Sunday, 17 August 2014

Tutorial : Cara Menghias Kad Kemerdekaan

Salam to all readers,

Sekarang bulan Ogos, seperti semua orang yang sedia maklum bulan ini bulan kemerdekaan. Anda semua dah gantung bendera dekat rumah, bagi memeriahkan lagi semangat kemerdekaan? Dalam menyambut kemerdekaan ini, aku terkenang pula aku pernah join pertandingan menghias kad kemerdekaan. Sehingga meraih tempat kedua! Baru-baru ini, Azwar dapat email dari somebody yang bertanyakan macam mana ia kamu buat kad kemerdekaan tu? Terharu pula, ada gak yang bertanya macam mana aku buat kad tu.

Hari ini, ada masa lapang apa kata aku share cara-cara menghias kad kemerdekaan tersebut. Kalau korang tak ingat kad kemerdekaan tersebut, boleh rujuk entri INI. Dekat entri itu, aku tunjuk kadnya sahaja tetapi tak menunjukkan cara-cara menghasilkannya. Dah sedia? Jom mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:


1) Kertas warna (merah, putih, biru, kuning, hitam -ikut warna bendera)
2) Gunting
3) Gam (seelok-eloknya gam uhu)
4) Pensil
5) Pembaris
6) Marker

Langkah-langkah membuatnya:


Ambil kertas yang berwarna putih, sediakan pensil kemudian lukis bentuk 'love' di atas kertas tersebut. Then, lukislah gambar bendera di dalam love tersebut.


Kemudian, ambillah kertas warna yang lain tu. Buatkan garisan seperti di atas, sampai habis kertas. Apabila siap membuat garisan, dikehendaki menguntingnya mengikut garisan tersebut satu persatu.


Apabila selesai menguntingnya, lipatkan kertas tersebut kepada dua lalu menggulungnya. Boleh rujuk gambar seperti di atas. Apa bila dah siap gulungan semua kertas warna bendera. Bolehlah, di gamkan di atas 'love' yang awak lukiskan gambar bendera di dalamnya.


Setelah selesai menggamkan gulungan kertas warna tadi. Korang dikehendaki pula, menguntingkannya untuk di gamkan di permukaan kertas warna hitam di atas bahagian bawah. Di atas kad tersebut, bolehlah tulis "Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57"!

Hasilnya nanti, anda dapat lihatnya seperti ini!

Sayang pula, kadnya tak dapat balik. Dalam kad tersebut, pandai-pandailah reka kad ucapan. Susah-susah sangat search sahaja dekat internet. Semua di hujung jari anda! =D

Thank you for reading this entry!

27 comments:

  1. wahhh. kreatifnye azwa :D
    cantik! salam kemerdekaan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wah creative nya. Xterlintas nak gulung2 kertas pastu lekatkan jadi satu bendera. Nice :(

    ReplyDelete
  3. waaa...bab ni anak dara akak si Dania tu suka la ni....nanti akak bagi dia tengok blog Azwar ni...mesti dia nak buat....

    ReplyDelete
  4. cantik. creative nya awak azwa =D

    ReplyDelete
  5. Eh berseni Azwar ni... Cantik :) Kreatif

    ReplyDelete
  6. Ma sha Allaah, this looks great sis. you are so creative. ^^
    btw, i followed you. i hope you can give a follow back.

    ReplyDelete
  7. cantiknya kad. kreatif betul awak

    ReplyDelete
  8. wah kreatifnya. kalau saya buat, tah apa lah yang jadi. sumbat tong sampah jelah haha :)

    ReplyDelete
  9. as salam. wah! kreatif tul. nanti u boleh kirimkan kpd rakan2 blogger di sini. abah zuki follows your blog. #2908. check out mine too. tq.

    ReplyDelete
  10. apalah kreatif sangat ni azwa. comelnya lahaiii...

    ReplyDelete
  11. kenapa tak rasa rajin nak buat..hahahaha...tapi kalau kad birthday nnt boleh cuba buat :D

    ReplyDelete
  12. zaman-zaman sekolah haritu suka jugak buat kad camnie bagi ke kawan-kawan bila birthday diorang. kalau hari guru, bagi ke cikgu kesayangan. siap ada sorang awek tu request buat kad ke dia.. kihkih...
    tp skrg dah malas dah nak main gam gunting tampal-tampal semua nie.. =p

    ReplyDelete
  13. 안녕하세요! Hi~! this is twinscraftlife^^ We sell handmade crafts^^ pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. cantik..boleh la Acik suruh anak-anak Acik buat.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. wahhh!kreatif..hahaha..sama2lah kita menyemarakkan hari kemerdekaan..

    ReplyDelete
  16. TERIMA KASIH KERANA SAYA SUDI MENGGUNAKKAN UNTUK PERTANDINGAN MEMBUAT KAD KEMERDEKAAN KE-59

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com