Saturday, 13 September 2014

Review Novel: SKIZO

Salam to all readers,


Penulis: Ahmad Akmal Azman
Harga: RM16.90
Halaman: 1-317
Keluaran: LEJEN

Sinopsis:

Hidup tak semestinya indah. Setiap laluan pasti akan ada batu-batu halangan. Setiap perjalanan pasti akan ada lopak-lopak cabaran. Sudah tertulis di atas sana, setiap manusia akan diuji dalam hidup. Hanya kekuatan diri yang menjadi pemutus.

Megat Andika adalah seorang lelaki yang bertuah. Sedari kecil, dia dilimpahi kemewahan yang tidak terkira. Apatah lagi dengan posisinya sebagai pewaris tunggal Megah Holdings. Hampir semua yang dimahukan mampu dibeli. Kemewahan dan kekayaan hampir menjadikan Megat Andika seorang yang taksub dengan dunia.

Sebuah peristiwa yang tidak dijangka tiba-tiba berlaku. Sepantas kilat, dia hilang semua keupayaan. Hatta untuk bernafas sekalipun. Namun jiwanya masih hidup. Sehidup nyawanya.

Skizo, sebuah thriller psikologi yang membuatkan anda terbayang tentang bagaimana rasanya apabila dipaksa hidup di dalam kepercayaan dan pemikiran asing.

Review dar Azwar:

Penulis menceritakan tentang Megat Andika yang merupakan seorang anak orang kaya. Datuk Wira bapanya, telah melantik Megat Andika sebagai pewaris tunggal Megah Holdings. Pelantikan ini kurang disenangi bapa saudara Megat Andika. Suatu malam, berlaku pertengkaran antara Megat Andika dengan bapa saudara di rumahnya. Untuk mengelak perbalahan berpanjangan Megat Andika keluar dari rumah untuk menenangkan fikiran. Dia menaiki kereta bapanya Dato Wira sambil ditemani Sharifah Natasha.

Megat Andika mengajak Sharifah Natasha keluar hanya untuk menenangkan fikiran, tetapi berlaku perselisihan faham antara Megat Andika dan Shrifah Natasha. Pertelingkahan masih berterusan sehingga perjalanan pulang. Sewaktu pertengkaran tersebut, mereka terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandu Megat Andika bertembung dengan kenderaan lain di hadapan.

Sepanjang Megat Andika berada di hospital, roh dirinya keluar dari badannya seperti mengembara. Dari situ, penulis membawa mesej yang mana orang yang koma ianya boleh mendengar segala percakapan dari orang sekeliling. Tapi, dalam cerita ini, penulis memaparkan Megat Andika dapat mengetahui sekuat mana kejujuran ahli keluarganya, kawan-kawannya, orang sekeliling, niat serong bapa saudaranya, dan perkara yang akan berlaku pada keluarganya di masa akan datang. Namun, pengembaraan Megat Andika memaksa dirinya menghadapi pelbagai cabaran untuk menjejaki kebenaran. Apa yang terjadi seterusnya? Harus korang pergi membelinya untuk mengetahui kisah selanjutnya.

p/s:  Disebabkan memberku banyak beli buku keluaran LEJEN, aku pun belilah semasa pergi pesta buku haritu. Antara ketiga-tiga buah buku keluaran LEJEN yang kubeli yang SKIZO ini paling best. Entah mengapa rasa macam tak kena dengan jiwalah pula. heheehe.. >_<

13 comments:

  1. Wah,kita nak buat review gak ah... nak review novel TRIO .

    ReplyDelete
  2. selamat membaca. thank follow mamamyja.. yang lain boleh komen kenapa azwar xleh eh. xper cuba lagi yer bila der masa nanti

    ReplyDelete
  3. Megat andika? Macam nama president kolej saya hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh macam best je.... mana nak beli ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. online pun ada rasanya... :) g kedai LEJEn pun boleh :)

      Delete
  5. bunyi macam menarik sangat based on your review :) thriller psikologi. teringat drama 49 Days bila sebut roh keluar dari tubuh.. :)

    ReplyDelete
  6. mcm pyh nak phm je lau yaya bce..huhu ;p

    ReplyDelete
  7. bestnya.. sinopsis .. kalau baca lg best

    ReplyDelete
  8. wuhuuuuuuuuuu....npk mcm best je.....suka sgt2 criter fantasi mcm nih.......roh keluar tuh...tkutnya :8

    ReplyDelete
  9. Aku baru nak start baca novel weh hehhe

    ReplyDelete
  10. Sahabat saya...novelis adalah seorang pegawai perubatan...pemikirannya sungguh kritis dalam menghasilkan novel ni...jadi renungi diri,jiwailah dalam pembawaan novel ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh mntak contact nom pgarang x?? sbb sy nk kaji ttg novel nie tp x jmpe cri mklumat pgarang

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com