Saturday, 21 June 2014

Review: Kedai Sewa Beli Buku, Banting

Salam to all readers, 


Oleh kerana  basikal aku baru hilang, untuk mengubati luka lara hati aku ini aku temankanlah mak aku ke Banting. Kalau ke Banting, tak lain tak bukan tujuannya hanyalah nak survey buku ataupun survey bunga. Disebabkan, dekat kedai buku Top area Banting kurang novel-novel menarik. Jadi, mak aku bercadang untuk ke kedai buku lagi satu yang kedainya kira macam bundle jugalah. Pelbagai jenis buku yang terdapat di situ. Untuk pengetahuan korang, buku-buku disini boleh disewa atau dibeli terus. 

Mak aku ada bercerita, pada zaman 1980-an dulu di area Petaling Street terdapat kedai sewa beli buku di kaki lima kedai. Kalau ditengokkan ia macam kedai orang betulkan kasut-kasut. Kalau dulu orang buat sewa beli buku di area kaki lima kedai, tapi sekarang mereka sudah upgradelah dengan membuka sebuah kedai untuk 'Sewa Beli Buku'. Mungkin kalau cawangan sebegini dibuka di area sekitar Kuala Lumpur, ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan.  Memandangkan Banting baru nak maju sikit (itu pandangan akulah) ia kurang mendapat sambutan. Jom tengok persekitaran kedai ini!

Inilah kedai sewa beli buku yang Azwar maksudkan tu. Ia terletak di bangunan atas TMpoint. Kalau orang luar Selangor nak datang, silalah gunakan perkhidmatan WAZE.

 Kena mendaki tangga untuk ke kedai buku ni.

 Pintu masuk kedai sewa beli buku. Dari luar dah nampak buku! Teruja tak?

Ini bahagian kaunter.

Ini pula ruang rehat, sambil-sambil itu korang juga bolehlah membaca sambil bersantai. Banyak juga buku-buku lama yang terdapat di sini. Seperti buku terbitan novel creative, CESB. Tentu ada juga yang masih tercari-cari novel-novel keluaran lama. Jadi, korang bolehlah kunjung ke mari.



Ini pula, ruang untuk study group ataupun korang nak buat perbincangan bersama cikgu pun boleh. Keadaan dalam bangunan ini sangat nyaman dan selesa untuk bersantai sambil membuat kerja. Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan kipas ataupun aircond jika nak santai dalam ruang ini. Caj perkhidmatan kipas dan aircond akan dikenakan. Tapi, cajnya tidaklah terlalu mahal malah agak berpatutan. 

Inilah ialah sebahagian novel yang terdapat di situ. Seperti novel keluaran Norhayati Ibrahim, Alaf, Fajar Fakir dan Karya Seni.
Ini pula, sudut bacaan novel English!

Inilah buku yang sempat rembat, belah kiri mak punya dan yang kanan aku punyalah!



Alamat:
1-2-A, Jalan Suasa 1, 42700 Banting, Selangor
(berhadapan Taxi Stand, atas TM Point)

Sememangnya, aku tertarik sangat dengan kedai sewa beli buku ini kerana seakan-akan berada di dalam library. Persekitaran yang sejuk mata memandang, susun atur buku pun cukup teratur dan mudah untuk kita mengambilnya. Lepas ni, tak payah pergi library yang jauh, sedangkan dah ada yang dekat. Jadi, jomlah kita meramaikan dan menolong bangsa kita maju dalam industri kecil-kecilan ini. Owner kedai ini pun cukup ramah. =)

p/s: Kalau adik-adik tiada tempat untuk study group di saat akhir periksa nanti, apa kata korang berkunjung ke kedai Sewa Beli Buku, Banting ini. Datang sekali, pasti nak datang lagi! 

14 comments:

  1. Woahhh !! Best gila nampak , tapi itulah dia taknak dekat Banting pula. T_T.

    ReplyDelete
  2. melaka ke banting. jauh jauh hahaha
    p/s df belaja kat uitm seremban 3 ^^

    ReplyDelete
  3. ahhh...nampak macam best giler. tapi sayang kenapa tak ramai org
    hais...sewa buku menarik sangat bagi momoy
    yelah kalau nak beli berapa buah buku je dapat beli kan.
    kalau sewa boleh tukar2 lagi jimat dan bestttttt

    ReplyDelete
  4. macam best je, hehe. first time dengar ada kedai sewa beli buku. =D

    ReplyDelete
  5. nampak mcm bilik bacaan pun ada. kemas je

    ReplyDelete
  6. wah best nya...selesa :D

    ReplyDelete
  7. Wow, that's what I was exploring for, what a information! present here at this website,
    thanks admin of this web page.

    Here is my blog post - payday loans

    ReplyDelete
  8. nampak kemas n ala-ala kat umah
    beznye..kalau dekat nak jugak menjenguk ke sana

    ReplyDelete
  9. wahhhhh. dah macam libraray dahhh. siap boleh sewa buku. menarik! :D

    ReplyDelete
  10. wahh.. beshh nya pi kedai buku.

    Follow sinii :D

    ReplyDelete
  11. selalu pergi rumah abang kat banting tak perasan pulak kedai ni..nanti bolehlah pergi sini

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan... menarik, rajin nye g kedai buku... bgus2 keep it up :D

    ReplyDelete
  13. Ini kedai ustaz saya. Dah lama tak pergi sini :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com