May 2014 - Azwar Syuhada

Thursday 29 May 2014

Jom Betukar Ke Whatsapp+
10:13 pm 37 Comments
Salam to all readers,


Malam ini aku nak share something dengan korang-korang semua. Pada siapa yang kaki online dan suka mengupgradekan segala software dalam phone. Apa kata, korang cuba  upgradekan WHATSAPP. Aku lebih suka panggil whatsapp ini kepada whatszupp. hehe..Suka suki aku jer, nak mengubahnya. 


Tadaa! Inilah version terbaru whatsapp iaitu WHATSAPP+. Macam mana boleh terjebak nak upgrade? Ini semalam punya ceritalah, sedang asyik chit chat dengan somebody dekat wechat hinggalah ke Whatsapp somebody tu cakap dah guna whatsapp baru ke? Aku manalah tahu, whatsapp baru ke lama. Jadi dia suruhlah aku pergi download version terbaru ini. Manalah aku tahu, last-last aku pergi tanya kak Nurie. Aku whatsapp kak Nurie pukul 11 lebih malam tadi, pukul 6 lebih pagi tadi baru dia reply. Bertuah betol kan? hahaha.. Dengan gigihnya aku upgrade pagi tadi atas tunjuk ajar kak Nurie. Percubaan pertama gagal, percubaan kedua pun gagal disebabkan no internet connection. Percubaan kali ketiga baru menjadi. 


Jadi inilah hasilnya whatsapp bertukar kepada Whatsapp+. Cantik kan? Boleh letak wallpaper sendiri, yang penting icon emojinya banyak yang comel-comel. Geram gila aku tengok. Bila dah berjaya install whatsapp+ ni, aku inform dekat kak Nurie. Ada ke dia reply gambar emoji tayang bontot. Sungguh tak senonoh kan?hahaha..

Whatsapp+ ini banyak gila korang kena setting. Korang boleh download theme juga, tapi buat masa ini aku guna picture sendiri jer. Tak berkenan pula theme yang tersedia tu. hahaha..Bagi aku, best juga whatsapp+ ini. Seronok main emoji!

Cara-cara mendapatkan Whatsapp berwajah baru:

1. Backup siap-siap Whatsapp yang korang pakai sekarang ini.
2. Dekat mana backup? Pergi Setting -- Chat settings -- Backup Conversations.
3. Dah backup? Korang boleh Uninstall Whatsapp yang korang guna sekarang.
4. Seterusnya, tekan link ini : http://whatsapp-plus.net/download.php.
5. Nampak button download? Sila tekan download.
6. Dah selesai download, korang bolehlah install Whatsapp macam biasa.
7. Seterusnya, ikut sahajalah setiap arahan yang diberi. Selesai!

Dah selesai semua, korang bolehlah lihat sendiri whatsapp+ korang yang cun melecun macam whatsapp+ aku. Aku cuba tiga kali baru menjadi. Korang cubalah 10 kali, Insyallah menjadi. hahaha..


Reading Time:

Tuesday 27 May 2014

CPUV pertama dari Nuffnang!
11:18 pm 27 Comments
Salam to all reader,

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga CPUV dari nuffnang! Padahal, aku mula register nuffnang sejak tahun 2012 lagi. Lama gila, aku menanti kehadiran CPUV. Baru sekarang nuffnang mendengar suara hatiku. hahaha... Tengok orang lain update CPUV, perghhh! dah bertingkek-tingkek dorang punya. Maunya Mak Jemah tak jealous! Apa-apapun aku tetap bersyukur, akhirnya dapat juga CPUV melekat dekat blog aku yang tak seberapa ni. Thanks u so nuffnang! Punya excited dapat CPUV, terus nak update blog. Terserlah kepoyoan aku di situ.


CPUV pertama yang sedang menari-nari =)

Rupanya CPUV ini dah lama aku dapat, tapi dalam bulan ni jugalah nampak gayanya. Aku jer baru perasan. Bila dah dapat CPUV ni, nak berblog pun rasa semngat. Harap-haraplah, akan datang dapat CPUV lagi. Makin sayanglah aku dekat nuffnang nanti!

Thanks u so much Nuffnang! =D


Reading Time:

Monday 26 May 2014

Pakej Murah Korean Selatan 2015 (7 Hari 6 Malam - SEOUL & JEJU ISLAND)
10:02 pm 24 Comments
Salam to all readers,

Hai uoall! Harini aku nak kongsi cerita mengenai pakej percutian ke korean! Bagi uoall, yang rajin melancong tentu rasa teruja kan? Walaupun aku tak pernah pergi melancong ke luar negara, tetapi aku rasa excited tengok orang yang dah pergi melancong. Bagi korang yang rajin melancong, apa kata korang cuba pakej percutian murah Korean Selatan 2015 yang dijual oleh UzairOthman, yang merupakan seorang blogger yang kerap travel.

Pakej selama 7 hari 6 malam bakal memberikan anda percutian idaman dengan cost yang rendah serta menjimatkan. Konsep percutian adalah backpacker concept dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Travel Date : 17 – 23 April 2015 (7 hari 6 malam)
  • musim spring
  • Tempahan terkini : 11 orang
  • Kekosongan : 9 orang



Travel Itinerary JEJU ISLAND + SEOUL (7 Hari 6 malam)

Day 1 (No meals)

Setibanya di Incheon Airport, anda akan meneruskan perjalanan ke Gimpo Airport seoul untuk transit ke Jeju Airport. Check in di Guest house setelah tiba di Jeju. Free & easy atau boleh berehat di Guest House.

  • Optional/pilihan : Boleh melawat Jeju city dengan Transport taxi (Optional/cost sendiri).
  • Antara tempat lawatan di Jeju City : Dongmun market, Dragon Headrock, mystery road & LoveLand Jeju.

Day 2 (Breakfast/lunch)

Sarapan pagi disediakan di Guest House. Memulakan lawatan ke Jeju island dengan Jeju Bus tour. Antara lokasi lawatan adalah :-
  • Trick Art Museum
  • Seongeup folk village
  • Woman Divershow
  • Seongsan ilchulbong park
  • Via Jongdairi shore road
  • Manjang cave (Longest cave in Asia)

setelah tamat lawatan bus tour, meneruskan perjalanan ke Jeju airport untuk Flight ke Gimpo Airport seoul. Setelah tiba di seoul, check in guest house di Iteawon.

Day 3 (Lunch/Dinner)

Lawatan pertama di seoul adalah  melawat Namsangol Hanok Village yang cukup terkenal dengan rumah tradisional Korea. Anda boleh melawat beberapa lokasi menarik di dalam Hanok village ini dan boleh mencuba pakaian Tradisional korea iaitu Hanbook. Meneruskan lawatan ke Insadong culture road yang merupakan lokasi shopping barangan tradisional korea sehinggalah ke souvenir. Lokasi terakhir di hari pertama di Seoul adalah di Nandaemun market yang cukup terkenal dengan barangan Souvenir korea dan Brooch.

Day 4 (Lunch/Dinner)

Melawat Deuksugung Palace (Korean Palace) di City Hall. Meneruskan lawatan ke Namsan Tower (Seoul tower) dengan menaiki cable car. Menikmati permandangan menarik bandara seoul di Namsan Tower (Not include observatory). Berhampiran Namsan tower terdapat Teddy Bear shop dan Padlock love untuk anda lawati. Shopping di Myeongdong market yang terkenal dengan barangan kosmetik, souvenir korea serta pakaian trend terkini di korea. Di myeongdong market anda dapat membeli-belah barangan terkini korea dan bagi peminat kpop disini merupakan lokasi utama untuk mendapat merchandise artis kesayangan mereka.

Day 5 (Lunch/Dinner)

Melawat Nami Island dengan menaiki shuttle bus. Menikmati beberapa lokasi menarik di Nami island seperti tugu winter sonata dan winter sonata statue. Disini juga anda boleh menikmati suasana segar dan nyaman dengan menyewa basikal. Menikmati Nasi goncang di Nami island (lunch) yang cukup terkenal pada masa kini. Pulang semula ke seoul dan shopping di Doota mall (souvenir shop)

Day 6 (Lunch/Dinner)

Melawat Gyeongbukgung Palace yang terkenal menerusi beberapa drama korea. Sebuah istana terkenal di tengah-tengah bandaraya seoul dan sangat cantik lokasi nya untuk ambil gambar kenangan. Melawat Gwanghamun square dan cheonggyecheon stream yang merupakan sungai terbersih di seoul dan hiasan di jalanannya yang menarik. seterusnya akan melawat Hello kitty café atau Tom’s Café (Not include meals/drinks) dan shopping di sekitar Hongdae shopping area.

Day 7

Airport Transfer ke Incheon Airport.




PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi & balik (Airasia KL – SEOUL / Not include Luggage)
  • Tiket penerbangan pergi & balik (Seoul- Jeju island with 15 kg luggage)
  • Penginapan di Jeju island & Seoul (Hostel/Dorm Concept)
  • Transport (subway/shuttle bus)
  • Airport transfer ke Incheon Airport
  • Makan seperti dalam Itinerary (Halal/Pork Free)
  • Tiket masuk tempat lawatan (seperti tertulis di Itinerary)
  • Tour guide (Malay/english)

TAMBAHAN PAKEJ JIKA MAHU (Tidak wajib)

  • Luggage 20 kg = RM 140 per person (Flight KL-SEOUL pergi balik)
  • makan dalam flight KL – SEOUL = RM 35 (pergi balik)
  • Flight Insurance = RM 50

PENTING ( MESTI BACA )
  • Jadual itinerary boleh diubah mengikut kesesuaian masa dan tempat serta keadaan.
  • pakej ini diuruskan oleh saya atau tour guide under saya.
  • saya bukan travel agency, pakej ini berkonsepkan pakej murah dan backpacker.
  • harga mengikut kadar semasa tiket kapal terbang.
  • Makan halal dan pork free.
  • Deposit bayaran RM 2000 dan bayaran penuh satu bulan sebelum travel.
  • Pakej berkonsepkan backpacker dan banyak guna subway/jalan kaki.
  • Penginapan adalah hostel/dorm (Bilik lelaki & perempuan asing melainkan family)
  • Boleh bawa beg tarik, tak ada masalah.
  • Jika beli flight sendiri, mesti sama tarikh dan waktu group ini.


KELEBIHAN PAKEJ INI
  • Airport transfer disediakan untuk pulang ke airport incheon
  • Shuttle bus dari Seoul ke Nami Island.
  • Laundry, Iron, Dapur dan water dispenser (heater) di sediakan di hostel
  • tour guide berbahasa melayu/english
  • masa fleksible mengikut keinginan pelancong.
  • semestinya ada WIFI yang pantas !!!
  • Tidak akan bawa ke kedai ginseng atau barang kemas.
  • Tempah awal untuk dapat harga semurah ini.


HARGA PAKEJ (SEOUL + JEJU ISLAND)

  • RM 3750 per person (Penginapan dorm/hostel)
  • RM 4250 per person (Penginapan family room)

*Diskaun RM 100 dari total harga jika tempah pakej 4 orang keatas.

*Deposit bayaran RM 2000 Per person dan bayaran penuh sebelum 30 November 2014



Selain itu, korang juga boleh melawat tempat-tempat yang menarik seperti:

 Melawat masjid antarabangsa Iteawon

 Dapat juga menikmati Aiskrim Turki Dondurma

 Upacara pertukaran pengawal istana

 menikmati makanan korea (Bulgogi set)

 Shopping pun boleh.. =)

 lawatan ke Hello Kitty Cafe atau lepak di Toms Cafe yang merupakan salah satu cafe yang dipenuhi dengan kucing-kucing yang cute.


upacara pertukaran pengawal secara besar-besaran di Gyeongbukgung palace


Ingin sambung lawatan ke Everland Theme Park?

  • Pakej termasuk tambahan sehari penginapan, Lunch & Dinner, Tiket Everland dan Transport.
  • Tarikh lawatan anda akan menjadi seperti ini 17-24 April 2015 (8 hari 7 malam)

(TAMBAHAN SEHARI)
8 HARI 7 MALAM (JEJU + SEOUL + EVERLAND)

  • Penginapan Hostel : RM 4100 per person
  • Penginapan Family Room : RM 4570 per person

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan

Email : uzairblog90@gmail.com
Facebook : Uzairothman



Giveaway Running Man T-shirt Original Made in Korea ini

dianjurkan oleh
Uzairothman.com
Reading Time:

Friday 23 May 2014

Enchanteur Losyen Pilihanku
11:20 pm 22 Comments
Salam to all readers,


Dulu masa sekolah, ramai kawan aku yang ponteng sekolah dan ponteng kelas. Teringin juga nak mencuba TAPI memandangkan aku ini anak yang baik (kata akulah) sampai kawan pun gelarkan aku budak 'NERD' takdelah aku nak buat. Sebab sudah terang lagi bersuluh, ponteng sekolah perkara tak baik takkan nak buat kan.

Bila dah habis zaman persekolahan sambil menunggu keputusan periksa pula aku rasa bosan gila tahap cipan duduk rumah (sewaktu aku tingkatan 5) Nak kerja mak tak bagi katanya orang dah bagi cuti, nikmatilah cuti itu dengan sebetul-betulnya. Maksu aku pun sependapat dengan mak aku waktu itu. Terpaksalah akur. 

Sewaktu aku di upper 6 pula, kawan-kawan dah merancang nak bekerja. Aku pun tidak terkecualilah cuma tak meluahkan hasrat aku ni pada kawan-kawan di mana aku nak bekerja. Aku cuma fikir nak cari kerja yang tidak perlu mengeluarkan modal. Sebab aku ni jenis kedekut! Akhirnya dapat juga aku bekerja yang dekat gila dengan rumah.

Pejam cilik- pejam cilik tak sangka pula sudah hampir 5 bulan aku bekerja dekat sini. Macam-macam orang aku dah jumpa, tapi setakat ini 'PAK ITAM' belum mengunjungi tempat aku. Mula-mula bekerja rasa semangat gila, tapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya aku rasa bosan tahap cipannnn.. YA ALLAH BOSAN GILA KERJA. Ialah mana tak bosan kerjanya sebab hari-hari buat benda yang sama. Kalau nak dibandingkan belajar dengan kerja baik aku pergi belajar jelah, sebab kalau kita pergi belajar hari-hari kita akan belajar benda yang berlainan. Bila aku cerita pada mak aku, mak aku lagi gelakkan aku. Padan muka, sibuk sangat nak bekerja katanya.

Hari-hari tengok rambut customer, korang akan rasa bosan tau! Benda paling best pun, bila kita dapat memuaskan hati pelanggan dan menunggu kitabaan 1 HARIBULAN. Itulah benda paling indah waktu bekerja. Bukan aku sorang jer rasa macam ini, pasti semua orang yang bekerja merasakan benda yang sama seperti aku. Ada juga rasa nak resign tapi rasa kesian pula dekat boss sebab takde pekerja.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya mula-mula aku bekerja aku alergik dengan shampoo dekat salun ini. Lepas tu, tangan aku gatal-gatal dan kemerah-merahan. Then, aku pergilah farmasi cari ubat. Alhamdulillah okay, lepas tu tak beli dah sebab mahal gila! Cuma bila tak letak ubat tu, tangan mulalah gatal-gatal. Maybe sebab kita kerap guna air dengan shampoo. Budak Cina tempat kerja aku ada cakap, mula kerja sahaja merah. Lama-lama nanti hilang. Tapi ada satu losyen ini bagus untuk kulit dan mampu membuatkan tangan kita lcin. Iatu losyen Enchanteur.


Tadaaa, inilah losyen yang aku cakapkan tu. Sebenarnya ada tiga jenis losyen lagi iaitu losyen Firm & Repair, Triple Whitenning, and Light & Fresh


Antara banyak-banyak losyen Enchanteur, aku paling suka losyen Enchanteur Paris All-in-One Whitening Body Serum. Pertama kali pakai, aku terus jatuh hati sebab losyennya tak melekit malah wangi serta lembab bila dipakai. Kebaikan yang terkandung dalam losyen ini adalah:

  • SPF24++ to protect your skin againt UVA & UVB rays that cause darkening and premature ageing.
  • LICORICE CONCENTRATE to whiten and even out skin tone.
  • Enriched with HYALURONIC HYDRATION that provides 24 hours hydration.
Sekarang baru aku sedar, losyen Echanteur ni bagus, selain losyen ada juga bedak dan minyak wangi produk Enchanteur cuma aku tak pernah pakailah. Memandangkan kulit aku sentiasa kering, kenalah guna losyen Enchanteur ni supaya kulit nampak lembab sentiasa.


p/s: Kan untung kalau bekerja, dapatlah beli barang sendiri. Itupun kalau gaji dah masuk dan tak boros. Sebenarnya losyen aku dah nak habis sebelum aku buang botolnya baik aku share dekat blog. hehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca ^_^
Reading Time:

Monday 19 May 2014

Cenderahati dari Blogger Azhafizah
10:05 am 26 Comments
Salam to all readers,

Morning uoall! Memandangkan harini aku cuti, dapatlah update blog. Bila tiba hari Isnin pasti rasa malas semacam, tapi bila nak dekat hujung minggu dan hujung bulan rasa seronok semacam pula. Yelah, time tu gaji masuk tambah cuti pula. hahaahah..

Alhamdulillah, rabu lepas dapat kad dan button budget dari blogger Azhafizah sebagai Top Komentator bulan April lepas. Cantik gila designnya, kalau ada rezeki nanti nak juga buat untuk diri sendiri punya. Ini kali pertama dapat cenderahati dari blogger Azhafizah, rasa bertuah pula. 


Bila dapat pemberian macam ini, rasa teringin juga nak bagi pada readers blog aku sendiri kalau ada rezeki nanti. Pemberian macam ni, dapat memberi penghargaan pada pembaca blog kita sendiri. Korang teringin nak dapat button budget ni? Kalau teringin apa tunggu lagi, cepat-cepatlah terjah blog kak Azhafizah dan jadilah top komentator bulan seterusnya... =D

p/s: Syoknya dapat cuti harini, dapatlah berblogwalking!

Reading Time:

Friday 16 May 2014

Jom Redeem Barang di Whohaa.com!
10:11 pm 19 Comments
Salam to all readers,

Ingat lagi tak mengenai Whohaa! yang pernah aku kongsi dulu? Setelah sekian lama aku mengumpul points, akhirnya dapat juga aku redeem barang dekat sini. Rasa macam cepat sangat pula sampai boleh redeem barang. Padahal, aku register Whohaa! bulan Januari, tak sampai berapa bulan points dah cukup teruskanlah niat untuk redeem barang. Mulanya nak kumpul points lagi untuk redeem camera. Tapi berjanggut pula nak tunggu. Alih-alih aku redeem baucer Jusco sahajalah, memandangkan raya nak dekat. Bolehlah pergi shopping. hehehe..

Proses untuk mendapatkan barangnya pun, punyalah cepat seperti gerabak keretapi.Bayangkanlah aku redeem pada Isnin (12/5/2014), aku check hari selasa (13/5/2014) masih pending, rabu (14/35/2014) semak balik sudah dalam proses, jumaat (16/5/2014) BARANG DAH SAMPAI! Syok kan? Cepat gila!!

Baucer Jusco RM20

p/s:  Janganlah tengok sahaja, jomlah daftar Whohaa! Korang tak rugi punya. =D

CARA DAFTAR WHOHAA! - WHOHAA.COM!

Reading Time:

Wednesday 14 May 2014

Segmen Blogger Aktif
8:46 pm 21 Comments
Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free.
yang paling penting blogger's friendship.


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Reading Time:

Monday 12 May 2014

B'Vite Menyerlahkan Kejelitaan Anda. Cubalah!
9:23 pm 19 Comments
Salam to all readers,



Seperti mana yang pernah kukatakan dahulu semua orang memang nak cantik. Walaupun pelbagai alat solek digunakan seperti jenama SimplySiti kalau kita pakai pun muka kita tetap tidak akan jadi seperti muka Siti Nurhaliza. Semua orang nak cantik kan? Untuk menikmati kecantikan disamping menjaga kesihatan sebagai pengguna kita haruslah mengeluarkan belanja sedikit. Sebagai pengguna pula haruslah menitikberatkan kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk sebelum membelinya.

Kali ini aku ingin memperkenalkan satu produk terbaru keluaran LEGACY SECRET iaitu produk B'VITE. Botol dan pembungkusannya lebih kurang HARUM MALAM tapi isi kandungan dan fungsinya berlainan. Produk B'VITE merupakan produk penjagaan kulit yang didatangkan dalam bentuk minuman.





Di samping itu, formulasi yang digunapakai untuk menghasilkan produk B'VITE ini terdiri daripada herba-herba semulajadi. Antaranya;

Pure Marine Collagen, Pomegranate, Goji Berry, Acerolla Cherry, Alooe Vera, Soursop Leaf, Bilberry, Psyllium Husk, Argam Stem Cell, Aplle Stem Cell, Grape Stem Cell, Alp Rose Stem Cell, Confrey Root Stem Cell, Tomato


Kelebihan Produk B'Vite

  •  Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
  •  Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
  •  Membuat kulit cerah seperti semulajadi
  • Mencegah kulit dari kusam
  • Menyamarkan garis halus
  • Mmebantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis halus, luka dsb.
  • Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular. 
  • Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
  • Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
  • Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah dehidrasi.
  • Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi.
  • Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan.
  • Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot.

Cara Pengambilan B'Vite


Waktu pagi: 2 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan. Digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari. Untuk kesan yang lebih cepat boleh makan 2 sudu besar di waktu pagi dan 2 sudu besar sebelum tidur untuk 3 bulan pertama.



Harga Produk B'Vite

RM33.00 (WM)
RM39.00 (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)

Cara pembelian dan untuk keterangan lebih lanjut boleh rujuk kepada:

HARUM MALAM HQ

p/s: Nantikan testimoni dari aku sendiri bersama B'VITE. -_-




Reading Time:

Sunday 11 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
10:36 pm 30 Comments

Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Reading Time:

Saturday 10 May 2014

Liebster Award From Hannah Sytieh
9:30 pm 6 Comments
Salam to all readers,

Semakin hari semakin malas pula nak update blog sebab tak tahu apa benda yang aku nak taip. Bagi menceriakan semula blog aku yang dah berhabuk ni, aku joinlah satu games dimana aku kena menjawab beberapa soalan yang disoal oleh seorang blogger ini. Tanpa melengahkan masa, mohlah kita jawab soalan yang diberi. 


Soalan daripada Hannah Sytieh

1) Kenapa buat blog? Siapa yang mendorong untuk membuat blog?
- Pada asalnya membuat blog hanya sekadar nak berkongsi pengalaman hidup. Konon diri nilah yang ada kehidupan. Orang lain takde! Manakala yang mendorong aku membuat blog pula adalah mak aku sendiri. Memandangkan hasrat dia nak jadi penulis tak tercapai, jadi akulah kena teruskan hasratnya itu. Kononnyalah!!

2) Anda suka blog yang bagaimana?
- Suka blog yang santai-santai dibaca. Blog yang paling aku suka dah tentu-tentu blog aku sendiri! hahaah..

3) Anda suka blog yang ayat skema or sempoi?
- Sempoi

4) Bila agak-agaknya anda akan berkahwin?
-Bila dah sampai serulah.

5) Listkan 3 perkataan yang menggambarkan diri anda?
- Comel
- Garang
- Pemalu

6) Listkan 3 perkara yang korang meluat bila baca blog orang lain?
- Banyak ayat short form
- Banyak berkongsi hal peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi.
- Takde

7) Listkan 3 benda yang tak patut ada dalam dalam blog sesiapa?
- Penggodam
- Pengganas
- Perompak
(Aku tak tahu apa benda yang tak patut ada)

8) Pernah tak korang stalker sesiapa pada tiap-tiap hari? 
- Tiap-tiap hari jadi stalker tu melampaulah kan? Jadi stalker bila teringat sahaja. Siapa yang aku stalker? Biarlah rahsia..muheheehe..

9) Benda paling nakal yang korang pernah buat masa zaman sekolah?
- Meniru waktu peperiksaan. (Itu jelah benda paling nakal yang aku pernah buat dekat sekolah)

10) Korang gila shopping tak? Biasanya shopping dekat mana?
- Tak berapa minat, tapi sekarang rajin jugalah shopping online. hehehe..

11) Tiga pendapat mengenai Hannah Sytieh?
- Cantik
- Cun
- Comel 


p/s: Aku tak tahu nak tanya apa pada korang. Jadi dengan ini permainan ini akan ditamatkan. Sekian terima kasih! hehehee...
Reading Time:

Sunday 4 May 2014

Mini Gathering At Flora Cafe!
11:05 am 25 Comments
Salam to all readers,


Baru-baru ni, aku ada join gathering blogger dekat Ampang Park. Ini merupakan kali pertama aku join gathering blogger. Gathering ni dihadiri sebanyak 15 blogger yang bertempatkan di Flora Cafe (1 MAY 2014). Aku pergi dengan Nad, kiteorang pergi sambil menggunakan khidmat WAZE. Setting dah cukup cantik punya, nasib tak menyebelahi kami, kiteorang sesat sampai ke Putrajaya. Sepatutnya kiteorang sampai dalam pukul 12 sebab bertolak dari Klang sahaja, disebabkan sesat barat sampai ke Putrajaya kiteorang tiba di Flora Cafe dalam 1.30 petang. Sampai-sampai sahaja, tengok semua orang dah ada kecuali aku dengan Nad baru sampai. 

Ini kali pertama aku jejak kaki ke Flora Cafe. Kali pertama masuk terus jatuh hati sebab cafenya cantik gila. Penuh dengan bunga, suasana yang best, latar belakang yang cantik, layanan pun okay. Cafe ni sesuai sangat nak buat birthday party, nak berdating pun okay juga. Romantik jugalah tempat ini. Nak booking pun boleh!




Ini pintu masuk Flora Cafe! Cantik kan? Kiteorang makan dekat dalam.

Ini pula meja makan dekat dalam Flora cafe.





Dah kenyang makan haruslah berposing beramai-ramai untuk kenang-kenangan. 




Sebelum semua balik, posing lagi!


Ok, bawah ni link blogger yang join gathering dekat Flora Cafe:


p/s: Kalau ada yang berminat nak pergi ke Flora Cafe or nak booking tempat pun boleh. Korang boleh terus rujuk alamat bawah ini:

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Always open
Phone: 03-2161 8010 / 03-2181 0986 (mel)
Email: florakafe@gmail.com
Website: http://floraetc.blogspot.com/


FB Page: https://www.facebook.com/flora.k.ampwalk


Reading Time: