Saturday, 10 May 2014

Liebster Award From Hannah Sytieh

Salam to all readers,

Semakin hari semakin malas pula nak update blog sebab tak tahu apa benda yang aku nak taip. Bagi menceriakan semula blog aku yang dah berhabuk ni, aku joinlah satu games dimana aku kena menjawab beberapa soalan yang disoal oleh seorang blogger ini. Tanpa melengahkan masa, mohlah kita jawab soalan yang diberi. 


Soalan daripada Hannah Sytieh

1) Kenapa buat blog? Siapa yang mendorong untuk membuat blog?
- Pada asalnya membuat blog hanya sekadar nak berkongsi pengalaman hidup. Konon diri nilah yang ada kehidupan. Orang lain takde! Manakala yang mendorong aku membuat blog pula adalah mak aku sendiri. Memandangkan hasrat dia nak jadi penulis tak tercapai, jadi akulah kena teruskan hasratnya itu. Kononnyalah!!

2) Anda suka blog yang bagaimana?
- Suka blog yang santai-santai dibaca. Blog yang paling aku suka dah tentu-tentu blog aku sendiri! hahaah..

3) Anda suka blog yang ayat skema or sempoi?
- Sempoi

4) Bila agak-agaknya anda akan berkahwin?
-Bila dah sampai serulah.

5) Listkan 3 perkataan yang menggambarkan diri anda?
- Comel
- Garang
- Pemalu

6) Listkan 3 perkara yang korang meluat bila baca blog orang lain?
- Banyak ayat short form
- Banyak berkongsi hal peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi.
- Takde

7) Listkan 3 benda yang tak patut ada dalam dalam blog sesiapa?
- Penggodam
- Pengganas
- Perompak
(Aku tak tahu apa benda yang tak patut ada)

8) Pernah tak korang stalker sesiapa pada tiap-tiap hari? 
- Tiap-tiap hari jadi stalker tu melampaulah kan? Jadi stalker bila teringat sahaja. Siapa yang aku stalker? Biarlah rahsia..muheheehe..

9) Benda paling nakal yang korang pernah buat masa zaman sekolah?
- Meniru waktu peperiksaan. (Itu jelah benda paling nakal yang aku pernah buat dekat sekolah)

10) Korang gila shopping tak? Biasanya shopping dekat mana?
- Tak berapa minat, tapi sekarang rajin jugalah shopping online. hehehe..

11) Tiga pendapat mengenai Hannah Sytieh?
- Cantik
- Cun
- Comel 


p/s: Aku tak tahu nak tanya apa pada korang. Jadi dengan ini permainan ini akan ditamatkan. Sekian terima kasih! hehehee...

6 comments:

  1. jawapan akak untuk soalan no 7 tu lawak sangat. hahahaha

    ReplyDelete
  2. owhh..azwar nie garang ehh...muka tak nampak garang pun..hahahaha:)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Weh jangan malas malas weh hahaha. Mohon update selalu

    ReplyDelete
  4. hihih.... meniru ye, lebih kurang mama je masa muda-muda dulu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com