalam masa 8 minggu.


Harga:
15g - RM17.90 (SM) / RM18.60 (SS)

Cara penggunaan:
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di sekeliling mata dengan lembut. Gunakan sebelum memakai krim pelembap malam.

10) Krim BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD - 10 Dalam 1, Wajah Tampil Sempurna
Ia merupakan krim asas solekan yang membantu mencerah dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, menyamarkan cela serta sekatakan tona kulit agar tampil sempurna sepanjang hari.

10 Dalam 1 Kebaikan
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Tompok hitam dan jeragat tidak kelihatan
  • Tona kulit lebih sekata
  • Menyamar garis halus pada wajah
  • Melindungi kulit wajah dari sinar UV
  • Krim yang tidak menutup pori-pori wajah
  • Tekstur kulit lebih halus dan anjal
  • Kemasan tanpa kilatan untuk kulit wajah lebih natural
  • Kalis air dan peluh agar solekan tahan lama

Harga:
25g - RM35.90 (SM) / RM37.30 (SS)

Cara penggunaan:
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu pada wajah dan leher. Gunakan selepas menggunakan krim pelembap siang.

11) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD - Menyamarkan Tona Kulit
Ia merupakan alas solekan wajah yang berkesan menyamaratakan tona kulit, menjadikan wajah cerah di samping mengekalkan keanjalan kulit seterusnya meningkatkan keyakinan wanita untuk tampil bergaya.


Harga:
16g - RM10.90 (SM) / RM11.30 (SS)

Cara penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik selepas Krim Pelembap Siang SPF25 PA++ SAFI RANIA GOLD. Gunakan sebagai Krim penjagaan kecantikan serta asas solekan.

Selesai! Bila menggunakannya dengan konsisten bolehlah tampil cantik bak Nora Danish gitu...

google
Nora Danish, duta produk SAFI RANIA GOLD

"SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD". - Nora Danish

google
Jadi apa tunggu lagi, ayuh mulakan dari sekarang, abadikan kejelitaan bersama SAFI RANIA GOLD! Perhebat pesona dirimu dengan raut wajah remaja dan cerah. Bersama-sama kita abadikan kejelitaan.

Untuk maklumat lanjut dan segala info mengenai produk SAFI, boleh layari laman web ini:
Instagram : @safimalaysia

Thank you for reading!

20 comments:

  1. bestnya join event macam ni. ND memang lawa

    ReplyDelete
  2. packaging menarik betul :) harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  3. dah pernah try tapi x sesuai ngan kult sis JM

    ReplyDelete
  4. Umo pn da nk msuk 30-an nie..bole cuba la ;)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  5. Wahh murah jugak.
    I mean affordable tp qiila tak tua lagi hahahahahaha nanti jelah hiks

    ReplyDelete
  6. dulu ana pkai ni.. wehhuuu. packaging bruuuu

    ReplyDelete
  7. Dah bli hari ni... lps cuci muka kulit rasa lembut jer... suka3x!!!!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dh cuba ...yg pasti halal...nmpk keberkesannnya...mmberi lebh yakin pd dri slepas pakai produk ni...syukur sgt...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dh cuba ...yg pasti halal...nmpk keberkesannnya...mmberi lebh yakin pd dri slepas pakai produk ni...syukur sgt...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah baru seminggu guna produk Safi Rania Gold kesannya amat bagus,umur saya sudah menginjak ke 40 dan Safi Rania Gold sesuai dgn kulit wajah saya,syukur sgt,terima kasih Allah dan terima kasih Safi Rania Gold.

    ReplyDelete
  11. Saya pakai juga tapi tak ada changes pun.sob sob sob.

    ReplyDelete
  12. Saya try rania gold slps sebulan kulit sya baru nmpk perbezaan n kulit sya jdy btul2 lembut....mmg puas hty..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum....Saya dah berusia 41,kuli Kombinasi,dan sedikit jeragat di tulang pipi.Adakah Safi Rania Gold sesuai?

    ReplyDelete
  14. Sy ade jual safi rania gold..1set ade 3item(scrub,pembersih,krim)nak jua rm30 je sbb kotak rosak.xpenah guna.boleh wasup sy 017-9309074

    ReplyDelete
  15. Bila bc entri dn feedback ttg SRG ni trus trlintas nk bli dn guna trus...mg brkesan mghilagkn jeragat muka saya...

    ReplyDelete
  16. Sya guna produk ni lama dr tahun 2011 lagi.. mmg best!! High recommend .. sy guna 1 set lengkap..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!