Friday, 4 July 2014

Salam Ramadhan

Salam to all readers,


Diam tak diam sudah 5 hari kita berpuasa. Esok dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Sekarang takde masa nak update cerita, balik kerja letih kemain. Ingatkan sebelum puasa nak berhenti. Bila pikir-pikir balik, kalau aku berhenti sape plak nak bagi aku duit. hahaha... Puasa pertama haritu, aku dapatlah berbuka puasa bersama keluarga. Memandangkan aku dah cakap awal-awal dengan boss nak balik awal bagi puasa pertama. Nasib baik aku dapat boss yang happy go lucky. Awal puasa ini, rasanya macam kurang sikit customer masuk. Penat juga aku dengan boss menunggu customer yang tak kunjung tiba. Bila takde customer rasa bosan gila, tapi bila ada tak menang tangan nak buat kerja. 

Macam mana bulan puasa kali ini? 

Alhamdulillah, bulan puasa kali ini aku dapat menunaikan solat terawih di masjid. Dulu masa zaman atuk dan nenek aku ada, solat terawihnya dibuat sampai 20 rakaat. Tapi semenjak dua tahun ini, solat terawihnya hanya 8 rakaat sahaja di masjid tempat akulah. Agaknya orang dulu-dulu handal tu pasai dorang boleh buat lebih daripada 8 rakaat. Sekarang ini banyak sangat makanan segera, jadi semuanya nak segera. Solat pun nak SEGERA! Tapi alhamdulillah, ada juga orang nak buat. 

Buat masa ini, aku belum berkesempatan lagi untuk pergi ke baaar. Rasanya memang tak akan pergi. Seperti tahun-tahun sudah, aku memang tak jejak bazaar pun. Benda penting yang korang kena ingat bila pergi bazaar ialah jangan sesekali membazir. Contohnya, mula-mula niat nak ke bazaar untuk beli nasi ayam sahaja, tapi bila dah pusing lepas satu gerai ke gerai, mulalah nak beli makanan lain. Dah nak balik, ternampak pula orang ramai berkerumun dekat satu gerai, mulalah tertarik nak pergi mengintai (dengar cerita gerai tu jual makanan macam pisang goreng, sedap sangatlah kononnya) kau pun belilah. Sudahnya, bila bawak balik, tak termakan pun masa berbuka. Jadi, beringat-ingatlah ketika berbelanja di bazaar ramadhan.

Persiapan raya?

Awal-awal lagi aku dah tempah baju, dah siap pun sekarang. Tinggal nak pakai sahaja. Walaupun mak aku menjahit, aku tetap hantar dekat tailor luar. Yelah, mak aku pandai satu fesyen iaitu baju kurung biasa sahaja. Jadi baju berfesyen-fesyen ini, terpaksalah aku tempah dekat luar. Kuih raya? Kalau diikutkan, tiap-tiap tahun mak aku buat kuih raya, dan kiteorang jarang membeli kuih raya. Memandangkan, ada yang sudi memberi. Ipar duai mak aku, tiap-tiap tahun bagi satu jenis kuih raya. Orang dah bagi, kita ambil sahajalah. Dodol pun kiteorang bikin sendiri. Tapi tahun ini tak sure lagi, samaada buat ke tidak. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Salam Ramadhan 1435H buat semua. Moga ramadhan kali ini kita lebih berhemah ketika berbelanja dan memperbanyakkan lagi ibadah untuk mendapatkan pahala yang bertingkek-tingkek. Memandangkan sekarang musim panas, diingatkan supaya jangan terlalu seronok bermain bunga api. Apa-apa pun, Salam Ramadhan buat semua!



p/s: Sewaku aku menaip ini, cuaca tengah berangin. Tak tahulah, bila hujan nak turun. -_-

22 comments:

  1. Alhamdulillah, setakat ni okay puasa ena. Hehehehe.. Persiapan raya je masih loading

    ReplyDelete
  2. betul...benda paling tak suka pegi bila ramadhan ni BAZAR. selalu je air liuq ni nk mleleh. xthan tgk mknan, mcm nk rembat je smua...huhu. Selamat menunaikan ibadah puasa ye azwa ;-)

    ReplyDelete
  3. uiii..bia btol..baju da siap..kueh buat sndri? dodol pun??!! peh!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah posa ok aminnn

    ReplyDelete
  5. salam Ramadhan Azwar :) kumpul pahala banyak2 di bulan yg mulia ni.. insya-Allah :)

    ReplyDelete
  6. Nad pun jarang pergi bazar..tapi kalau dh pergi mcm2 nak..haahha...persiapn nad belum lagi buat lpe2

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan juga buat azwa.
    hahaha, kalau bab bazar ramadhna tu huda sokong. Sebelum pergi fikir nak beli satu dua benda, bila dah sampai sana tengok semua peh macam sedap je gaknye, tu yang jadi 3,4 benda. bahaya.
    persiapan raya, buat masa ni. Baju raya jelah yang dah beli. Yang lain belum lagi. Still in the process, hahahaa =D

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah. selamat berpuasa awak :)

    ReplyDelete
  9. Asslmkm azwar.. Salam ramadhan.. :)

    ReplyDelete
  10. wahhh awal betul baju raya siap...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... selamat berpuasa ya azwar...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  12. Moga ramadhan kali ini lebih mentarbiah hati kita kearah yang lebih baik..amin..selamat berpuasa azwar..lamanya akak tak singgah..maaf ye..

    ReplyDelete
  13. Nice sharing. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    ReplyDelete
  14. Selamat berpuasa Azwar :)
    lama x singgah sini..

    Persiapan raya x ready pape pun lg. hehee
    watlekk duluu, boleh gituuu.

    ReplyDelete
  15. selamat menjalani ibadah berpuasa :)

    jom join http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html

    ReplyDelete
  16. Puasa so far ok alhamdulillah. cuma nak kena perbanyakkan pesta ibadat lagi la nampak gayanya nie. moga Allah bg kekuatan dan buang sifat malas tu jauh-jauh. dan kepenatan bekerja juga. hihi.


    inshaallah. ")

    P/s : Hati dah rindu nak balik kampung nak pergi tarawikh di surau kat kg, nak iftar dengan family dan kawan-kawan. T__T

    ReplyDelete
  17. Salam ramadhan Azwar.... Okje pergi jugak bazar ramadhan tu sebab nak cari kuih....habislah jugak RM10 henggit sekali pergi hehe

    ReplyDelete
  18. Selamat berpuasa..So far tahun ini punya puasa paling relax sekali sbb malam takde apa sangat nak dibuat melainkan tengok bola jer...Persiapan raya tahun ini pun tak banyak..mungkin 2 week puasa baru pikir kot...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. Tak terlewat lagi nak ucap Salam Ramadhan untuk Azwar dan family :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com